Saturday, November 12, 2011

Syurga: Yg Gagal & Yg Berjaya Dapatkannya (Samb.)

Assalamualaikum,
Sauadara, kita telahpun lihat dalam post sebelum ini Ayat 43, Surah al-A'raf yg menceritakan sifat-sifat mulia ahli syurga, mengapa mereka dapat syurga, dan hakikat bahawa syurga itu hanya di dapati dgn mengerjakan amalan. Oleh itu saudara yg Islam jangan merasa selesa kerana saudara Islam - mengucapkan dua kalimah syahadah - saudara ingat dah dapat atau pasti dapat syurga! Belum tentu. malah memang tak dapatpun, kalau tidak memenuhi syarat yg disebutkan dalam firman Allah (a.w) tersebut. Cuba kita teliti semula firman tersebut, berikut: 
Firman Allah (a.w): 'Wa-naza'na ma fi sudurihim min ghillin tajri min tahtihimul-anharu; wa-qalul-hamdulillahil-lazi hadana lihaza, wa-ma kunna linahtadiya laula an hadallahu; la-qad ja-at rusulu rabbina bil-haqqi, wa-nudu an tilkumul-jannati urithtumuha bima kuntum ta'maluna.' (Yg bermaksud: 'Dan mencabut (yakni, menghapuskan atau melenyapkan) Kami (Allah) apa-apa dalam hati mereka (ahli syurga itu) dari sifat-sifat buruk dan keji (spt hasad dengki, irihati, sombong, bongkak, umpat mengumpat. caci mencaci, kata-mengata dll), mengalir di bawah tempat tinggal mereka (atau dipersekitaran mereka tinggal) beberapa sungai. [Nota: Di sebutkan dalam al-Quran bahawa dalam syurga itu ada empat jenis sungai atau empat jenis air sungai: satu, sungai air tawar; dua, sungai air susu; tiga, sungai air madu; dan empat, sungai arak (Ayat 15, Surah Muhammad); yg boleh diminum oleh ahli syurga itu bila-bila masa dan sebanyak mana. Di dalam syurga itu tiada had bagi mereka. Tidak pula mereka merasa sengkak dan senak perut kalau makan banyak atau minum banyak. Tak pula berak dan kencingpun, walaupun makan dan minum sebanyak manapun]. Dan berkata (yakni, berdoa dgn penuh kesyukuran): 'Segala puji bagi Allah (a.w) Zat yg telah memberi hidayah (= petunjuk) kpd kami dgn ini syurga (atau, bagi bagi kita yg masih hidup, maksudnya mendapat hidayah ini agama Islam dan syariatnya yg benar berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah), dan tiadalah kami mendapat hidayah (= petunjuk) seandainya Allah (a.w) tidak memberi hidayah (= petunjuk) kpd kami. Nescaya sungguh-sungguh telah datang (yakni, sampai kpd kami)  beberapa Utusan (= Rasul) dari Tuhan kami dgn haq (= benar) (atau membawa kebenaran yakni, Islam dan syariatnya)', dan dipanggil mereka (orang iman) bahawasanya: 'Demikianlah bagi kamu sekelian syurga yg diwarithkan syurga dgn apa-apa yg ada kamu sekelian amalkan ( = kerjakan)). [Ayat 43, Surah al-A'raf
Saudara, selain ahli-ahli syurga itu diberisihkan drp sifat-sifat buruk, iaiitu sifat-sifat yg banyak mengakbatkan dosa dan menghakis pahala amalan baik kita di dunia, ada dua perkara yg utama untuk kita jadikan panduan dalam firman Allah (a.w) itu; iaitu: pertama, penghuni syurga itu dapat syurga kerana mendapat hidayah agama Islam dan syariatnya yg benar, yg menepati syariat agama Allah (a.w) zamannya. Dan, bagi kita umat Muhammad (s.a.w), dan umat manusia seluruh pelosok alam, seantero dunia, sejagat, dan semua zaman, hidayah dalam menganuti serta mengamalkan kehidupan sebagai orang Islam serta mengerjakan amalan dan ibadah yg menepati ketetapan dan tuntutan al-Quran dan as-Sunnah; kedua, mereka telah akur mentaati para rasul yg Allah (a.w) utuskan untuk menyampaikan agama Allah (a.w) dan membimbing umat mereka, dan mereka (umat) akur dan ikuti bimbingan rasul-rasul tersebut. Bagi kita umat akhir zaman, Rasulallah (s.a.w) telah diutuskan dan telah pula mengajarkan, malah mencontohkan, bagaimana sewajibnya kita beramal dan beribadah dalam mengabdikan diri kpd Allah (a.w), mengikut bentuk, cara dan kaedah yg diterima Allah (a.w). Oleh itu hidayah kpd kita adalah kafahaman kita tentang Islam dan syariatnya, melalui ilmu al-Quran dan as-Sunnah, dan apakah yg sewajarnya kita lakukan untuk mendapat syurga itu. Ketiga, para rasul tersebut (dalam konteks sekarang) kemudian membimbing umat mereka yg akur itu mengabdikan diri kpd Allah (a.w) dgn mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah berpandukan ketetapan dan bimbingan para rasul. Umat Islam yg benar itu adalah mereka yg amal dan ibadahkan segala sesuatu dalam Islam berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Itu juga suatu hidayah. Keempat, kita Islam, kita tahu dan faham tuntutan Islam, tahu dan faham bagaimana mengamalkannya atau mengibadahkannya, maka kita diberi hidayah oleh Allah (a.w), supaya mengerjakan segala yg ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah 'sekuat mampu'. Ini juga adalah hidayah. Tanpa hidayah tersebut masakan kita bersusah payah mencari guru yg alim (i.e. tahu dan faham) dalam ilmu al-Quran dan as-Sunnah, mengajarkan kpd kita supaya kita beramal dan beribadah serta menjalani kehidupan dunia sebagai orang iman yg akan diwarithkan syurga? Tanpa hidayah, umat Islam akan terus dipengaruhi oleh fahaman sektarian dalam Islam - spt fahaman mazhab dan aliran tertentu. Tanpa hidayah, mana mungkin seseorang yg Islam itu faham dan terima hakikat bahawa as-Sunnah itu adalah panduan praktikal amalan dan ibadah yg haq (= benar) yg tidak boleh disisihkan atau diketepikan dalam mengerjakan amalan dan ibadah. kalau ditepokan atau dientengkan, maka kta bertolak dari jalan kebenaran ke jalan kebatilan. Kita tak dapat syurga walaupun kita telahpun, kerana Islam, berada di atas jalan lurus menuju ke syurga ('siratul mustaqim'). Tanpa hidayah kita tetap akan sesat menyeleweng mengikuti lain-lain jalan selain jalan yg satu (= siratul mustaqim) itu.
Saudara, kita diberitahu pula bahawa akan ada suatu masa di akhirat kelak, apabila ahli syurga bertanya kpd ahi neraka, tentang janji Allah (a.w) kpd manusia, dan akibatnya, kalau akur dan, sebaliknya, kalau tak akur atau tak terima atau menentang ketetapan Islam, (mengikut al-Quran dan as-Sunnah).
Firman Allah (a.w): 'Wa-nada ashabul-jannati ashabun-nari an qad wajadna rabbuna haqqan, fahal wajadtum ma wa'ada rabbukum haqqan; qalu na'am; fa-azzana muazzinun bainahum an la'natallahi 'alaz-zolimina.' (Yg bermaksud: Dan, memanggil penghuni syurga kpd penghuni neraka: 'Bahawasanya sungguh-sungguh telah  menjumpai kami apa-apa yg berjanji kpd kami Tuhan kami dgn haq ( = kebenaran). maka, apakah telah menjumpai kamu sekelian apa-apa yg dijanjikan oleh Tuhan kamu yg haq (= kebenaran)?' Berkata (ahli neraka): 'Ya.'(yakni, telah menjumpai mereka kebenaran apa-apa yg telah dijanjikan oleh Allah (a.w) terhadap mereka semasa di dunia, iaitu, antaranya Ayat 14, Surah an-Nisa': 'Sesiapa yg menentang (atau menolak) ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan menolak atau menentang ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah) dan melanggar ketetapan Allah (a.w) (dalam al-Quran) dan Rasulallah (s.a.w) (dalam as-Sunnah), dimasukkan ke dalam neraka, adalah contoh janji Allah (a.w)).Maka memberi pengumuman orang yg memanggil antara mereka: 'Bahawasanya laknat Allah (a.w) atas orang yg menzalimi diri mereka.' [Ayat 44, Surah al-A'raf]
Saudara, dalam ayat ini Allah (a.w) memberitahu kita sinario yg akan berlaku di akhirat kelak, setelah pengadilan dibuat atas orang yg akui dirinya Islam dan beriman menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, tentang apa-apa yg mereka telah kerjakan atau mereka abaikan sepanjang hidup mereka ketika di dunia berdasarkan segala janji-janji serta ketetapan Allah (a.w) (dalam al-Quran dan as-Sunnah). [Nota: Ketetapan as-Sunnah adalah juga ketetapan Allah (a.w) - Ayat 80, Surah an-Nisa': barangsiapa taatkan Rasulallah (s.a.w) sungguh-sungguh dia telah mentaati Allah (a.w). Maka dgn itulah umat Islam itu wajib berpandukan hanya as-Sunnah dalam hidupnya dan dalam mengerjakan amalan dan ibadah - Ayat 7, Surah al-Haysr, contohnya.] Sebaliknya, orang yg Islam tetapi beramal dan beribadah menyalahi atau tidak menepati al-Quran dan as-Sunnah sudah pastilah tidak dapat sebarang pahala dari amalan dan ibadahnya. Malah batal segala amalan dan ibadahnya, tak diterima Allah (a.w). Justeru itu, dalam Kitab Catatan Amalannya hanya 'kosong' (atau 'blank' = seolah-olah takda amalan dan takda ibadah yg dikerjakan, sama ada solatke, puasake, zakatke, infaq dan sedekahke atau haji dan umrahke ... Rugi. Tak dicatitkan oleh malaikat Rakib dan Atid atau Kiraman dan Katibin. Malah mereka itu kelihatan lahiriah Islam, tapi hakikatnya tidak Islam. Dgn itu, tiada proses hisaban, kerana amalannya kosong, hanya dosa-nya yg banyak, sebagai orang-orang yg tidak Islam.[Nota: Sila ambil ingatan bahawa orang yg Islam yg haq itu adalah orang yg akur dgn Ayat 13, Surah an-Nisa', Ayat 59, Surah an-Nisa', Ayat 103, Surah ali-Imran, dll lagi. Semua ini menjadi jelas apabila kita mengaji as-Sunnah atau al-Hadith. tanpa ilmu as-Sunnah atau al-Hadith, kita tersilap mengamalkan ketetapan Islam.]
Saudara, ayat ini merujuk kpd orang Islam yg beriman, bukan manusia sejagat. Hanya orang Islam sahaja yg ada Kitab Catatan Amalan. Yg tidak Islam tidak diwajibkan berhimpun di padang makhsyar, menunggu proses hisaban dan timbangan berat ringan dosa pahala. Apabila dibangkitkan dari kubur, kesemua yg tidak ikuti syariat agama Allah (a.w) yg dibawakan oleh para rasul dan nabi zaman mereka (dan, umat Islam zaman Rasulallah (s.a.w) sehinggalah terjadinya kiamat, agama Islam dan syariatnya yg terkandung dalam peninggalan Rasulallah (s.a.w), iaitu al-Quran dan as-Sunnah), akan terus dicampak atau dibaling oleh malaikat ke dalam neraka. Dan, kesemua orang Islam yg kononnya ikuti syariat agama Islam, akan juga dicampakkan oleh malaikat ke dalam neraka ketika bermula kiamat, jika mereka tidak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dalam mengerjakan amalan dan ibadah ketika di dunia. Al-Quran itu menjadi saksi kpd sesiapa yg membacanya dan berpandu dgnnya dalam kehidupannya, beramal dan beribadah di dunia. Kalau ketetapan al-Quran diabaikan atau diketepikan oleh seseorang yg akui dirinya Islam dan beriman, al-Quran akan melapurkan kpd Allah (a.w) dan al-Quran akan mengheret mereka ke dalam neraka! Kalau kita berpandukan al-Quran, al-Quran menyaksikan segala amalan dan ibadah kita, kemudian melapurkan kpd Allah (a.w) di padang makhsyar, menolong kita (memberi syafaat), dan kemudian menemani kita masuk ke dalam syurga![Hadith]
Firman Allah (a.w): 'Al-lazina yasudduna 'an sabilillahi wa-yabghunaha 'iwaja. wa-hum bilakhirati kafiruana.' (Yg bermaksud: Orang-orang yg mencegah atau menghalang-halang orang dari jalan Allah (a.w) dan (orang-orang yg) menginginkan mereka (yg ingin mencari jalan Allah (a.w) yg haq itu) menyimpang, sedangkan mereka (yg menghalang itu) dgn akhirat mereka kafir mereka (yakni, tidak akur dan tidak berusaha pula mempastikan mereka berada dijalan yg benarpun).' [Ayat 45, Surah al-A'raf]
Saudara, dalam ayat di atas itu, Allah (a.w) berikan pula satu golongan orang yg akui diri mereka Islam dan beriman, tetapi tak dapat syurga, sebaliknya masuk neraka. Orang yg menghalang atau mencegah melalui pelbagai cara dan karenah untuk menyimpangkan orang Islam yg iamn lainnya dari jalan Allah (a.w) yg haq dgn pelbagai karenah dan cara. Contoh apabila sekumpulan orang Islam dan beriman lainnya berkuasa membuat penentuan kerana diberi kuasa atau perlindungan dan sebagainya, mengadakan pelabagai peraturan yg menghalang umat Islam lain memperbaiki keIslamannya - belajar atau mengajai atau bermala dgn syariat islam yg haq, semuanya itu untuk menjadikan mereka yg inginkan jalan yg lurus itu menyi,pan atau tersasar atau tergelincir, walhal mereka yg mengadakan peraturan atau yg melakukan elbagai cara menghalangnya, sendiri tidak beriman pula dgn akhiratnya. Tidak beriman, kerana mereka takpun cukup ilmu. Takpun semak asas dan dasar peraturan yg mereka buat itu. Contoh: Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) perintahkan kita sampaikan ilmu walaupun sekadar sepotong ayat al-Quran atau sepotong hadith yg kita faham, tapi kita dihalang atau tidak dibolehkan kerana peraturan seperti mendapat 'tauliah' atau kebenaran dulu baru boleh berceramah atau menyampaikan ilmu. Orang yg menghalang itu tahu ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), atau mereka tak faham perincian Islam dalam isu tersebut, tapi tetap mengadakan peraturan menghalang kebebasan menyampaikan ilmu. Orang-orang sedemikian itu termasuk dalam kategori yg disebutkan dalam firman Allah (a.w) ini. Mereka masuk neraka, mengikut ketetapan ayat ini.
Saudara, Islam itu mudah tapi manusia yg jadikannya sulit dan payah. Mereka menganianya diri mereka sendiri kerana perbuatan yg secara sedar atau tanpa sedar cuba memesongkan aqidah umat Islam atau cuba menggelincirkan amalan dan ibadah mereka. Mereka sudahlah sesat, mereka pula cuba sesatkan orang iman lain melalui pelbagai cara dan karenah, wal iya zubillah.

Jazakallahu khairah



No comments:

Post a Comment