Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu kita telah teliti sepotong hadith yg memberitahu kita betapa besar ganjaran belajar ilmu. Namun hanyalah kalau kita pelajari ilmu yg disuruh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), kita pelajari. Bukan sebarang ilmu. Dan, juga bukan sebarang sumber atau kitab ilmu. Ganjaran pahala yg kita dapati itu hanyalah kalau kita pelajari ilmu al-Quran (belajar membacanya dgn betul, belajar tafsir supaya kita fahami apakah mesej al-Quran - apa yg diperintah dan apa yg disuruh - dan menghafal surah-surahnya, kalaupun tak menjadi hafiz, kerana kita mendapat pahala apabila bersolat sunat -siang atau malam - membaca surah-surah yg panjang). Selain itu,Allah (a.w) peringatkan kita supaya beramal dan beribadah - yg fardu mahupun yg sunat - hendaklah dgn berdasarkan ilmu, bukan secara ikut-ikutan atau dalam kejahilan (maksudnya: pakai buat semborono sahaja). Kalau kita buat amalan dan kerjakan ibadah tanpa ilmu, maka tidak diterima Allah (a.w) segala amalan dan ibadah kita - Ayat 36, Surah al-Israk:'Janganlah kamu kerajakan apa-apa (amalan dan ibadah) yg kamu tiada ilmu mengenainya' Mesej yg sama diberikan oleh Rasulallah (s.a.w) apabila beliau bersabda: 'Al-ilmu qabla amal' (Yg bermaksud: Beramallah dgn ilmu' atau 'Berilmulah dahulu sebelum mengerjakan amalan.' [Hadith]
Selain itu, janganlah pula batalkan pahala amalan dan ibadah kita kerana kita jahilkan ilmu apakala kita ikuti ajaran orang atau ajakan orang bahawa kita boleh ubahsuai bentuk-bentuk amalan dan ibadah, cara dan kaedah mengamal dan mengibadahkannya. Kerana, segala amalan dan ibadah yg berlainan dari apa yg ditetapkan dalam al-Quran dan as-Sunnah, malah segala amalan dan ibadah yg berlainan drp apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), adalah terbatal, tidak diterima Allah (a.w). Sila rujuk hadith yg telahpun kita teliti dalam post yg lalu.Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Man amala amilan laisa amruna fahua raddun' (Yg bermaksud: Barangsiapa yg mengamalkan suatu amalan yg tiada dari perkaraku Nabi (i.e. bukan dicontohkan oleh aku (Nabi)), maka amalan itu ditolak, yakni tidak diterima Allah (a.w).
Saudara, itu dari segi kejahilan. Dan ilmulah yg menghilangkan kejahilan kita. Hari ini begitu lumrahnya orang Islam yg akui diri mereka alim atau berilmu - ulama' atau ilmuwan - yg menulis kitab dan menulis buku panduan dan berceramah di kaca TV dan sebagainya ikut suka hati mereka, tanpa benar-benar faham ketetapan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Di dalam al-Quran Allah (a.w) peringatkan apakah terjadi kpd seseorang yg menulis kitab mengenai Islam dan mengajarkan sesuatu yg tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah? Dan, kita yg tak pandai ilmu atau jahil ilmu mengenai Islam dan syariatnya pula, suka merujuk kpd kitab-kitab atau buku-buku sedemikian, kerana kita tak pandai bahasa Arab dan tak faham makna ayat-ayat al-Quran dan hadith Nabi (s.a.w). Kita juga suka cari jalan pintas untuk ilmukan diri kita. Apa pula terjadi kpd kita? Ada dua bahananya; iaitu pertama, amalan dan ibadah kita tetap batal dan batil kerana tidak didasari ilmu yg haq, dan kedua, kita dihukum pula oleh Allah (a.w) meremehkan al-Quran dan as-Sunnah yg kita disuruh utamakan dan agungkan setiap masa, kerana kita mengutamakan perkara-perkara yg diremehkan oleh Allah (a.w) iaitu cakap-cakap dan ajaran batil, seolah-olah ajaran manusia itu lebih utama atau lebih baik dari ajaran Allah (a.w) dan RasulNya! Kita telahpun rujuk hadith beriku:
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa membaca al-Quran (i.e. tahu isinya mengenai sesuatu) lalu dia menganggapkan bahawa ada seseorang yg telah diberi sesuatu yg lebih utama daripadanya (i.e. suatu kitab yg lebih utama dari al-Quran dan as-Sunnah) yg telah diberikan kepadanya (yakni, al-Quran), maka sungguh-sungguh dia telah mengagungkan sesuatu yg diremehkan (atau, diperkecilkan atau dihina) oleh Allah (a.w) dan dia telah meremehkan sesuatu yg telah diagungkan (atau ditinggikan) oleh Allah (a.w) (yakni, al-Quran dan as-Sunnah).’ [Hadith at-Tobrani]
[Nota: al-Quran itu adalah kalam Allah (a.w) dan adalah kitab panduan yg terbaik dan sebaik-baik panduan dan petunjuk (i.e. hidayah) itu adalah petunjuk (atau hidayah) Rasulallah (s.a.w) (yakni, sunnah Rasulallah (s.a.w) itu adalah hidayah atau petunjuk yg terbaik bagi manusia untuk mencari jalan lurus ke syurga selamat dari neraka).]
Justeru itu, yg wajib kita utamakan adalah belajar ilmu mengenai Islam dan syariatnya melalui pengajian al-Quran dan as-Sunnah, bukan mendahulukan atau mengutamakan kitab-kitab atau buku-buku karangan manusiai. Kerana Allah (a.w) memberitahu bahawa sebaik-baik kitab adalah al-Quan dan sebaik-baik pentunjuk adalah petunjuk Rasulallah (s.a.w).
Saudara, sesiapa yg cuba belajar atau memahami Islam dan ketetapannya dgn membuka kitab atau buku karangan manusia, dan tidak langsung ingin mempelajari serta memahami al-Quran dan al-Hadith, telah mendahulukan karya manusia dan melecehkan al-Quran dan sunnah Rasulallah (s.a.w). Pastilah dia dimurkai Allah (a.w). Dan, pastilah dia akan sesat disesatkan oleh manusia yg mengarang kitab atau buku tersebut. Kita telahpun teliti perkara ini sebelum. Oleh itu berwaspadalah.

Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment