Assalamualaikum,
Saudara dalam post yg lalu kita telah maklum bahawa kesemua amalan dan ibadah kita hendaklah atas dasar ilmu dan bukannya dikerjakan atas persangkaan atau ikut-ikutan atau atas ajakan seseorang atau meniru perbuatan orang, dalam kejahilan. Kita dianggap jahil kalaulah kita tidak memiliki dua ilmu yg wajib kita jadikan panduan dalam beramal dan beribadah dan juga yg wajib kita jadikan panduan hidup di dunia sebagai orang Islam yg beriman. Hakikat ini penting. Kerana kita diberitahu dalam post-post yg lalu bahawa ilmu yg diwajibkan atas seseorang yg Islam dan beriman itu pelajari, fahami dan jadikan panduan amalan dan ibadah serta panduan hidup orang iman, hanyalah ilmu al-Quran dan as-Sunnah (atau al-Hadith).
Saudara, kita juga telah diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa jikalau kita berpedomankan atau berpandukan selain al-Quran dan as-Sunnah dalam mengerjakan apa jua amalan dan ibadah, sudah pasti kita sesat. Kita takkan sesat atau tak mungkin sesat dalam Islam mengamalkan agama Islam jika kita memiliki ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah, dan kita faham ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dalam semua perkara menyentuh agama Islam dan syariatnya. Itulah pesanan Rasulallah (s.a.w). Malangnya hari ini majoriti umat Islam, terutama mereka yg terlibat dalam bidang akademik dalam perkara syariat Islam, lebih mengutamakan penelitian atau penyelidikan atau penemuan-penemuan ide atau rumusan baru tentang beberapa perkara dalam Islam, yg dibanggakan oleh masyarakat akademik. Maka dgn itu kita temui ada ilmuwan yg berhujjah begitu pintar dalam mengketengahkan tentang hakikat kononnya para imam atau ulama' apabila sampai ketahap kedudukan yg dikatakan mujtahid menyatakan bahawa sebarang kelainan dalam amalan dan ibadah, walaupun bertentangan dgn as-Sunnah boleh diambil pakai sebagai sebahagian daripada syariat Islam, wal iya zubillah. Jelaslah, ada orang Islam yg mengakui dirinya berilmu menyamakan atau meninggikan preskripsi tentang Islam dalam banyak perkara sehingga sanggup menidakkan as-Sunnah dan mengambil sebagai gantinya pendapat manusia! Jelaslah satu perbuatan yg tidak boleh dimaafkan dalam Islam. Manakah mungkin manusia selain Rasulallah (s.a.w) yg lebih tahu tentang Islam dan syariatnya? Walhal, Rasulallah (s.a.w) yg mendapat wahyu dan diajarkan tentang Islam dan tuntutannya melalui wahyu terus atau langsung dari Allah (a.w) atau terus diajarkan oleh malaikat Jibril (a.s). Adakah logik mertabad orang yg alim itu boleh menyamai atau mengatasi as-Sunnah? Adakah pendapat manusia itu boleh mengatasi atau mengubah ketetapan Allah (a.w)? Tidak hairanlah apabila kita renungi peringatan Rasulallah (s.a.w) bahawa akan tiba suatu zaman dalam masyarakat Islam orang yg sudah pupus ilmunya atau telah membelakangkan Islam dan syariatnya yg haq - kerana tak lagi mengutamakan al-Quran dan as-Sunnah - tetapi berpandukan atau berpedomankan pendapat dan kebijaksanaan manusia memberi fatwa atau ketetapan dalam Islam. Yg mengeluarkan fatwa sesat dan dia pula menyesatkan orang lain. Kita diperingatkan bahawa sesiapa yg mengajarkan (guru) seseorang (murid/pengikut) suatu yg perkara yg batil, yg tiada dalam ketetapan Islam mlngikut sumber al-Quran dan as-Sunnah, dan diamalkan oleh orang yg dia ajar (murid/pengikut), maka diamalkan oleh orang yg diajar itu (murid/pengikut), maka yg beramal (murid) tersebut berdosa, dan dia (guru) yg mengajarkan ilmu atau amalan yg batil berdosa kerana mengajarkannya kpd orang itu (murid/pengikut), dan murid/pengikut tersebut pula mengirim dosa kpdnya (guru), tanpa sedikitpun mengurangkan dosa murid/pengikut kerana mengamalkan yg batil yg dipelajarinya! Double peopardy. Maka dgn itu Allah (a.w) peringatkan dalam firmanNya berikut:
Dan berfirman Allah (a.w) Yang Maha Mulia lagi Maha Agung: ‘Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun innas-sam’a wal-basora wal-fuada kullu ulaika kana masula.’ (Yang bermaksud: Dan, janganlah kamu kerjakan apa-apa (yakni, amalan dan ibadah) yang kamu tiada ilmu mengenainya; sesungguhnya pendengaranmu (i.e. telingamu) dan penglihatanmu (i.e. matamu) dan hati kamu (i.e. otak fikiranmu) kesemuanya itu akan ditanya mengenainya (i.e. apa-apa yang dikerjakan)). [Ayat 36, Surah al-Israk]
Saudara, segala amalan dan ibadah kita kerjakan sepanjang hidup kita adalah diteliti dan dinilai berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Jika berlainan atau berbeza, maka amalan dan ibadah kita itu, walaupun kelihatan begitu baik dan murni, tetap batal dan batil. Di tolak. Tak dapat pahala. Malah kita dihukumi pula terkeluar dari Islam kerana seolah-olah kita berpendapat bahawa ketatapn orang selain Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), lebih tinggi nilainya. Kemudian kita akan ditanya, bukan mulut kita yg menjawab pertanyaan malaikat, tetapi telinga kita (dimanakah kita dengar ajaran sedemikian yg kita kerjakan), mata yakni penglihatan kita ditanya, siapakah yg telah kita lihat lakukan atau amalkan atau ibadahkan sebagaimana kita kerjakan? Kemudian orang yg mengajar juga ditanya, dan akhirnya ditanyakan adalah kita atau guru kita melihat itulah yg dibuat oleh Rasulallah (s.a.w)? Dan hati serta otak kita ditanya, apakah kita tidak tau syariat Islam yg ditetapkan dalam al-Quran dan yg disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w), dan kita memandai-mandai buat ikut hawa nafsu kita, ikut rasa dan persangkaan kita, walhal kita tak taupun yg haq mengenainya?
saudara, wajarlah berwaspada sebelum terlambat. Kerana penambahbaikan dalam amalan dan ibadah supaya diperbetulkan menjurus kpd ketetapan dan panduan yg haq, hanya boleh diperbetulkan sebelum kita mati. Setelah mati kita yg ada hanyalah penyesalan dan hisaban, tidak boleh lagi dilakukan penambahbaikan, kalau kita tersilap...
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment