Thursday, November 3, 2011

Puasa Sunat: Hari Arafah (9 Zulhijjah)

Assalamualaikum,
Saudara dalam beberapa akhbar hari ini terpampang gabar Dato' Sri Najib, PM kita, Tawaf mengelilingi Ka'abah dgn dijaga oleh kakitangan keselamatan pihak berkuasa Masjid al-Haram - beliau mengerjakan Tawaf Qudum atau Tawaf Umrah sebelum mengerjakan Tawaf Ifadah, iaitu Tawaf Haji, pada 10 Zulhijjah atau selepasnya. Beliau dan kesemua jema'ah haji akan ke Arafah untuk Wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah.
saudara, pada hari Wukuf itu, iaitu 9 Zulhijjah, umat Islam yg tidak mengerjakan ibadh haji di Mekah digalakkan berpuasa puasa sunat, iaitu Puasa Arafah pada 9 Zulhijjah, insya Allah pada hari Sabtu ini, aitu bersamaan 6 November 2011 ini. Apakah keuntungannya Puasa Hari Arafah ini? Di dalam hadith berikut disebutkan bahawa sesiapa yg mengerjakan Puasa hari Arafah ini, dia dikurniakan oleh Allah (a.w) pengampunan dari dosanya setahun sebelumnya dan setahun selepasnya, i.e. selepas tanggal 9 Zukhijjah itu. Jadi, dosa-dosa kita selama dua tahun terhakis. Alhamdulillah. Begitu kasihnya Allah (a.w) kpd kita yg Islam dan beriman dan mengerjakan suatu ibadah yg tidakpun berat! 
Diriwayatkan sepotong hadith daripada Abi Qatadah (r.a), katanya: ‘Sesungguhnya Nabi (s.a.w) telah bersabda: ‘Puasalah pada Hari Arafah, sesungguhnya mencari pahala aku pada Allah (a.w) agar menghapus dosa (oleh Allah (a.w)) (dosa-dosaku) setahun yang sebelum Hari Arafah dan setahun sesudah Hari Arafah.’ [Hadith sahih riwayat at-Termidzi]
Saudara, apakah saudara tak berminat untuk mendapat ganjaran pahala yg begitu banyak kerana mengerjakan suatu amalan yg begitu ringan? Hanya orang yg lupakan akhiratnya sahaja yg tidak mengendahkan kurniaan Allah (a.w).
saudara, bagi mereka yg sudah menjadikan kelazimannya untuk mengerjakan Puasa Nabi Daud, iaitu puasa selang sehari, tidaklah perlu dia kerjakan Puasa Hari Arafah ini, jika pada tanggal 9 Zulhijjah itu kebetulan jatuh pada hari yg dia tak puasa, kerana dah berpuasa sehari sebelumnya. Dia kekal mendapat pahala terebut. [Nota: Dalam blog ini kita telah lihat syariat Islam mengenai puasa-puasa sunat. Antara puasa sunat yg banyak ganjaran pahalanya adalah puasa 3 hari setiap bulan Islam (sebaik-baiknya pada 13, 14 dan 15 bulan-bulan Islam, setiap bulan) diberi Allah (a.w) ganjaran pahala seumpama berpuasa setahun. Atau, berpuasa 2 hari seminggu setiap minggu selama setahun, iaitu pada hari Isnin dan Khamis, juga mendapat pahala seumpama pahala berpuasa setahun. Namun, puasa sunat yg amat disukai oleh Allah (a.w) adalah Puasa Nabi Daud, iaitu puasa selang sehari. Justeru itulah dalam zaman Rasulallah (s.a.w) beliau menyuruh para sahabat yg ingin kerjakan puasa setiap hari, disuruh mengerjakan Puasa Nabi Daud ini.
Saudara, ada dua amalan ibadah sunat yg amat disukai oleh Allah (a.w); iaitu: pertama jadual ibadah atau kaedah ibadah rutin Nabi Daud (a.s); dan kedua, Puasa Nabi Daud. Nabi Daud (a.s) tidur separuh malam kemudian dia bangun sepertiga malam untuk berQiamul-lail dan kemudian dia tidur pula seperenam malam. Kalau malam itu 12 jam, bermula jam 7 malam, maka dia tidur mulai jam 7 hingga 1 tengah malam, kemudian dia mengerjakan amalan dan ibadah-ibadah sunat sepertiga malam jam 1 malam sampai jam 4 pagi, kemudian dia tidur semula jam 4 malam hingga 6 pagi pula.
[Nota: Nabi Daud (a.s) adalah bapa Nabi Sulaiman (a.s). Semasa kecilnya dialah yg mengalahkan Raja yg hendak menakluki negerinya dgn menggunakan lastik. Nabi Daud (a.s) diberi Allah (a.w) mukjizad yg membolehkan dia melentur dan melebur dan membentuk besi yg dianyamnya menjadi pakaian baju besi untuk kegunaan peperangan. Dgn usaha itulah Nabi Daud (a.s) menyara diri dan keluarganya (seramai 100 orang isteri, termasuk ibu Nabi Sulaiman (a.s)), tanpa menggunakan wang perbendaharaan neraganya, walaupun dia berhak sebagai raja. Namun dia menyara diri dan keluarganya dgn titik peluh usahanya sendiri, membuat baju besi yg dijualnya, dan sebahagian dari hasil jualannya itu pula diinfaqkan bagi membela orang-orang miskin yg memerlukan. Begitulah hebatnya Nabi Daud (a.s)!]

Jazakallahu khairah

1 comment: