Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg terakhir dulu kita sebutkan tentang menyambung tahun baru hijrah, iaitu 1 Muharram 1433H, yg jatuh pada hari Ahad (27 November 2011). Kita telah maklum bahawa Islam tidak menyuruh kita raikan Tahun Baru (atau apa-apa haripun). Kerana perbuatan sedemikian adalah sebenarnya mengikuti perlakukan dan kelaziman kaum-kaum jahiliah dan kaum-kaum yg tidak Islam, terutama Yahudi dan Nesrani. Kita juga tidak disuruh rayakan Hari Keputeraaan Rasulallah (s.a.w) kerana menghormati beliau. Islam tidak menyuruh kita sambut ulangtahun kelahiran Rasulallah (s.a.w). Islam menyuruh kita ikuti as-Sunnah.
Saudara, dalam konteks menghormati Rasulallah (s.a.w) yg membawakan serta mengajarkan kita agama yg benar, agama yg diridhai (=diterima) Allah (a.w), kita disuruh mentaati beliau dgn mengikuti ketetapan as-Sunnah - Ayat 7, Surah al-Haysr, mentaati beliau untuk dapatkan syurga - Ayat 13, Surah an-Nisa, dan menjadikan Rasulallah (s.a.w) contoh atau model kita sebagai seorang umat Islam yg benar-benar menghormati Rasulallah (s.a.w) kerana beliau adalah contoh atau model ikutan terbaik, 'uswatun hasanah' - Ayat 21, Surah al-Ahzab. Begitulah caranya kita menghormati Rasulallah (s.a.w). Dgn demikian juga kita mendapat pahala sunnah mengerjakan atau meniru dan melaksanakn segala perlakuan beliau.
Saudara, dalam post itu juga kita diberitahu bahawa keutamaan bulan Muharram, bulan pertama Islam, adalah tanggal ke-9 dan ke-10, iaitu kita mengerjakan dua hari puasa sunat - Puasa Asyura.
Hari Asyura itu adalah pada 10 haribulan Muharram. Ada hadith menyebutkan juga pada 9 Muharram. Ada ijtihad, bahawa Puasa Asyura itu boleh dikerjakan dua hari, iaitu pada 9 dan juga 10 Muharram. Di dalam hadith berikut diberikan nas dan dalil bahawa puasa Hari Asyura itu memberi ganjaran pahala yang besar, iaitu menghapuskan dosa-dosa setahun terdahulu daripadanya:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Qatadah (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Puasa hari ‘Asyura bahawasanya aku kira atas Allah (a.w) bahawa mengkifaratkan (dosa-dosa) tahun dahulunya (yakni, puasa Asyura itu menghapuskan dosa tahun dahulu)’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Hadith di bawah ini juga menjelaskan perkara yang sama. Hadith ini juga menjelaskan bahawa sebelum difardukan (yakni, turun ayat al-Quran mewajibkan berpuasa Ramadhan), Rasulallah (s.a.w) mengamalkan berpuasa Asyura, seakan-akan wajib baginya. Dengan difardukan puasa Ramadhan itu, puasa ‘Asyura menjadi ibadah sunat sahaja:
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) bekata: ‘Adalah ‘Asyura itu hari yang puasa akan dia orang Quraisy di dalam zaman jahiliah, dan adalah Rasulallah (s.a.w) berpuasa dia akandia, maka tatkala datang dia ke Madinah berpuasa dia akan puasa itu dan menyuruh orang dengan puasa itu, maka tatkala difardukan puasa Ramadhan adalah Ramadhan itu puasa wajib (fardu), dan ditinggalkannya (puasa) ‘Asyura. Maka barangsiapa berkehendakan (puasa itu) puasalah akandia, dan barangsiapa meninggalkannya tinggalkanlah.’[Hadith sahih at-Termidzi].
Hadith di atas memberi nas dan dalil hadith bahawa puasa Asyura itu adalah sunat sahaja. Kita diberi pilihan sama ada hendak buat atau tidak mengerjakan puasa ini. Hadith di bawah ini menyebut puasa ‘Asyura itu adalah pada 9 Muharram, manakala hadith berikutnya pula menyatakan pada 10 Muharram. Kebanyakan hadith menyebutkan pada 10 Muharram:
Diriwayatkan hadith daripada Hakam bin ‘A’raj (r.a) berkata: ‘Sampai aku kepada Ibni Abbas (r.a), dan dia menyelindangkan selindangnya di dalam (yakni, ketika berada di telaga) zamzam. Maka berkata aku: ‘Khabarkanlah kepadaku daripada hari ‘Asyura. Apakah dia puasa aku akandia?’ Berkata Ibni Abbas (r.a): ‘Ketika engkau nampak satu haribulan Muharram maka hitunglah, kemudian jadilah kamu daripada yang kesembilan (harinya) puasalah.’ Berkata Hakam: ‘Berkata aku: ‘Adakah begini adanya berpuasa Muhammad (s.a.w)?’ Berkata (Ibni Abbas): ‘Ya.’ [Hadith at-Termidzi]
[Nota: Daripada hadith ini dapatlah kita tahu bahawa syariat puasa fardu Ramadhan itu diturunkan (yakni, diperintahkan oleh Allah (a.w)) selepas Rasulallah (s.a.w) berhijrah ke Madinah.]
Diriwayatkan hadith daripada Ibni Abbas (r.a) berkata: ‘Telah diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w) dengan puasa ‘Asyura pada hari yang kesepuluh (Muharram).’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi]
Fadhilat Puasa Asyura itu adalah menghapushan dosa setahun, iaitu dosa tahun dahulu, yakni mulai Muharram tahun lalu sehinggalah tiba Muharram tahun ini. Di dalam hadith di atas disebutkan puasa pada 9 haribulan Muharram atau 10 Muharram. Justeru itu, disunatkan berpuasa puasa sunat Asyura itu satu atau dua hari, iaitu pada 9 dan 10 Muharram. Namun begitu, sekurang-kurangnya kita puasa sehari, mengikuti ketetapan hadith di atas itu.
Diriwayatkan hadith daripada Ibni Abbas (r.a) berkata: ‘Telah diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w) dengan puasa ‘Asyura pada hari yang kesepuluh (Muharram).’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi]
Fadhilat Puasa Asyura itu adalah menghapushan dosa setahun, iaitu dosa tahun dahulu, yakni mulai Muharram tahun lalu sehinggalah tiba Muharram tahun ini. Di dalam hadith di atas disebutkan puasa pada 9 haribulan Muharram atau 10 Muharram. Justeru itu, disunatkan berpuasa puasa sunat Asyura itu satu atau dua hari, iaitu pada 9 dan 10 Muharram. Namun begitu, sekurang-kurangnya kita puasa sehari, mengikuti ketetapan hadith di atas itu.
Saudara, demikianlah keutamaannya berpuasa pada 9 dan 10 Muharram (Hari Asyura). Dalam masyarakat Melayu, 'Bubur Asyura' lebih terkenal yg sentiasa dibuat di masjid-masjid untuk diagihkan kpd jema'ah Islam. Tapi, tak berapa ramai orang Melayu yg mengerjakan Puasa Asyura ini. Mudah-mudahan kita dapat usahakan berpuasa pada hari-hari tersebut - yg pada tahun ini terjatuh pada 5 dan 6 Disember 2011, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment