Tuesday, November 8, 2011

Syaitan: Angkara serta Ancaman dan Tipuhelahnya (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara, dalam post yg lalu kita telah lihat betapa bijaknya syaitan memutarbelitkan fakta dan ketetapan Allah (a.w) dalam memesongkan Adam (a.s) dan Hawa (a.s). Dgn tipu daya tersebut, maka terjadilah apa yg diberitahu oleh Allah (a.w) pada ayat-ayat seterusnya.
Firman Allah (a.w): 'Fadallahuma bighurur; falamma zaqas-syajarata badat lahuma sau-atuhuma wa-tafiqa yakhsifani 'alaihima min waraqil jannati; wa-nadahuma rabbuhuma alam anhakuma 'an tilkumas-syajarati wa-aqul-lakuma innass-syaitana lakuma 'adu-wum-mubinun.' (Yg bermaksud: Maka (syaitan) menunjukkan kpd keduanya dgn tipuan; maka ketika merasakan keduanya maka ternampaklah bagi keduanya kemaluan keduanya dan berbuatlah keduanya menyanyam atas mereka berdua daun-daun syurga; dan memanggillah keduanya tuhan keduanya (dgn berfirman): 'Adakah belum melarang Aku (Allah) kedua kamu dari kamu berdua pokok ini? Aku (Allah) telah berfirman kpd kamu berdua sesungguhnya syaitan itu bagi kamu berdua adalah musuh yg jelas?') [Ayat 22, Surah al-A'raf]
Dalam ayat ini Allah (a.w)memberitahu kita bahawa setelah dipujuk syaitan dgn memutarbelitkan kebenaran untuk manfaat tipu helahnya, maka Adam (a.s) dan Hawa (a.s) mendekai pokok zakum tersebut. Mengikut seseetengah hadith lalu memakan buahnya. Maka setelah dimakan buahnya maka terlucutlah pakaian mereka berdua, maka ternampaklah secara zahir aurat (= kemaluan) mereka. Merekapun mengambil daun-daun syurga menganyamnya sebagai ganti pakaian untuk menutupi aurat mereka. Maka Allah (a.w) memanggil mereka memperingatkan larangan yg telah diberikan kpd mereka sebelu itu supaya jangan mendekati pokok zakum tersebut. Dan, Allah (a.w) memperingatkan Adam (a.s) (dan seterusnya anak cucu Adam) bahawa syaitan itu memang musuh yg jelas yg kemahuannya untuk mengheret cucu keturuanan Adam terlepas syurga dan masuk bersamanya ke dalam neraka. Kerana, syaitan telah dilaknat Allah (a.w) tidak sekali-kali akan masuk syurga.
Firman Allah (a.w): 'Qala rabbana zolamna anfusana wa-in taghfirlana wa-tarhamna lanakunanna minal-khosirina.' (Yg bermaksud: '(Maka bertaubat Adam (a.s) dan Hawa (a.s) (dgn kalimah taubat meminta pengampunan Allah (a.w)) Wahai Tuhan kami telah menzalimi kami akan diri kami dan jika Engkau (Allah) tidak mengampunkan kami dan  dan (Engkau (Allah (a.w)) tidak mengasihi kami berdua nescaya adalah kami berdoa tergolong dari kalangan orang-orang yg rugi (yakni, masuk neraka di akhirat kelak).') [Ayat 23, Surah al-A'raf]
Saudara, setelah mengalami apa-apa yg dialami oleh mereka berdua, maka sedarlah mereka bahawa syaitan telah memesongkan mereka dari menetapi atau akur dgn perintah Allah (a.w) melarang supaya tidak menghampiri pokok di syurga tersebut, maka Adam (a.s) dan Hawa (a.s) segera bertaubat dgn menyebut kalimah taubat dalam ayat di atas itu. [Nota: Sesiapa yg melakukan kesalahan atau kemaksiatan - tidak mengerjakan sesuatu yg disuruh oleh ketetapan Allah (a,w) dan mengingkari sesuatu ketetapan yg Allah (a.w) tegah, maka dia telah menzalimi dirinya sendiri, maka berdosa, dan setiap dosa tidak terampun kecuali ditaubatkan]. Justreru itu, sesiapa yg ingin bertaubat kalimah taubatnya adalah kalimah yg disebut oleh Adam (a.s) di atas itu.Itulah kalimah doa yg terawal oleh manusia memohon keampunan Allah (a.w) dan memohon kembali kasih sayang Allah (a.w) untuk menghapuskan dosa dari kesalahan yg telah dilakukan olehnya. Eloklah kita, yg pastinya banyak dosa, amalkan doa ini setiap kali kita bersolat, selain kalimah doa yg Allah (a.w) ajarkan sendiri iaitu kalimah: 'Rabbana atina fid-dunya hasanah, wa-fil ahirati hasanah, wa-qina azaban-nar' (Yg bermaksud: 'Wahai Tuhan kami datangkanlah (i.e. kurniakanlah) kesejahteraan di dunia, dan kesejahteraan di akhirat (i.e. mendapat syurga), dan jauhkanlah dari kami azab nereka.) [Ayat 201, Surah al-Baqarah]. Perbanyakkanlah doa ini dibaca setiap solat kita dan pada bila-bila masa sahaja.
saudara, demikianlah sejak zaman Adam (a.s) lagi syaitan telah berjeawa menjerumuskan manusia. Kerana mengikuti 'nasihat' syaitan, Adam (a.s) dan Hawa (a.s), 'dibuang daerah' oleh Allah (a.w) ke dunia, tidak dapat tinggal tetap di syurga. Manusia, zuriat Adam (a.s) dan hawa (a.s) hanya akan dapat syurga selepas itu jika menepati perintah Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa', iaitu: Taatkan Allah (a.w) (a.w) (i.e. ikuti al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti as-Sunnah), maka Allah (a.w) janjikan syurga. Orang yg menetapi ayat tersebut adalah orang terjaga dari godaan syaitan dalam hidupnya. Syaitan akan sentiasa berusaha untuk memesongkan manusia yg Islam dan beriman dari mentaati Allah (a.w) kerana itulah janji dan ikrarnya di hadapan Allah (a.w) dan dia serta cucu cicitnya akan terus melakukan pelbagai perkara melalui pelbagai cara dan mengrekrut pembantu dari kalangan manusia, termasuk 'ahli agama', untuk memujuk orang Islam dan iman lain supaya kufur kpd Allah (a.w) dan tidak mensyukuri Allah (a.w).
Saudara, mentaati Ayat 13, Surah an-Nisa' dan berpandukan Ayat 14, Surah an-Nisa' itu termasuklah mentaati segala perintah Allah (a.w), termasuklah perintah Ayat 103, Surah ali-Imran iaitu umat Islam wajib 'berjema'ah dalam Islam' , Ayat 7, Surah al-Haysr, iaitu umat Islam wajib ambil panduan dan ikuti as-Sunnah, dan Ayat 80, Surah an-Nisa', iaitu jika mereka taatkan Rasulallah (s.a.w) pasti mereka telah mentaati Allah (a.w) - kerana Rasulallah (s.a.w) membawakan dua ilmu dan panduan hidup orang iman yg haq iaitu al-Quran dan as-Sunnah.
Dalam ayat-ayat selanjutnya, kita diberitahu bahawa manusia terus ditempatkan di dunia, untuk menjalani kehidupan mereka sehingga sampai ajal masing-masing. Allah (a.w) melantik para rasul dan nabi untuk menasihati dan membimbing umat manusia supaya akur dgn Ayat 13, Surah an-Nisa' dll sebagainya dgn berdasarkan Kitab-kitab Allah (a.w) (Zabur, Suhuf, Taurat, Injil dan akhirnya al-Quran). Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) memberitahu pula bahawa kerahmatan Allah (a.w) itu amat besar kerana kemungkinan mendapat gandaan pahala begitu banyak berbanding dgn dosa. Justeru itu probability masuk neraka sepatutnya lebih nipis dgn probaility mendapat syurga. Kerana, setiap kejahatan yg dilakukan oleh Anak Adam tidak digandakan dosanya, tetapi setiap kebaikan pahalanya digandakan begitu banyak dari 10 gandaan sehingga 70 kali gandaan, dan dalam beberapa amalan dan ibadah pula diberikan kemudahan untuk menghakis dosa dan menimba gandaan pahala yg jauh lebih banyak spt 100,000 gandaan spt beramal di Masjidil Haram, mendapat pahala 70 kali haji jika kerjakan haji secara berjalan kaki, dan terhapusnya dosa apabila mendapat haji mabrur dan sebagainya. Begitulah kasih dan sayangnya Allah (a.w) kpd manusia yg Islam dan beriman. Maka kemungkinan terjerumus dalam neraka itu kemungkinannya amat sedikit berbanding dgn kemungkinan mendapat syurga berdasarkan gandaan pahala. Namun, kerana hawa nafsu dan hasutan serta panggilan syaitan serta lambaian keseronokan dunia dan keyakinan tipis manusia terhadap kehidupan akhirat, sehinggakan di kalangan orang Islam sendiri hanyalah seorang drp 1,000 orang berjaya dapat syurga, 999 orang kecundang. Dan, dikalangan umat Muhammad (s.a.w) sendiripun walaupun agama Islam itu satu dan syariatnya satu, namun di akhir zaman ini terdapat 73 ikutan (atau variasi) agama Islam, kesemuanya kecundang tak dapat syurga, kecuali satu kumpulan yg mengikuti agama Islam yg haq sebagaimana ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah! Inilah golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah'. Orang yg tidak terima Islam tidak akan digoda syaitan, kerana mereka memang sudah pasti masuk neraka. Yg syaitan ingin bawa bersamanya ke dalam neraka adalah orang yg akui diri mereka Islam dan beriman.
Oleh itu berwaspadalah. Walaupun peluang meraih pahala begitu banyak, gandaan dosa hanya satu bagi setiap perlakuan dosa, namun majoriti umat Islam  akan masuk neraka. Mudah-mudahan kita tidaklah tergolong dari kalangan yg mengikuti syaitan atau berjaya dikumpulkan syaitan masuk neraka, insya Allah. Amin.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment