Assalamualaikum,
Saudara, berikutan komen kita terhadap suatu tulisan umum seorang hamba Allah (a.w) tersebut (akhbar Sinar Harian), yg membicarakan isu' Kita solat ikut siapa?', kita lihat sebagai panduan bagaimanakah bersolat menepati as-Sunnah. Solat yg pasti diterima Allah (a.w). Kerana, cara dan kaedah solat yg akan kita perincikan dalam beberapa post yg berikutnya adalah menepati sabda Rasulallah (s.a.w): 'Sollu kama ra-aitumuni usolli' (i.e. bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat) itu.
Saudara, panduan utama adalah sabda Rasulallah (s.a.w) tersebut. Kita wajib bersolat cara Rasulallah (s.a.w) bersolat. kalau kita bersolat berlainan dari cara dan kaedah Rasulallah (s.a.w) bersolat, solat kita batal dan batil dan tidak diterima Allah (a.w) solat kita. Dan, kita diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa jika kita mengerjakan amalan atau ibadah - apa saja - yg tidak meneapti apa yg dibawakan atau ditunjukkan atau diajarkan oleh beliau, maka amalan kita - solat atau apa jua amalan yg wajib dan sunat -tidak diterima Allah (a.w). Jika begitu rugilah kita! Tak gunalah kita bersolat bersusah payah secara istiqamah (konsisten) pula. Justeru itu, penting kita faham cara dan kaedah bersolat dari segi rukun qalbi (= niat dan pegangan hati), rukun qauli (= bacaan kalimah-kalimah dalam solat) dan rukun fe'linya (= cara pergerakan atau perlakuan dalam solat, i.e. ketika solat). Kalau kita faham ketetapan as-Sunnah, melalui pengajian dan pembelajaran ilmu as-Sunnah, kita semak ibadah solat kita, kita akan dapati ada banyak perkara yg kita lakukan berbeza dari atau berlainan dari perlakuan atau solat Rasulallah (s.a.w). Maka dgn itulah Allah (a.w) perintahkan kita hendaklah kita amal atau ibadahkan sesuatu itu dgn mengetahui ilmu mengenauinya (Ayat 36, Surah al-Isra') dan itulah juga pesanan Rasulallah (s.a.w) ('Solatlah sebagaimana kamu melihat aku solat', 'Beramallah hanya dgn panduan ilmu', 'sesiapa yg mengerjakan suatu amalan atau ibadah yg tidak dibawakan oleh aku (Nabi) maka amalannya atau ibadahnya ditolak', 'Semua pembaharuan (i.e. tambahan atau ubahsuaian tentang syariat Islam) adalah bid'ah, dan setiap bid'ah adalah kesesatan, dan setiap kesesartan menjerumuskan ke dalam neraka orang yg mengamalkannya',dll). Kita tak boleh solat tanpa belajar bagaimana bersolat. Kita tidak boleh belajar ilmu solat tanpa merujuk kpd as-Sunnah, kerana dikhuatiri ajaran atau bimbingan orang, walaupun dikatakan alim dan ulama', tetapi mereka sendiri jahil tentang as-Sunnah atau mereka mengubah ketetapan as-Sunnah. Jika kita ikuti ajaran mereka dan kita tidak semak dgn ketetapan as-Sunnah, yg rugi adalah kita.
Rugi kerana menolak perintah Allah (a.w) supaya belajar ilmu menegnai setiap amalan dan ibadah, baru kita kerjakan, dan kita tidaklah terima bulat-bulat cakap-cakap orang, siapapun, tentang sola, tanpa kita semak apa keettapan as-Sunnah mengenainya.
Saudara, insya Allah dalam beberapa post yg akan datang kita akan teliti satu per satu cara dan kaedah bersolat ini,supya kiat terpandu dan bersolat menepati ketetapan as-Sunnah sejajar dgn cara Nabi (s.a.w) bersolat.
Rengasnya, solat fardu itu adalah 5, ada yg dua rakaat (Solat Subuh), ada yg tiga rakaat (Solat Maghrib) dan selainnya 4 rakaat (Solat Zohor, Solat 'Asar dan Solat Isya'). Tidak ada Tahiyat Awal dalam Solat Subuh. Tidak ada Doa Qunut dalam Solat Subuh. Tahiyat Akhir ada pada setiap solat fardu, di akhir rakaatnya.
Solat-solat sunat itu ada yg tiada rakaat (Solat Jenazah), ada yg satu rakaat (Solat Witir), ada yg dua rakaat (Solat Duha, Solat Tahajud, Solat Taubah, Solat Istiharah, Solat Aid (Fitri atau Adha), Solat Gerhana (Matahari atau Bulan), solat-solat sunat mengiringi waktu solat-solat fardu, dll), dan ada yg 3 rakaat (Solat Witir), ada yg 4 rakaat (Solat Tasbih), ada yg 5 rakaat (Solat Witir), ada yg 7 rakaat (Solat Witir). Namun tiada Tahiyat Awal pada solat sunat yg 3 atau 4 atau lebih rakaatnya. Dalam solat fardu dibaca al-Fatihah kemudian satu surah (pendek atau panjang) pada dua rakaat pertama, dan hanya al-Fatihah, pada rakaat selanjutnya. Dalam solat sunat, hendaklah dibaca satu surah selepas al-Fatihah pada setiap rakaat. Ada solat yg memerlukan dibaca Khutbah yg merupakan sebahagian drp solat tersebut (Solat Jum'at, Solat Aid (Fitri dan Adha)). Namun, Khutbah Solat Jum'at dibaca sebelum solat, manakala khutbah Solat Aid di baca selepas solat. Khutbah adalah sebahagian drp solat tersebut, maka wajib dibaca dalam bahasa Arab. Tidak sah solat yg ada khutbah akalau khutbah dibaca dalam lain-lain bahasa. Ada solat yg tiada rakaat, iaitu Solat Jenazah, hanya ada 4 Takbir. Ada solat yg wajib dibaca takbir pada rakaatnya, iaitu Solat Aid (7 takbir pada rakaat pertama dan 5 takbir pada rakaat kedua). Dalam Solat Gerhana (Matahari atau Bulan), bagi setiap rakaat itu wajib Rukuk dua kali, berbeza dgn solat-solat fardu dan solat-solat sunat lainnya, yg kita hanya Rukuk sekali pada setiap rakaat. Jelaslah, walaupun pada amnya pergerakan solat itu sama hanya bilangan rakaatnya sahaja yg berbeza, namun ada berbezaan yg jelas dalam perkara rukun qauli dan rukun feli serta rukun qalbinya. Tanpa ilmu as-Sunnah, kita takkan tahu dan faham. Maka dgn itulah ada ulama' menyebut bahawa Solat Tasbih itu dibuat dua-dua rakaat. Itu adalah kebatilan, kesilapan. Solat Tasbih adalah 4 rakaat, tanpa Tahiyat Awal dan dibaca selepas al-Fatihah satu surah pada setiap rakaatnya!

Saudara, kta mulakan solat kita dgn mempastikan kita sudah wudu' atau wudu' kita masih sah. Justeru itu, dalam post yg akan datang kita mulakan kuliayh solat kita dgn melihat tatacara berwudu' yg menepati as-Sunnah, barulah sah wudu' kita. Kemudian kita akan teruskan penelitian kita tentang setiap pergerakan solat fardu cara umum dan kemudian kita teliti pula perbezaan yg wajib kita fahami dalam solat, insya Allah. Yg utama kita peringatkan diri kita adalah, kita tidak membaca 'Usolli ...' ketika nak mulakan solat. Perbuatan membaca kalimah 'Usolli ...' itu adaalh sebahagian drp perlakuan yg bersifat bid'ah, memebtalkan solat kita, tidak diterima Allah (a.w) solat kita kalau kita buat. Memadai kita berdiri tegak, angkat kedua-dua tangan untuk Takbiratul Ikhram sahaja.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment