Assalamualaikum,
Saudara, dalam post ini kita cuba teliti pula satu dimensi ketetapan Islam yg sering dilupai oleh orang Islam yg beriman - kadang-kadang dgn sengaja dan kadang-kadang tanpa disengajai - iaitu dosa atau perbuatan yg berdoa. Dan, setiap dosa itu jika tidak ditaubatkan sekurang-kurangnya memohon keampunan Allah (a.w) dgn ucapan 'Astaghfirullahal-'azim' atau 'Astaghfirullahal 'azim al-lazi lailaha illa hual haiyul qaiyum wa-atubu ilaik', maka kita yg melakukannya wajib masuk neraka. Oleh itu elok kita sentiasa peringatkan diri kita mengenainya. Zaman ini, orang-orang yg akui dirinya Islam sering lupakannya. Para ulama'pun lupakannya, kerana kejahilan atau kerana pertimbangan strategik duniawi masing-masing.
Firman Allah (a.w): 'In tajtanibu kabaira ma tunhauna 'anhu nukaffir 'ankum saiyiatikum wa-nudkhilkum mudkhalan karima.' (Yg bermaksud: Apabila kamu menjauhi dosa-dosa besar yg telah dilarang/ditegah bagi kamu sekelian mengerjakannya, maka Kami (Allah) haspuskan dosa-dosa kamu yg kecil dan Kami (Allah) masukkan kamu sekelian di dalam tempat yg mulia (yakni, syurga).) [Ayat 31, Surah an-Nisa']
Saudara, dalam beberapa post yg lalu kita telah sebutkan beberapa dosa besar dan bentuk-bentuknya yg jika kita terlibat maka kita menjadi syirik atau kafir atau murtad atau terkeluar dari Islam, maka dgn itu wajib kita dihukum dalam neraka di akhirat kelak. Selain itu, setiap dosa akan menjerumuskan kita ke dalam neraka. Hanya tempohnya sahaja - sekejap atau selama-lamanya. Ayat di atas pula memberikan kita peluang keemasan bahawa segala dosa-dosa kecil kita lakukan akan terhapus semata-mata dgn menjauhi melakukan dosa-dosa besar. Di dalam as-Sunnah Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa setiap anak Adam yg beriman yg benar-benar menjaga dirinya dari melakukan sebarang dosa, tetap mendapat dosa sebanyak 2,500 jenis dosa-dosa kecil! Fikirkanlah kita orang yg separuh sedar dan separuh tidur dalam Islam yg jahil tentang banyak perkara dan yg sentiasa pula melibatkan diri dalam dosa kerana kejahilan atau kerana 'keterpaksaan' dalam sinario kerja dan pergaulan bermasyarakat, pastilah melakukan lebih banyak gandaan dosa dari orang iman yg disebutkan itu. Maka dgn itulah kita digalakkan supaya sentiasa beristighfar setiap kali kita merasai kita telah melakukan dosa atau secara lazim dan tabi'i kita beristighfar - dgn kalimah yg pendek atau yg lengkap tadi itu. Kerana itu Allah (a.w) hapuskan dosa-dosa kita. Kalau kita melakukan dosa-dosa besar yg disebutkan di dalam ayat di atas itu, kita wajib bertaubat dgn sebenar-benarnya (taubat nasuha) dan mengharapkan semoga Allah (a.w) ampunkan dosa kita. Jika Allah (a.w) tidak ampunkan dosa kita maka pastilah kita penghuni neraka. Dgn itu syaitan sudah berjaya menjadikan kita salah seorang yg mengikuti belakangnya masuk neraka, wal iya zubillah.
Saudara, kita lihat hadith berikut yg memberitahu kita keutamaan orang iman yg menjauhi dosa-dosa besar dalam kehidupannya:
Diriwayatkan hadith dari Abi said al-Khudri hadith dari Abu Hurairah, bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda dalam khutbahnya yg diawali dgn bersumpah tiga kali hingga semua orang tundiuk sambil menangis kerana tidak mengerti maksud sumpahnya. Kemudian Nabi (s.a.w) meneruskan khutbahnya dgn bersabda: 'Ma min 'abdin yaktis-solati khamsa wa-yasumu Ramadhana wa-yajtanibul-kabairas-sab'a illa futtihat lahu abwabul jannati hatta annahahu latastfiqu thumma tala: In tajtanibu kabaira ma tunhauna 'anhu nukaffiru 'ankum saiyitatikum.' (Yg bermaksud: Tiada seorang hamba yg mengerjakan solat lima waktu dan (mengerjakan) Pusa di bulan Ramadhan dan menjauhi dosa-dosa besar, kecuali dibukakan baginya pintu-pintu syurga sehinggukan pintu-pintu syurga itu saling bersahutan (i.e. berlawanan antara satu sama lain memanggilnya dan meminta dia masuk ke dalamnya), kemudian Rasulallah (s.a.w) membaca ayat (yg maksudnya: 'Apabila kamu menjauhi dosa-dosa besar yg telah dilarang kagi kamu sekelian mengerjakannya, maka Kami (Allah) hapuskan dosa-dosa kamu sekelian yg kecil dan Kami (Allah) masukkan kamu sekelian ke dalam tempat yg mulia (yakni, syurga)' (Ayat 31, Surah an-Nisa') (yg dirujuk di atas tadi-Penulis)). [Hadith al-Hakim dalam al-Mustadrak]
Saudara, itulah orang yg mendapat tempat di dalam syurga yg terutama. Syurga itu mengikut hadith ada 100 tingkat dan yg tertinggi sekali adalah Syurga Firdaus yg ditempatkan para rasul dan para nabi dan para syuhada. Tidak disebutkan apakah atau sebanyak manakah harta dan kekayaan milik setiap seorang penghuninya. Yg diberitahu dalam al-Quran bahawa dalam syurga itu terdapat 4 jenis sungai, yg kita telahpun maklum dalam post sebelum ini. Kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa orang termiskin atau paling dhaif dalam syurga atau penghuni syurga tahap terkebawah memiliki harta seumpama 10 kali dunia dan segala isinya. Jika begitu, semiskin-miskin penghuni syurga itu melebih nilai harta kekayaan yg dimiliki oleh semua mereka yg diktiraf oleh dunia atau manusia (spt Majalah Forbes) sebagai orang terkaya di dunia atau billionaires sekarang dan sehingga kiamat dunia. Tidak mungkin ada manusia - selagi dunia belum kiamat - memiliki harta sebanyak itu atau semewah itu! Selain itu, dalam syurga segala sesuatu yg menjadi nikmat itu digandakan nikmatnya 100 kali ganda dan segala kekuatan zahir penghuninya diganda pula 1000 kali ganda. Maka tidak hairanlah di syurga itu, penghuni syurga yg terendah mertabatnya memiliki isteri 'hurul-ain' (yakni, bidadari syurga seramai 72 orang). Dan, di dalam syurga itu manusia akan melihat dan menikmati sesuatu yg tak pernah dilihat manusia di dunia, tak pernah didengarkan mengenainya di dunia dan tidak dapat dibayangkan oleh manusia melalui fikirannya. Maka dgn itulah orang Barat yg 'warak' dalam agamanya (Kristian, contohnya) sebutkan sebagai 'total bliss' dan orang Hindu kata 'Nirvana' dan seumpamanya! [Nota: Yg penting kita sedari dan fahami adalah sesiapa yg tidak Islam tidak akan masuk syurga. Dan, sesiapa yg Islam tidak kerjakan segala ketetapan Islam berdasarkan hanya ketetapan/tuntutan al-Quran dan as-Sunnah, dicemari oleh segala sesuatu yg bersifat dan bercorak syirik, tahyul, kurafat, taqlid dan bid'ah, tidak juga masuk syurga. Oleh itu bagi kita yg Islam wajarlah kita faham tentang apakah tuntutan Islam yg sebenarnya itu. Kerana, jika tidak kita juga akan rugi.]
Saudara, insya Allah, kita akan teliti dalam post-post yg akan datang tentang apakah yg dikatakan dosa-dosa besar itu, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment