Assalamualaikum,
Saudara, semua kita yg Islam biasa dgn perkataan atau sebutan 'syaitan'.Bahawa syaitan itu seringlah berusaha untuk memesongkan umat Islam supaya kufur dan engkar kpd Allah (a.w), kerana tujuannya adalah untuk memaksimumkan tarikan keduniaaan dan pengaruh hawa nafsu dalam serbanika perkara supaya seramai mungkin mereka yg Islam dan beriman mengikutinya dan masuk bersama-samanya ke dalam neraka. Itulah misi syaitan dan dia secara sombong dan takbur membuatt deklarasi sedemikian di depan Allah (a.w) ketika dimurkai Allah (a.w) dan diusir dia keluar dari syurga.
Saudara, Allah (a.w) menjadikan syaitan itu sebagai cubaan yg paling hebat terhadap mansuai untuk menguji keimanan mereka terhadap Allah (a.w). Syaitan berbuat sedemikian kerana kesombongannya terhadap kejahdiannya dan merasakan kejadiannya lebih hebat dan lebih mulia dari manusia. Insya Allah dalam beberapa post yg akan datang kita akan teliti apakah peringatan Allah (a.w) dalam al-Quran mengenai syaitan ini, sebagai memperingatkan kita supaya berwaspada jangan kita menjadi pengikutnya masuk neraka dan terlepas dari azab neraka.
Firman Allah (a.w): 'Wa-laqad makkannakum fil-ardhi wa-ja'alna lakum fiha ma'ayisa; qalilan ma tasykuruna.' (Yg bermaksud: 'Dan nescaya sungguh-sungguh Aku (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di bumi dan menjadikan Aku (Allah) untuk kamu sekeliaan di bumi (= dunia) 'ma'aisy' (yakni: percarian hidup); (malangnya) sedikit sangat diantara kamu yg bersyukur (dgn pemberian dan kurnianKu. [Ayat 10, Surah al-A'raf]
Pada ayat-ayat sebelumnya Allah (a.w) memberitahu bahawa semua kita akan ditinbang amalan kita pada hari akhirat itu dgn penuh kebenaran, maka barangsiapa yg berat timbangan amala baiknya, maka mereka adalah orang yg beruntung (= masuk syurga) (Ayat 8, Surah al-A'raf) dan mereka yg ringan timbangannya, yakni berat timbangan kejahatannya (= dosa), dan mereka orang-orang yg rugi kerana menganianya ( = menzalimi) diri mereka. (Ayat 9, Surah al-A'raf). [Nota: 'menzalimi diri' atau 'menganianya diri' itu adalah istilah Islam dalam al-Quran dan as-Sunnah merujuk kpd segala percakapan dan perbuatan yg kita lakukan menyalahi atau mengingkari suruhan Allah (a.w) dalam al-Quran dan suruhan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Istilah ini adalah merujuk kpd umat Islam atau orang iman, bukan terhadap orang kafir. Kalimah 'Fasiq' adalah istilah yg menunjukkan seseorang itu tak mahu terima ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w). Ungkapan ini seringkali merujuk kpd manusia secara am dan juga kpd orang islam dan orang iman. Kerana, orang Islam dan orang imanpun seringkali 'fasiq' kerana tak mahu terima sesuatu yg ditetapkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Golongan ini tahu sesuatu larangan atau tegahan tetapi melakukannya juga adalah fasiq. Orang islam yg menzalimi diri dan yg fasiq pasti masuk neraka, jika tidak bertaubat.]
Saudara, kemudian Allah (a.w) memberitahu kita cerita manusia pertama (Adam (a.s) dan Hawa (a.s) dan cerita syaitan yg mempengaruhi kedua mereka menyebabkan mereka diusir dari syurga dan menetapi dunia sehinggalah berlakunya kiamat. Allah (a.w) utuskan para rasul dan para nabi untuk membimbing manusia supaya dalam menjalani kehidupan di dunia supaya akhirnay kembali berjaya mendiami syurga kembali. Dalam waktu yg sama syaitan dan cucu cicitnya pula akan berusaha untuk menjadikan manusia itu terus kufur dan menentang ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya supaya, kekal menemai syaitan dan cucu cicitnya ke neraka, wal iya zubillah.
Firman Allah (a.w): 'Wa-laqad khalaqnakum thumma suwarakum thumma qulna lilmalaikatis-judu li-Adama fasajadu illa iblisa; lam yakun minas-sajidina.' (Yg bermaksud: Dan sesungguhnya nescaya telah mencipta Aku (Allah) (kamu manusia, bermula dgn Adam (a.s)) kemudian Aku (Allah) memberi rupa bentuk kamu (ciri-ciri fisikal dan ciri-ciri dalaman) kemudian Aku (Allah) berfirman kpd para malaikat: 'Sujudlah kamu sekelian kpd Adam (menghormatinya)'; maka sujudlah mereka (para malaikat), kecuali iblis; tidaklah ada dia dari kalangan orang-orang yg sujud.' (Ayat 11, Surah al-A'raf]
Saudara, dalam firman tersebut, Allah (a.w) memberi kita tahu bahawa mansuai (dan segala makhluk di langit dan dibui itu dicipta oleh Allah (a.w)). manusia kemudiannya diberikan bentuk dan rupa yg sempurna (sesempurna kejadian adalah manusia), dan kemudian kita ditmpatkan di dbumi dgn diberi rezki yng encukupi untuk menjalani kehidupan di dunia. Dan, di dunialah kita menyediakan diri untuk mencari kejayaan akhirat mendapat nikmat hidup kekal di syurga pula, tempat duduk yg sepatutunya kita perolehi kalaulah syaitan tak berjaya menggoda Adam (a.s) dan Hawa, asal usul kita. Dan, bermula dgn ayat itu bermulalah peristiwa syaitan ingkar kpd Allah (a.w) tak mau menghormati Adam (a.s), manakala para malaikat kesemuanya akur dan sujud. Maka dgn itulah orang yg mempunyai sifat-sifat malaikat itu, iaitu taatkan perintah Allah (a.w) (dan perintah Rasulallah (s.a.w)), mereka adalah ahli syurga.Sesiapa yg sering ingkar atau tidak akurkan perintah Allah (a.w) dan perintah Rasulallah (s.a.w) adalah orang-orang meniru peragai dan keperibadian syaitan, maka mereka adalah ahli neraka, wal iya zubillah.
Firman Allah (a.w): 'Qala ma mana'aka alla tasjudu iz amartuka; qala ana khairun minhu; khalaqtani min narin wa-khalaqtahu min tinin.' (Yg bermaksud: Berfirman Allah (a.w): 'Apakah yg menghalang engkau apabila sujud (kpd Adam (a.s)) ketika memerintah Aku (Allah) kpd engkau (supaya sujud)?' Berkata syaitan: '(Kejadian) Aku lebih baik dari (kejadian)nya' ; telah mencipta Engkau (Allah) akandaku dari api dan menciptakan Engkau (Allah) dia (Adam) dari tanah (yg telah diadunkan dari berbagai tanah yg berbagai sifat). [Ayat 12, Surah al-A'raf]
[Nota: Diperjelaskan dalam al-Hadith bahawa Allah (a.w) perintahkan malaikat Izrail untuk mengambil tanah di bumi dari berbagai lokasi dan sifat dan warna untuk dibentuk Adam (a.w), kemudian diadunkan dan dibentuk manusia pertama Adam (a.s) yg tingginya 70 hasta (hasta Adam sendiri). Justeru itulah Adam adalah manusia pertama yg besar saiznya. Maka dgn itulah haiwan purba yg digambarkan sebagai haiwan gergasi itu sebenarnya tidaklah besar berbanding dgn Adam, Dinasur itu tak lebih seumpama biawak kpd Adam (a.s)]
Saudara, demikianlah makhluk pertama yg ingkarkan perintah Allah (a.w). Hari ini begitu ramai orang yg akui dirinya Islam ingkarkan perintah Allah (a.w) pakala disuruh oleh Allah (a.w) atau disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) buat sesuatu dia ingkar atau tak akur dan membelakangkan perintah. Demikianlah sifat syaitan yg pertama ada pada manusia, termasuklah yg Islam dan beriman! Ingkarkan perintah. Ada keingkaran manusia itu besar dan berat padahnya dan ada yg ringan, namaun setiap keingkaran itu adalah sifat syaitan dan berdosa dan kerananya dibakar dalam neraka mengikut qadarnya!]
Kemudian, kita diberitahu apa yg berlaku selanjutnya. Syaitan diusir oleh Allah (a.w) dari kekal mendiami syurga kerana derhakakan perintah Allah (a.w).
Firman Allah (a.w): 'Qala fakbit minha fama yakunu laka an tatakabbara fiha fakhruj innaka minal soghirina.' (Yg bermaksud: 'Allah (a.w.) berfirman: 'Maka turunlah engkau darinya (= syurga), maka tidaklah ada untukmu bahawa takbur (= sombong) engkau di dalam perkaraKu (i.e. perintahKu), maka keluarlah engkau (dari syurga ini), sesungguhnya engkau dari kalangan orang yg dihinakan.' (Ayat 13, Surah al-A'raf].
Di dalam ayat di atas itu, kita mendapat tahu kemurkaan Allah (a.w) kerana kesombongan syaitan itu maka dia dihalau keluar dari terus diam di syurga, maka mendajdilah dia makhluk yg hina dan dihinakan, maksudnya, orang yg dihinakan adalah orang yg akan mendiami nerak kelak.
Saudara, sifat bongkak dan sombong atau takburkan kejadian atau keturuanan adalak sifat syaita. hari ini, ramai manusia yg Islam yg berketurunan 'darah biru' kononya, raja atau sultan atau syad atau raja atau tungku atau tunku dan sebagaimna yg seringkali berbangga diri kerana keturunan mereka. inilah satu sifat kesyaitanan di kalangan manusia. Jika kekal dalam hati mereka sifat membanggakan keturunan sedemikian, maka Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) peringatkan bahawa sifat sombong dan bangga diri itu sifat yg amata buruk di sisi Allah (a.w), dan tempatnya di neraka. Ingatlah bahawa asal usul kita adalah Adam (a.s) dan Hawa. Adam tidak menggelarkan dirinya Sultan atau Raja atau Tengku atau Syed dan seumpamanya. Malah Nabi Daud (a.s) adalah raja zamannya, tidak pula menggelarkan dirinya 'Raja'. Dan, tidak ada nama 'raja' mana-mana zamanpun. Nabi Daud (a.s) tidakpun mengambil peruntukan (wang) perbendaharaan negerinya untuk menyara diri dan keluarganya. Malah Nabi Daud (a.s) menyara dirinya melalui titik peluhnya sendiri - sebagai tukang besi. Oleh itu pengajaran pertama pada kita yg Islam dan beriman adalah hapuskan sifat kesombongan atau bongkak kita atau sifat berbangga dgn keturunan, kerana kerana kesilapan yg sedikit maka kita gagal mendapat syurga. Begitu jugalah kta yg dikurniakan Allah (a.w) rezki melimpah sehingga menjadi kaya raya - billionaire atau millionaire contohnya - janganlah sombong dan bangga diri serta bongkak dan menghina orang lain keraka darjat, kedudukan, kekayaan, dan nama, atau darjat yg diberi oleh manusia, kerana bahaya bagi kita dalam akhirat kita.
Insya Allah, kita akan sambung cerita angkar syaitan ini dalam post yg akan datang pula. Supaya kita mendapat pengajaranmengenai bukan sahaka sifat bongkak dan sombong yg menjerumuskan kita ke dalam neraka dan membatalkan segala pahala amalan dan ibadah kita, tetapi juga betapa suatu kesilapan yg sedikit mengakibatkan balasan yg berat dari Allah (a.w).
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment