Thursday, November 3, 2011

Peringatan Yg Tak Patut Dilupakan...

Assalamualaikum,
saudara, manusia hari ini berlumba-lumba mencari kekayaan dunia untuk bersenang lenang di dunia. kalau dia tak Islam, memenagkan sifat 'rahman' (= kasih) Allah (a.w) akan dilonggokkannya kpd hamaNya apa sahaja yg diingini oleh hati dan nafsunya. Kerana pada Allah (a.w) dunia ini tidak ada nilainya sedikitpun pada Allah (a.w). maka dgn itulah kita yg Islam diberitahu bahawa jikalah dunia ini dan segala isinya sama nilainya dgn sebelah kepak nyamuk, pastilah orang yg tidak bertuhankan Allah (a.w), yakni yg tidak Islam, tidak akan diberi Allah (a.w) seteguk airpun untuk diminumnya. tapi, akhirat yg bernilai pada Allah (a.w). Sesiapa yg mencari akhirat adalah orang yg kasihkan Allah (a.w) dan ingin menemui Allah (a.w) di akhirat kelak. Umat Islam yg berjaya mendapat ganjaran syurga di akhirat kelak sahaja yg berkesempatan melihat wajah Allah (a.w) - yg merupakan nikmat yg paling utama selain sebegitu banyak dna berbagainya nikmat dalam syurga!
Saudara, roanmg Islam zaman inipun utamakan kesedapan dan kemewahan hidup di dunia. Sehingga mereka yg Islampun melupakan tanggungjawab meereka terhadap Allah (a.w) dan terhadap agama. Yg kaya sanggup membazirkan harta dan wang ringgit demi dunia, dan bakhil pula tidak sanggup menginfaqkan hartanya untuk membela agama Allah (a.w), agama Islam.
Dalam post yg lalu kita telah lihat pesanan Rasulallah (s.a.w) bahawa orang Islam yg beriman yg bijak dan pintar itu adalah orang yg berusaha mengimbangi dunianya dan akhiratnya dan dia akan berusaha sekuat mungkin dan sebaik mungkin unutk dunianya dan ahirat selari, supaya dia berjaya dalam dunianya dan berjaya juga dalam akhiratnya. Itulah orang yg bijak pada kacamata Islam.
Saudara, hadith berikut memperingatkan kita yg Islam supaya berwaspada dan bersedia untuk akhirat kita: Diriwyatkan hadith dari Aisyah (r.an) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Dunia adalah tempat tinggal bagi orang yg tidak mempunyai tempat tinggal (di akhirat), dan harta kekayaan di dunia itu adalah bagi orang yg tidak mempunyai harta di akhirat, dan (kesemuanya) dicari dan dikumpulkan oleh orang yg tidak berakal (yakni, lupa dia akan matinya dan kesudahan di akhiratnya).’ [Hadith Imam Ahmad]
Hadith di atas itu menyebutkan sutua kenyataan yg tak ramai orang Islam yg yakini, iaitu sesiapa mengumpulkan kesenangan dunia, dia adalah orang yg akan faqir lagi miskin di akhirat, kerana orang yg termiskin di akhirat adalah penghuni neraka. Merka hanya akan berkongsi tempat tinggal dalam neraka bersama-sama dgn orang yg tidak Islam yg disiksaan setiap saat dan ketika, diberi makan buah zakum berduri dan diberi minum air bercampur darah dan nanah yg bukan sahaja busuk baunya tetapi panas menggelegak. Apabila dimakan dan diminum hancur luluhnya segala isi perut mereka, namun kepalapran dan kehausan tidak hilang sedikitpun! Orang yg berjaya menjadi ahli syurga akan dapati segala kehendak hatinya, termasuklah apa-apa yg tidak didapatinya semasa di dunia dahulu. Dan, orang yg termiskin di syurga memilik harta yang melebihi 10 kali dunia dan isinya!
Saudara, oleh itu brusahalah mencontohi orang yg disebutkan dalam hadith berikut, iaitu orang yg berjaya di dunia dan berjaya pula di akhiratnya: 
Diriwayatkan hadith dari Anas (r.a) hadith dari Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Tidak ada (yg) sebaik-baik (dikalangan) kamu (melainkan) adalah orang yg tidak meninggalkan dunianya kerana urusan akhiratnya dan tidak meninggalkan akhiratnya kerana urusan dunianya, sehingga dia mendapatkan kedua-duanya (i.e. kesemuanya sekali). Sesungguhnya dunia itu bekalan (i.e. persediaan) untuk akhirat. Janganlah kamu bergantung pada manusia.’ [Hadith ibnu ‘Assakar]
Mudah-mudahan Allah (a.w) dorongkan diri kita untuk mencontohi model orang iman yg disebutkan dalam hadith di atas itu, insya Allah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment