Wednesday, November 16, 2011

al-Quran: Akibat Tidak Berpandukan al-Quran & as-Sunnah

Assalamualaikum,
Saudara, seseorang yg akui dirinya Islam dan beriman dan dia juga mengharapkan supaya berjaya di akhirat kelak, wajib mendekatkan diri kpd al-Quran, wajib membacanya, berpandukan mesej yg terdapat di dalamnya dan memandu kehidupan dunia sebagai seorang iman dgn menjadikan al-Quran panduan hidupnya, demi kesejahteraan akhiratnya.
Sehubungan itulah kita diperingatkan oleh Allah (a.w) - Ayat 13, Surah an-Nisa' - sesiapa yg taatkan Allah (a.w) (maksudnya, ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (maksudnya, berpandu dgn as-Sunnah atau al-Hadith atau peraturan Nabi (s.a.w), pasti dapat syurga. Sebaliknya disebutkan dalam Ayat 14, Surah an-Nisa' - sesiapa yg menentang Allah (a.w) (maksudnya, tolak al-Quran) dan menentang Rasulallah (s.a.w) (maksudnya, tolak as-Sunnah atau al-Hadith) dan melanggar had atau ketetapan Allah (a.w) (dalam al-Quran) dan (melanggar had dan) ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah, pasti masuk neraka.
Sehubungan itulah, kita yg Islam dan beriman dan yakinkan wujudnya kehidupan yg kekal di akhirat, dan yakin dgn hari pembalasan, wajib belajar dan memahami al-Quran, supaya kita benar-benar terpandu. Orang yg terpandu dalam hidupnya pastilah dia melakukan segala sesuatu untuk memaksimumkan ganjaran pahala dan meminimumkan dosa-dosa yg terkena padanya dalam hidupnya. Kerana itu sahajalah yg dapat menjamin kesejahteraan akhirat! Islam memberitahu begitu banyaknya peluang untuk meraih dan mengumpul pahala untuk simpanan akhirat, dan begitu sedikitnya pula peluang untuk melalukan dosa, kalau terpandu. Namun, realitinya, lebih ramai orang membuat dosa dan mencari dosa drp mencari dan mengumpul pahala dalam hidupnya. Justeru itulah tak hairan jika drp 1,000 orang yg akui diri mereka anuti syariat agama Allah (a.w), Islam, hanya SEORANG atau SATU orang sahaja yg berjaya mendapat syurga! Dalam sejumlah 73 perkumpulan manusia yg Islam, spt pengikut mazhab atau fahaman mazhab, terdapat HANYA satu perkumpulan orang yg Islam dan beriman yg berjaya mendapat syurga di akhirat. Maka 72 perkumpulan atau kategori umat Islam yg Islam, beramal dan beribadah sebagai seorang Islam' gagal mendapat syurga, sebalikya terjerumus ke dalam neraka. Mengapa?
Jawabnya: Mereka sebenarnya tidak berpandu kpd al-Quran. Malah mereka abaikan al-Quran. Mereka gunakan al-Quran bukan sebagai panduan hidup, tetapi mencari kalimah-kalimah yg bangus untuk dijadikan senikata atau sari kata lagu dan nasyid dan sebagainya yg sering dilaungkan di radio dan TV serta dalam persembahan resmi atau tak resmi yg berbau Islam atau dikatakan Islam. Tak lama lagi orang Islam akan meniru atau menyerupai apa-apa yg diamalkan oleh orang Kristian dan Yahudi atau Majusi (penyembah api atau berhala) menyanyi dalam beribadah. Sama,malah lebih truk lagi, berbanding dgn orang Cina menyanyi dalam menghormati mayat atau kematian dan orang India menyanyi meraikan hari kebesaran agama mereka.
Semuanya ini berlaku kerana umat Islam lupakan atau ketetapikan atau tidak anggap penting membaca, memahami dan mengamalkan atau berpandukan al-Quran dalam kehidupan mereka. Mereka wajib diperingatkan sebagaimana diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut.

Berpegang Teguh kpd al-Quran dan as-Sunnah
(al-Iktisam bi-kitabi wa-sunnati) 

Saudara, hadith berikut begitu jelas menunjukkan utamanya al-Quran itu. Dan, kalau kita fahami al-Quran, kita juga akan tahu betapa, sebagai gandingannya, utamanya al-Sunnah dalam Islam. Oleh kerana umat Islam tidak faham dgn sebenarnya Islam, agama mereka, maka al-Quran dan as-Sunnah, tiabaikan.
Diriwayatkan hadith dari Jabir (b. Abdillah) (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Al-Quranu syafi’un musyaffa’un, wa-mahilun musaddaqun, man ja’alahu amamahu qadahu ilal-jannati wa-man ja’alahu khalafa zohrihi saqahu ilan-nari.’ (Yg bermaksud: al-Quran itu penolong yg diterima pertolongannya dan (al-Quran itu) pelapor yg dibenarkan (oleh Allah (a.w) laporannya). Barangsiapa menjadikannya (i.e. al-Quran) di depannya menuntun (i.e. dipimpinnya) dia ke syurga, dan barangsiapa menjadikannya di belakang ponggongnya, menggiring (i.e. mengheret) dia (oleh al-Quran) ke neraka.’) [Hadith ibnu Hibban di dalam Kitab Sahihnya.]
[Nota-1: Hadith ini menyebutkan bahawa al-Quran itu memberi syafa’at (yakni, memberi pertolongan kpd kita di akhirat kelak di hadapan Allah (a.w)) dan syafaatnya diterima Allah (a.w). al-Quran itu juga menjadi saksi yg benar atau saksi yg dibenarkan atau diterima Allah (a.w) penyaksiannya di hadapan Allah (a.w) kelak. Justeru itu, sesiapa yg berpandu dgn al-Quran dalam hidupnya, dan mentaati ketetapannya sepanjang hidupnya, pastilah dia terjaga dalam agamanya, maka mendapat syurgalah dia di akhirat kelak. Jadi orang sedemikian adalah orang yg meletakkan al-Quran sentiasa di hadapannya, berpandu, merujuk kpdnya dan memahami ketetapannya dan mematuhinya. Mematuhi ketetapan as-Sunnah adalah termasuk dalam menetapi ketetapan al-Quran, kerana Allah (a.w) wajibkan kita yg Islam itu ambil dan amalkan atau taatkan perintah dan suruhan Rasulallah (s.a.w) atau berpandukan dgn as-Sunnah – Ayat 7, Surah al-Haysr dan Ayat 80, Surah an-Nisa’, sebagai contoh, - maka telah mengutamakan al-Quran dalam hidupnya. Sebaliknya, sesiapa yg mengabaikan al-Quran – tidak mengikuti ketetapannya dan tidak berpandu kpdnya dalam hidupnya dalam segala sesuatu mengenai Islam dan syariatnya dan tidak pula membacanya atau belajar membacanya, memahami ketetapannya – maka penyaksian al-Quran serta laporan yg disampaikan oleh al-Quran kpd Allah (a.w) adalah buruk, maka dia akan diheret oleh al-Quran ke dalam neraka. Jadi, pastilah dia tidak selamat dalam hidupnya, terutama tidak selamat dalam kehidupan di akhiratnya.
[Nota-2: Ayat 13, Surah an-Nisa’ menyebutkan bahawa kita pasti dapat syurga kalau kita taatkan Allah (a.w), yakni, ikuti al-Quran, dan kita taatkan Rasulallah (s.a.w), yakni ikuti as-Sunnah atau al-Hadith. Kita pasti masuk neraka atau gagal mendapat syurga, walaupun kita akui diri kita Islam atau beriman, jika kita tergolong dari kalangan mereka yg disebutkan dalam Ayat 14, Surah an-Nisa’, iaitu golongan yg tidak taatkan Allah (a.w), yakni, tidak akur dgn ketetapan al-Quran, dan golongan yg tidak taatkan Rasulallah (s.a.w), yakni, tidak akur dgn ketetapan atau suruhan Rasulallah (s.a.w), dan kita tidak patuhi atau langgar ketetapan-ketetapan Allah (a.w) (dalam al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w), dalam as-Sunnah atau al-Hadith. Kita pasti masuk neraka jika kita tidak akur dgn ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 59, Surah an-Nisa’, iaitu kita akur dgn perintah ‘ulil amri’, kepimpinan jema’ah umat Islam. Kita juga pasti masuk neraka kalau kita tidak akur dgn perintah Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran kalau kita tidak Islam secara berjema’ah. Orang yg akur dgn ketetapan al-Quran itu akan dipimpin oleh al-Quran membawanya ke syurga. Orang yg tidak berpandukan al-Quran atau meremehkannya atau membiarkannya, yakni tidak ambil peduli al-Quran, maka al-Quran itu akan membawanya secara paksa (i.e. menggereng atau menarik atau mengheret mereka) ke dalam neraka. Demikianlah utamanya al-Quran dan as-Sunnah itu. Al-Quran dan as-Sunnah adalah penyelamat atau musuh ketat kita di akhirat kelak.]
Saudara, tidak hairan megapa Rasulallah (s.a.w) memberitahu drp 1,000 orang mulai zaman Adam (a.s) yg menerima agama Allah (a.w), sampai zaman Nabi (s.a.w) hingga terjadinya kiamat, hanya seorang drp 1,000 tersebut yg dapat syurga, 999 orang dicampakkan oleh malaikat ke neraka. Dan, tidak hairan begitu ramainya orang dewasa ini menampilkan diri mereka sebagai Islam tetapi jahil tentang tuntutan dan ketetapan Islam. Malah orang yg akui dirinya 'custodian' kepentingan Islam merosakkan Islam dgn menghalang orang yg tau mengilmukan orang supaya faham tentang Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment