Monday, November 7, 2011

Solat Aidil Adha

Assalamualaikum,
Saudara, alhamdulillah, insya Allah ramai diantara kita yg telahpun mengrjakan Solat Aidil Adha kelmarin (Ahad, 6 November 2011). Namun, kemungkinan besar, ramai antara kita yg terbatal atau batik solatnya kerana melakukan beberapa perbuatan - dalam Rukun Qauli dan Rukun Fe'linya. Kesilapan yg sering dilakukan oleh ramai orang Islam adalah: pertama, ketika memulakan solat, kita menyebut ata melafazkan niat dgn menyebut; 'Usolli ...' ketika mengangkat tangan untuk Takbiratul Ikhram. Tidak ada amalan melafazkan niat ketika hendak bersolat. Yg ada ada niat itu diingatkan atau diqasadkan alam hati sahaj. Kemudian ketika berdiri untuk bersolat kita hanya sebut kalimah takbir (i.e. Takbiratul Ikhram), iaitu 'Allahu Akbar'. Rasulallah (s.a.w) memebritahu bahawa ketika hendak bersolat: 'Faiza qumta ilas-solata fakabbir' (Yg bermaksud: Ketika berdiri kamu untuk bersolat maka takbirlah atau bacalah Takbir.) [Hadith]. Kesilapan kedua adalah ketika bertakbir untuk rakaat pertama tujuh kali takbnir dan pada rakaat kedua lima kali takbir kita mengangkat tangan seumpama mengangkat tangan pada pertama kali ketika Takbiratul Ikhram, kita baca atau sebut kalimah-kalimah: 'Subhanallah, wal-hamdulillah, wa-lailaha ilallah, wallahu akhbar'. As-Sunnah tidak menyebutkan bahawa kita baca atau sebut kalimah-kalimah terebut setelah mengangkat takbir. Walaupun kalimah-kalimah tersebut dianjurkan oleh Islam kita baca sebagai salah satu drp begitu banyak kalimah zikir, namun ketika bersolat Rasulallah (s.a.w) tidak membacanya. Jika kita baca atau lakukan bererti kita mengubah syariat solat Aidil Adha (dan Aidil Fitri) menjadi berlainan drp apa yg diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w). Ketiga kesilapan menambah kpd tasbih Rukuk dgn menyebut 'wa-bihamdihi' selepas kalimah-kalimah 'Subhana rabbial 'azim'. Keempat, sekali lagi menambah kalimah 'wa-bihamdihi' selepas membaca 'Subhanarabbial 'ala' ketika Sujud.Kelima, jika kita menjadi makmum dalam solat, ketika bangun dari Rukuk, kita menyebut 'Sam'allahu liman hamidah', selepas Imam membaca kalimah tersebut. Yg ditetapkan dalam syariat solat mengikut ketetapan as-Sunnah, adalah, sebagai makmum, ketika Imam bangkit dari Rukuk untuk Iktidal, kita ikuti Imam dengan menyebut kalimah 'Rabbana wa-lakal hamdu' sahaja tanpa menyebut 'Samiallahu liman hamidah'. Demikianlah beberapa penambahan kpd syariat solat - Solat Fardu, solat-solat sunat - yg sering kita lakukan apabila kita jahil tentang ilmu as-Sunnah atau apakala kita mengikuti amalan majoriti umat Islam yg bersolat mengikut landasan fahama majoriti.
Saudara, kesemua ini berlaku kerana kita jahil ilmu as-Sunnah. Atau, ada diantara kita yg tidak mahu akui as-Sunnah sebagai sumber ilmu dan panduan Islam seganding dgn al-Quran. Atau, kita tahu tetapi kita membelakangkan as-Sunnah kerana kononnya kita mengikuti ajaran fahaman kemazhaban. Yg rugi kita. Kerana Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita: 'Man 'amila 'amilan laisa amruna fahua raddun.' (Yg bermaksud: Sesiapa yg melakukan suatu amalan yg tidak menjadi sebahagian drp perintahku (Nabi), maka malannya itu ditolak.' [Hadith Bukhari & Muslim]. Maka sia-sia sajalah solat atau apa saja amalan dan ibadah kita, kerana mengerjakan sesuatu yg tiada sandaran al-Quran dan as-Sunnah. Walhal, dalam blog ini berkali-kali kita diperingatkan bahawa, Allah (a.w) perintahkan kita supaya ambil pakai as-Sunnah dan tinggalkan apa-apa yg ditegah oleh Rasulallah (s.a.w) atau jangan perbaharui ketetapan as-Sunnah - Ayat 7, Surah al-Haysr dan Ayat 80, Surah an-Nisa.
Saudara, kita telah ditinggalkan oleh Rasulallah (s.a.w) selama lebih drp 1,400 tahun. Dalam tempoh yg begitu panjang, syariat Islam yg haq itu sudah semakin jauh pada kita, dan semakin banyak manusia yg akui diri mereka 'berilmu' mengarang kitab dan buku, dan menyampaikan panduan tanpa berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka kita dipesongkan dri syariat Islam yg haq itu. Mereka sesat dan kita disesatkan oleh mereka kerana kita tak mau semak dasar dan asas panduan amalan dan ibadah, kita tak mahu semak al-Quran dan s-Sunnah. Kita selesa dgn apa 'ilmu' yg kita warisi dari nenek moyang kita. Walhal, Allah (a.w) perintahkan kita: 'Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun.' (Yg bermaksud: janganlah kamu keraja sesuatu (amalan dan ibadah) tanpa kamu terlebih dahulu tahu ilmu mengenainya) [Ayat 36, Surah al-Isra'] dan Rasulallah (s.a.w) juga peringatkan kita: 'Al-Ilmu qabla 'amal.' (Yg bermaksud: Berilmulah dahulu sebelum mengerjakan sebarang amalan.) [Hadith] [Nota: Kita akan teliti kemudian nanti persitiwa yg berlaku di padang makhsyar dan di dalam neraka apakala berlaku berlahan antar Guru dgn Murid yg sama-sama berada di dalam neraka, kerana yg satu mengajr yg satu lagi sesuatu kebatilan mengenai agama.Ingatlah: yg mengajarkan yg batil (guru) dan yg belajar yg batil dari gurunya (Murid atau pengikut), kedua-dua masuk neraka, wal iya zubillah. Kemudian al-Quran memberitahu kita tahu perdebatan antara syaitan dgn orang yg akui dirinya beriman mengikut ajakan atau ajaran syaitan, sama ada secara langsung atau melalui guru yg mengajarkan kebatilan.
Saudara, selain syariat Solat Aidil Adha, ada dua lagi amalan yg dianjurkan oleh Islam kita kerjakan dalam bulan Zulhijjah ini; iaitu: pertama, berpuasa sunat sehari pada hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah bagi umat Islam yg tidak mengerjakan ibadah haji. Sesiapa yg mengerjakannya maka terhapuslah dosanya setahun sebelum 9 Zulhijjah dan setahun selepasnya - yakni dua tahun. Kedua, menyemblih haiwan kurban selepas selesainya Solat Aidil Adha. Syariat kurban (dan Solat Aidil Adha) ini disebutkan dalam Ayat 1, Surah al-Kauthar. Dan, syariat kurban ini bermula zaman Nabi Ibrahim (a.s) apakala beliau diperintahkan Allah (a.w), sebagai menguji keimamannya terhadap Allah (a.w) menyembelih anak kesayangannya, Nabi Ismail (a.s).

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment