Assalamualaikum,
saudara, kita lihat pula rukun atau perlakuan selanjutnya selepas selesai membaca Doa Iftitah, dan kita hendak baca al-Fatihah dan kemudian membaca suatu surah pada rakaat pertama. Soalnya: Apakah perlu baca 'Basmalah'? Dan, kalau perlu apakah kita perlu baca kuat sebagaimana kita baca al-Fatihah dan surah ketika bersolat (Maghrib, Isya' dan Subuh) [Nota: Kita baca al-Fatihah dan surah pada rakaat pertama dan kedua dalam solat fardu dgn suara kuat pada solat-solat malam sahaja, ketika bersolat Solat Zohor dan 'Asar, tak dibaca dgn kuat. Begitu juga dalam solat-solat sunat al-Fatihah dan surah tidak dibaca kuat, kecuali Solat Terawih, Solat Aid, dan Solat Gerhana Bulan, dikuatkan bacaannya], dgn kuat atau jahar? Atau, apakah perlakuan Rasulallah (s.a.w)? Itu contoh ikutan terbaik. Kita lihat seterusnya.
Memulakan al-Fatihah Dengan Basmalah
Apakah perlakuan selepas Takbiratul Ikhram, membaca Doa Iftitah? Ketika itu kita berada dalam keadaan berdiri, kedua tangan di atas bahagian antara perut dan dada, di sebelah atas pusat, dengan tangan kanan di atas tangan kiri, dengan jari-jari tangan kanan memegang pergelangan tangan kiri. Kita hendaklah mula membaca al-Fatihah dan selepas al-Fatihah membaca satu surah al-Quran. Begitulah turutan semasa solat. Soalnya: Bagaimana memulakan membaca surah dalam solat?
Sebelum kita huraikan perkara ini, cuba kita bayangkan bagaimanakah amalan biasa orang Melayu ketika ini? Ada berbagai perlakuan, umumnya ada dua kategori perbuatan atau perlakuan [Nota: Dalam post ini kalimah 'Basmalah' = kalimah 'Bismillahir-rahmanir-rahim']:
§ Memulakan membaca al-Fatihah dengan didahului membaca ‘A’uzubillah…’ dan kemudian ‘Basmalah’, yakni membaca kemudian barulah dibaca al-Fatihah; atau
§ Memulakan membaca al-Fatihah dengan mendahulukan bacaan ‘Basmalah’, yakni , kemudian barulah dibaca al-Fatihah.
Jadi ada dua variasi membaca al-Fatihah. Begitu jugalah selepas al-Fatihah, membaca satu surah al-Quran pula (rakaat pertama dan kedua), terdapat variasi perlakuan umat Islam.
Di Malaysia ini, sering kita dengar, semasa bersolat jemaah bahawa Imam dan ada juga makmum, yang bersolat berjemaah atau bersendirian, membaca al-Fatihah dengan mendahulukan membaca ‘A’uzuillah ..’ dan ‘Basmalah’, yakni versi pertama dan kedua. Versi ketiga itu tiada diMalaysia ini, tetapi biasa di Arab Saudi. Menyebut tentang perlakuan Imam di Saudi, khususnya di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, ada yang mengatakan mereka mengikuti suatu fahaman atau mazhab yang berlainan dari orang Melayu. Mereka mengikuti mazhab Wahhabi kononnya. Adakah mungkin perbezaan kerana fahaman kemazhaban? Apakah amalam mazhab? Yang pasti ada orang menyatakan bahawa di Arab Saudi mereka tidak baca sama ada ‘A’uzubillah …’ dan ‘Basmalah’, kerana mereka mengikuti ‘aliran Wahhabi’. Di Malaysia, orang Islam mengikuti mazhab as-Syafie. Yang mana betul?
Di Malaysia ini, sering kita dengar, semasa bersolat jemaah bahawa Imam dan ada juga makmum, yang bersolat berjemaah atau bersendirian, membaca al-Fatihah dengan mendahulukan membaca ‘A’uzuillah ..’ dan ‘Basmalah’, yakni versi pertama dan kedua. Versi ketiga itu tiada di
Ukuran betul atausalah sesuatu perbuatan atau amalan atau ibadah itu tidak bergantung kepada ‘mazhab’, kita mazhab utama, maka Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita akan wujud 72 mazhab dalam Islam di akhir zaman kelak. Semuanya beramal berpandukan al-Quran dan as-Sunnah kononnya, tetapi terjerumus ke dalam neraka. Betul jika sejajar dengan ketetapan Rasulallah (s.a.w), yakni as-Sunnah.
Kita lihat ketetapan as-Sunnah, yakni perlakuan Rasulallah (s.a.w) bagaimana? Ini dijelaskan di dalam banyak hadith. Berpandukan as-Sunnah atau ilmu al-Hadith, kita dapati Rasulallah (s.a.w) tidak membaca ‘Basmalah’ atau apa-apa kalimah semasa memulakan bacaan al-Fatihah atau mana-mana surah. Melalui sumber hadith, kita dapati banyak nas dan dalil bahawa Rasulallah (s.a.w) memulakan bacaan dengan ‘Alhamdullilah …’ sahaja tanpa ‘Basmalah’. Dan, tidak terdapat mana-mana hadith sahih yang menyebutkan bahawa ada kalanya Rasulallah (s.a.w) membaca al-Fatihah dengan dimulakan dengan kalimah ‘A’uzubillah ...’ atau ‘Basmalah’.
Hadith-hadith berikut menunjukkan bahawa Rasulallah (s.a.w) tidak membaca ‘Basmalah’ apabila memulakan membaca al-Fatihah atau mana-mana surah dalam solat. Di dalam empat hadith di bawah ini jelas Rasulallah (s.a.w) memulakan bacaan al-Fatihah tanpa membaca ‘a‘uzubillah …’ ataupun ‘basmalah’, dan terus dengan membaca ‘Alhamdulillahi rabbil ‘alamin’.
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah), berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) memulakan solatnya dengan membaca 'Alhamdu-lillahi rabbil ‘alamaiin'.’ [Hadith sahih Ibn Majah]
Hadith di atas menyebutkan bahawa Aisyah (r.ah) memberitahu kita bahawa Rasulallah (s.a.w) tidak memulakan membaca al-Fatihah dengan ‘basmalah’, tetapi terus membaca ‘Alhamdulillah ...'’.
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w), dan Abu Bakar (r.a) dan Omar (r.a) memulakan bacaan dalam solatnya dengan 'Alhamdu-lillahi rabbil ‘alamiin'.’ [Hadith sahih an-Nasa’i dan Ibnu Majah]
Anas (r.a) sahabat yang akrab dengan Rasulallah (s.a.w) dan yang hidup pula zaman khalifah Abu Bakar (r.a) dan Omar ibnu Khattab (r.a), melapurkan bahawa Rasulallah (s.a.w) dan kedua-dua khalifah yang mengganti tidak membaca ‘basmalah’, apabila membaca al-Fatihah dalam solat. Mereka terus membaca ‘Alhamdulillah ...’ sahaja. Fakta ini penting, kerana jika ‘Basmalah’ itu dibaca oleh salah seorang daripada khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin itu, maka sunnah mereka, telah diiktiraf Rasulallah (s.a.w) sebagai sebahagian daripada as-Sunnah, boleh diambil pakai. Jika Rasulallah (s.a.w) dan khalifah yang empat tidak memulakan dengan ‘Basmalah’ maka jelaslah syariat solat itu tidak menyebut membaca ‘Basmalah’ apabila membaca al-Fatihah dan surah semasa solat.
Di dalam dua hadith berikut terdapat sedikit yang mengelirukan. Walaupun kedua-dua hadith diriwayatkan oleh orang yang sama, yakni Anas bin Malik (r.a), tetapi ada sedikit perbezaan. Satu hadith menyebut tidak di baca ‘basmalah’, tetapi di dalam hadith yang kedua pula, dikatakan ‘tidak menguatkan atau mengeraskan bacaan Basmalah’, seolah-olah mereka mebacanya tetapi dengan suara perlahan tidak didengar oleh orang lain. Yang mana betul?
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Bersolat kami bersama Rasulallah (s.a.w), maka tidak mendengar kami (dia) membaca 'Bismillahir-rahamanir-rahim'’, dan bersolat kami bersama Abu Bakar (r.a) (as-Siddiq) dan Omar (r.a) (ibni Khattab), maka tidak mendengar kami mereka membacanya.’ [Hadith sahih an-Nasa’i]
Anas (r.a), khaddam atau pembantu Nabi (s.a.w) memberitahu kita dalam hadith berikut bahawa Rasulallah (s.a.w) tidak membaca ‘Basmalah’. Begitu jugalah Abu Bakar dan Omar, dua khalifah pertama Islam. Rasulallah (s.a.w) terus membaca ‘Alhamdulillah ...’ sahaja.
Diriwayatkan hadith daripada Qatadah (r.a) daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Bersolat aku di belakang Rasulallah (s.a.w), dan dibelakang Abu Bakar (r.a) dan di belakang Omar (r.a) dan dibelakang Othman (r.a), maka tidak mendengar aku salah seorang daripada mereka mengeraskan (atau menguatkan bacaan) 'Bismillahir-rahmanir-rahim'.’ [Hadith sahih an-Nasa’i]
Di dalam hadith di atas itu, Anas (r.a) membertahu Rasulallah (s.a.w), Abu Bakar, Omar dan Othman (r.an), tidakpun membaca ‘Basamalah’ atau ‘A’uzubillah ...’ ketika membaca al-Fatihah dan surah. Jadi, yang sebetulnya, Anas (r.a) mungkin membuat telahan bahawa mereka, kalaupun membacanya, tidak dikeraskan, kerana tidak didengar oleh beliau yang menjadi makmum di belakang mereka yang menjadi Imam. Tatapi, kesemua hadith-hadith lain menyebutkan bahawa ‘basmalah’ tidak dibaca sama ada semasa membaca al-Fatihah ataupun surah. Jikapun dibaca, dibaca dalam hati sahaja. Membaca ‘Basmalah’ dengan kuat tiada dalam asSunnah.
[Nota: Hadith ini penting kerana Rasulallah (s.a.w) memberitahu yg dikatakan 'as-Sunnah' itu merangkumi sunnah beliau dan sunah khalifah yg empat selepas beliau. Sunnah mereka itu hendaklah dijadikan panduan dalam amalan dan ibadah dan dalam menjalani kehiudpan dunia sebagais eornag Islam].
Dua lagi hadith tambahan daripada sahabat yang lain pula menyebutkan ketentuan yang serupa, iaitu Rasulallah (s.a.w) dan khalifah selepas beliau tidak memulakan membaca al-Fatihah atau surah dengan ‘Basmalah’ dahulu. Jadi? Cara ketiga (iaitu tidak membaca ‘Basmalah’) bukanlah amalan kerana kemazhaban atau aliran Wahabi tetapi adalah ketetapan dan preskripsi as-Sunnah atau sunnah Rasulallah (s.a.w). Jika kita lakukan berlainan daripada perbuatan Rasulallah (s.a.w) maka kita membuat pembaharuan dalam amalan dan ibadah.
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) katanya: ‘Sesungguhnya Nabi (s.a.w) adalah memulakan bacaan solatnya dengan 'Alhamdu-lillahi rabbil ‘alamiin’ [Hadith sahih Ibnu Majah].
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Mughaffal (r.a), katanya daripada bapanya, kata bapanya: ‘Dan telah melihat (bapanya) seorang lelaki yang dia sangat menentang atasnya dalam Islam membuat pembaharuan daripadanya. Maka mendengar dia (bapanya) dan diperdengarkan bacaan 'Bismilahir-rahmanir-rahim’, maka berkata dia (kepada lelaki tersebut) ‘Wahai anakku, takutilah olehmu ‘pembaharuan’. Maka sesungguhnya telah bersolat aku berserta Rasulallah (s.a.w) dan beserta Abu Bakar (r.a), dan beserta Omar (r.a), dan beserta Uthman (r.a), maka tiadalah salah seorang daripada mereka itu membaca seperti engkau baca (yakni, membaca ‘Basmalah' . Maka ketika memulakan bacaan mereka, maka dibaca mereka 'Alhamdu-lillahi rabbil ‘alamiin'’. [Hadith sahih Ibnu Majah]
Yang menjadi perbezaan antara solat yang kita amalkan dengan solat yang dibuat oleh Rasulallah (s.a.w) adalah membaca 'Basmalah' semasa hendak membaca al-Fatihah dan semasa hendak membaca mana-mana surah selepas al-Fatihah itu. Kita diajarkan membacanya sebelum memulakan membaca al-Fatihah. Selain itu, mungkin kita sering terjumpa jemaah yang membaca pula ‘A’uzubillah …’ selain ‘Basmalah’ sebelum memulakan membaca al-Fatihah. Jikalau kita beertanya megapa di baca, ada banyak alasan diberikan oleh para ilmuan dan ulama’ dahulu dan juga ulama’ semasa mengenai ini. Mereka memberikan penjelasan dari segi logik dan sebagainya. Mereka tidak akan menjelaskan berpandukan as-Sunnah. Kerana mengikut as-Sunnah atau al-Hadith, Rasulallah (s.a.w) tidak memulakan membaca al-Fatihah atau surah dengan ‘Basmalah’.
Dan, hadith berikut memberikan nas dan dalil tambahan mengenai isu yang sama: iaitu, memulakan membaca al-Fatihah dengan ‘basmalah’. Sekali lagi disebutkan bahawa ‘khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin’ juga tidak memulakan bacaan ‘Basmalah’ dan terus membaca ‘Alhamdulillahi rabbil 'alamin ...’. Enam hadith sahih di atas menunjukkan bahawa Rasulallah (s.a.w) dan tiga daripada sahabatnya (iaitu Abu Bakar, Omar dan Uthman, tidak memulakan bacaan al-Fatihahnya dengan ‘Basmalah’ apakala memulakan solatnya membaca al-Fatihah. Perawi hadith-hadith tersebut adalah sahabat rapat Rasulallah (s.a.w) dan juga tiga personaliti yang menjadi khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin (iaitu Abu Bakar, Omar dan Othman) dan seorang perawi yang tetap dipercayai cakapnya oleh Islam, iaitu Aisyah, dan Anas, Abu Hurairah, Mughaffal dan Qatadah (r.an).
Jika kita teliti pula sumber hadith lain, yakni hadith Bukhari dan Hadith Muslim, serupa juga. Cuba kita teliti beberapa hadith di bawah ini:
Diriwayatkan hadith daripada Anas (r.a) berkata: ‘Aku bersolat bersama-sama Rasulallah (s.a.w), Abu Bakar, Omar dan Othman (r.an), maka tidak pernah aku mendengar salah seorang daripada mereka itu membaca 'Bismillahir rahmanir rahim’. [Hadith Muslim]
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a): berkata: ‘Aku bersolat di belakang Rasullah (s.a.w), Abu Bakar, Omar, dan Othman. Kesemua mereka itu membaca 'Alhamdulillahi rabbil ‘alamin' dan tidak pernah membaca 'Bismilahhir rahmanir rahim'’, dari permulaan solat solat hingga sampai akhirnya.’ [Hadith Muslim]
Diriwayatkan hadith daripada Anas (r.a) berkata: ‘ Aku bersolat di belakang Rasulallah (s.a.w), dan Abu Bakar, dan Omar, dan Othman, maka (kesemua mereka itu) memulakan bacaan dengan 'Alhamdulillahi rabbil ‘alamin' dan tidak membaca (mereka) 'Bismillahir rahmanir rahim' dari permulaan bacaan solat dan tidak pula di akhirnya (yakni, tidak membaca dari mula sampai tamat solat).’ [Hadith Muslim]
Jika pembaca kurang selesa dengan hadith Ibnu Majah dan an-Nasai, pembaca boleh teliti, sebagaimana di atas hadith Muslim. Malah dalam hadith Bukhari dan Abu Daud pun terdapat riwayat yang sama. Apakah kesimpulan yang boleh kita ambil berpandukan as-Sunnah mengenai perkara ini: iaitu memulakan membaca al-Fatihah dan surah dengan ‘basmalah’? Kesimpulannya adalah Rasulallah (s.a.w) dan khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin tidak membacanya. Justeru itu, sunnahnya, jangan dibaca. Tetapi, mengapakah kita di Malaysia dan beberapa Negara lain, tidak ikuti atau contohi Rasulallah (a.w), kita buat satu kelainan? Kita di Malaysia akui bahawa hadith-hadith Bukhari dan Muslim boleh dijadikan asas amalan dan ibadah? Tetapi, kita tidak akur. [Nota-1: Mengikut sepotong hadith daripada abi Said al-Khudri (r.a) berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) berkata (yakni, membaca) selepas ‘Takbir’ (yakni, Takbiratul Ikhram dan Doa iftitah)‘A’uzubillahis sami’il alimi minasy syaitanir rajim’ [Hadith Imam Ahmad]. Para ulama’ Malaysia berpendapat ini adalah sejajar dengan firman Allah (a.w) di dalam a-Quran’ Ketika membaca al-Quran minta perlindunganlah dengan Allah (a.w) dari syaitan yang direjam’ [Ayat 98, Surah an-Nahl]. Nota-2: Ini adalah peraturan dalam mengerjakan solat. Dalam perkara-perkara lain, atau amalan-amalan lain, Allah (a.w) memerintahkan umat Islam supaya memulakan sesuatu yang baik dengan memohon perlindungan daripada Allah (a.w) daripada gangguan syaitan, yakni ‘a’uzubillah …’ serta menyebut nama Tuhan, yakni ‘Bismillah’, dan apakala hendak membaca al-Quran dimulakan dengan ‘a’uzubillah …’. Nota-3: Rujuk perkara Bid’ah yang menjelaskan akibat membuat, mengajar dan beramal dengan sesuatu yang bersifat’pembaharuan dalam syariat’ atau ‘bid’ah’ itu. Nota-4: Hanya ketetapan dalam solat. Jika membaca al-Quran hendaklah dimulakan dengan membaca ‘A’uzubillah …’ dan kemudian ‘Bismillah …’, kecuali Surah Taubah atau al-Barra’ tidak dibaca’Bismillah …’ Nota-5: Perawi-perawi hadith-hadith tersebut hidup dalam zaman rasulallah (s.a.w), Abu Bakar as-Siddiq, Omar ibni Khattab dan Othman ibni Affan (r.an) dan meninggal zaman Ali (r.a), maka nama Ali (r.a) tidak disebutkan.]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment