Friday, November 4, 2011

Ilmu: Tujuan Mencari & Menyampaikan Ilmu

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah maklum bahawa seseorang yg Islam itu wajib belajar ilmu mengenai Islam dan syariatnya. Jika dia tidak usahakan mencari ilmu, maka dia sentiasalah berdosa setiap saat dan ketika dalam hidupnya. Kerana menuntut ilmu itu adalah suatu kwajipan atas setiap orang yg akui dirinya Islam.
Kita juga telah maklum bahawa, seseorang yg Islam mencari ilmu melalui membaca kitab-kitab atau buku-buku karangan manusia (termasuklah mendengar ceramah atau membeli kaset, CD dan VCD dan sebagaimana, tidak diakui sudah melepaskan tanggungjawabnya mempelajari ilmu. Tambahan pula, kita sudah lihat orang yg mengutamakan kitab-kitab dan buku-buku karangan manusia, meremehkan al-Quran dan as-Sunnah, adalah menentang fitrah umat Islam kerana mengutamakan  atau mengagungkan apa yg dihina Allah (a.w), dan merendahkan status dan kedudukan sesuatu yg diberi keutamaan oleh Allah (a.w), iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Dan, ilmu mengenai Islam dan syariatnya hanya boleh didapati dgn mempelajari al-Quran dan as-Sunnah, dan hendaklah dipelajari secara berguru pula, supaya kita terpandu.  
Seseorang Islam itu belajar ilmu kerana berbagai tujuan dan motif. Ada untuk mengetahui lebih mendalam akan syariat ugamanya yang haq. Dengan itu dapatlah dia kepastian bahawa dia beramal mengikut landasan yang betul dan benar. Ada yang belajar ilmu kerana hendak mengajarkan orang lain, yakni menjadi mubaligh (penyampai ilmu), supaya lebih ramai orang tahu asas syariat ugamanya, dan dengan harapan supaya ramai orang Islam beribadat dan beramal dengan asas ilmu yang haq dan sah. Ada juga yang belajar ilmu untuk mendapatkan pelbagai keuntungan dan keistimewaan duniawi, sama ada keuntungan yang abstak (psikologi) atau keuntungan kebendaan (materialisma). 
Walau apapun motifnya, yang paling utama adalah belajar kerana Allah (a.w) yakni semata-mata supaya boleh lebih mudah menghampiri diri kepada Allah (a.w) dan mendapat ganjaran pahala yang maksimum dalam beramal dan beribadat. Selain itu, adalah suatu kewajipan pula bagi seseorang yang berilmu itu menyampai dan memanjangkan atau menyebarkan ilmu tersebut kepada mereka yang belum tahu ilmunya: 
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa mengajar ilmu kerana bukan mengharapkan dari ilmu itu wajah Allah (a.w) (yakni, ikhlas kerana Allah (a.w) dan kerana hendak memperbaiki amalan dan ibadatnya, dan diakhirat kelak dapat menemui Allah (a.w) , dapat syurga dan melihat wajahNya), tidak belajar dia ilmu (kecuali) untuk dapat harta dengan ilmu itu dari harta dunia (yakni, bertujuan meraih keuntungan atau kekayaan kerana bayaran oleh mereka yang menuntut ilmu daripadanya), (jika itu tujuannya maka) tidak menjumpai dia bau syurga pada hari qiamat.’ [Kata perawi: istilah yang digunakan oleh Nabi (s.a.w) ‘Baunya syurga’]. [Hadith sahih Ibnu Majah & Hadith Abu Daud] 
Seseorang Islam yang menuntut ilmu mengenai syariat ugamanya itu adalah dengan tujuan untuk mengetahui dengan haq dan betul bagaimana hendak mengabdikan dirinya kepada Allah (a.w) melalui amalan dan ibadahnya. Dengan matlamat sedemikian akan mendapat kepastian dia bahawa dia berada di jalan yang benar dan haq bagaimana menjadi seorang Islam yang terpandu supaya apabila dibangkitkan kelak di akhirat akan diterimanya buku ‘amalannya yang diterima oleh Allah (a.w). Maka dengan itulah Allah (a.w) redha kepadanya, dan mendapat nikmat Islam sepenuhnya masuk syurga, insya Allah (a.w) dengan kerahmatanNya jua. Dengan ilmu dan amalan itu maka dia akan terhindar dari seksaan dalam neraka dan mendapat nikmat yang terbaik pula iaitu masuk syurga, dan terutamanya melihat wajah Allah (a.w)
Orang Islam itu dilarang sama sekali mengaji dan menuntut ilmu kerana tujuan selain itu. Jika tujuan itu kerana mendapatkan sesuatu semasa di dunia, terutama kerana mencari dan mengumpul harta dengan memperalatkan ilmu yang ada padanya, orang itu tidak berpeluang mencium bau syurga, tak usahlah hendak masuk syurga. Mengikut hadith bau syurga itu tercium dan semerbak, yakni boleh terbau, oleh orang Islam sejauh 60,000 tahun perjalanan? Begitulah mudaratnya mereka yang mencari ilmu untuk mengumpul harta. [Nota-1Mengikut sepotong hadith tidak ada nikmat yang teristemewa dan terbaik selain peluang menikmati wajah Allah (a.w). Umat Islam yang mendapat syurga di akhirat kelak sahaja yang dapat melihat wajah Allah (a.w), nikmat yang paling besar di syurga. Nota-2: Hari ini, kita akan teemui banyak orang Islam yang berilmu (mengenai al-Quran dan as-Sunnah) menggunakan kepandaiannya membubuh harga kepada perkhidmatannya untuk mengajar, menyebar atau mengembangkan ilmu yang ada padanya. Adalah tanggung jawabnya menyampaikan ilmu serta mengembangkan ilmu tanpa meminta upah. Tetapi, sebaliknya mereka hanya bersedia mengajarkan dan mengembangkan ilmunya dengan upah atau bayaran. Malah meminta ipah yang banyak dan lumayan pula. Mereka ini tergolong dalam kategori orang yang mencari dan mendapat ilmu dan menggunakan ilmunya untuk kesenangan dan kemewahan dunia. Mereka ini tidak akan mencium bau syurga, wal iyazubillah.]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment