Assalamualaikum,
Saudara, kita telah lihat bagaimana syaitan telah ingkar kpd Allah (a.w) apabila siperintah Allah (a.w) tunduk (menghormati Adam (a.s)) manusia pertama yg dicipta Allah (a.w). Dia takpun mahu bertaubat meminta ampun atas kedurhakaannya. Kemudian dgn sombong pula meminta Allah (a.w) menyetujui tujuan jahat dan buruknya untuk menyesatkan anak cucu Adam dan meminta supaya dia dan cucu cicitnya tidak dimatikan sehingga kiamat dunia. Kita juga telah lihat betapa azam syaitan untuk sedaya upayanya memesongkan manusia yg beriman dari berjaya mendapat syurga ketika menjalani kehidupan di dunia. Kerana, dunia itu adalah tempat bersiap atau menyediakan bekalan untuk akhirat. Bekalan itu adalah berupama amal dan ibadah wajib yg diperintah Allah (a.w) dan yg disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) kita kwerjakan sekuat mampu kita dan meninggalkan atau menjauhi kemaksiatan yg ditegah Allah (a.w) dan RasulNya kita kerjakan.
Saudara, dalam beberapa post yg akan datang kita akan lihat beberapa golongan manusia yg akui diri mereka beriman, tetapi melakukan perkara-perkara yg tidak menunjukkan mereka benar-benar beriman, malah sebaliknya. Kita akan teliti beberapa golongan orang Islam dan orang iman, yg secara sengaja atau tidak mereka sedari, telah berjaya dipengaruhi oleh syaitan atau hawa nafsu mereka sendiri; iaitu: pertama, golongan orang Islam yg akui diri mereka beriman, tetapi jahil dalam imu al-Quran dan as-Sunnah sebenarnya, tetapi mengarang kitab dan buku dan mengeluarkan pandangan dan pendapat berdasarkan sedikit pegetahun yg mereka tau dari pemikirannya sendiri atau dari pendapat orang lain tanpa mengaji dan memahami ilmu al-Quran dan as-Sunnah, tetapi menyatakan atau mengajar sesuatu yg batil pula - Ayat 78 & 79, Surah al-Baqarah; kedua, perdebatan antara pengasas perkumpulan (guru) dgn pengikut-pengikut mereka (murid) yg bertumpukan kpd program dan proses pengilmuan dalam kejahilan, jahil kerana tanpa asas atau didasari oleh al-Quran dan as-Sunnah, dan kedua-dua golongan sama-sama dalam neraka -Ayat 75 & 76, Surah al-A'raf dan Ayat 21, Surah Ibrahim; ketiga, golongan orang yg akui diri mereka Islam dan beriman, dan berilmu, maka mengajar pengikutnya berdasarkan kebatilan, yakni atas pujukan dan desakan syaitan semata-mata, yg secara langsung dan tak langsung, menjadi gurunya, tanpa didasari oleh ilmu yg haq, iaitu al-Quran dan as-Sunnah, mengajarkan pengikut (murid) mereka, maka kedua-dua golongan - guru dan murid atau pengasas perkumpulan dan pengikut - dalam nerana. Maka guru berdebat dn syiatna yg menyesatkan mereka - Ayat 21 & 21, Surah Ibrahim; dan keempat, orang yg mengakui diri mereka Islam dan beriman dan diberi pula kuasa mentadbiruruskan jema'ah Islam, tetapi melakukan segala sesuatu yg menghalang atau mencegah dakwah disampaikan kpd umat Islam, dakwah yg haq berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, yg dia tahu benar atau dia fikir batil kerana ketaksuban terhadap pendapat atau ajaran yg mereka warisi drp guru-guru yg juga batil ilmunya, tidak mengakui kesilapan atau penyimangan mereka dari landasasn ilmu dan panduan yg haq, yakni al-Quran dan as-Sunnah, golongan ini juga dapat neraka - Ayat 44 & 45, Surah al-A'raf.
Saudara, empat golongan ini semakin ramai zaman ini dan akan lebih ramai lagi di masa-masa depan, apabila ilmu yg haq iaitu al-Quran dan as-Sunnah semakin dijahui oleh manusia dalam mengamalkan Islam dan dalam memandu diri mereka sebagai umat Islam berpedomankan pendapat dan fikiran manusia, tanpa berguru dan menggunakan peralatan atau media moden spt VCD, kaset, mengikuti ceramah di kaca TV dan radio, tanpa sedikitpun menghiraukan supaya mempelajari al-Quran dan as-Sunnah. Dan, kerana semakin lama semakin pupus orang yg berilmu tentang al-Quran as-Sunnah, dan semakin dijauhi mereka, atau semakin tersisih dari masyarakat, dan semakin tidak diberi perhatian, dan ilmu mereka semakin tidak diminati oleh umat Islam. Dan, kerana semakin ramai orang yg menampilkan diri mereka sebagai ilmuwan dan ulama', bijak berhujjah, pandai mengarang begitu banyak kitab dan buku dan risalah atau pandai mengendalikan program motivasi dan pintar berceramah dgn berhujjah, dan dgn cara yg tidak sedikitpun membosankan, tetapi isi yg dituliskan dan diceramahkannya menyimpang drp kebenaran dinilai dalam konteks ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, keempat-empat golongan ini penting kita ketahui dan awasi kerana mereka memainkan peranan yg besar dalam hidup beragama, dan yg menyebabkan kita menyimpang dari jalan lurus Allah (a.w), sehinggakan syurga yg kita cari, tetapi neraka yg kita temui dan kita terjerumus ke dalamnya tanpa kita sedari. Lebih utama golongan ini memang ada setiap zaman dan lebih-lebih zaman akhir ini. Apa yg disebutkan ini adalahkebnaran, kerana Allah (a.w) yg memberi kita tahu sebab musababnya, dan kita diberi sinopsis sinario di akhirat yg pasti berlaku, sebagai memperingatkan kita supaya janganlah kita terjerumus dan kita menyesal kelak. Sesungguhnya syaitan itu sentiasalah menggunakan pelbagai kelemahan manusia yg Islam dan beriman untuk menjerumuskan orang iman yg lain. Syaitan juga memiliki pelbagai senjata yg jelas dan samar yg akan menjerumuskan orang iman. Syaitan tak perlu pengaruhi orang bukan Islam, kerana sudah pasti mereka yg bersama-samanya masuk neraka. Syaitan hanya ingin jerumuskan orang yg kaui dirinya Islam dan beriman, kerana, orang Islam yg tidak bepandukan ilmu dan panduan yg haq - iaitu al-Quran dan as-Sunnah - yg bergelumang dgn keyakinan dan kepercayaan yg bersifat syirik, tahayul, kurafat dan yg suka bertaklid dan ingin mencernakan ritual Islam supaya lebih kelihatan menqrik dan menyeronokkan melalui pelbagai bid'ah, pasti lambat laun akan mengikuti syaitan ke neraka, dan pasti jauh dari syurga. Oleh itu berwaspadalah ...
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment