Friday, November 4, 2011

Ilmu: Siapakah Sebenarnya 'Pewaris Nabi'?

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun lihat sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) yg menyebutkan bahawa seorang iman yg faham Islam dan syariatnya, lebih sukar bagi syaitan mempengaruhinya berbanding 1,000 orang Islam yg jahil ilmu. Di dalam hadith yang agak panjang berikut pula ada beberapa mesej yang disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) kepada kita sebagai panduan kita setiap masa: 
Diriwayatkan hadith daripada Kathir bin Qais berkata: ‘Adapun aku duduk di sisi Abu Darda’ di dalam sebuah masjid di Damsyik. Maka datang seorang lelaki, maka berkata dia: ‘Wahai Abu Darda’! Aku datang kepada engkau dari Madinah, Madinah Rasulallah (s.a.w), kerana sepotong hadith, yg sampai kepada aku bahawasanya dari yg menceritakan akan hadith daripada Nabi (s.a.w)’. Berkata Abu Darda’ (r.a): ‘Maka apakah tidak datang engkau kerana hendak berniaga?’ Berkata dia: ‘Tidak!’ Berkata Abu Darda’ (r.a): Dan tidak datang engkau dengan urusan selainnya?’ Berkata dia: ‘Tidak!’ Berkata Abu Darda’ (r.a): ‘Maka sesungguhnya aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa berjalan pada suatu jalan kerana mencari di dalamnya (yakni, dalam perjalanan itu) satu ilmu (iaitu, ilmu al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidupnya), maka memudahkan Allah (a.w) baginya jalan menuju ke syurga. Dan sesungguhnya para malaikat nescaya meletakkan (yakni, menghamparkan) sayapnya, dan ridha (yakni, suka mereka) pada orang yang menuntut ilmu. Dan, sesungguhnya menuntut (yakni, mencari) ilmu (mengenai Islam dan syariatnya berasaskan al-Quran dan as-Sunnah) meminta ampun baginya (yakni, bagi orang yang mencari itu) orang-orang di dalam beberapa langit dan bumi (yakni, para malaikat), sehinggakan ikan-ikan di dalam airpun (berdoa untuknya). Dan, sesungguhnya kefadhalan orang-orang yang ‘alim atas hamba-hamba seumpama cahaya bulan yang mengalahkan cahaya bintang-bintang di langit. Sesungguhnya ulama’ (yakni, orang yang berilmu) adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar dan tidak (juga mewariskan) dirham (yakni, wang ringgit atau kekayaan). Sesungguhnya ulama’ (yakni, orang berilmu) diwariskan ilmu. Maka, barangsiapa mengambil akan ilmu, mengambil dan menjaga kesempurnaan (akan agamanya)).’ [Hadith ibnu Majah & Hadith Abu Daud] 
Apakah mesej di dalam sabda Rasulallah (s.a.w) di dalam hadith di atas itu? Cuba kita teliti lebih terperinci mesej-mesej tersebut: 
Pertama, barangsiapa bermusafir atau berjalan ke suatu tempat kerana mencari ilmu (mengenai agamanya), maka memudahkah oleh Allah (a.w) dia mencari dan mendapatkan ‘siratul mustaqim’ jalan ke syurga; 
Kedua, para malaikat akan menundukkan sayapnya menghormati orang yang berjalan kerana mencari ilmu tentang agamanya supaya membolehkan dia lebih baik beramal dan beribadah; 
Ketiga, para malaikat kasihkan seseorang yang berjalan atau menjelajah kerana mencari ilmu, maka sentiasalah mereka mendoakan kepada Allah (a.w) kesejahteraan orang tersebut; 
Keempat, para malaikat yang berada di langit dan di bumi akan mendoakan orang itu meminta ampun terhadapnya daripada Allah (a.w) akan segala dosa-dosanya (dan doa para malaikat tidak ada perantaraan dengan Allah (a.w), yakni doa mereka dikabulkan Allah (a.w) kerana malaikat adalah makhlok yang taatkan Allah (a.w) dan sentiasa berhampiran dengan Allah (a.w)); 
Kelima, semua ikan di air mendoakan mereka yang berusaha mengembara atau berjalan kerana mencari ilmu; 
Keenam, mertabat orang yang alim (yakni, berilmu) itu berbanding dengan orang-orang lain adalah seumpama cahaya bulan dibandingkan dengan cahaya bintang-bintang yang bertaburan di langit, yakni tinggi makamnya di sisi Allah (a.w); 
Ketujuh, Ulama’ (yakni, orang yang berilmu) adalah pewaris para nabi, maksudnya mewarisi ilmu dan panduan tentang Islam dan syariatnya dan menyampaikan kpd orang lain, apa-apa ilmu yg dia miliki; 
Kedelapan, para nabi tidak mewariskan dunia kepada umatnya tetapi mewariskan ilmu kepada umatnya supaya dengan ilmu itu umatnya berjaya di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat kelak; dan 
Kesembilan, barangsiapa mencari, mempelajari dan mengambil (yakni, mengamalkan) ilmu, maka dia menjaga dirinya dan menjaga tempatnya (yakni, telah membuat ‘reservation’ tempat tinggalnya) di syurga. 
Kita sering mendengar para ulama’ dengan bangganya merujuk kepada kalimah ‘ulama’ adalah pewaris nabi’. Kalimah ini terdapat juga di dalam al-Quran. Tetapi mereka keliru dengan maksudnya. 
[Nota-1: Apabila ridha para malaikat, maka mereka akan mendoakan kebaikan bagi mereka. Doa malaikat yang duduk hampir dengan Allah (a.w) dan yang sentiasa taatkan Allah (a.w) pastilah mustajab dan diterima Allah (a.w) dengan mudahnya. Nota-2: Ramai para ulam’ dan ilmuwan Islam yang sering merujuk kepada kalimah ini (yakni, ulama’ adalah pewaris nabi’) kerana berbangga dengan pengiktirafan yang diberikan kepada mereka. Mereka akui mereka adalah 'wakil para nabi' di dunia dalam Islam. Namun, mereka tersilap. Mereka adalah wakil atau pewaris para nabi sekiranya mereka mengambil ilmu  dan faham tentang ilmu al-Quran dan as-Sunnah, maka dengan itu mereka memandu manusia dan mengajarkan ilmu kepada manusia supaya mereka dapat beramal dan beribadah menepati ketetapan Allah (a.w) sebagaimana para rasul dan nabi mengajarkan umat mereka menepati ketetapan Allah (a.w). Mereka bukanlah dikiran 'pewaris para nabi' jika tidak mengambil ilmu yg haq dan kemudian menyebarkannya untuk panduan yg benar dalam agama dan jika mereka membuat segala sesuatu sebaliknya, spt mengadakan perturan atau sekatan yg menghalang orang lain yg berilmu mengajarkan dan menyampaikan ilmu! Nota-3: Di dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa ‘para ulama’ adalah pewaris para nabi’ menunjukkan keistimewaan kedudukan para ulama’ yg mewarisi ilmu yg haq. Ulama' mewarisi ilmu mengenai Islam. Yang dimaksudkan di dalam hadith ini adalah para ulama’ yang faqih, faham dan hafaz ilmu al-Quran dan as-Sunnah, bukanlah sebarang ulama’. Kerana ulama’ yang hafaz dan faqih dengan dua sumber ilu tersebut akan berperanan meneruskan perjuangan Rasulallah (s.a.w) mengembangkan nur Islam berpandukan semata-mata al-Quran dan as-Sunnah dan bukanlah memandai-mandai mengadakan sesuatu yang tidak dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w). Jika mengajarkan sesuatu yg tiada sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah, mereka bukanlah 'pewaris para nabi'. Nota-4Kalimah-kaimah ini ‘Sesungguhnya ulama’ (yakni, orang yang berilmu) adalah pewaris para nabisering dilaung-laungkan oleh para ulama’ dengan bangganya kerana mereka menganggap diri mereka pewaris para Nabi. Tetapi, wajib diingat bahawa yang dimaksudkan dengan ulama’ adalah orang yang berilmu dan faqih dia tentang ilmu mengenai syariat Islam itu, iaitu Ilmu al-Quran dan Ilmu al-Hadith, yg diwariskan oleh Rasulallah (s.a.w). Apakah ilmu dalam Islam? Disebutkan di dalam sepotong hadith lain, yang kita telah rujuk dalam blog ini bahawa ilmu itu adalah merujuk kpd tiga kategori  ilmu, iaitu: (i) ilmu al-Quran, (ii) ilmu al-Hadith atau as-Sunnah dan (iii) ilmu faraid. Bukan sebarang ilmu. Juga sebagai pewaris para anbia’ ulama’ hendaklah menyampai dan mengembangkan ilmu mengenai Islam dan syariatnya, semata-mata dgn panduan al-Quran dan as-Sunnah, dan bukan mengajarkan yg batil atau enggan menyampaikan ilmunya. Juga, bukanlah dia mengajar dan mengembangkan ilmu dengan tujuan mendapat sesuatu keuntungan keduniaan – nama, tempat, pengaruh, kedudukan dan wang ringgit, kerana di dalam hadith disebutkan para anbia’ tidak menyampaikan dan mengembangkan ilmu kerana dinar dan dirham (yakni, keduniaan), tetapi mengajarkan manusia supaya mentauhidkan Allah (a.w), menyembahNya dan mensyukuri segala anugerahNya kpdnya dan mengabdikan diri mereka sejajar dgn ketetapan as-Sunnah.
Semoga kita mendapat panduan sejajar dgn ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam hadith di atas itu, Amin. 

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment