Assalamualaikum,
Saudara, kita telah lihat beberapa ayat dalam Surah al-A'raf tentang tindak tanduk syaitan mengingkari perintah Allah (a.w) untuk sunjud (= menghormati) Adam (a.s) yg dicipta Allah (a.w) manusia pertama. Syaitan tak mau tunduk, malah begitu bongkak dan sombong pula terhadap Allah (a.w) kerana keturunan. Kita juga sudah lihat apakah pengajarannya kpd kita, iaitu jangan ingkar perintah Allah (a.w) (dan RasulNya) dan jangan bongkak dan banggakan asal usul dan keturunan. Dua sifat syaitan, yg seringlah syaitan itu mempengaruhi kita supaya mengikut jejak langkahnya.
Kita teruskan melihat dalam ayat-ayat berikutnya tentang ikrar bongkak dan sombong syaitan mengingkari perintah Allah (a.w) dan bagaimana Allah (a.w) menjadikan syaitan itu fitnah terbesar manusia iaitu menggoda manusia supaya manusia itu mengikutinya menjadi orang yg ingkar, sombong dan kufur lagi fasiq. Supaya menemaninya masuk neraka.
Saudara, apakala syaitan dimurkai Allah (a.w) dan diperintahkan keluar dari syurga, dia meminta agar Allah (a.w) berikan dia masa/tempoh - sehingga terjadinya kiamat - untuk mempengaruhi manusia supaya sesat dan ingkarkan Allah (a.w) dan menemainya masuk neraka, kerana dia telah tersisih, dan menjadi penghuni pertama neraka Allah (a.w).
Berkata syaitan: 'Qala anzirni ila yaumii yub'asuna.' (Yg bermaksud: Berkata syaitan: 'Berilah kpdku masa sehingga hari kebangkitan.') @ 'Qala innaka minal munzarina.' (Yg bermaksud: Berfirman Allah (a.w): 'Sesungguhnya kamu adalah dari kalangan orang yg diutus) @ 'Qala, fabima a'watani la aq'udanna lahum siratakal-mustaqima' (Yg bermaksud: Berkata syaitan: 'Dgn apa-apa yg telah menyesatkan aku nescaya aku akan menghalangi mereka (manusia) dari jalanMu yg lurus). [Ayat 14, 15, dan 16, Surah al-A'raf].
Apakala diusir Allah (a.w) keluar dari syurga kerana keingkaran dan kesombongannya, maka syaitan meminta izin Allah (a.w) supaya dia dan anak cucunya diberi kesempatan hidup di dunia sehinggalah kiamat dunia. Maka Allah (a.w) perkenankan permintannya dan dijadikan dia dan cucu cicitnya berada di dunia tanpa dimatikan sehinggalah hari kiamat. Maka dgn itulah sdr manusia sukar hendak melawan pujukan dan pengaruh syaitan, kerana dia (dan cucu cicitnya) hidup lebih lama dari manusia, banyak pengalamannya serta memiliki ilmu duniawi yg jauh lebih banyak dan berbagai untuk menyesatkan manusia, walhal manusia amemiliki umur yg terhad. Maka dgn itu jika manusia itu sentiasa mengilmukan dirinya berdasarkan ilmu al-Quran dan as-Sunnah, pastilah dia sentiasa diperingatkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) hasutan dan pujuk rayu syaitan itu. Syaitan dan cucu cicitnya pula tahu kelemahan manusia setiap zaman, maka dijadikannya sumber untuk terus berjaya menyesatkan manusia, kecualilah manusia yg terpandu yg selamat.
Firman Allah (a.w): 'Thumma la atiayannahum min baini aidihim wa-min khalfihim wa-'an aimanihim wa-'an syamalihim; wa-la tajidu aktharahum syakirina.' (Yg bermaksud: '(berkata syaitan seterusnya) Kemudian nescaya datang aku pada mereka (manusia) antara arah depan mereka dan antara arah belakang mereka dan dari arah kanan mereka dan dari arah kiri mereka; dan tidaklah menjumpai Engkau (Allah) kebanyakkan mereka, orang-orang yg mensyukuriMu.) [Ayat 17, Surah al-A'raf]
Saudara, syaitan dgn bongkaknya dan ingkarnya berkata bahawa dia (dan cucu cicitnya) akan terus menggoda dan mempengaruhi cucu cicit Adam (a.s), yakni kita manusia, sampai akhir zaman dari kesemua sudut dan arah, dgn pelbagai cara dan muslihat, pujuk rayu dan ajakan, untuk menyesatkan, menjadikan kita ingkar dan menentang Allah (a.w). Maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu seseorang iman yg faham Islam dan syariatnya yg haq berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah serta istiqamah beramal dgn ilmu yg haq tersebut, adalah lebih sukar dipengaruhi oleh syaitan drp 1,000 orang yg akui dirinya Islam tetapi jahilkan agamanya. Orang yg mengakui diri mereka alim, walhal jahil tentang ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) sendiripun, mudah dipengaruhi oleh syaitan, sehingga mereka sanggup beramal dan beribadah dgn amalan dan ibadah dalam bentuk-bentuk, cara dan kaedah yg sama sekali berlainan dari ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya. Syaitan mendatangi mereka dri arah depan (melalui perantaraan manusia yg dikatakan berilmu) melihatkan suatu kepalsuan seolah-olah suatu kebenaran. Syaitan datang kpd kita dari arah belakang kita yg kita takpun tahu untuk menjadikan kita kufur, apabila dia menyuruh kita lakukan sesuatu yg kita tak tau tetapi sebenarnya menjadikan kita menentang Allah (a.w). Dia mempengaruhi orang-orang yg rapat dan akrab spt anak dan isteri mempengaruhi kita melalui karenah mereka sehinggakan kita melakukan sesuatu yg menjadikan kita ingkar serta membelakangi ketetapan Islam.
saudara, Allah (a.w) memberi masa kpd syaitan dan memberi dia sepenuh leeway atau kemungkinan untuk menghasut umat Islam, terutama orang iman, supaya akhirnya terjerumus bersama-samanya ke dalam neraka. Syaitan menjerumuskan orang Islam melalui persangkaan dalam agamanya sehinggakan tidak sanggup seseorang yg menjadi tokoh dan pemimpin agama itu menyemak ilmu dan perbuatannya - dasar, program dan penguatkuasaan - yg menghalangi umat Islam mengamalkan dan beribadah yg sejajar dgn tuntutan al-Quran dan as-Sunnah - dikatakan menyimpang tanpa mereka sendiri benar-benar faham tentang Islam dan ketetapannya. Ramailah orang yg akui dirinya beriman menyimpang dari jalan yg lurus (= siratul mustaqim = berpandukan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah) kerana beramal dgn kebatilan serta mengajarkan pengikut dan umat Islam kebatilan. Antara kebatilan yg tidak nampak sekali pandang adalah amalan syirik samar, kepercayaan dan perbuatan yg tahayul, kurafat dan bid'ah - kesemuanya nampak benar dan murni tetapi batil kerana bertentangan dgn Islam dan cara mengamalkan Islam berdasarkan as-Sunnah. Tidak hairanlah apakala Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu bahawa selepas beliau wafat umat Islam akan mengamalkan 73 jenis agama Islam, kesemuanya kononnya berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, tetapi 72 jenis Islam atau golongan umat Islam sedemikian gagal mendapat syurga, sebaliknya masuk neraka, dan hanya satu agama Islam atau pegangan agama Islam sahaja yg benar, iaitu mereka yg Islam berdasarkan sabda Rasulallah (s.a.w) 'ma ana 'alaihi wa-ashabi' (Yg bermaksud: Apa yg aku berjalan atasnya (= sunnah dan pekerjaanku) dan para sahabatku berpegang atasnya (sunnah mereka) (i.e. Sunnahku dan sunnah sahabat-sahabatku (yg 4 = khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin) dan 'wa-hiya jama'ah' (Yg bermaksud: Berjema'ah dalam Islam). Hari ini ramai umat Islam yg dgn sengaja atau tak sengaja (yakni, keliru atau berpersangkaan) mengamalkan sesuatu yg menyalahi (atau berlainan drp) ajaran Rasulallah (s.a.w), menolak kebenaran (spt menolak hakikat berjema'ah dalam Islam) dan menerima dgn mudah kebatilan (iaitu fahaman perkumpulan manusia atau firqah seumpama mazhab dan aliran atau fahaman dalam Islam, termasuklah bertaklid tanpa ilmu dan meyakini fahaman sufisma dan tarikat yg mendewa-dewakan pengasasnya! Mengakui mereka mendapat ilham terus dari Allah (a.w) atau maksum sebagaimana Nabi! Tidak hairanlah apakala Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa dari sekian ramainya manusia mulai zaman Adam (a.s) sehingga manusia terkahir dilahirkan sebelum terjadinya kiamat, yg mengikuti syariat agama Allah (a.w) (= Islam) yg para rasul dan nabi bawakan kpd umat masing-masing, termasuklah Rasulallah (s.a.w) (yg menyempurnakan syaiat agama Allah (a.w)), hanya 1 orang drp 1,000 orang yg ikuti syairat agama Allah (a.w) dan kini syariat agama Allah (a.w) penutup, Islam, dapat syurga, manakala 999 yg lain masuk neraka. Ingatkanlah dan berwaspadalah.
Saudara, fikirkanlah sebelum terlambat, betapa bijak dan pintarnya syaitan memutarbelitkan yg haq menjadi batil, sebagaimana syaitan berjaya memujuk Adam (a.s) dan Hawa dgn menggunakan fakta yg haq (perintah Allah (a.w)) menjadi suatu kebatilan tanpa disedari oleh Nabi Adam (a.s) sendiri!
Insya Allah kita akan teliti dalam post akan datang bagaimana syaitan menggunakan sesuatu yg haq (= benar) untuk kebatilan sehingga Nabi Adam (a.s) terpengaruh dan diusir Allah (a.w) keluar dari syurga dan menjalani kehidupan di dunia. Kerana ingkarkan larangan Allah (a.w) atas pujukan syaitan, Adam (a.s) diturunkan di India sementara Hawa diturunkan di Mesir (atau Jeddah), dan mereka hanya bertemu semula di jabal Rahmah, Arab Saudi, setelahmengembara selama 40 tahun di bumi.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment