Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yg lalu kita telah lihat beberapa ketetapan al-Quran mengenai perkara-perkara berikut; iaitu: pertama, tentang kesudahan manusia yg Islam dan kafir yg hidupnya melibatkan diri dalam menghalangi manusia drp menjadi orang Islam yg benar, iaitu beriman dgn al-Quran dan as-Sunnah, atau golongan umat Islam yg akui diri mereka Islam tetapi beramal dan beribadah secara batil kerana tidak menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dan golongan orang yg akui dirinya Islam tetapi yg berniat untuk memesongkan atau menyelewengkan aqidah atau berusaha, secara sedar atau tampa sedar, melakukan pelbagai cara dan karenah supaya malan dan ibadah orang Islam yg berpandukan al-Quran dan as-Sunnah itu menyimpang dan mengikuti fahaman mereka, yg mereka yakini sebagai benar, walhal batil dalam konteks ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kedua, golongan orang Islam yg beriman, yg telah selesai proses hisaban di padang makhsyar, dan merupakan calun syurga, tetapi belum diberi kesempatan untuk masuk syurga, kerana proses hisaban hutang piutang dan dosa terhadap manusia belum diselesaikan lagi. Mereka itu adalah golongan yg berdosa kpd atau terhadap manusia lain dalam dunia dulu. Kerana dosa sesama makhluk perlu diselsaikan dgn makhluk. Jika banyak lebihan dosanya terhadap manusia, maka akan ditolak dosa=dosa mereka dgn manusia, dan kalau habis, maka muflis dia, maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka. kalau ada baki pahala, setelah ditolak, masa dia masuk syurga.Golongan inilah disebutkan 'ashabul a'raf' dalam Surah al-A'raf itu. Mereka duduk di atss benteng yg tinggi yg memisahkan syurga dgn neraka. Mereka tahu drp tanda-tanda yg ada pada ahli neraka bahawa mereka ahli neraka dan tanda-tanda ahli syurga drp apa-apa yg ada pada mereka. Ketiga, kita diberitahu pula dialog antara 'ashabul a'raf' ini dgn penghuni neraka dan penghuni syruga.Mereka mengharapkan agar selepas diselesaikan urusan dosa antara manusia, mereka akhirnya akan dapat syurga. Dan, mereka curiga bahawa setelah selesai perkiraan sedmekian mereka juga akan masuk neraka.
Saudara, yg utama kita wajib fahami adalah dua pengajaran dari sinario realiti akhirat ini; iaitu: pertama, jika kita Islam dan beriman, wajiblah kita fahami bahawa sandaran atau dasar atau panduan hakiki Islam dan syariatnya adalah al-Quran dan as-Sunnah. Kedua, hanya al-Quran dan as-Sunnah mengandungi perintah dan ketetapan Allah (a.w), spesifikasi bentuk-bentuk, cara dan kaedah beramal dan beribadah kpd Allah (a.w) sebagai memenuhi ketetapan pada Ayat 57, Surah az-Zariat: 'Wa-ma khalaqtul jinna wal-insa illa liya'buduni' (Yg bermaksud: (Allah berfirman): Tidaklah Aku (Allah) jadikan jin dan mansuia itu kecualu untuk mengabdikan diri kpdKu'. Ketiga, mengabdikan diri bermaksud mengerjakan segala perintah dan suruhan - yg disuruh kerjakan atau laksanakan sekuat mampu dan yg ditegah atau dilarang dijauhi dan jangan lakukan. Dan panduan hidup atau spesifikasi syariat agama Islam itu adalah yg menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan sebagaimana yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), kerana beliau adalah model terbaik - par excellence - Ayat 21, Surah al-Ahzab! Tiada model orang iman yg terbaik atau lebih baik dari model Rasulallah (s.a.w). Sesiapa yg mengabdikan diri - beramal dan beribadah - berlainan drp spesifikasi tersebut itu, batil Islamnya, maka walaupun Islam di akhirat kelak, masuk neraka tak dapat syurga, kerana segala pengabdian - amalan dan ibadah serta amal makrufnya - tak diterima Allah (a.w). Allah (a.w) menetapkan bahawa Rasulallah (s.a.w) itu wajib dtaati - suruhannya dan tegahannya diikuti dan dipatuhi. Kerana sesiapa yg mentaati Rasulallah (s.a.w) diakui Allah (a.w) telah mentaati Allah (aw) - Ayat 80, Surah an-Nisa' dan mengambil atau berpandukan as-Sunnah itu diwajiban oleh Allah (a.w) - Ayat 7, Surah al-Haysr, contohnya.
Sehubungan itulah, mana-mana orang Islam atau mana-mana pihak yg cuba mengubah syiar atau syariat atau ketetapan syariat Islam yg dibawakan atau diajarkan atau didemokan oleh Rasulallah (s.a.w) itu adalah dianggap orang yg menghalang kelancaran serta kesucian syariat Islam atau orang yg cuba memesongkan aqidah atau menyelewengkan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) yg haq. maka golongan mereka ini kalau Islam mereka maka mereka masuk neraka secara pasti mengikut firman Allah (a.w) tersebut. Contoh: kalau adaorang ingin ajarkan al-Quran atau as-Sunnah, tetapi dihalangi atau dibatasi atau dicegah sama sekali, orang yg menghalang atau membatasi atau menegah tersebut, walaupun Islam, adalah ahli nereka mengikut ketetapan Allah (a.w) tersebut, kerana Allah (a.w) (dan Rasulallah) perintah umat Islam, siapa saja, sampaikan ilmu walaupun sekadar satu ayat al-Quran atau sepotong hadith!
Pengajaran kedua adalah sebagai orang Islam, kita ada peluang dapat syurga kalaulah ada dalam hati nurani kita keyakinan atau kepercayaan tentang kewujudan Allah (a.w) yg esa dan kita tidak syirik terhadapNya, kita percayakan para rasul dan nabi, terutama Nabi Muhammad (s.a.w), adalah rasul penamat, kita yakin wujudnya kitab-kitab panduan agama yg terakhir adalah al-Quran, kita yakin wujudnya qiamat dan hari pembalasan, kita percaya kepastian ada syurga dan neraka dan balasan trhadap segala apa yg kita lakukan ketika kita hidup, dan kita bertanggungjawab trhadap segala sesuatu yg kita lakukan sepanjang hidup kita, dan kita juga yakin dgn qada' dan qadar kita yg baik maupun yg buruk. Kita Islam dan beriman. maka kita ada peluang untuk mendapat syurga. Orang yg tidak Islam dan yg Islam tapi tidak akui atau meragui segala yg ghaib-ghaib di atas itu, tidak berpeluang masuk syurga. Walau bagaimana baiknya mereka dan walau bagaimana dermawannya mereka semasa hidup di dunia, takda makna dan takda guna, mereka, apabila kiamat dunia, akan terus di halau oleh malaikat terus ke neraka. kalau kita Islam langkah ruginya kita!
Orang yg akui dirinya Islam pula hanya diterima Islamnya - dan amal ibadahnya - kalau mereka beramal dan beribadah menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka keIslaman mereka diakui sah dan diterima dan segala amalan dan ibadahnya dimasuk kira. Kalau akui Islam tapi berlainan dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, tidak diterima Islam mereka. Maka mereka itu sama dgn orang-orang yg tidak Islam. Allah (a.w) hanya akui umat manusia yg Islam yg mengikuti ketetapanNya 100% - bukan ikut 99% tapi ikut yg lain 1%, atau ikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah 51% dan ikut ketetapan selain al-Quran dan as-Sunnah 49%! Allah (a.w) wajibkan kita orang Islam yg ikuti perintahNya 100%. Kita terima 100%' Amalan? kalau kita terima tak amalkan, maka kita dianggap orang yg 'menzalimi diri'. Kerana dah tahu perintah, tapi tak buat. Orang yg dicop 'menzalimi diri sendiri' (yg sering disebut dalam al-Quran - 'zalumu bi-nafsihi') itu wajib dibersihkan di dalam neraka, tapi ada peluang masuk syurga, setelah dibersihkan! Orang yg tidak Islam tidak dapat dibershkan oleh neraka! Maka tak mungkin masuk syurga - kecuali, kata Allah (a.w), boleh unta lalui atau melalui lubang jarum! Mustahil.
Orang Islam yg tidak ikuti panduan al-Quran dan as-Sunnah kerana kejahilan atau kerana fikirkan ilmu dan panduan yg diterima mereka dari neneak moyang mereka yg Islam, maka beramal dgn cara ikut-ikutan atau dalam kejahilan, menghadapi risiko yg besar terhadap kehidupan akhiratnya kelak. Kalau beramal dan beribadah secara ikut-ikutan samalah dgn amalan orang India dan China beramal dgn apa yg diamalkan oleh nenek moyang mereka. Samalah juga dgn perbuatan atau sinario masyarakat Arab Jahiliah sebelum datangnya Islam. Atau, samalah dgn amalan atau ibadah kaum Yahudi sebelum Musa (a.s) di utus dg Kitab Tauratnya. Samalah juga dgn masyarakat Nesarani, sebelum diutus Isa (a.s) dgn kitabnya, Kitab Injil, tidak diterima amalan dan ibadah mereka. Begitu jugalah dgn Islam. Sesiapa yg tidak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, dalam beramal dan beribadah, tidak diterima Islamnya! Wal iya zubillah.
Saudara, Islam itu mudah dan mudah dianuti, tetapi hanya dgn ilmu. Kalau beramal dan mengerjakan ibadah dalam kejahilan atau tanpa ilmu, Allah (a.w) perinatkan kita:
Firman Allah (a.w): ‘Dan, janganlah kamu kerjakan (atau ikuti atau amalkan) sesuatu apa-apa yang kamu tiada ilmu mengenainya (i.e. apa-apa yg dikerjakan seumpama amalan dan ibadah); sesungguhnya pandangaran kamu (i.e. telinga), dan penglihatan kamu (i.e. mata) dan hati kamu kesemuanya atas kamu akan ditanya/disoal (yakni, kamu dipertanggungjawabkan tentang apa yg kamu kerjakan atau amalkan dan ibadahkan) (ketika di akhirat kelak).’ [Ayat 36, Surah al-Isra’]
Kemudian, Rasulallah (s.a.w) menyampaikan perintah Allah (a.w) bahawa ilmu itu wajib dipelajari:
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ketahuilah aku telah diberikan sebuah kitab (i.e. al-Quran) dan bersamanya (yakni, yg diberikan Allah (a.w) bersekali al-Quran itu) sesuatu yg menyerupainya (yakni, yg seiring dengan al-Quran, i.e. al-Hadith).’ [Hadith Abu Daud]
Dan, kalau kita gunakan panduan selain al-Quran dan as-Sunnah, kita akan gagal mendapat pahala, kerana kita pasti menyimpang dari jalan yg bebar dalam menganuti Islam. Inilah pesanan Rasulallah (s.a.w) berikut:
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ilmu yg wajib dipelajari itu ada tiga, dan apa-apa yg selainnya (yakni, lain-lain ilmu itu) baik (untuk dunia): (yang wajib dipelajari) iaitu (pertama) ayat-ayat yg menghukum (yakni, al-Quran); (kedua) sunnah yg tegak (yakni, as-sunnah atau al-Hadith); dan (ketiga) hukum faraid yg adil.’ [Hadith Abu Daud, Kitab Faraid]
dan ilmu dalam Islam untuk memahami Islam itu adalah al-Quran dan as-Sunnah dan sesiapa yg berpandukan ilmu selain yg dua itu akan sesat, yakni cari syurga tapi dapat neraka. Inilah pesanan Rasulallah (s.a.w):
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Aku tinggalkan kepada kamu sekelian dua perkara, tidak akan sesat kamu selama-lamanya (mencari siratul mustaqim, yakni jalan mendapatkan syurga) apabila kamu perpegang teguh dengannya, iaitu Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan sunnah nabiNya (i.e. as-Sunnah atau al-Hadith) [Hadith Imam Malik dalam Mu’ato’ dalam Kitab Jami’]
Rasulallah (s.a.w) mengingatkan kita ilmu hanya didapati dgn satu cara sahaja - cara yg pasti, iaitu mengaji atau belajar ilmu. Ilmu bukan didapati melalui penglihatan atau 'observation' atau dgn memerhatikan gelagat orang lain beribadah atau beramal. Bukan, dgn belajar dari ceramah atau cakap-cakap manusia, kerana belum kita pasti yg orang yg mengajar atau bersyarah atau bercakap itu benar bercakap berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Ilmu itu wajib dipelajari.
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Wahai manusia! Sesungguhnya ilmu hanya didapati dengan belajar (i.e. mengaji) dan kefahaman agama itu hanya diperolehi dengan mencari kefahaman (dari orang yg faham) dan sesungguhnya orang yg takutkan Allah (a.w) itu adalah hamba-hambaNya yg berilmu.’ [Hadith at-Tobrani]
Jelaslah, kita hendak faham Islam dan syariatnya. Kita hendak pasti yg Islam kita betul, hanya dgn ilmu. Kita hendak pastikan segala amalan dan ibadah kita sebagai seorang Islam akan dikira betul, hanya dgn ilmu. Tanpa ilmu,kita dianggap melakukan sesuatu atas anggapan (zan) atau persangkaan atau agak-agak sahaja. Dan, Allah (a.w) operingatkan dalam al-Quran bahawa persangkaan itu 100% dusta atau tak betul. Yg pasti hanyalah panduan al-Quran dan as-Sunnah.
Amalan dan ibadah hendaklah dikerjakan secara pasti dgn bersandarkan ilmu, dan ilmu itu hanyalah sah kalau dari al-Quran dan as-Sunnah. Kalau kita beramal dan beribadah tanpa mengilmukan diri kita sewajarnya, maka tergolonglah kita dari kalangan orang kulitnya Islam tapi isinya bukan Islam, wal iya zubillah. kalau kiat jahil (= takda ilmu = tak cukup ilmu, kerana tanpa panduan atau berpegang kpd al-Quran dan as-Sunnah), dan kita pula halangi orang Islam lain ajarkan ilmu al-Quran dan as-Sunnah, kita sudah pasti melakukan suatu diosa yg amat besar dalam Islam, maka Allah (a.w) masukkan kita dalam neraka. Ini kita telahpun lihat dalam post yg lalu.
Insya Allah, kita akan teliti pula dalam post yg akan datang segolongan orang Islam yg lain yg Islam tetapi masuk neraka. Mereka itu Islam tetapi '... ittakhazu dinahum lahwan wa-la'iban wa-gharrathumul-hayatud-dunya ...' (Yg bermaksud: orang-orang Islam yg (golongan pertama) mengambil atau mengamalkan agamanya tanpa mendapat manfaat dari agamanya (= amalan dan ibadahnya tidak didasari ketetapan Allah dan Rasulallah) dan (golongan kedua) orang-orang Islam yg anuti agamanya secara mainan atau suka-suka atau sambil lewa dan (golongan ketiga) orang yg ditipu oleh kehidupan dunianya) [Ayat 56, Surah al-A'raf] . Tiga golongan umat Islam. Kita akan teliti dgn teliti dalam post yg akan datang, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment