Wednesday, November 23, 2011

Mati Syahid: Kerana Terbunuh ...

Assalamualaikum,
Saudara, kita sering dengar orang bercakap tentang 'mati syahid'. Katanya orang yg mati syahid itu pastilah mendapat syurga. Apakah begitu? Benar. Orang yg mati syahid itu pasti mendapat syurga, dgn syarat dia mati bukan sengaja mencari untuk dibunuh atau apa-apa tujuan, tetapi mati terbunuh kerana menetapi sesuatu peraturan Allah (a.w0 dan peraturan Rasulallah (s.a.w) - berdasrkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Contohnya, orang yg berperang di zaman dahulu untuk mempertahankan agama Islam atau untuk mengembangkan agama Islam kpd manusia jahiliah, maka jika dalam proses mengislamkan kaum kafir dan jahiliah dia terbunuh, maka dia mati syahid. Kerana dia membela agama Islam.
Soalnya, kalau sekarang ini adakah kemungkinan seseorang yg Islam itu boleh mati syahid? Ada. Adakah orang yg menjadi anggota teroris, contohnya, terbunuh, dikira mati syahid? Sebelum dipastikan soalnya apakah yg mereka perjuangkan? Adakah merka perjuangkan Islam atau umat Islam atau negara Islam yg dicabar oleh musuh yg ingin merosakkan Islam dan aqidah Islam atau mengusahakan supaya orang Islam dan iman kembali tidak beriman? Tujuan perjuanagn 'jihad' itu penting.
Saudara, kita lihat dua hadith berikut yg menjelaskan tentang mati syahid yg diakui benar dalam Islam. Seseorang yg mati dalam keadaan sedemikian itu diiktiraf sebagai mati syahid, maka dia berhak mendapat syurga.
Menceritakan hadith dari Abdullah b Hassan berkata: 'menceritakan hadith oleh pakciknya, Ibrahim b Muhammad b. Talhah hadith dari Abdullah b Omar hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: 'Man urida maluhu bighairi haqqin fa-qatala fa-qutila fahua syahidun.' (Yg bermaksud: Barangsiapa yg dikehendaki (yakni, dirampas atau dicuri atau dipaksa swerahkan harta muliknya oleh seseorang) dgn tanpa hak (yakni, kebenaran) maka memerangi (yakni, melawan) dia, maka dibunuh akan dia, maka dia (yg dibunuh) itu mati syahid.) [Hadith Abu Daud, Kitab Sunnah]
Saudara, hadith ini menyebutkan situasi bilamana seseorang itu dipaksa oleh seseorang yg lain yg hendak merampas atau mengambil dgn paksa atau merompak atau mencuri hartanya yg orang yg merampas itu tidak berhak terhadap harta miliknya itu, maka dalam situasi tersebut dia mempertahankan harta miliknya, dan dia terbunuh dalam situasi sedemikian itum, maka dia mati dianggap mati syahid.. Orang yg mati syahid dalm keadaan sedemikian itu berhak mendapat syurha di akhirat kelak.Oleh itu, jika seseorang itu terserempak dgn seseorang yg hendak merompaknya atau mencuri hartanya, dia melawan mempertahankan harta haknya, dan dia dikalahkan maka dibunuh oleh orang yg merompak atau merampas hartanya, maka dia mati dalam keadaan mati syhaid.
Diriwayatkan hadith dari Abi 'Ubadah b Muhammad b. 'Ammar b. Yassar hadith dari Talhah b. Abdillah b. 'Auf hadith dari Said b Zaid hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: 'Man qutila duna malihi fa-hua syahidun, wa-man qutila duna ahlihi au duna damihi au duna dinihi fa-hua syahidun.' (Yg bermaksud: Barangsiapa yg dibunuh di bawah (yakni, kerana dipaksa orang yg ingin mengambil hartanya dan dia mempertahankan haknya) maka dia mati syahid, dan orang yg dibunuh di bawah (yakni, memeprtahankan) ahlinya (yakni, keluarga dari dianianya atau dikasari atau dicederakan oleh orang yg memaksanya), maka dia mati syahid atau (mempertahankan) darahnya (yakni, keselamatan dirinya) atau kerana (mempertahankan) agamanya (spt dipaksa mengikut agama atau meninggalkan agamanya = Islam) , maka dia mati syahid (jika terbunuh kerana mempertahankannya)). [Hadith Abu Daud, Kitab Sunnah]
Saudara, jelaslah situasi yg menjadikan seseorang itu mati syahid yg diiktiraf dalam Islam adalah spt berikut: pertama, mati kerana dibunuh oleh orang; kedua, mati kerana mempertahankan hartanya; ketiga, mati kerana mempertahankan keselamatan dirinya dari di cederakan dan sebagainya; keempat, mati kerana mempertahankan keselamatan keluarganya; dan keenam, mati kerana mempertahankan agamanya atau aqidahnya. Kesemua situasi tersebut menjadikan orang yg mati itu mati syahid. Seseorang yg mati syahid akan mendapat syurga di akhirat kelak. 
Selain itu, sesiapa yg mengaji Islam dan syariatnya akan diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa berjalan atau mengadakan perjalan untuk pergi ke tempat pengajian ilmu al-Quran dan as-Sunnah, perjalan mencari ilmu sedemikian itu dikita perjalan memperjuangkan agama Islam, maka adalah termasuk dalam urusan fi sabilillah. Jika ditakdirkan dalam perjalanan tersebut dia terkurban oleh sesuatu, dan mati dia, maka matinya juga dianggap mati syahid. Demikianlah besarnya pahala bagi orang yg berusaha untuk mencari ilmu yg haq supaya dia lebih faham agamanya dan dgn kefahaman sedemikian dia boleh beramal dan beribadah menepati tuntutan Islam sebagaimana yg diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w). Malangnya, hari ini berapa ramaikah umat Islam yg akui diri mereka Islam dan inginkan kejayaan akhirat semasa hidupnya akan berusaha mencari ilmu. Manusia itu akan berusaha sedaya upaya mencari dunianya. Terkadang sampai terlupa dia tanggungjawabnya terhadap Allah (a.w) - khususnya mengerjakan amalan dan ibadah kerana mencari kerahmatan Allah (a.w) dgn menumpukan sedikit masa untuk belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah supaya boleh dia menyemak ilmunya mengenai Islam dan syariatnya, dan supaya dia boleh membetulkan amalan dan ibadahnya supaya sejajar dgn tuntutan as-Sunnah, dan akhirnya, lebih utama, supaya dia beramal dan beribadah menepati tuntutan syariat Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.
Mudah-mudahan kita diberi petunjuk oleh Allah (a.w) untuk melakukan segala sesuatu demi mencari kesejahteraan akhirat ketika nyawa masih dikandung badan, insya Allah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment