Friday, November 25, 2011

Ahli Syurga Kurang Tidur ...

Assalamualaikum,
Saudara, kali kita lihat topik di atas itu: 'Ahli syurga kurang tidur ...', bukanlah bermaksud yg berjaya mendapat syurga dia kurang tidur! Tetapi, orang Islam yg iman itu jika inginkan pahala tambahan yg besar supaya apakala di hisab Kitab Catatan Amalannya, dia mendapati timbangan pahalanya lebih berat dari timbangan dosanya, maka on balance dia berjaya mendapat syurga atas kerahmatan Allah (a.w). 
Saudara, majoriti di kalangan kita akan banyak tidur dan kurang berjaga kerana berbagai perkara. Yg miskin kerana desakan hidup terpaksa membuat dua atau tiga kerja, maka pastilah setelah kembali ke rumah, terlalu letih dan lesu, maka akan tertidur. Malah tertidur ketika menonton TV, kalau kaki TV. Atau, bila duduk baca akhbarpun akan tertidur tanpa disedari. Malah ada yg tertidur setelah selesai makan belumpun sempat membasuh tangannya! Umumnya majoriti kita yg Islam itu mudah tertidur dan banyak tidur. Bagi yg berjawatan tinggi apatah lagi pasti mentally tired, maka mudah lena, kerana begitu banyak dan pelbagainya serta rumitnya permasalahan dunia yg dihadapi dalam sinario kerja - sama ada sebagai pemilik syarikat ataupun pekerja atasan syarikat atau organisasi kerajaan seumpamanya! Namun, Islam menyuruh kita yg beriman mengurangkan tidur dan memperbanyakkan berjaga, terutama berjaga malam untuk menambah amalan dan ibadah serta mengingatkan Allah (a.w) dan menyatakan kesyukuran terhadapNya.
Kita sering diperingatkan, malah disuruh oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) supaya kurangkan tidur, terutama di waktu malam, dan masa berjaga tersebut dimaksimumkan manfaatnya dgn mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah yg sunat-sunat. Kerana itu membuktikan kita inginkan ganjaran terbaik drp Allah (a.w) - iaitu dapat syurga dan terselamat dari neraka! Kita disuruh bangun malam - separuh atau sepertiga terakhir malam - untuk berqiamul-lail dgn menambah ibadah terhadap Allah (a.w).
Saudara, bagi mereka yg mengaji atau belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah, mereka akan diberitahu tentang cerita para rasul dan nabi yg sentiasa melapangkan masa beramal dan ibadah sebaik mungkin, berjaga sebahagian malam atau bangun selepas seperdua atau sepertiga terakhir malam.Dan, apakala ingat yg dia telah melakukan dosa, bersegera bertaubat. 
Selain mencontohi Rasulallah (s.a.w), Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa kaedah beribadah terbaik bagi seorang manusia yg Islam dan beriman dgn penuh istiqamah serta mensyukuri Allah (a.w) adalah cara atau kaedah ibadah Nabi Daud (a.s). Kaedah beramal yg sangat disukai oleh Allah (a.w) adalah cara dan kaedah Nabi Daud (a.s) beramal. Beliau mulakan malamnya dgn tidur seperdua malam (6 jam), kemudian beliau bangun dan mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah yg sunat-sunat seperempat malam (4 jam), kemudian beliau menghabiskan malamnya (i.e. seperenam malam = 2 jam) tidur semula. Kalaulah kita inginkan Allah (a.w) sayangkan kita, maka model amalan Nabi Daud (a.s) itu adalah terbaik dijadikan model cara mengerjakan ibadah ketika malam. Kemudian, mungkin ada diantara kita, sebagaimana ada para sahabat zaman Rasulallah (s.a.w) dulu, sangat sukakan berlapar dgn berpuasa kerana mengharapkan ikhsan dan rahmat (kasih sayang) Allah (a.w), maka kaedah puasa (sunat) yg terbaik adalah kaedah puasa Nabi Daud (a.s). Dia berpuasa selang sehari  dalam hayatnya. Inilah amalan 'Puasa Nabi Daud', puasa yg sangat disukai oleh Allah (a.w). Kita yg inginkan syurga dan selamat dari neraka, yg ingin menempah tempat di syurga, boleh jadikan amalan Nabi Daud (a.s) amalan lazim kita.
Saudara, Nabi Sulaiman (a.s), ketika kecil lagi, telah dididik oleh ibunya supaya menyedikitkan tidur di malam hari, dan bangun mengerjakan amalan kpd Allah (a.w). Kita lihat hadith berikut:
Menceritakan hadith oleh Yusof b Muhammad b Munkadiri hadith dari bapanya (i.e. Muhammad b Munkadiri) yg berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): Telah berkata Ummu Sulaiman b Daud (ibu Nabi Sulaiman (a.s), isteri Nabi Daud (kepada anaknya)):' Ya Sulaiman! La tukthirin-naumi bil-laili fa-inna kathratan-naumi bil-laili tatrukal-'abda faqirun yaumal qiamati.' (Yg bermaksud: 'Wahai Sulaiman! Jangalah engkau memperabanyakkan tidur ketika malam, maka sesungguhnya memperbanyakkan tidur ketika malam meninggalkan (i.e.mengakibatkan) hamba (yg tidur itu) fakir di hari kiamat kelak.) [Hadith at-Tobrani]
Saudara, hadith ini menyebutkan bahawa emak Nabi Sulaiman (a.s) ketika beliau masih kecil telah menasihatkannya supaya jangan banyak tidur malam, kerana jika membanyakkan tidur malam, maka pastilah mengurangkan berjaga malam untuk beribadah atau menambah amalan dan ibadah sunat. Ibadah dan amalan sunatlah yg membuktikan seseorang itu benar-benar mengagungkan Allah (a.w) dan sentiasa mengingatiNya dalam hidupnya. Itulah amalan atau kelaziman terbaik bagi orang iman.
Saudara, selain Allah (a.w) menyuruh kita jadikan Rasulallah (s.a.w) sebagai model ikutan terulung di kalangan manusia, kita boleh contohi Nabi Daud (a.s) dan Nabi Sulaiman (a.s) selain para rasul dan nabi lainnya. Nabi Daud (a.s) dan anaknya, Nabi Sulaiman (a.s) adalah raja zamannya. Namun begitu, ketika dilalaikan oleh haiwan kesayangannya, 100 ekor kuda yg cantik dan pantas berlari serta begitu uinak, terlepas waktu 'Asar, maka dibunuhnya kesemua kuda kesayangannya tersebut sebagai kifarah dosanya dan memohon ampun pada Allah (a.w) (Ayat 32 - 36, Surah Sod). Kerana keikhlasannya, Allah (a.w) berikan dia lebih baik, iaitu 'berkudakan angin sebagai kenderannya' dan kelebihan matnya boleh melebur tembaga. Nbi Daud (a.s) dan Sulaiman (a.s) merupakan model kpd orang iman semua zaman. Nabi Daud (a.s), walaupun seorang raja, pastilah memiliki harta kerajaannya, namun beliau tidakpun menggunakan atau mengambil sedikitpun hazanah negaranya untuk kegunaan peribadinya. Dia menyara seramai 100 orang isteri, dan tak diketahui pula berapa ramai anaknya, dgn titik peluhnya sendiri, menyara keluarganya dgn mengimpal besi untuk dijadikan baju besi kegunaan berperang dgn tangannya sendiri. Dgn menjualkan hasil kerja tangannya, dia menyara keluarga dan sebahagian hasil itu diinfaqkannya untuk orang yg memerlukan di kalangan rakyatnya yg memerlukan! Kita mungkin tak dapat menjadi raja atau ketua negara. Malangnya, hari ini tiada seorangpun raja yg berusaha sendiri dgn titik peluhnya untuk menyara diri dan keluarganya, tanpa mengambil hazanah atau wang ringgit milik negara atau kerajaan. Malah sudahlah kerajaan menggaji mereka dgn elaun lumayan, namun masih mengambil bahagian yg bukan haknya pula. Malah ramai raja yg membazir kurniaan Allah (a.w) sehinggakan memiliki begitu banyak istana yg dihisai dgn emas. Malah, jambannyapun dibuat dari emas! Fikirkanlah betap dia boleh menyediakan diri untuk kedudukan terbaik di akhirat jika berbelaja untuk fi sabilillah ...
Nabi Suliaman (a.s) juga seorang raja. Namun pengabdiannya terhadap Allah (a.w) tidak dapat kita bandingi. Nabi Sulaiman (a.s) ketika menjadi raja, memiliki 100 ekor kuda yg cantik lagi menarik serta amat berharga zamannya, yg sangat disayanginya. Pada suatu masa dia dilalaikan oleh kasihnya terhadap kuda-kudanya sehinggakan dia hampir-hampir lupa untuk mengerjakan Solat 'Asar. Kerana menyesali perbuatannya 'meremehkan' waktu solatnya, maka dia membunuh kesemua kudanya sebagai kifarah terhadap kelalaiannya terhadap tanggungjawabnya kpd Allah (a.w). Fikirkan betapa besarnya keinsafan beliau kerana 'kesalahan' yg sedikit! Oleh kerana tingginya mertabat keimanannya dan ketaqwaannya terhadap Allah (a.w) dia dikurniakan Allah (a.w) kelebihan iaitu memerintahkan angin untuk menjadi tunggangan dan kenderaannya ketika mana dia ingin ke mana-mana. Dialah 'superman' pertama dan terakhir dalam dunia. Tidak akan ada seorang yg mempunyai kelebihan sedemikian sampai akhir zaman. Apakah agaknya kita mampu mengurbankan harta kesayangan kita demi menyesali perbuatan atau kelalaian kita? Hari ini orang yag kayapun ketika hendak bersedekah atau menderma atau menyumbang fi sabillah akan terdetik hatinya suatu sifat sayangkan hartanya berbanding dgn kesayangannya terhadap Allah (a.w).
Mudah-mudahan kita diberi Allah (a.w) 1% sifat yg ada pada kedua mereka itu, sebagai membuktikan kesyukuran serta ketaqwaan kita terhadap Allah (a.w) yg mengurniakan kita sebegitu banyak nikmat yg takpun dapat kita hitung dan nilai ...

Jazakallahu khairah 

3 comments:

  1. bnr.
    sy stuju.
    malah sifat ahli syurga tu zuhud. :)
    (hanya berkongsi suara)

    ReplyDelete
  2. Iya, justru yang kebanyakan tidur itu yg tidak ahli syurga.

    ReplyDelete