Assalamualaikum,
Saudara, dalam post ini kita lihat suatu peradaban yg kalau kita akur dan jadikan panduan kita mendapat pahala sunnah dan pada masa yg sama kita sebenarnya melambangkan tabiat atau kelakukan orang iman dalam perkara makan dan minum.
Saudara, hari ini rata-rata dibicarakan tentang obese dan obesity iaitu sifat zahir seseorang itu gemuk dan buncit serta besar perutnya kerana terlalu banyak dan terlalu kerap makan. Hari ini kita begitu mewah. Nak makan apa saja kita boleh dapatkan di mana-mana. Sehinggakan hari ini ramai manusia, termasuk orang Islam yg makan tak tentu masa atau mengomel makan setiap ketika terutama ketika menonton TV dan sebagainya. Tak hairanlah begitu ramai pula manusia yg mendapat penyakit moden kerana banyak makan atau terlalu kerap makan, penyakit seperti penyakit angin akhmar (stroke), penyakit diabetes (= kencing manis, kerana banyak makan sumber makanan yg menghasilkan gula dalam badan) dan penyakit buah pinggang, batu karang dalam limpa dan hempedu dan buah pinggang, kerana banyaknya pula bahan kimia yg terkumpul dalam anggota dalaman tubuh, dan penyakit jantung kerana saluran darah tertutup oleh lemak dan sebagainya. Makanan dan pemakanan adalah satu-satunya penyebab penyakit zaman moden ini.
Diriwayatkan hadith dari Waqid b Muhammad hadith dari Nafi' berkata: 'Adapun ibnu Omar (r.a) tidak makan sehinggalah didatangkan beberapa orang miskin nmakan bersama-samanya. Maka (pada suatu ketika) mendatangkan aku seorang lelaki untuk makan bersama-samanya, maka makan dia dengan banyaknya. Maka berkata (ibnu Omar kpdku): 'Wahai Nafi'! Janganlah engkau masukkan ini orang (lelaki tersebut) atasku (untuk makan bersama-samaku kerana) aku mendegra Nabi (s.a.w) bersabda: 'Al-Mukminu yakkulu fi mi'an wahidin, wal-kafiru yakkulu fi sab'ati am'a-in'. (Yg bermaksud: Adapun orang iman itu makan dia di dalam pinggan yg satu, dan orang kafir itu makan di dalam perut yg tujuh!.' [Hadith Bukhari, Kitab Makan]
Saudara, dalam hadith ini terdapat dua pengajaran kpd kita orang Islam yg akui diri kita beriman. Siapa dia orang iman itu? Di dalam al-Quran dan as-Sunnah disebutkan kalimah 'al-mukmin' itu kerap kali. Orang iman itu adalah orang yg mempercayai dan meyakini 6 Rukun Iman antaranya dia yakinkan wujudnya hari akhirat (= hari pembalasan). Orang iman itu mengerjakan segala perintah dan suruhan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dan meninggalkan segala tegahan atau larangan Allah (a.w) dan as-Sunnah.
Pengajaran pertama adalah orang iman itu ketika makan dia sederhana. Makan dia dalam satu pinggan, iaitu makanan tak lebih dari sepinggan (dan bukanlah satu pinggan makanan yg banyak sehingga melimpah keluar pinggan). Hari ini ramai orang Islam yg makan banyak, bukan setakat sepinggan tetapi menambah pula dgn sepinggan dua lagi! Kedua, kita diberitahu bahawa orang iman itu tidaklah macam orang kafir (= tidak Islam), kerana orang kafir itu lazimnya makan begitu banyak sehingga digambarkan atau dimisalkan seumpama dia memiliki bukan satu tetapi tujuh perut. Kalau satu perut makan dua pinggan, maka orang kafir itu akan makan 7 x 2 pinggan = 14 pinggan! Justeru itu, orang Islam makan sedikit tetapi berkat. Kerana perutnya sempat menghazamkan makanan yg dimakannya. Kesederhanaan itu - dalam apa jua perbuatan - adalah kelaziman keperibadian orang iman. Orang iman itu tidak keterlaluan dalam apa jua perkara dan situasi. Makanan itu berkat dgn ketertiban. Misalnya, dia membasuh tangannya, duduk dgn tertib, sebelum menyuap makanannya dia menyebut kalimah 'Bismillah' [Nota: Semua perlakuan yg baik hendaklah dimulakan dgn menyebut kalimah 'Bismillah' dahulu.]. Kemudian, ketika makan dia mempastikan segala makanan dalam pinggannya dibersihkan, makanan yg terjatuh di luar pingganpun diambilnya dan dimakannya, tidak dibiarkan, kemudian menjilat tangannya, setelah selesai makan membasuh tangannya dan membaca doa kesyukuran, iaitu membaca doa makan: 'Allahumma bariklana fi-ma rozaqtana, wa-qina 'azabannar' (Yg bermaksud: Ya Tuhanku! Engkau berikanlah keberkatan atasku di dalam apa-apa yg makan aku yg Engkau rezkikan kpdku, dan jauhilah dariku siksaan neraka). Atau, membaca Doa berikut: ' 'Alhamdulillahil-lazi at'amana wa-soqana wa-ja'alna minal muslimina' (Yg bermaksud: Maha suci Allah (a.w) yg telah memberi aku makanan dan minuman dan yg telah menjadikan aku dari kalangan orang yg Islam.'). [Nota: Jelaslah Doa Makan itu dibaca selepas makan dan bukan sebelum atau ketika memulakan makan, tetapi disebut sesudah selesai makan, kerana kesyukuran kpd Allah (a.w) yg memberi kita rezki dan masih mampu menikmati makanan.]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment