Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa sesiapa yg berjaya menjauhi atau mencegah dirinya dari melakukan dosa-dosa besar, akan terhakis segala dosa-dosa kecilnya. Dan, orang sedemikian itu pastilah dia ahli syurga.
Dalam post-post yg lalu kita diberitahu bahawa dosa terbesar - yg paling serius - adalah syirik, iaitu menyekutukan Allah (a.w) dgn sesuatu atau meyakini bahawa wujud suatu kuasa 'ketuhanan' pada benda atau makhluk. Termasuklah 'syirik kecil' atau 'syirik samar', yg kita lakukan dalam kita mengesakan Allah (a.w) yg tidak kelihatan jelas atau serius, spt seorang Islam itu memakai tangkal atau gelang besi berani (magnet) kononnya magnet yg dipakai di tangan itu boleh menghindarkan sesuatu kemudaratan terkena kpd kita atau yg berkuasa menghalang sesuatu kemudaratan mengenai kita. Allah (a.w) memberitahu kita bahawa dosa kerana syirik tidak akan diampunkan Allah (a.w). [Nota: Hari ini kalau sdr seorang yg 'observant' pasti menemui orang Islam yg memakai gelang magnet itu di tangannya - lelaki maupun perempuan. Mereka tidak sedar betapa bahaya kpd aqidah mereka apabila melakukan perkara yg kelihatan begitu kecil dan remeh namun implikasinya amat serius kpd keimanan seseorang yg akui dirinya Islam dan beriman.]
Saudara, mengikut sepotong hadith, Rasulallah (s.a.w) memberitahu ada 7 dosa besar. Dosa-dosa ini sewajibnya dijauhi sama sekali.
Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Ala unabbiukum biakbaril-kabairi, qulna bala ya Rasulallah, qala isyraku billahi wa-'uququ l-walidaini wa-kana mutataki-an fajalasa, faqala ala waquluz-zuri wa-syahadatuz-zuri ala wa-qauluz-zuri wa-syahadatuz-zuri fama zala yaquluha hatta qultu la yaskut.' (Yg bermaksud: 'Mahukah aku (Nabi) tunjukkan kpd kamu sekelian tentang dosa-dosa yg aling besar?' (Beliau mengulangi kata-kata tersebut 3 kali); kami menjawab: 'Bahkan! Wahai Rasulallah (s.a.w).' Lalu beliau (Nabi) bersabda: 'Menyekutukan Allah (a.w) dan berani kpd kedua orang tua (yakni, ibu bapa).' Lalu beliau (Nabi) duduk seraya menyambung sabdanya:' Ingatlah! Bahawa ucapan dusta dan sumpah palsu(termauk juga). Lalu secara terus menerus beliau mengulanginya (i.e. kalimat-kalimah akhirnya itu) sampai kami (sahabat) mengharapkan agar beliau berhenti (dari berkata-kata) atau diam.) [Hadith Bukhari & Muslim]
Saudara, dalam hadith di atas itu Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa ada 4 jenis dosa besar, iaitu: pertama, syirik terhadap Allah (a.w); kedua, 'berani terhadap orang tua', yakni melakukan sesuatu yg tak sepatutnya terhadap kedua ibu bapa termasuklah meninggikan suara, berkata kesat dan kasar, mengherdik, menganianya keduanya dan seumpamanya, kerana mereka wajib ditinggikan dan kita sebagai anak merendahkan suara dan nada ketika bercakap kpd dan didepan mereka); ketiga, bercakap bohong/dusta atau; dan keempat, bersumpah dusta.
Saudara, kita telah teliti syirik dan bentuk-bentuknya dalam post yg lalu. Mungkin kita telahpun diajarkan atau diberitahu tentang hubungan anak dgn kedua ibu bapa mereka. Di dalam al-Quran Allah (a.w) menyebut banyak perkara tentang larangan atau tegahan terhadap anak-anak dalam hubungan mereka dgn kedua ibubapanya.
Dalam Ayat 83, Surah al-Baqarah: kita disuruh supaya mengabdikan diri atau sembah hanyalah Allah (a.w) dan hendaklah anak-anak itu berbuat baik terhadap kedua ibubapa mereka, dan kita orang iman diperintahkan supaya bercakap sesama manusia dgn kata-kata yg baik dan sopan.
Dalam Ayat 36, Surah an-Nisa': Allah (a.w) perintahkan manusia supaya mengabdikan diri (yakni, buat amalan dan ibadah memperhambakan diri), menyembah hanya Allah (a.w), jangan syirik, dan kpd kedua ibu-bapa hendaklah anak-anak itu berbuat baik atau melayani segala sesuatu sebaik mungkin secara terbaik terhadap mereka.
Dalam Ayat 151, Surah al-An'am: Allah (a.w) haramkan bahawa kita syirikkan Allah (a.w) dgn sesuatu apapun, dan kita, sebagai anak, disuruh berbuat baik atau melayani dgn sebaik mungkin kedua ibu bapa kita.
Dalam Ayat 23 dan 24, Surah al-Israk: Allah (a.w) perintahkan kita yg Islam dan iman mengabdikan diri (yaknni, sembah) hanyalah kpd Allah (a.w) semata-mata, dan kpd kedua ibubapa kita, selaku anak, wajib berbuat baik atau melayani kedua ibu sebaik mungkin, dan ketika kedua ibu bapa kita sudah tua dan dhaif hendaklah kita melayani mereka sebaik-baiknya dan berkata-kata kpd mereka dgn kata-kata yg mulia, manis, sopan dan merendahkan diri. Dan, apakala mereka sudah tua hendaklah kita membantu dan melayani mereka dan menjaga mereka sebaik-baiknya dan mengasihi mereka sebagaimana mereka mengasihi kita semasa kita bayi atau kecil dulu, dan hendaklah kita sebagai anak doakan supaya Allah (a.w) ampunkan dosa dan kesalahan mereka dan kurniakan kebaikan dan kesejahteraan terhadap mereka.
Dalam Ayat 14, Surah Luqman: Allah (a.w) wasiatkan (yakni, perintahkan) manusia (anak-anak) berbuat baik terhadap kedua ibubapa mereka, terutama ibu yg telah menanggung kesusahan demi kesusahan ketika mengandung anaknya, melahirkannya, kemudian menyusukannya dan menjaganya selama 2 tahun, Allah (a.w) juga perintahkan supaya kita sebagai manusia bersyukur kpd Allah (a.w) terhadap sekian banyak tak terhitungnya nikmat kurniaan Allah (a.w) kpd kita. Kita hanya disuruh tidak akur dgn ketetapan ibu bapa jika melanggar ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya.
Demikian beberapa ketetapan Allah (a.w) menyentuh isu syirik dan layanan terhadap kedua ibu bapa.
Di dalam as-Sunnah banyak sekali pesanan dan suruhan Rasulalah (s.a.w) bagaimana hubungan terbaik umat Islam terhadap ibu bapa mereka. Antara ketetapan Rasulallah (s.a.w) adalah bahawa keridhaan Allah (a.w) itu bergantung kpd keridhaan kedua ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Tanpa keridhaan kedua ibu bapanya, anak-anak itu tak akan masuk syurga, walau bagaimana sekali alim dan istiqamah mereka beramal dan beribadah kpd Allah (a.w). Anak-anak itu diwajibkan mentaati perintah dan suruhan kedua ibubapa mereka, sehinggakan kalau disuruh ceraikan isterinyapun, wajib dia akur dan ceraikan isteri kesayangannya! Kalau si anak itu orang Islam dan beriman, manakala kedua ibubapanya masih kafir tak Islam, tetap anak tersebut wajib berbuat baik kpd kedua ibu bapanya yg masih kafir itu!
Di dalam as-Sunnah banyak sekali pesanan dan suruhan Rasulalah (s.a.w) bagaimana hubungan terbaik umat Islam terhadap ibu bapa mereka. Antara ketetapan Rasulallah (s.a.w) adalah bahawa keridhaan Allah (a.w) itu bergantung kpd keridhaan kedua ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Tanpa keridhaan kedua ibu bapanya, anak-anak itu tak akan masuk syurga, walau bagaimana sekali alim dan istiqamah mereka beramal dan beribadah kpd Allah (a.w). Anak-anak itu diwajibkan mentaati perintah dan suruhan kedua ibubapa mereka, sehinggakan kalau disuruh ceraikan isterinyapun, wajib dia akur dan ceraikan isteri kesayangannya! Kalau si anak itu orang Islam dan beriman, manakala kedua ibubapanya masih kafir tak Islam, tetap anak tersebut wajib berbuat baik kpd kedua ibu bapanya yg masih kafir itu!
Insya Allah kita akan lanjutkan penelitian kita tentang dosa-dosa besar ini. Insya Allah kita kelak akan tahu terdapat sekurang-kurangnya 39 jenis dosa-dosa besar yg wajib kita waspada sebagai orang iman.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment