Friday, November 25, 2011

Dialog: Ahli Syurga dan Ahli Neraka (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun teliti ketetapan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah tentang siapakah yg menjadi ahli syurga dan siapakah yg menjadi ahli neraka. Kita telah teliti ayat-ayat Surah al-A'raf. Antara berita yg diberikan kpd kita oleh Allah (a.w) dalam surah ini adalah: pertama, ada benteng pemisah antara syurga dan neraka. Benteng ini tinggi sehinggakan membolehkan orang yg berdiri atau berada di atasnya dapat melihat keadaan atau sinario dalam syurga dan sinario dalam neraka. Mereka yg berada di atas benteng atau tembok tersebut dinamakan 'ashabul a'raf'. Siapa 'ashabul a'raf'? Mereka adalah orang yg sudah ditentutkan di padang maksyar kelak berdasarkan Kitab Catatan Amalannya, bahawa dia selamat dari neraka buat sementara waktu dan tidak pula dapat merasai nikmat syurga, ketika majoriti umat Islam masuk neraka, memulakan merasakan azab neraka dan segolongan kecil umat Islam yg sudahpun berada di syurga. kenapa segolongan kecil? Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa ketika kiamat dunia, bermulanya proses hisaban, dan sempurnakan proses hisaban, dan diputuskan siapa masuk syurga dan siapa masuk neraka, hanya seorang (1) drp 1,000 orang yg anuti agama Allah (a.w) (i.e. agama Islam) dari mulai zaman Adam (a.s) sampailah terjadinya kiamat, yg masuk atau mendapat syurga. Dalam hadith lain Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa di kalangan umat beliau sendiri - manusia yg hidup zaman beliau sampailah manusia terakhir di dunia ketika terjadinya kiamat, satu golongan drp 73 golongan atau firqah umat Islam yg berjaya mendapat syurga, selainnya, iaitu 72 golongan walaupun Islam, gagal mendapat syurga, dan sebaliknya masuk neraka. Jadi, yg berjaya di akhirat itu hanyalah golongan minoriti - golongan yg sedikit dari kalangan umat Islam. Oleh itu berwaspadalah. Janganlah rasa seronok kerana kita Islam kononnya kita dapat syurga!
Benar, kalau kita Islam dapat syurga, kerana Allah (a.w) berjanji, sesiapa yg Islam dan beriman dan ada keimanannya sebesar zarrah atau sebesar tubuh semuit hitam yg halus atau sebesar biji sawi, jika wujud dalam kalbunya keyakinan tentang adanya Tuhan yg esa yg berhak di sembah, iaitu Allah (a.w), dan menyebut dia kalimah 'la-ilaha illallah' (Yg bermaksud: Tiada tuhan yg berhak disembah kecuali Allah (a.w)) , AKHIRNYA kelak, setelah berakhkab [Nota: 'Akhkab' adalah hitungan waktu akhirat. Katanya satu akhkab bersamaan dgn 100,000 tahun dalam tahun akhirat. Setiap sehari di akhirat sama dgn 1,000 tahun kiraan tahun kita di dunia sekarang!!] dalam neraka, akan masuk syurga. Itulah orang Iman yg terakhir mendapat syurga, setelah sekian jutaan atau ribuaan atau ratusan tahun merana dalam neraka dalam proses pembersihan diri mereka drp dosa! Bukan secepatnya.
Kedua, ketika telah diputuskan orang-orang Islam yg berjaya mendapat syurga telah dimasukkan ke dalam syurga dan yg gagal mendapat syurga, telah dimasukkan ke dalam neraka, 'ashabul a'raf' berada di atas bentang yg memisahkan syurga dgn neraka. Mereka berdiri melihat ke dalam syurga dan melihat penghunnya, dan mereka juga dapat melihat neraka dan penghuninya. Mereka mengaharapkan agar tergolong dalam penghuni syurga dan terselamat dari neraka. Golongan ini adalah golongan yg dari segi hisaban Allah (a.w) selesai, tapi hisaban kerana berdosa kpd manusia (Islam) belum diselesaikan lagi. Hanya setelah hisaban membayar hutang-hutang dosa dgn orang lain, barulah dapat ditentukan mereka masuk syurga atau masuk neraka. kalau dalam perkiraan membayar 'hutang dosa' tersebut mereka muflis, maka mereka masuk neraka. kalau setelah ditolak 'hutang dosa' terhadap saudara sesama Islam, dia kekal tak muflis, dan masih ada baki pahala, maka dia masuk syurga.
Ketiga, orang Islam yg semasa hidup di dunia menghalang-halangi umat atau orang Islam mengaji atau belajar ilmu mengenai Islam dan syariatnya, dihalangi drp mengerjakan amalan atau ibadah atau amal makruf, yakni beramal dgn syariat agama Islam yg haq berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, adalah juga penghuni neraka. Mereka walaupun Islam tak dapat syurga, kecualilah akhir-akhir nanti sebagaimana orang dalam golongan yg terdahulu itu. Mereka ini adalah orang-orang Islam yg menduduki tempat berkuasa mengaturkan atau menguruskan umat atau jema'ah Islam, tetapi mereka yg sepatutnya mempermudahkan proses dakwah, mereka mempersulitkan proses dakwah. Mereka mengadakan peraturan atau undang-undang atau peraturan mengikut kehendak hati mereka supaya pergerakan umat Islam dalam proses ilmu dan amalan tergendala atau terganggu dan tidak lancar, dan sentiasa  dihantui oleh tyindak tanduk mereka yg kononnya memantau umat Islam dan aqidah umat Islam.
Keempat, adalah golongan umat Islam yg juga tak dapat syurga sebagaimana yg disebutkan dalam Ayat 51, Surah al-A'raf berikut. Cuba kita teliti pula perkara ini.
'Wa-nada  ashabun-nari ashabul-jannati an afidu 'alaina minal-ma-i au mimma rozaqakumul-llaha; qalu innallaha harramahuma 'alal-kafirina' (Yg bermaksud: Da, emmanggil penghuni neraka kpd penghuni syurga: 'Bahawasanya kamu menuangkanlah dari air (untuk kami minum_ atau memberi dari apa-apa merezkikan oleh Allah (a.w) pada kamu.' Berkata (penghuni syurga): 'Sesungguhnya Allah (a.w) mengharamkan Allah (a.w) kedua-duanya (yakni, air dan makanan) atas orang-orang kafir.) [Ayat 50, Surah al-A'raf]
Saudara, apabila tak tertahan kehausan yg teramat dan kelaparan yg teramat dalam neraka, penghuni neaka meminta agar penghuni syurga berkongsi dgn mereka sedikit air dan sedikit makanan yg diberikan Allah (a.w) kpd penghuni syurga. Meeka ditempelak oleh penghni syurga. Kerana Allah (a.w) mengharamkan air minuman dan makanan di ahirat kpd penghuni neraka. Minuman mereka hanya dibenarkan apa yg ada dalam neraka, iaitu minuman nanah yg teramat busuk dan menjijikkan yg menggelegak sebagai minuman dan buah halkum yg berduri sebagai makanan harian penmghuni neraka. Apabila diminum minuman neraka itu hancur luluh segala saluran makanan, perut hancur, dgn kesakitan yg tak dapat dibayangkan siksa sakitnya, kemudian kembali spt sediakala. Apabila dimakan buah zakum yg berduri itu ditelan tak boleh masuk, sambil durinya mencakar kerongkong, sehingga luka,koyak dan terburai kerongkong dan kalau masuk dalam perut pula hancur isi perut, dgn kesakitannya digandakan 99 kali pula, kemudian kembali spt sediakala. Diulangi lagi, kerana dahaga dan lapar, namun tak hilang haus dan lapar.
Saudara, ketika di dunia dulu Allah (a.w) beri peluang makan dan minum - apa-apa yg dibolehkan selain apa-apa yg ditegah di makan dan diminum. Orang Islam yg ingkar makan sesuka hati dan minum sesuka hati, sehinggakan ada orang Islam minum arak seumpama minum air mineral dan makan yg haram seumpama makan makanan yg enak. Yg disuruh tidak dibuat dan yg ditegah dikerjakan. Maka mereka itu di akhirat adalah ahli neraka. Ketika di akhirat, semua makanan dan minuman yg di dunia dibolehkan dan yg tidak dibolehkan kini dibolehkan diminum atau dimakan oleh ahli atau penghunia syurga. Penghuni neraka tidak dibenarkan sama sekali makan dan minum apa-apa yg dihalalkan ketika di dunia dahulu.
Saudara, siapa pula ahli neraka selain yg kita telahpun diberitahu, spt orang yg tak mau akui Allah (a.w) tuhan mereka, tak mau terima atau akui Muhammad (s.a.w) itu Rasul atau Utusan Allah (a.w), yg tak mau anuti agama Islam, yg tak mau kerajakan apa-apa yg disuruh dan sebagainya? Kita lihat firman Allah (a.w) berikut:
'Al-lazinat-takhazu dinahum lahwau-wa-la'iban wa-gharrat humul hayatud-dunya, fal-yauma nansahum kama nasau liqa-a yaumihim haza; wa-ma kanu bi-ayatina yajhaduna.' (Yg bermaksud: (orang-orang yg diharamkan makanan dan minum yg dimakan dan diminum oleh ahli syurga itu adalah) orang-orang yg mengambil (yakni, menganuti serta engamalkan) agamanya secara 'lahan' (atau sia-sia atau yg takpun memanfaatkan dirinya) dan (orang-orang yg mengambil atau menganuti agamanya) sebagai mainan sahaja (tidak serius dan tidak bersungguh menetapinya) dan (orang-orang yg) menipu dirinya atau yg tertipu dirinya oleh kesenangan (dan keseronokan ) kehidupan di dunia; maka pada hari ini Aku (Allah (a.w)) lupakan mereka (yakni, tak ambil peduli) sebgaimana mereka melupakan pada pertemuan (dgn Allah (a.w)) sedemikian hari ini (i.e. akhirat) (Allah (a.w) melupakan atau tak ambil peduli terhadap mereka). Dan apa-apa yg ada mereka dgn ayat-ayat Kami (Allah) menentang atau membantah mereka.) [Ayat 51, Surah al-A'raf]
Saudara, ayat ini menyebutkan satu golongan lagi umat yg akui dirinya Islam tetapi bertindak dalam tiga situasi atau sinario hidup semasa di dunia; iaitu: pertama, mereka Islam tetapi anuti Islam sekadar nama sahaja, melakukan banyak amalan dan ibadah yg sia-sia atau yg tidakpun memberi keuntungan akhirat kpd mereka (spt beramal dan beribadah tidak sejajar dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, tidak menjadi Rasulallah (s.a.w) model ikutan mereka dalam mengabdikan diri kpd Allah (a.w), tidak mengerjakan apa yg disuruh dan meninggalkan apa-apa yg ditegah, mengerjakan amalan ikut selerea mereka sahaja, tidakpun berusaha untuk mencari ilmu membetulkan amalan dan ibadah, dll); kedua, orang-orang yg anuti Islam secara mainan atau seolah-olah mempermainkan Islam, buat nak tak nak, atau meremehkan perintah Allah (a.w) dan suruhan Rasulallah (s.a.w), Islam secara suka-suka tidak serius, termasuklah apabila bersolat tak tertib, tak khusyu', sambil lewa, dikerjakan di luar waktunya atau di akhir waktunya, atau tergesa-gesa semata-mata tetapi dalam perkara duniawinya begitu fokus dan sepenuh perhatian; dan ketiga, orang-orang yg mengutamakan dunianya sehingga melupakan akhiratnya, mereka ditipu atau tertipu oleh dunia sehinggakan, sebagai contoh, meremehkan amalan dan ibadah yg diwajibkan dan tidakpun menambah dgn amalan dan ibadah sunat kerana kesibukan dunia mereka. Setiap saat dan ketika dunianya adalah segala-galanya, dia menumpukan sepenuh perhatian kpd dunianya, tapi mengabaikan atau meringankan amalan dan ibadah yg diwajibkan spt solat, puasa, mengerjakan haji dan umrah, mengeluarkan zakat dan menginfaq sebahagian hartanya demi Islam dan orang Islam berhak dan sebagainya. Dalam masyarakat Melayu hari ini, terutama orang yg pentingkan dunianya, akan menombor-duakan atau mengakhirkan segala sesuatu tentang agamanya. Mereka ini adalah orang yg ditipu oleh dunianya, meremehkan agamanya dan mengambil tuntutan agamanya ringan seringan-ringannya.
Saudara, demikianlah. Ayat ini ditujukan kpd manusia yg tidak Islam dan lebih uatama kpd manusia yg Islam. Yg tidak Islam tidak penting pada Allah (a.w) kerana mereka tidak akui Allah (a.w), Rasulallah (s.a.w), atau al-Quran atau as-Sunnah. Yg utama adalah orang Islam yg akui diri mereka beriman, kerana merekalah yg boleh mendapat syurga sekiranya dia amalkan dan ibadah atau kerjakan segala sesuatu yg diperintahkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Orang yg Islam sewajarnya dia anuti Islam dgn penuh srius dan ikhlas dan keazaman, memberi tumpuan kpd agamanya dan syariatnya serta tunttuannya. Jika sebaliknya, maka mereka itulah ahli atau penghuni neraka yg disebutkan dalam ayat tersebut.
Kemudian, dalam ayat kemudiannya pula Allah (a.w) peringatkan kita yg Islam beberapa perkara, iaitu: pertama, Allah (a.w) sudahpun turunkan kitab (yakni, al-Quran) sebagai panduan manusia yg inginkan syurga dan terselamat dari neraka, jika berpandu dgnnya; kedua, ayat-ayat serta ketetapan Allah (a.w) itu telahpun diberitahu dan diajarkan oleh UtusanNya yg menjelaskannya dan menerangkanya supaya manusia itu faham dan terpandu, yakni melalui al-Hadith atau as-Sunnah; ketiga, al-Quran dan as-Sunnah itu adalah petunjuk ke arah mencari kerahmatan Allah (a.w) dan kejayaan di akhirat; dan keempat apa-apa yg tersebut di dalam apa-apa yg terdapat dalam al-Quran dan segala sesuatu yg diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w), yakni as-Sunnah, itu adalah merupakan kasih sayang Allah (a.w) terhadap manusia yg ingin mendapatkan kasih sayang serta petunjuk Allah (a.w). Kalau diabaikan atau tidak diambil peduli, maka tiadalah panduan, tiadalah terpimpin dalam dunia, tidaklah mendapat petunjuk dan tidaklah mendapat kerahmatan (atau kasih sayang) Allah (a.w). Maka, rugilah akhirat manusia itu, serugi-ruginya!
Firman Allah (a.w): 'Wa-laqad jiknakum fassalnahu 'al 'ilmin hudan wa-rahmatan li-qaumi yukminuna.' (Yg bermaksud: Dan, nescaya sungguh telah mendatangkan Aku (Allah) kpd mereka (yg berada dalam neraka tersebut semasa di dunia dahulu) dgn pertama, Kitab (al-Quran); kedua, ilmu; ketiga, petunjuk; dan keempat, kerahmatan Allah.' [Ayat 52, Surah al-A'raf]
Saudara, ayat ini menjelaskan bahawa kesempatan telah diberikan oleh Allah (a.w) kpd mereka berada dalam neraka tersebut untuk menyiapkan diri dan berusaha untuk mendapatkan kejayaan akhirat dan selamat dari neraka. Apa yg telah diberikan? Allah (a.w) menyebut perkara-perkara berikut:  pertama, Allah (a.w) turunkan al-kitab (yakni, al-Quran) sebagai panduan manusia; kedua, ilmu, yakni as-Sunnah, yg merupakan wahyu Allah (a.w) kpd Rasulallah (s.a.w) untuk menjelaskan atau menerangkan segala sesuatu yg trdapat dalam al-Quran. Allah (a.w) memperjelaskan tanggunjawab manusia ketika di dunia melalui ilmu (iaitu wahyu yg disampaikan kpd Rasulallah (s.a.w) dan yg diperjelaskan kpd Rasulallah (s.a.w) oleh Jibril (a.s), dan yg diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w) kpd manusia, termasukah mereka yg dalam sinario ini berada dalam neraka); ketiga, Allah (a.w) telah memberi petunjuk kpd manusia bagaimana nak dapatkan kejayaan akhirat dan bagaimana nak selamat di akhirat, jika mereka berpandukan apa-apa yg disebutkan oleh al-Quran dan as-Sunnah; dan keempat, Allah (a.w) memberikan kerahmatan atau kasih sayangnya kpd manusia di dnuia sekiranya mereka mengambil manfaat terhadap apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w).
Malangnya hari ini begitu ramai umat Islam yg perlekehkan as-Sunnah atau tidak yainkan as-Sunnah, malah tak mahu terima ketetapan as-Sunnah, malah lebih teruk lagi ramai pula umat Islam apabila diberitahu ketetapan as-Sunnah mereka bantah atau ketepikan dan terima pula ketetapan manusia yg akui diri mereka alim (atau berilmu)  walhal yg wajib diterima adalah as-Sunnah dan pendapat atau ketetapan manusia tiada nilai dalam Islam. Kenapa? Manusia, walau alim macam mana sekalipun, tidak mendapat wahyu dan tidak dipandu oleh Allah (a.w). Hanya Rasulallah (s.a.w) yg diberi taraf 'uswatun hasanah'.
Saudara, kita sendirilah yg sengaja menganianya diri kita sendiri apakala kita utamakan yg batil dan ketepikan yg haq. Kita lupakan pesanan Allah (a.w) dalam ayat di atas itu. Kita takpun gunakan al-Quran sebagai panduan. Takpun gunakan al-Hadith sebagai panduan. Kita takpun belajar memahami mesej al-Quran. Kita takpun belajar al-Hadith yg menjelaskan al-Quran. Dgn itulah kita akan hanyut di akhirat kelak kalau kita tidak ilmukan diri kita. inilah mesej Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ilmu itu hidupnya Islam dan tiangnya iman.’ [Hadith Abu Shaikh] 
Kemudian, Rasulallah (s.a.w) memberikita tahu tak hairanlah golongan yg masuk neraka itu, tak dapat syurga sebaliknya masuk nereka, kerana apa? Kerana apa yg disebutkan dalam hadith berikut:
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya Allah (a.w), Zat yg Maha Luhur murka pada setiap orang (Islam yg beriman) yg pandai (i.e. bijak dan pintar) dalam ilmu dunianya (tetapi) yg bodoh (i.e. jahil) dalam ilmu akhiratnya.’ [Hadith a-Hakim dan Hadith ad-Dalimi].
Saudara, ramai manusia Islam, termasuklah orang Melayu, yg pandai dan bijak mengurus dunianya, tapi jahil dan bodoh dalam menguruskan akhirat mereka. 
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ketahuilah aku telah diberikan sebuah kitab (i.e. al-Quran) dan bersamanya (yakni, yg diberikan Allah (a.w) bersekali al-Quran itu) sesuatu yg menyerupainya (yakni, yg seiring dengan al-Quran, i.e. al-Hadith).’ [Hadith Abu Daud] 
Saudara, orang yg tak mahu terima as-Sunnah atau perlekehkan as-Sunnah tidak faham pesanan Rasulallah (s.a.w) dalam hadith di atas itu. Maka dgn itulah untuk pasti mendapat syurga, syaratnya adalah Ayat 13, Surah an-Nisa' - taatkan Allah (i.e. ikuti al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti as-Sunnah) pasti dapat syurga.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment