Assalamualaikum,
Dalam post yg lalu kita teliti 4 golongan yg pasti masuk neraka, di kalangan orang-orang yg akui diri mereka Islam dan beriman. Apakah mungkin orang yg akui dirinya Islam dan beriman masuk neraka, tak dapat syurga? Sudah pasti dan bukan mungkin lagi! Allah (a.w) beritahu kita dalam Ayat 13, Surah an-Nisa' bahawa sesiapa yg mentaati Allah (a.w), yakni ikuti ketetpan al-Quran, dan sesiapa yg mentaati Rasulallah (s.a.w), yakni ikuti ketetapan as-Sunnah (atau al-Hadith), maka mereka itu pasti mendapat syurga. Sebaliknya Ayat 14, Surah an-Nisa' selepasnya memberitahu kita bahawa sesiapa yg menentang atau tak terima ketetapan Allah (a.w) (yakni, ketetapan al-Quran) dan menentang ketetapan Rasulallah (s.a.w), yakni tidak terima ketetapan as-Sunnah, dan sesiapa melanggar hukum hudud Allah (a.w), maka mereka itu pasti masuk neraka.
Saudara, dua ayat ini adalah ketetapan utama yg membezakan siapa yg dapat syurga dan siapa yg dapat neraka. Jelasnya orang yg tak terima Islam sebagai agama, pasti tak dapat syurga. Dan, orang yg Islam pula yg tidak menepati ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa' itu, pasti tak dapat syurga. Allah (a.w) memberitahu dalam ayat berikut, bahawa segala amalan dan ibadah mereka - walau sebaik mana dan sebanyak manapun - tidak akan dapat syurga, kerana tak diterima Allah (a.w).
Firman Allah (a.w): 'Innal-lazina kazzabu biayatina was-takbaru 'anha la tufattahu lahum abwabus-sama-'i wa-la yadkhulunal-jannati hatta yalijal jamalu fi sammil-khiati, wa-kazalika najzil mujrimina.' (Yg bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yg mendustakan ayat-ayat Kami (Allah) (yakni, tidak terima al-Quran dan as-Sunnah) dan (orang-orang yg) menyombongkan diri dari ayat-ayat Kami (Allah) (yakni, tak mau terima ketetapan al-Quran dan as-Sunnah), tidak sekali-kali akan dibuka bagi mereka pintu-pintu langit (yakni, segala amalan dan ibadah serta perbuatan baik mereka tidak akan sampai kpd Allah (a.w), yakni tidak diterima Allah (a.w) sedikitpun) dan tidak pula mereka itu masuk syurga, hingga boleh seekor unta masuk ke lubang jarum (yakni, mereka tak mungkin dapat masuk syurga sebagaimana tidak mungkinnya seekor unta masuk ke dalam lubang jarum). Demikianlah Kami (Allah) memberi balasan kpd orang-orang yg berbuat kejahatan (i.e. orang yg tak mahu terima ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w)) dan orang-orang sombong kononnya ada sesuatu yg mereka ajarkan/diajarkan yg berlainan dari ketetapan al-Quran (dan as-Sunnah) sebagai lebih baik.[Ayat 40, Surah al-A'raf]
Saudara, ramai orang Islam dalam kejahilan tanpa mengasaskan segala sesuatu kpd ketetapan al-Quran dan as-Sunnah kemudian memberitahu pengikut mereka atau murid-murid yg mereka ajarkan dari sumber lain dan mengatakan itu adalah ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, adalah berdusta dalam Islam. Orang yg tidak menerima sesuatu ketetapan al-Quran dan as-Sunnah setelah diberitahu dalam al-Quran dan as-Sunnah, dan sebaliknya menyatakan atau mengajarkan sesuatu itu adalah ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya, adalah orang yg menyombong diri. Kerana, mana mungkin sesuatu yg tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah itu dikatakan adalah ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Hari ini ramai orang Islam yg bercakap atau mengajarkan sesuatu ketetapan Islam walaupun ketetapan sedemikian tiada dalam al-Quran mahupun as-Sunnah. Contoh yg obvious adalah ketetapan yg menyebutkan wujud 'bid'ah hasanah' dalam syariat Islam! Kerana Rasulallah (s.a.w) memberitahu semua perkara yg tiada dalam as-Sunnah adalah bid'ah, tanpa kecuali.
Saudara, Allah (a.w) beritahu kita sinario di akhirat kelak, sebaik saja manusia tdietapkan yg masuk syurga dan yg masuk neraka. Yg masuk syurga bergembira dan syukur kerana mendapat panduan yg haq semasa di dunia, maka memperolehi syurga dan yg mengikut ajaran yg batil, maka tidak diterima segala amalan dan ibadah mereka, maka akan berada dalam neraka dan mereka akan menyedari kebatilan aqidah dan amalan mereka.
Firman Allah (a.w): 'Lahum min jahannama mihadun wa-min fauqihim ghawasin; wa-kazalika najzilz-zolimina.' (Yg bermaksud: Bagi mereka itu - orang yg mendustakan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulnya dan orang-orang yg tidak mahu terima ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya - di dalam neraka jahanam yg tikar atau alasan tidurnya dari api neraka dan di atas mereka diselubungi dgn selimut dari api neraka. Demikianlah Kami (Allah) membalas orang-orang yg berbuat kezaliman (i.e. menzalimi diri mereka sendiri kerana sudah diberitahu yg haq, tak mahu terima atau tak akur dgnnya)) [Ayat 41, Surah al-A'raf]
Saudara, ketetapan dalam ayat ini merangkumi ketetapan terhadap orang yg tak Islam (yg menolak Islam) dan orang Islam (yg menolak sebahagian ketetapan al-Quran dan as-Sunnah atau menolak sama sekali as-Sunnah atau menyatakan dan mengamalkan sesuatu yg tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah dan sebaliknya meyakini apa-apa yg diajarkan oleh pemimpin atau guru mereka sebagai sebahagian drp ketetapan al-Quran atau as-Sunnah. Mereka ditipu oleh pemimpin perkumpulan mereka atau guru-guru atau ustaz-ustaz mereka, yg mengajarkan yg batil seolah-olah benar atas persangkaaan atau sengaja menidakkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah yg haq.
Saudara, dalam blog ini seringkali kita ulangi peringatan bahawa Islam itu akan berpecah menjadi 73 ikutan atau fahaman agama Islam, kesemua mereka beranggapan bahawa mereka menganuti Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, tetapi drp sejumlah 73 golongan itu, hanya satu golongan atau fahaman Islam yg benar (i.e. haq) iaitu golongan umat Islam yg memenuhi syarat bahawa mereka berpegang kpd sunnah Rasulallah (s.a.w) (dan sunnah khalifah yg empat) dan mereka anuti Islam secara berjema'ah. Golongan ini jadikan al-Quran dan as-Sunnah panduan mereka dalam Islam dan tidak ikuti panduan selain al-Quran dan tidak pula mengamalkan segala sesuatu yg tiada sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah dan mereka menepati ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran, iaitu mereka berjema'ah dalam Islam.Oleh kerana as-Sunnah itu adalah panduan yg haq, maka wajib kita yg Islam untuk memastikan yg kita akan mendapat syurga, kita perlu belajar as-Sunnah dan beramal atau beribadah menepati ketetapan as-Sunnah. Jika kita pelajari as-Sunnah kita akan tahu perincian dalam bentuk praktikal segala sesuatu yg ditetapkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran. Yg jelasnya adalah Rasulallah (s.a.w) sahaja yg sempurna ilmunya mengenai Islam. Dan, khalifah yg empat itu faham, kerna diberi petunjuk oleh Allah (a.w), dan dibimbing oleh Rasulallah (s.a.w) dan mereka adalah orang-orang bercakap dan bertindak atas kebenaran tentang Islam yg haq itu.
Saudara, apakah yg dapat kita rumuskan? Pertama, ambil ketetapan al-Quran dan as-Sunnah tanpa menambah apa-apa yg tiada. Islam itu, bak kata Rasulallah (s.a.w), adalah mudah ('ad-Dinu yusrun'). Tapi manusia yg membuatkannya menjadi sulit dan susah untuk kita amalkan apakala mereka mengajarkan sesuatu atas panduan akal fikiran mereka atau atas kebijaksanaan mereka, walhal kebanyakan mereka tidakpun sempurna ilmunya terhadap al-Quran dan as-Sunnah. Kedua, fahami tuntutan al-Quran dan as-Sunnah dan amalkan dan janganlah beramal dan beribadah tanpa ilmu, kalau kita mau selamat.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment