Friday, November 18, 2011

Sinopsis: Berita Kontroversi NFC & Shahrizat, dll

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post kelmarin kita selitkan sedikit, sebagai resam berita dan rempah ratus dalam blog ini - cerita yg dilapurkan dalam banyak akhbar mengenai kontroversi yg dicetuskan oleh suami Menteri Shahrizat melibatkan projek mega beliau, National Feedlot Corporation (NFC) (atau Perbadanan Fidlot Kebangsaan) - satu projek yg dicadangkan yg dibantu oleh kerajaan melalui geran atau pinjaman sejumlah RM 250.0 juta (katanya kadar faedah 2%).
Katanya cerita itu dibangkitkan oleh seorang tokoh Parti KeAdiLan Rakyat M'sia (PKR), yg dijangka mencabar Barisan Nasional dalam PRU ke-13 kelak. PKR bersama-sama dgn DAP dan PAS, telah berjaya dalam PRU ke-12 yg lalu menawan Kedah dan Selangor, namun terlepas, setelah masuk dalam jaring PKR, Perak, dan terus mengekalkan Kelantan, dan terlepas tipis Terangganu. Tidak menghairankan, kalau dalam PRU ke-13, Barisan Alternatif ini memperolehi majoriti dalam Parlimen dan memenangi beberapa buah negeri lagi, selain yg sudahpun dimiliki mereka, dan memerintah Malaysia atau mengurangkan majoriti Barisan Nasional ke tahap minima 1/2 sahaja! Tak mustahil.
Saudara, itu isu politik. Tapi yg jelas adalah kerajaan seringkali membantu kuncu-kuncu orang kuat BN dalam banyak perkara termasuklah dalam projek dan bisnes. Contohnya: Kerajaan membantu syarikat SP Setia Bhd yg membangunkan Putrajaya dgn bantuan pinjaman kerajaan dgn kadar faedah terendah? Katanya tanpa faedah? Kemudian setelah siap kerajaan menyewa pula setiap kompleks pejabat kerajaan di Putrajaya drp SP Setia. Kemudian nampaknya pula, mengikut akhbar, majoriti saham SP Setia dibeli oleh PNB (dgn menggunakan wang umat Islam dan kaum bumiputera). PNB menjadi pemunya terbesar saham SP Setia, tetap diuruskan oleh pemilik asal SP Setia. Kini dilapurkan pula baki saham milik pemilik asal SP Setia, hendak dibeli oleh KWSP (menggunakan wang simpanan rakyat Malaysia). Dan, baru-baru ini pula tersiar berita, bahawa DBKL mengadakan JV dgn SP Setia untuk membangunkan satu bangunan eco-friendly (Green Complex) pula. Begitu pemurahnya Allah (a.w) kpd pemilik asal SP Setia dan begitu mudahnya orang-orang yg diberi kuasa menguruskan tabung/dana wang awam membuat keputusan untuk menambah keuntungan - dividen - kpd pencarum KWSP/penyimpan
PNB dan menggunakan 'wang terpijak' manakala DBKL pula menggunakan cukai pintu yg dikutipnya. Kalaulah pemilik SPSetia orang Islam begitu banyaknya dividen akhirat yg dia perolehi untuk menempah tempat di syurga di kalangan orang-orang yg disayangi Allah (a.w) kerana usaha-usaha fi sabilillah beliau, kalaulah ada.
Saudara, cerita NFC ini takkan kebanyakan kita tau atau ambil kesah, kalaulah tak diheboh-heboh dan dihebahkan dalam media. Kalau dibincang dalam Parlimen, tak siapa minat nak baca kecualilah parti pembangkang.Tapi bila ditulis dalam akhbar, ramai juga orang baca. Ramai juga akan tau apa yg berlaku dalam kerajaan dan apakah tindak tanduk kerajaan dalam menggunakan wang dan harta awam (= wang dan harta rakyat).
Saudara, kita diberitahu dalam akhbar beberapa perkara mengenai NFC ini. Pertama, ianya adalah projek swasta yg dibantu oleh kerajaan pelaksanaannya. Kedua, kerajaan memberi peruntungan 'wang bantuan' - katanya RM 250.0 juta - berupa 'loan' (= pinjaman) (dgn kadar faedah 2.0% setahun) dan tarikh perlu dijelaskan kpd kerajaan 30 tahun (Nota: Dr Salleh, Pengerusi Eksekutif NFC, kini sudah hampir, kalau tidak melebihi 55 tahun, tak sempat agaknya nak tengok pinjaman itu selesai dibayarkan. Namun, sepanjang akhir hayatnya, ekonominya tetap terjaga). Murah. Tak siapa boleh dapat loan begitu banyak dan begitu murah dan tanpa cagaran apa-apa kecuali hubung kait dgn kerajaan atau orang kerajaan. Ketiga, yg berkuasa penuh terhadap NFC itu adalah Dr Mohamad Salleh Ismail, suami kpd Menteri Shahrizat (dulu seorang pegawai penyelidik di MARDI, rasanya). Menarik kerana NFC ini disokong kerajaan dan diusahakan oleh suami seorang menteri kerajaan. Katanya Shahrizat tak taupun projek suaminya itu, wallahu 'alam. Kalau suami orang lain, takda connection dgn kerajaan atau orang kerajaan, tak mungkin dapat sokongan kerajaan atau orang kerajaan, pastinya. Inilah lumrah dunia, dan dunia Barisan Nasional. [Nota: Sebaliknya, ada kawan yg nak minta lanjutkan Sijil Pencetak Bumiputera drp Kementerian Kewangan, sampai lebih drp 7 bulan, tak dapat-dapat, walaupun dia takpun dapat bantuan kewangan kerajaan! Sebab: orang yg terlibat dgn syarikat itu takda connection dgn kerajaan dan orang kerajaan! Ada dacing kelulusan yg berasingan antara yg kenal dgn yg tak kenal ... Keempat, Juru Audit Negara kata target syarikat untuk 2010 (sejumlah 8,000 lembu dikeluarkan), tapi belum tercapai, katanya walaupun sudah beroperasi 3 tahun (hanya 3,289 ekor tercapai drp jangkaan 8,000 ekor). Kata Dr salleh dah tercapai. Katanya ada banyak rintangan dan sebagainya. Saudara boleh baca kenyataan akhbar beliau. Kelima, drp RM 250.0 juta yg diperuntukkan itu sejumlah RM 69.0 juta masih berbaki (= RM 181.0 juta dah dibelanjakan). Keenam, Dr Salleh, dalam sidang akhbar kelmarin itu, menjelaskan rasional penubuhan rantaian syarikat 'Meatworks' (= Restoran steak atau Steak House (seumpama The Ship, Victoria Station etc), yg mendapat bekalan drp NFC dan justeru itu mungkin berdaya saing atau mampu bersaing dgn restoran steak yg lain! [Nota: Penulis pernah cuba makan, tapi taklah sehebat The Ship ataupun Victoria Station dari segi citarasa/rasa). Ketujuh,katanya lagi, sejumlah 70 'Meatworks' telah beroperasi. NFC membekalakan daging untuk steaksnya secara subsidi menelan belanja RM 2.9 juta pada tahun 2009. Tahun lalu 2010 berapa banyak? Tak diberitahu pula siapa miliki 'Meatworks' atau rantaiannya? Kalau chain restoran Meatworks ini milik Dr Salleh (atau gengnya), untunglah mereka yg mendapat habuan drp pelaburan kerajaan membelajankan RM 250.0 juta. Kedelapan, adakah projek NFC ini ada cadangan membantu penternak kecil-kecilan melalui sistem kontrak farming dan seumpamannya? Berapa ramai penternak lembu kecil-kecilan dapat manfaat dari projek ini? Katanya, kalau nak dapatkan bantuan buat kandang, dapatkan baka jantan, dan sebagainya, melalui Jabatan Haiwan, amat sukar. Sekali lagi, projek kerajaan tak menguntungkan orang biasa - the small cow/cattle breeders. Kesembilan, yg menarik, adalah strategi mendapat keuntungan dgn membeli satu? atau dua? unit condo mewah di kompleks condo One Menerung dgn belanja RM 6.9 juta (= RM 3.45 juta sebuah). Kenapa dua tak banyak? Kenapa tak beli saja Kompleks Office yg lebih bernilai tinggi? Yg menariknya, walaupun keputusan membeli condo itu mendatangkan pulangan - dari segi nilai appreciation of land/property value' dan potensi sewa drpnya lebih baik drp menyimpan dalam FD, namun bukanlah logikal dan ethikal bagi NFC melabur dalam bidang hartanah. Wang yg digunakan 'sudah disalahgunakan' walaupun pertimbangan 'return to investment' adalah wajar. Tindakan sedemikain sama logiknya dgn pihak berkuasa mengutip zakat di setiap negeri yg menggunakan hasil yg dikutip untuk membina bangunan spt 'Menara Zakat' di kawasan segitiga KL, walhal Islam mensyaratkan kesemua wang zakat wajib diagihkan kpd 8 asnaf yg berhak menerimanya! Keputusan membangunakn projek pejabat multi-storey untuk disewakan itu adalah bagus dalam konteks pertimbangan manusia, tetapi pada Allah (a.w) sama sekali tidak wajar, kerana bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah! Kesepuluh, Dr salleh memberi justifikasi terhadap tindakannya atas dasar 'alternatif short-term investment yg baik' berbanding dgn simpanan dalam FD.  Perunding NFC pula, Zakaria Mohammad, kata NFC, dgn membeli condo tersebut dahpun untung atas angin sebanyak RM 700,000 melallui rebat (= ini hanyalah book entry takda nilai wang. Hanyalah harga asal dikurangkan. Namun tetap pembelian yg tak secocok dgn tujuan asal penubuhan NFC itu). Katanya lagi boleh mendatangkan pulangan terjamin RM 200,000 setiap tahun - Kita 'wait and see' lapuran dan prestasi tahun depan, betul atau tercapai atau tidak.
Kita patut berterima kasih kpd Ketua Audit Negara, kerana memasukkan pemerhatiannya dalam Lauran Audit yg terbaharu. Kita juga berterima kasih kpd Parti KeAdiLan Rakyat kerana mendedahkan suatu perkara yg sudahpun disebut oleh Juru Audit. Hanya, mungkin ada 'twist' apa yg dilapurkan oleh orang/parti opolitik itu yg berbeza atau yg menimbulkan kontroversi. Walaupun begitu, kita ucapkan syabas kpd kedua pihak tersebut.
Agaknya takda ke cerita tentang satu lagi agensi kerajaan yg ditubuhkan iaitu  Perbadanan Halal Malaysia? Agensi atau syarikat kerajaan yg ditubuhkan zaman Pak Lah jadi PM yg bertanggungjawab membangunkan 'Halal Hub' (= projek pembangunan tanah untuk kilang, tak ada bezanya dgn konsesi tanah untuk projek pembangunan perumahan mewah atau kompleks niaga mewah) dan terlibat dalam program persijilan halal.[Nota: nampaknya, kerajaan tetap memberi kuasa kpd JAKIM sebagai 'Halal Certification Authority'.] Perbadanan tersebut diketuai oleh orang yg bukanlah berilmu tentang agama Islam dan syariatnya, kerana hakikat 'Halal' bukanlah ketetapan manusia, tetapi ketetapan agama atau ketetapan Allah (a.w). Justeru itu, orang yg menguruskan persijilan hal wajib berilmu dan faham tentang konsep 'halal' dalam syariat Islam - berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Jika tidak, akan berleluasalah umat Islam yg 'makan bangkai' kerana makan daging lembu yg tidak menapati ketetapan syariat Islam supaya sah halalnya. Setiap makanan yg sumbernya 'haram' (= kalau tak halal) nerakalah yg berhak terhadap daging-daging yg tumbuh di tubuh kita. Maksudnya: nerakalah tempat kita kelak.
Saudara, demikianlah dunia. Allah (a.w) memberitahu ada pelbagai fitnah atau cubaan kpd orang Islam. Kalau lalai dia dan kalau dunianya menjadikan dia lupa akhiratnya, maka kecundanglah akhiratnya ... walhal, Allah (a.w) beritahu - akhirat itu lebih kekal. Orang iman yg bijak itu dia fikirkan kejayaan dunianya dan kejayaan akhiratnya selari ...

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment