Assalamualaikum,
saudara, dalam beberapa post yg lalu kita telah lihat betapa syaitan mengingkari perintah Allah (a.w) yg ringan iaitu sujud menghormati Adam (a.s), manusia yg dicipta Allah (a.w), semata-mata kerana dia beranggapan bahawa kerana dia dijadikan dari api dan Adam (a.s) dari tanah, maka dia lebih mulia, tak wajar sujud kpd Adam (a.s). Sebenarnya bukan perkara keturunan yg penting tetapi perkara ketaatan kpd perintah Allah (a.w) yg relevan dalam perkara ini. Begitu juga manusia. Kita diharamkan Allah (a.w) makan daging babi, bukan kerana daging babi itu 'kotor' atau ' mengandungi virus yg membahayakan manusia' atau apa jua rasional saintifik manusia, tetapi kerana itu adalah larangan Allah (a.w). Apakah kita taat? Soalnya bukanlah sesuatu amalan yg bersifat 'bid'ah' itu tak baik, tetapi isunya adalah syariat Islam itu telah ditetapkan oleh Allah (a.w) sebagaimana yg disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w). Maka tugas kita sebagai umat Islam adalah akur dgn ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w). Itu adalah isu ketaatan kpd perintah Allah (a.w). Begitu jugalah larangan bagi lelaki Islam dan iman supaya tidak melabuhkan pakaian bawahnya - seluar, kain atau jubah - bukan isu kehebatan lelaki tetapi isu ketaatan. Kalau tak akur dgn ketetapan yg begitu mundane dan simple atau mudah, maka kita seumpama syaitan itu ingkar perintah yg kecil, tetapi besar padahnya. Kerana ingkar perintah Allah (a.w) itu menjadikan kita kafir atau musyrik atau paling minima fasiq. Orang fasiq pasti masuk neraka, wal iya zubillah.
Saudara, kita lihat pula selanjutnya cerita syaitan dan Adam (a.s) seterusnya. Kerana ia mengandungi pengajaran yg besar bagi kita yg iman yg inginkan balasan syurga di akhirat kelak.
Saudara, apakala syaitan berikrar depan Allah (a.w) bahawa dia akan merosakkan cucu cicit Adam (a.s) sampai kiamat dunia dari arah depan, belakang, kiri dan kanan, spt disebutkan pada Ayat 17, Surah al-Araf, kita lihat seterusnya dalam ayat-ayat selanjutnya.
Firman Allah (a.w): 'Qalakhruj minha mazumam-mahjura; laman tabiaka minhum la-amla-anna jahannama minkum ajma'ina.' (Yg bermaksud: 'Berfirman Allah (a.w): 'Keluarlah engkau (syaitan) darinya (i.e. syurga) orang yg tercela lagi terusir! Bagi barangsiapa yg mengikutimu dari kalangan mereka (manusia), nescaya akan Aku (Allah) penuhkan neraka jahannam dari golongan mereka kesemuanya.' [Ayat 18, Surah al-A'raf]
Saudara, dalam ayat ini, sekali lagi Allah (a.w) mengusir syaitan sebagai orang yg tercela lgi terhina dikeluarkan dari syurga. dan Allah (a.w) memberitahu syaitan (dan kita manusia) bahawa jika kita ikuti jejak atau ajakan atau ajaran atau suruhan dan termakan pujuk rayu syaitan, maka kita kesemuanya dimasukkan ke dalam neraka, wal iya zubillah. Ityu saja hukumannya atau ketetapan Allah (a.w). Orang yg mengikuti syaitan - sama ada sedikit ataupun banyak - pasti masuk neraka. Namun, kerana sifat kasih Allah (a.w) dan sifat rahmat Allah (a.w), kita yg bertaubat drp perbuatan atau kata-kata yg berdosa, akan diampunkan Allah (a.w) jua, selagi belum terlambat. Sebaliknya, sesiapa yg mengikuti ajaran Rasulallah (s.a.w), yakni al-Quran dan as-Sunnah, pasti mendapat syurga, yg sepatutnya kita duduki kalaulah nenk moyang kita, Adam (a.s) dan Hawa tidak kecundang dgn syaitan dulu.
Firman Allah (a.w): 'Wa-ya Adamus-kun anta wa-zaujukal-jannata fakula min haithu syiktuma wa-la taqraba hazihis-syajarata fa-takuna minaz-zolimina.' (Yg bermaksud: (Allah berfirman): 'Wahai Adam! Bertempatlah engkau dan isteri engkau di dalam syurga ini, maka makanlah kamu berdua dari mana-mana apa-apa kehendak kamu berdua, dan janganlah kamu berdua mendekati ini pokok (atau pohon), maka (jika kamu dekatinya) maka adalah kamu berdua dari orang-orang yg menzalimi (atau menganianya) diri kamu sendiri.) [Ayat 19, Surah al-A'raf]
Dalam ayat di atas itu, setelah Adam (a.s) dijadikan dan dijadikan Hawa sebagai isterinya, maka disuruh tinggal dalam syurga, makan sekehndah hati merea apa sahaja. Allah (a.w) berikan suatu syarat, iaitu jangan sekali-kali hampiri sebatang pokok atau pohon di syurga. Jika ingkari perintah itu, maka Adam (a.s) dan Hawa, jadilah orang-orang yg 'menzalimi atau menganianya diri mereka' (= ingkar larangan diistilahkan sebagai menzalimi diri sendiri dalam Islam). Jelasnya agama Allah (a.w) di saat itu hanyalah taatkan perintah Allah (a.w) jangan hampiri pokok zakum yg tumbuh kekal dalam syurga.
Malangnya, syaitan begitu bijak mempengaruhi Adam (a.s) dan Hawa. Ini disebutkan dalam ayat seterusnya. Dgn tipu helah syaitan, maka kecundanglah Adam (a.s) dan Hawa (as) dan akhirnya terkeluar dari syurga.
Firman Allah (a.w): 'Fa-waswasa lahumas-syaitanu liyubdiya lahuma ma-uriya 'anhuma min sauatihima wa-qala ma nahakuma rabbukuma 'an hazihis-syajarata illa an takuna malakaini au takuna minal khalidina.' (Yg bermaksud: Maka mengganggu atau menggoda pada kedua-duanya oleh syaitan supaya menampakkan dia bagi kedua-duanya apa-apa yg ditutupi dari keduanya dari keburukan keduanya (yakni, aurat mereka). Dan berkata (syaitan): 'Tidak mencegah kamu berdua tuhan kamu berdua dari ini pokok kecuali ada kamu berdua dua malaikt atau ada kamu berdua golongan yg kekal dalam syurga.') [Ayat 20, Surah al-A'raf]
[Nota: Apakala dimakan buah pokok zakum tersebut maka terlucutlah pakaian mereka berdua, maka ternampaklah aurat mereka berdua, maka bergegaslah mereka mencari daun-daun dalam syurga, menganyamnya untuk dijadikana pakaian, bagi menutupi kemaluan atau aurat mereka]
Saudara, Adam dan Hawa pasti orang yg kekal dalam syurga sehingga sampai hayat ajal mereka.Syaitan memberitahu m,ereka berdua jika mereka nak kekal dalam syurga maka mereka dekati pohon tersebut. Atau, jika mereka ingin jadi malaikat, maka dekatilah pohon tersebut. Tipu helah tersebut diyakini oleh Adam (a.s) dan Hawa. Kononnya untuk kekal dalam syurga dan untuk mencapai darjat malaikat, dekati pokok tersebut. Maka Adam (a.s) dan Hawa (a,.s) bukan sahaja menghampiri pokok tersebut, malahan makan buahnya. Maka kedua-duanya melanggar perintah atau ketetapan Allah (a.w), Dan, syaitan berjaya mengeluarkan Adam dan Hawa sama-sama ke dunia, tidak dia seorang sahaja!
demikianlah begitu liciknya syatan dgn menggunakan dua fakta dapat dia mempengaruhi Adam dan Hawa. Fakta yg digunakan adalah bahawa Adam dan Hawa pasti kekal di syurga. Dan, Adam dan Hawa tahu malaikat adalah makhluk yg sangat taatkan Allah (a.w).
Firman Allah (a.w): 'Wa-qasamahuma inni lakuma laminan-nasihina' (Yg bermaksud: 'Dan, bersumpahlah syaitan didepan kedua-duanya (menyambung kata-kanyanya): ' Sesungguhnya aku pada kamu berdua necaya aku adalah orang yg memberi nasihat.') [Ayat 21, Surah al-A'raf]
Syaitan bersumpah kpd Adam dan Hawa bahawa dia adalah memberi nasihat kpd keduanya supaya ikuti cakapnya dan akan kekallah mereka tinggal di dalam syurga. Demikianlah licik dan pintarnya syaitan.
Saudara, kalaulah syaitan dapat menggoda Adam dan Hawa dgn menggunakan fakta yg dibolakbalikkannya untuk membolehkan Adam dan Hawa yakin dgn 'nasihatnya', apakan kita manusia biasa yg kini sudahpun dipengaruhi oleh berbagai dorongan dan keenakan hawa nafsu manusia, yg tidakpun wujud zaman nenek moyang kita sendiripun! Maka dgn itulah juga syaitan menyuruh kita syirik (tanpa jelas = syirik yg samar) meyakini sesuatu kuasa yg menyerupai kuasa ketuhanan, maka kita percaya. Syaitan menyuruh kita amalkan sesuatu yg kurafat, kononnya baik untuk kita. Syaitan menyuruh kita percayakan tahyul yg sebenarnya dia yg wujudkan kerana syaitan yg terbaikpun adalah sama dgn manusia yg sedikit kejahatannya. Syaitan menyuruh kita bertaklid kpd ajaran manusia yg akui dirinya alim atau ulama' walaupun ditegah oleh Islam, maka kita lakukan dgn senang hati. Syaitan menyuruh kita amalkan bid'ah atau mengubah syariat Islam, sebagai perbuatan atau perlakuan yg kelihatan begitu baik, kononnya untuk menambah kesempurnaan amal dn ibadah kita. Semuanya nampak baik, walhal ditegah oleh syairat Islam berdasarkan ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan RasulNya. Maka tidk hairanlah begitu ramainya orang yg akui dirinya Islam beramal dgn penah lelah bertungkus lumus, tetapi semuanya sia-sia. Mereka tersisih dari Islam menjadi kafir atau murtad atau terkeluar dari islam tanpa disedari dan segala adan ibadah tidak diterima Allah (a.w). Begitu jugalah, kerana pengaruh hawa nafsu dan kerana kejahilan dan kerna pujukan syaitan, maka para ulama' sanggup membelakangkan printah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dalam mengamalkan bid'ah. walhal bid'ah itu membatalkan keIslaman seseorang, menjadikan mereka syirik lagi fasiq menentang ketetapan Rasulallah (s.a.w) dgn mengakui wujudnya 'bid'ah hasanah' itu. Taubat pengamal bid'ah tidak diterima Allah (a.w) selagi bid'ah diamalkan. Segala malan - yg fardu dan sunat- yg diamalkan oleh ahli bdi'ah tidak diterima Allah (a.w). [Nota: Rujuk post-post yg lalu menegnai perkara yg menyebabkan kita terkeluar dari Islam kerana mengamalkan bid'ah.] Maka tergolonglah mereka yg mengerjakan segala sesuatu yg berasingan dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, terkeluar dari Islam dan menjadi kawan dan rakan taulan syaitan, masuk neraka di akhirat kelak (setelah diazab dalam kubur masing-masing), wal iya zubillah.
Saudara, godaan dan pujukan syaitan itu hebat dan syaitan menggunakan manusia - orang yg berilmu, orang yg memegang jawatan dalam agama dan orang yg menjadi tok-tok guru, mengajarkan kitab-kitab atau buku-buku agama tanpa mengajarkan al-Quran dan as-Sunnah. Syaitan menggunakan manusia dalam perbagai bidang untuk menjerumuskan manusia menjadi ahli neraka, supaya dapat menemaninya di neraka kelak. Janganlah kita tergolong dalam golongan tersebut. Yg rugi kita bukan orang lain. kalau kita tidak lindi=ungi diri kita dgn perisai ilmu yg haq - al-Quran dan as-Sunnah - pastilah kita kan kecundang kelak.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment