Sunday, December 11, 2011

Kita Solat Ikut Siapa ...?

Assalamualaikum,
Saudara, seorang sahabat memberitahu mengenai suatu tulisan yg disiarkan dalam akhbar Sinar Harian keluaran Sabtu, 10 Disember 2011, dgn tajuk di atas itu. Yg menulisnya Abu Humair Nawawi Subandi. Tulisan itu menyebut tentang kaedah bersolat dan memberikan beberapa ketetapan as-Sunnah mengenainya. Tapi, tidak lengkap dan tidak mendalam. Seolah-olah penulis itu tahu ketetapan syariat Islam yg haq, tetapi tidak secara pasti menyebutkan apakah kaedah bersolat yg benar mengikut ketetapan as-Sunnah.
Saudara, beliau menyebut ketetapan al-Hadith: 'Solatlah sebagaimana kamu melihat aku (Nabi) bersolat.' (Hadith Bukhari). Kemudian beliau menyebut ketetapan Ayat 59, Surah an-Nisa:yg Allah (a.w) perintahkan manusia (yg Islam dan yg tidak Islam) supaya mentaati Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan taati Rasulallah (s.a.w) (i.e.ikutilah ketetapan as-Sunnah) dan taatilah 'ulil amri'; dan jika manusia berselisihan faham tentang segala sesuartu menyentuh Islam, maka hendaklah kembali mendapatkan keputusan yg muktamad dgn merujuk kpd al-Quran dan as-Sunnah.Jelasnya, dalam perkara solat - yg fardu maupun yg sunat - kita wajib akur dgn ketetapan akl-Quran dan as-Sunnah. Ulil amri boleh membuat ijtihad mengenai solat selagi tidak bercanggah dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Penulis menyebut tentang tatacara Sifat Solat Nabi dgn merujuk kpd kitab karangan Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Bani. Beliau seterusnya menyebutkan dalam perkara solat, sebagai contohnya, hendaklah kita bertanya kpd orang-orang yg berilmu (tentang al-Quran dan as-Sunnah), jika tak tau tatacara bersolat (dan umumnya jika jahil tentang segala sesuatu mengenai ketetapan Islam). Beliau berkata kita tidak boleh bertaklid kalau tak tahu. Tapi hendaklah kita merujuk kpd ketetapan Rasulallah (s.a.w). Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita - dalam hadith yg dirujuk oleh penulis tersebut tadi - kalau nak tau tatacara bersolat yg benar.
Saudara, Allah (a.w) memberitahu bahawa Rasulallah (s.a.w) itu adalah 'uswatun hasanah' - Ayat 21, Surah al-Ahzab. Dialah yg sempurna ilmunya tentang Islam - tahu dan faham Islam dan syariatnya dan bagaimana mengerjakan tuntutan Islam dalam semua perkara. Rasulallah (s.a.w) mendemokan segala sesuatu perintah Allhah (a.w) melalui perbuatan, amalan, ibadah serta suruhannya sepanjang 23 tahun beliau berdakwah mengajarkan kita Islam. Tiada siapa yg tahu lebih sempurna tentang Islam selain Rasulallah (s.a.w). Maka dgn itulah kita wajib teliti dan semak apakah yg disuruh dan diamal oleh Rasulallah (s.a.w). Itulah yg sewajarnya kita jadikan panduan. Maka dgn itulah Allah (a.w) memberitahu bahawa tiada gunanya kita mengerjakan sebarang amalan dan ibadah, termasuklah solat, tanpa ilmu atau kita kerjakan dalam kejahilan kita mengenai ilmu dan tatacara bersolat itu. Inilah ketetapan Ayat 36, Surah al-Isra'. Dan, Rasulallah (s.a.w) memperingatkan kita bahawa hendaklah kita ilmukan diri kita dahulu tentang Islam dan tuntutannya, termasuklah tentang solat, setelah tahu barulah kita kerjakan. Kalau kita bersolat dgn mengikuti perlakuan sifulan dan sifulan atau mazhab itu atau ini, tanpa sendiri mengaji dan mengetahui ilmunya, pastilah salah. Sehinggakan disebutkan dalam al-Hadith bahawa sesiapa yg membuat keputusan terdapat sesuatu yg di dalam al-Quran tanpa terlebih dahulu mengaji dan mengetahui ilmunya, walauypun apa yg dikerjakan betul tetap dikira salah. Tak diterima. Dan, Rasulallah (s.a.w) memberitahu sesiapa yg mengerjakan sesuatu amalan atau ibadah yg amalan dan ibadah tersebut tidak sejajar dgn apa yg dibawakan atau ditunjukkan atau diajarkan atau berlainan drp apa yg ditunjukkan dan diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w), maka amalan atau ibadah tersebut batal dan batil, tidak diterima Allah (a.w). Justeru itu, kita wajib berwaspada. Jangan ikut cakap-cakap atau ikut apa orang buat dalam kejahilan ilmu. Rasulallah (s.a.w) juga memberitahu bahawa kalau kita inginkan kebenaran dalam Islam dan tidak mahu tersasar dari Islam atau tak mahu sesat dalam Islam, maka ilmu yg wajib kita pelajari adalah dua iaitu ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah. Kita pelajari ilmu yg dua itu secara berguru bukan dgn mengilmukan diri sendiri dgn membaca kitab atau buku tanpa bimbingan orang yg tahu dan faham.
Soalnya? Hari ini berapa ramaikah umat Islam yg belajar dua ilmu ini. Berapa ramaikah orang Islam yg beramal dan beribadah dalam kejahilan - takpun belajar al-Quran dan as-Sunnah. Berapa ramai pula para ulama' yg dinobatkan sebagai berilmu sebenarnya jahil dalam konteks ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Kalau mereka tak jahil masakan mereka lakukan dan amalkan banyak perkara yg ditegah oleh al-Quran dan as-Sunnah. Banyak pula tindak tanduk mereka yang membelakangkan al-Quran dan as-Sunnah. Malah menentang ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dgn memberikan pelbagai alasan. Termasuklah tindak tanduk JAIS, sebagai contoh, yg menghalang-halangi orang yg belajar al-Quran dan as-Sunnah semata-mata kerana yg mengajarnya tiada tauliah JAIS! Atau, mereka dalam program latihan untuk pentauliahan, mengajarkan banyak kebatilan yg sama sekali tidak disuruh oleh al-Quran dan as-Sunnah dan meninggalkan pula apa yg disuruh oleh al-Quran dan as-Sunnah!
Saudara, ilmu itu amat utama bagi orang-orang yg diamanahkan mentadbirurus dan membimbing umat Islam. Ini adalah ketetapan yg wajib difahami oleh mereka yg diberi amanah sebagaimana orang JAIS diberi amanah. Janganlah mereka pentingkan sesuatu yg bersifat keduniaan dan mengketepikan atau meringankan akhirat mereka. Hari ini begitu banyak perlakuan pihak berkusa agama yg sama sekali tidak wajar. Malah mereka mengabaikan apa yg wajib dan mengutamakan apa-apa yg tidakpun dikira suatu amalan sunat...

Jazakallahu khairah 

No comments:

Post a Comment