Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yg lalu kita telah teliti beberapa perkara tentang tindak tanduk syaitan yg berusaha berbagai cara dan melalui pelbagai lorong untuk menyesatkan umat Islam, terutama yg beriman (= orang Islam yg kerjakan amalan dan ibadah sebaik mungkin dan yakinkan balasan syurga dan neraka di akhirat). Kita juga telah lihat dalam post sebelum ini ada banyak syarat untuk berjaya mendapat syurga itu, kita telah lihat sebahagian - sembilan semuanya. Kita akan faham kesemua syarat ini kalaulah kita berusaha mengilmukan diri kita dgn ilmu yg haq (= benar), iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah, dan kita beramal dan beribadah didasarkan semata-mata ketetapan dan panduan yg haq ( = al-Quran dan as-Sunnah) dan contoh atau model ikutan yg haq (= uswatun hasanah), iaitu Rasulallah (s.a.w).
[Nota: Di akhir zaman ini kita boleh ikuti apa yg diajarkan oleh para tabi'in (= para ulama' Islam kemudian dari zaman hayat Rasulallah (s.a.w) yg berpandukan semata-mata ketetapan dna anduan al-Quran dan as-Sunnah) dan pengikut para tabi'in (i.e. tabi'ayum ila yaumil qiamati) (= para ulama' yg mengikuti para tabi'in, iaitu mereka berpandukan ketetapan atau panduan al-Quran dan as-Sunnah dalam menjalani kehidupan mereka di dunia).Oleh itu, para ulama' yg menyimpang dari ajaran al-Quran dan as-Sunnah, yg menyimpang dari landasan ajaran para tabi'in dan para pengikut tabi'in tidak wajar diikuti ajaran dan ajakan mereka. Jika kita ikuti, mereka menyesatkan diri mereka sendiri, dan kemudian kita pula disesatkan oleh mereka. Kerana, sesiapa yg menjadikan panduan dalam agama selain al-Quran dan as-Sunnah pasti akan sesat atau lambat laun akan sesat. Kalau sesat pasti dapat neraka dan takkan dapat syurga, wal iya zubillah. Rasulallah (s.a.w) telah beritahu sesiapa yg pegang al-Quran dan as-Sunnah pasti takkan sesat.]
Saudara, kita lihat seterusnya sambungan kpd ayat-ayat Surah al-A'raf yg terdahulu. Dalam ayat-ayat terdahulu kita diberitahu sesiapa yg dustakan ayat-ayat Allah (a.w) ( = tak terima ketetapan al-Quran dan as-Sunnah) dan sesiapa yg menyombong diri terhadap ayat-ayat Allah (a.w) ( = diberitahu, diberi kefahaman, tapi tak mau terima), pasti masuk neraka. Di neraka, mereka seumpama tidur bertilamkan api dan berselimutkan api. Kekal, tak mati. Sentiasa setiap detik dan saat disiksa. Dan sakitnya adalah 99 kali ganda sakit yg sama di dunia! Kalau terbakar oleh api mana-mana bahagian badan kita, imagine kalau sakitnya digandakan 99 kali!
Kemudian, dalam ayat-ayat selanjutnya kita diberitahu sesiapa yg beriman (yakni, yakini kebenaran Rukun Iman, sebagai contoh, dan mengerjakan amalan soleh (spt segala apa yg diwajibkan dan tinggalkan segala yg dilarang/tegah), Allah (a.w) tidak memaksa lebih drp kemampuan seseorang, maka mereka masuk syurga.
Firman Allah (a.w): 'Wal-lazina amanu wa-'amilus-solihati la nukalifu nafsan illa wus'aha ulaika ashabil-jannati; hum fiha khaliduna.' (Yg bermaksud: Dan, orang-orang yg beriman (percaya dia wujud Allah (a.w) yg Esa, percaya dia Rasulallah (s.a.w) itu Utusan Allah (a.w) dan elemen-elemen Rukun Iman spt para rasul dan para nabi yg dahulu, kitab-kitab Allah (a.w) yg dulu, qada' dan qadar, syurga neraka, adanya Kitab Catatan Amalan, dll) yg mengerjakan amal kebaikan (soleh) (= segala amalan dan ibadah yg wajib dan yg sunat, siang atau malam, dilihat atau tidak dilihat oleh orang, istiqamah, penuh ikhlas dll, dan menepati bentuk-bentuk, cara dan kaedah yg ditetapkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah) tidak memaksa Aku (Allah (a.w)) atas diri mereka (yakni, ikhlas bukan merasa keterpaksaan, namun dikerjakan oleh mereka) kecuali atas sekuat kemampuan mereka (yakni, mampu buat amalan dan ibadah sunat baik, contohnya, tapi yg wajib perlu dikerjakan juga dgn penuh ikhlas), (orang-orang) demikian itu adalah penghuni syurga, mereka di dalam syurga itu kekal selama-lamanya.) [Ayat 42, Surah al-A'raf]
Saudara, umat Islam itu tidak dipaksa Allah (a.w) mengerjakan amalan diluar kemampuan mereka - kemampuan mental dan fisikalnya. BUkan bererti kita boleh sambil lewa atau alpa atau remehkan. Kia disuruh kerjakan sekuatmampu. Maksudnya: kalau kita mampu buat Solat Duha 12 rakaat setiap pagi, maka buatlah 12 rakaat. Terkadang kerana sesuatu urusan mendesak kita boleh buat hanya 8 rakaat, contohnya. Tapi, sebaik mungkin atau sekuat mampu buat 12 rakaat. Itu maksudnya.
Justeru itu, amalan sunat itu digalakkan oleh al-Quran dikerjakan sebagai tanda mensykuri nikmat dan kurniaan Allah (a.w) pada kita yg tidak dapat dihitung. Amalan dan ibadah yg diwajibkan - yg disuruh buat dan yg ditegah tinggalkan - hendaklah dikerjakan dgn penuh ikhlas. Semua yg wajib dalam Islam itu dimestikan kita buat, namun kita disuruh ikhlas lakukan atau kerajakan. Itulah bezanya orang yg mendapat syurga. Ikhlas dalam keterpaksaaan dan dalam perkara-perkara yg sunat diusahakan sekuat mampu dan sedaya yg boleh
Justeru itu, amalan sunat itu digalakkan oleh al-Quran dikerjakan sebagai tanda mensykuri nikmat dan kurniaan Allah (a.w) pada kita yg tidak dapat dihitung. Amalan dan ibadah yg diwajibkan - yg disuruh buat dan yg ditegah tinggalkan - hendaklah dikerjakan dgn penuh ikhlas. Semua yg wajib dalam Islam itu dimestikan kita buat, namun kita disuruh ikhlas lakukan atau kerajakan. Itulah bezanya orang yg mendapat syurga. Ikhlas dalam keterpaksaaan dan dalam perkara-perkara yg sunat diusahakan sekuat mampu dan sedaya yg boleh
Malangnya hari ini, umat Islam, terutama generasi muda, tinggalkan yg wajib, tak buatpun yg sunat, tapi perbanyakkan perkara yg ditegah atau dilarang. Mereka melakukan sebalik (= the opposite of) apa yg Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) perintah dan suruh (commanded).Mereka itu adalah orang yg tidak akan mendapat syurga! Mereka tergolong orang-orang yg masuk neraka, bukan syurga (contoh: mencuri, merompak, bergaul bebas, berzina, mendedahkan aurat, betudung dan berpakaian tetapi pada Islam kekal 'telanjang', membunuh, membuang anak, menyakiti ibu bapa dan orang tua, tak hormatkan orang tua, adalah senarai orang-orang mencari neraka dan menjauhkan diri dari syurga.
Kemudian, Allah (a.w) beritahu apa yg berlaku di kalangan ahli syurga, setelah diputuskan di padang makhsyar bahawa mereka berjaya masuk syurga, dan menjadi penghuni syurga yg kekal pula.
Firman Allah (a.w): 'Wa-naza'na ma fi sudurihim min ghillin tajri min tahtihimul-anharu; wa-qalul-hamdulillahil-lazi hadana lihaza, wa-ma kunna linahtadiya laula an hadallahu; la-qad ja-at rusulu rabbina bil-haqqi, wa-nudu an tilkumul-jannati urithtumuha bima kuntum ta'maluna.' (Yg bermaksud: 'Dan mencabut (yakni, menghapuskan atau melenyapkan) Kami (Allah) apa-apa dalam hati mereka (ahli syurga itu) dari sifat-sifat buruk dan keji (spt hasad dengki, irihati, sombong, bongkak, umpat mengumpat. caci mencaci, kata-mengata dll), mengalir di bawah tempat tinggal mereka (atau dipersekitaran mereka tinggal) beberapa sungai. [Nota: Di sebutkan dalam al-Quran bahawa dalam syurga itu ada empat jenis sungai atau empat jenis air sungai: satu, sungai air tawar; dua, sungai air susu; tiga, sungai air madu; dan empat, sungai arak; yg boleh diminum oleh ahli syurga itu bila-bila masa dan sebanyak mana. Di dalam syurga itu tiada had bagi mereka. Tidak pula mereka merasa sengkak dan senak perut kalau makan banyak atau minum banyak. Tak pula berak dan kencingpun, walaupun makan dan minum sebanyak manapun]. Dan berkata (yakni, berdoa dgn penuh kesyukuran): 'Segala puji bagi Allah (a.w) Zat yg telah memberi hidayah (= petunjuk) kpd kami dgn ini syurga (atau, bagi bagi kita yg masih hidup, maksudnya mendapat hidayah ini agama Islam dan syariatnya yg benar berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah), dan tiadalah kami mendapat hidayah (= petunjuk) seandainya Allah (a.w) tidak memberi hidayah (= petunjuk) kpd kami. Nescaya sungguh-sungguh telah datang (yakni, sampai kpd kami) beberapa Utusan ( = Rasul) dari Tuhan kami dgn haq (= benar) (atau membawa kebenaran (yakni, Islam dan syariatnya)', dan dipanggil mereka (orang iman) bahawasanya: 'Demikianlah bagi kamu sekelian syurga yg diwarithkan syurga dgn apa-apa yg ada kamu sekelian amalkan ( = kerjakan)). [Ayat 43, Surah al-A'raf]
Saudara, dalam ayat ini Allah (a.w) memberitahu bahawa di dalam syurga itu kelak, kesemua ahli syurga tidak lagi memilik sifat-sifat mazmumah (keji, tercela dan buruk sebagaimana di dunia). Di dalam syurga itu ada empat jenis sungai yg amat meneronokkan kpd ahli syurga. Dulu di dunia mereka tak dapat makan madu kerana madu asli itu mahal harganya. Dulu, tidak boleh minum arak yg diharamkan oleh Islam, tapi kini mereka boleh minum sebanyak mana yg mereka mahu. Malah mereka boleh 'dilemaskan' oleh arak, tapi di akhirat tiada lagi kematian atau kesakitan bagi ahli syurga. [Nota: Sebaliknya, bagi ahli neraka tiada keseronokan macam di dunia dulu, hanya ada siksaan yg berbagai yg tidak terputus atau berakhir]. Kemudian dalam ayat itu disebutkan apakah kalimah kesyukuran ahli syurga itu, mulai ungkapan 'Al-hamdulillahil-lazi hadana lhaza ... hingga ... laqad ja-at rusulu rabbina bil-haqqi.' itu ]
Saudara, perbanyakkanlah membaca kalimah-kalimah doa ini supaya kita mendapat hidayah dan sentiasalah di dalam hidayah Allah (a.w). Hidayah pertama bagi kita adalah kita dilahirkan Islam. Tapi itu belum lagi menjadi hidayah pasti kerana kita lahir Islam disebabkan kedua ibu bapa kita Islam, kita bernasib baik. Kemudian, kita lahir dalam keadaan fitrah - bersih dari dosa. Ibu bapa kitalah yg mencorakkan kita kemudiannya sama ada kita kekal Islam atau jadi 'Nesrani' (= syirik dan sesat) atau 'Yahudi' (= syirik dan sesat dan perosak dunia) atau 'majusi' (= takda agama atau menyembah berhala atau api) kerana bimbingan mereka, bimbingan atau bawakan orang sekeliling kita, atau kita terlepas dari hidayah kerana cara dan gaya hidup kita setelah dewasa. Hidayah pertama Islam itu hanya benar jika kita beramal dan beribadah menepati al-Quran dan as-Sunnah. Jika tidak samalah taraf kita dgn taraf mereka yg tak Islam! Kenapa? Islam itu benar kalau kita menepati tuntutn al-Quran dan as-Sunnah, kita beramal dan beribadah menepati as-Sunnah. Kita jadikan al-Quran dan as-Sunnah sumber ilmu dan panduan amalan serta panduan hidup sebagai seorang iman. Panduan selainnya, belum memberikan taraf sebagai orang Islam yg haq itu. Hidaayah yg sebenarnya adalah apabila Allah (a.w) beri kita hidayah mengikuti Islam dan syariatnya yg haq ( = benar) berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Ramai orang Islam tak dapat hidayah ini. Mereka Islam tetapi tinggalkan al-Quran dan as-Sunnah atau abaikan al-Quran dan as-Sunnah, sebaliknya berpandukan kitab-kitab atau buku-buku (atau apa jua media) karangan atau ciptaan manusia untuk mengasaskan amalan dan ibadah mereka. Maka mereka sesat. Tak dapatlah hidayah yg haq itu. Kerana tak dapat hidayah itu, maka taklah dapat syurga. Kerana mereka 'menolak' atau tidak ikuti perintah Rasulallah (s.a.w) yg diutuskan Allah (a.w). Apabila kita yg Islam tidak akur dgn ketetapan Rasulallah (s.a.w), yg dinobatkan oleh Allah (a.w) 'usawatun hasanah', maka terlucutlah hidayah Allah (a.w) dari leher kita, maka terkeluarlah kita dari Islam. Kita nampak atau perasan yg kita Islam tetapi sebenarnya kita kafir, kerana menolak atau tidak ikuti ketetapan Rasulallah (s.a.w) - Ayat 7, Surah al-Haysr dan Ayat 80, Surah an-Nisa' - antara beberapa ayat yg kita abaikan!
Oleh itu berwaspadalah dalam menjalani kehidupan. Kita tak punyai banyak masa untuk memperbaiki diri, untuk membetulkan keimanan kita dan untuk beramal dan beribadah secara yg betul menepati ketetapan as-Sunnah. Kalau tidak kita rugi. Akhirat itu kekal. Syurga itu kesemua nikmat. Dan, neraka itu kesemuanya siksaan. Janganlah silap pilih. Jangan silap pilih guru yg mengajarkan kita Islam dan tuntutannya. Yg bencana dan rugi kita, memang yg mengajar itu juga rugi berganda (kerana mengajarkan yg batil, anak muridnya kirimkan dosa kpdnya setiap kali muridnya amalkan apa yg dia ajarkan). Janganlah sama-sama rugi kerana kita sombong diri, dan berguru dalam agama pilih bulu ...Yg utama kebenaran, bukan jubah atau serban atau ijazahnya atau kepintarannya bercakap dan berhujjah. Guru itu benar jika asas panduannya hanyalah al-Quran dan as-Sunnah.
Ingatlah, kita tak punyai masa yg panjang lagi. Setiap kita - tuake atau mudake - menunggu giliran untuk menemui Allah (a.w). Mungkin ajal kita akan menjemput kita petang ini atau esok pagi ...
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment