Sunday, November 20, 2011

Peringatan Yg Tak Patut Dilupakan...

Assalamualaikum,
Saudara, dalam blog ini kita seringkali timbulkan suatu perkara yg hak - iaitu sesiapa yg menapati perintah Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa' pastilah dia ahli syurga. Mereka masuk syurga tanpa di hisab atau dihisab dahulu sebelum msuk syurga kerana dosa-dosa yg dilakukan sepanjang hidupnya yg tidak dihapuskikis oleh taubat dan taubatnya belum diterima Allah (a.w) atau mereka tak sempat bertaubat sudah tiba ajalnya. Ayat 13, Surah an-Nisa' menyebutkan: 'Barangsiapa yg taatkan Allah (a.w) (yakni, ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti ketetapan as-Sunnah), dimasukkan ke dalam syurga.' Itu ketetapan Allah (a.w) yg pasti.
Jelasnya, seseorang yg Islam itu apabila dia ikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah sepanjang hidupnya - dia kerjakan amalan dan ibadah dan menjalani kehidupan duniwai berdasarkan ketetapan dan panduan al-Quran dan as-Sunnah, adalah ahli syurga yg pasti. bagaimana pula kalau dia ikuti al-Quran dan as-Sunnah tapi dia juga beramal dgn beberapa amalan yg didasarkan kpd kitab karangan mansuia atau buku-buku karangan manusia atau berdasarkan cakap-cakap atau ajaran manusia, bagaimana? Dapatkah dia syurga? Jawabnya pasti dapat juga jika kitab atau buku atau cakap-cakap atau ajaran orang lainj itu tidak lari dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Ini hanya berlaku kalau orang yg mengajarkan sesuatu amalan dan ibadah Islam itu tidak menyimpang dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan dia mengajarkan pengikutnya semata-mata berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah secara berdena atau 'mangkul' = ada guru dan ada murid yg belajar atau mengaji dgn merujuk kpd al-Quran atau kitab hadith, dan ilmu itu disampaikan secara terus atau berdepan. Jika begitu, belajar Islam dan syariatnya menggunakan kitab atau buku karangan mansuai tak boleh dikira termasuk dalam pemakaian Ayat 13, Surah an-Nisa' tersebut! Kalau hadith-hadith itu adalah bersifat 'musnad' = ada perawinya dan didapati dari kitab-kitab hadith yg benar (spt Kuttubul Sittah) dan hadith-hadith yg diajarkan atau tafsiran al-Quran yg diajarkan adalah 'muttasil' = urutan perawinya dapat disahkan sampai kpd Raulallah (s.a.w), maka ilmu hadith dan tafsir itu sah dan benar. Jika tidak tidak tergolong orang yg menepati Ayat 13, Surah an-Nisa' tersebut! Jika begitu, tergolonglah orang-orang yg belajar tanpa sistem dan kaedah yg dibenarkan Islam itu tergolonga dari akalangn mereka yg beramal dan beribadah dgn dasar ilmu yg hak (= al-Quran dan as-Sunnah), mengikut Ayat 36, Surah al-Isra': '... wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' (Yg bermaksud: Janganlah kamu kerjakan sesuatu (amalan dan ibadah) yg kamu tidak tahu atau tiada ilmu mengenainya.)..Jika begitu belajar Islam dan syariat Islam di IPT atau mana-amna institusi pengajian atau program pengilmuan selainnya, yg tidak bersandarkan pengajian merujuk secara terus kpd al-Quran dan as-Sunnah ketika belajar, belum memenuhi syarat Ayat 36, Surah al-Isra' tersebut! 
Kemudian, yg tidak kurang utamanya dalam sistem dan proses pengilmuan atau pengajian Islam dan syariatnya adalah ilmu yg diajarkan itu hendaklah ilmu yg ditetapkan oleh as-Sunnah. As-Sunnah atau Rasulallah (s.a.w) memberitahu kpd kita bahawa ilmu yg wajib dituntuti oleh seseorang yg mengakui dirinya Islam dan beriman hanyalah tiga; iaitu: pertama, Ilmu al-Quran; kedua, ilmu as-Sunnah atau al-hadith; dan ketiga ilmu faraid (= pembahagian harta pesaka). [Nota: Melalui ilmu al-Quran dan as-Sunnah itu, Ilmu faraid secara langsung sudahpun dipelajari. Sesiapa yg belajar tentang Islam dan syariatnya tanpa merujuk kpd al-Quran dan as-Sunnah pasti tersesat atau menyimpang atau terjerumus ke alam kesesatan, yakni masuk neraka akhirnya kelak, dan pasti tak dapat syurga. Kerana itulah pesanan Rasulallah (s.a.w). Rasulallah (s.a.w) memberitahu sesiapa yg menjadikan panduannya tentang Islam dan syariatnya serta panduan hidupnya selain al-Quran dan as-Sunnah pasti sesat. Itu adalah kata-kata bersandarkan wahyu, maka pasti betul!]
Saudara, seseorang yg akui dirinya Islam dan beriman dan mengakui dia tergolongan dari kalangan orang yg tergolong dalam golongan yg disebutkan pada Ayat 13, Surah an-Nisa' (dan bukan golongan yg tergolong dalam golongan yg disebutkan dalam Ayat 14, Surah an-Nisa', iaitu sebaliknya) adalah orang yg menerima as-Sunnah dan mengambil as-Sunnah sebagai panduan hidup serta panduan amalan dan ibadah. Kerana Ayat 7, Surah al-Haysr menyebutkan sedemikian. Sesiapa yg menolak as-Sunnah walaupun dia menolak hanya satu hadith, dan hadith itu adalah diiktiraf sahih atau hasan dalam istilah hadith, maka dia telah melanggar ketetapan Ayat 7, Surah al-Hayr, dan kerana itu melanggar ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa' dan tergolongan orang yg tergolongan dalam pemakaian Ayat 14, Surah an-Nisa' itu ( = ahli neraka).
Tambahan lagi, seseorang yg akui dirinya Islam dan beriman, kemudian dia tak bersetuju dgn hakikat bahawa Islam mewajibkan umatnya berjema'ah dalam Islam pula, maka dia juga tidak tergolong dalam golongan yg disebutkan pada Ayat 13, Surah an-Nisa'. Kenapa? Kerana Allah (a.w) menetapkan dalam al-Quran bahawa orang islam dan beriman itu wajib berjema'ah dalam menganuti agama Islam - Ayat 103, Surah ali-Imran! Majoriti umat Islam yg akui diri mereka tergolongan di kalangan 'Ahlus sunnah wal-Jama'ah' pertikaikan atau tidak menerima hakikat ini. Kalau kita mengaji ilmu as-Sunnah, kita akan dapati begitu banyaknya pesanan dan perintah Raasulallah (s.a.w) atau ketetapan as-Sunnah yg menyebutkan bahawa 'berjema'ah dalam Islam itu' suatu kewajipan - atau tak boleh tidak wajib dilakasanakan secara formal. Malangnya hari ini umat Islam sudah ketetapikan ketetapan yg amat fundamental ini. Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) perintahkan umat Islam supaya anuti Islam secara berjema'ah melalui wujudnya suatu jema'ah yg formal dgn ciri-cirinya tertentu berpandukan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, demikianlah besarnya fitnah atau cubaan akhir zaman apakala orang yg berilmu tentang Islam dan syariatnya memiliki ilmu yg batil atau cacat atau tidak sempurna, kerana sumber ilmunya bukanlah 100% al-Quran dan as-Sunnah. Mudah-mudahan Allah (a.w) ampunkan dosa kita kerana tidak mampu melaksanakan sesuatu ketetapan Allah (a.w) kerana tentangan atau rintangan dari kalangan orang Islam sendiri, terutama orang Islam yg berkuasa ...

Jazakallahu khairah.

No comments:

Post a Comment