Assalamualaikum,
Saudara, hari ini (28 Nov. 2011) hari Isnin, sehari selepas masuknya tahun hijrah 1433. Kelmarin (Ahad) kita 'sambut' 'Maal Hijrah' - 1 Muharram 1433H. Kelmarin dulu, hari Sabtu, ketika masuk waktu 'Asar, bermula tahun hijrah yg baru itu (kerana dalam Islam hari itu bermula ketika masuk waktu 'Asar), sudah bermula tahun 1433H. Kelmarin dulu, ketika selesai Solat Maghrib di surau atau masjid, imam dan makmum akan baca Doa Akhir Tahun (1432H) dan kemudian, baca pula Doa Awal Tahun (1433H) - suatu amalan yg lazim di Malaysia, sebagaimana lazimnya, kita adakan Majlis Maal Hijrah dgn memberi penghargaan kpd orang Islam dan bukan Islam gelaran dan pengiktirafan 'Tokoh Maal Hijrah', seolah-olah orang kafir menyumbang kpd kemajuan Islam?.
Saudara, hari ini umat Islam sudah meniru perbuatan atau budaya Barat - budaya Yahudi dan Nesrani - menyambut dan merayakan hari-hari kesukaan manusia spt Tahun Baru, Hari Jadi, Valentine Day dan sebagainya. Dalam Islam kita disuruh utamakan hari Jum'at kerana hari itulah Adam (a.s) dan Hawa (a.s), nenek moyang kita - manusia pertama - dicipta Allah (a.w), pada hari Jum'at jugalah mereka dikeluarkan dari syurga kerana terpengaruh dgn hasutan dan tipuhelah syaitan dan ditempatkan di dunia. Dan, kita yg mengaji al-Quran dan as-Sunnah diberitahu bahwa kiamat itu akan berlaku pada hari Jum'at. Malah, disebutkan dalam banyak hadith bahawa semua makhluk di langit dan di bumi curigakan kedatangan hari Jum'at, kerana hidup mereka berakhir apakala berlakunya kiamat. Ketika kiamat dunia habislah tempoh persiapan untuk mendapat syurga, dan bermulalah hari balasan dan menerima hukuman - baik atau buruk. Tapi manusia, pada malam Jum'atlah akan bergembira meramaikan pusat-pusat hiburan dan pusat-pusat maksiat sampai larut malam hingga menjelang Subuh, kerana mereka bercuti esoknya. Tidak hairan kalau orang yg bukan Islam lakukan sedemikian, tapi kalau Islam jelas menunjukkan betapa tidak risaunya mereka yg Islam memperbanyakkan membuat dosa dan mengurangkan membuat pahala. Tiada bezanya yg Islam dgn yg tak Islam!
Saudara, Islam menyuruh bergembiran pada Hari Aidil Fitri kerana kemenangan menundukkan hawa nafsu berpuasa sebulan Ramadhan, yg jika dilakukan sebaik mungkin, akan membebaskan diri kita dari neraka. Maka Allah (a.w) suruh kita rayakan Aidil Fitri. Kemudian kita disuruh bersukaria selama 3 hari pula mulai 10 Zulhijjah, merayakan menyembelih kurban demi mencari pahala terbesar dari Allah (a.w). Islam tidak menyuruh kita rayakan Awal Muharram sebagaimana juga hari-hari lain. Tapi kita rayakan dan perbesarkan hari tersebut, kerana orang Yahudi dan Kristian rayakan Tahun Baru, kita ikuti dgn merayakan tahun baru kita. Kemudian, kita baca pula Doa Akhir Tahun 1432 dan dikuti dgn Doa Awal Tahun 1433 selepas asolatMaghrib - amalan yg tidak wujud dalam syariat Islam. Oleh kerana itu telah dijadikan kelaziman agama, yg bukanlah tuntutan agama Islam, maka kita terlibat dalam melakukan sesuatu yg tergolong sebagai amalan bid'ah yg ditegah oleh Rasulallah (s.a.w). Begitu jugalah kita merayakan 'Maulidul Rasul' (i.e. Hari Keputraan Rasulallah (s.a.w), kononnya sebagai menghormati Rasulallah (s.a.w) yg menyampaikan Islam dan syariatnya kpd kita! Memang wajar kita wajib syukuri beliau kerana dia yg membawa kpd kita agama yg benar, agama ciptaan Allah (a.w), agama yg diterima Allah (a.w), agama yg memandu kita untuk berjaya di dunia dan di akhirat, untuk mendapat syurga. Tapi bukan itu caranya kita membesarkan dan mengingatkan Rasulallah (s.a.w). Kita mengingati dan mengutamakan Rasulallah (sa.w) dgn mentaati Allah (a.w) dan mentaati Rasulallah (s.a.w) dan mengikuti beliau serta mencontohi beliau sepanjang hidup kita sebagai orang Islam yg beriman, dan kita akur dgn nasihat dan suruhan beliau, bukan dgn merayakan hari lahir beliau (Ayat 21, Surah al-Ahzab). Kita adalah meletakkan Rasulallah (s.a.w) utama dalam hidup kita kalau kita ikuti as-Sunnah - ikut suruhan beliau dan tinggalkan larangan beliau. Jika kita benar-benar hormati dan kasihi beliau kita dah lama mulakan proses mengilmukan diri kita dgn as-Sunnah, kerjakan segala amalan dan ibadah dgn mencontohi beliau, kerana beliau adalah 'uswatun hasanah', model ikutan terbaik kalau kita yakinkan hari kiamat, hari pembalasan, syurga dan neraka, dan paling utama dah lama kita semak amalan dan ibadah kita, apakah sejajar dgn ajaran beliau atau tidak, dan dah lama kita perbetulkan amalan dan ibadah kita dan kita dah lama tinggalkan 'bid'ah hasanah' kerana Rasulallah (s.a.w) beri kita tahu 1,433 tahun yg lampau, tiada bid'ah yang baik!
Saudara, mudahan-mudahan kita diberi Allah (a.w) petunjuk kpd Islam yg sebenarnya serta mengagungkan Rasulallah (s.a.w) sebagaimana yg Alah (a.w) perintahkan kita agungkan beliau (Ayat 7, Surah al-Haysr) supaya kita berjaya menjadi umat beliau yg menepati apa-apa yg diajarkan dan ditunjukkan dan dicontohkan oleh beliau, insya Allah. Janganlah kita terikut-ikut dgn kebatilan dan budaya yang tidak dan bukan Islam, syaitan akan gembira kerana dia telah berjaya menyesatkan kita dan kita akan bersama-sama menemaninya kelak ke neraka, wal iya zubillah.
Saudara, pada 9 dan 10 Muharram kita disuruh kerjakan puasa sunat - sehari atau dua hari - yg memberikan kita ganjaran pahala yg besar dalam Islam. Itu g lebih utama dari Maal hijrah ataupun Maulidur Rasul, bagi kita yg faham Islam ...
Saudara, pada 9 dan 10 Muharram kita disuruh kerjakan puasa sunat - sehari atau dua hari - yg memberikan kita ganjaran pahala yg besar dalam Islam. Itu g lebih utama dari Maal hijrah ataupun Maulidur Rasul, bagi kita yg faham Islam ...
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment