Thursday, December 22, 2011

Solat Cara Rasulallah (s.a.w) (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara kita terus penelitian kita tentang cara Rasulallah (s.a.w) bersolat. Kita dah lihat permulaannya, iaitu kita berdiri, membaca satu atau dua doa endek/rengkas, kemudian kita berdiri, berniat dalam hati, dan mengangkat kedua tangan kita supaya hujung jari kedua tangan kita sampai ke paras bahu ATAU paras kedua cuping telinga kita sambil menyebut/membaca Takbiratul Ikhram, iaitu kalimah 'Allahu Akbar'.
Kemudian kita lihat proses seterusnya. 
 Takbiratul Ikhram (Wajib)
Apabila kita sudah bersedia, dan sesudah berdoa, dan kita berdiri tetap mengadap qiblat, hendaklah kita berniat jika belum berniat. Kita memulakan solat dengan mengangkat kedua-dua tangan dengan terbuka kesemua jari-jarinya, supaya hujung jari-jari tangan bersetentangan dgn: 
·         kedua cuping telinga; atau
·         paras bahu kita,
sambil melafazkan Allahu Akbar(yakni,‘Takbiratul Ikhram’). Ini disebutkan dalam hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Jabbar bin Wail (r.a) katanya hadith daripada bapanya berkata: ‘Sesungguhnya aku melihat Nabi (s.a.w) ketika memulakan solatnya dan menyebut ‘Allahu Akbar’ (yakni, Takbiratul Ikhram) mengangkat dia kedua-dua tangannya sehingga hampir kedua-dua ibu jari tangannya ke cuping telinganya.’ [Hadith sahih an-Nasa’i] 
Hadith di atas menjelaskan bahawa ketika menyebut Takbiratul Ikhram kedua tangan diangkat dengan jari-jari terbuka dan ibu jari bersetentangan dgn cuping telinga. Bukan diangkat sesuka hati sebagaimana kita sering lihat dilakukan oleh ramai orang. Kaedahnya jelas dan tetap. Tidak ada kaedah lain selain hadith yang menyatakan bahawa diangkat kedua-dua tangan dengan jari-jari terbuka bilamana ibu jari sejajar dengan bahu. Itu versi kedua. Hanya dua cara atau versi, tidak ada versi lain. 
Diriwayatkan hadith daripada Malik bin Huiarith (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) apabila takbir ikhram diangkatnya dua tangannya sejajar dengan dua telinganya, demikian pula ketika akan ruku’, dan apabila bangun dari ruku’ sambil membaca ‘Samiullahu liman hamidah.’ [Hadith Muslim] 
Dua hadith di atas menjelaskan kedudukan kedua tangan dan jari-jari tangan semasa mengangkatnya sambil membaca Takbiratul Ikhram, iaitu ibu jari di paras cuping telinga. Hadith kedua itu juga menyebutkan bahawa kita hendaklah angkat kedua tangan tiga kali dalam rakaat pertama: pertama, ketika Takbiratul Ikhram; kedua, ketika hendak Ruku’; dan ketiga ketika bangun dari Ruku’. Dalam, rakaat lain dua kali, iaitu ketika hendak Ruku’ dan bangun dari Ruku’. Tiga kali pula pada rakaat ketiga, iaitu sekali semasa bangun  berdiri selepas Tahiyat Awal untuk rakaat ke-3, sekali lagi semasa hendak Ruku’ dan sekali lagi ketika bangun dari Ruku’. Hadith itu juga menyebut tasbihnya ketika bangun dari Ruku’. 
Atau, mengikut hadith-hadith di bawah ini pula Rasulallah (s.a.w) mengangkat kedua tangannya, dengan jari-jari diluruskan, dan kedua ibu jari separas kedua bahunya: 
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Omar (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) apabila memulakan solatnya diangkatkannya kedua-dua tangannya sejajar dengan dua bahunya, kemudian takbir ikhram dia, demikian juga ketika akan Ruku’ dan bangkit dari Ruku’. Dan tidaklah dia mengangkat tangan ketika berdiri dari Sujud (yakni, bangun selepas Sujud kedua pada rakaat pertama/ketiga untuk rakaat kedua/keempat).’ [Hadith Muslim].
Hadith di atas itu menyebutkan bahawa ketika bangun untuk rakaat kedua (dan juga keempat), tidak diangkat kedua-dua tangan. Namun, kerana kejahilan, ramai umat Islam mengangkat kedua tangan bagi setiap rakaat solatnya. Jelaslah ditetapkan dalam as-Sunnah Rukun Fe'li solat itu.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah (r.a) katanya: ‘Adalah Rasulallah (s.a.w) apabila masuk didalam solat mengangkat ia akan tangannya tegak segala jarinya hala kelangit dengan tiada merenggang akan dia, dan adalah diangkatnya itu membetuli (bersetentangan dengan) dua bahunya.’ [Hadith hassan at-Termidzi] 
Hadith di atas pula menjelaskan bahawa jari-jari tangan dibuka dan hendaklah tegak atau lurus. Inipun terdapat banyak perlakuan umat Islam, kita kita perhatikan perlakuan mereka yang bersolat di mana-mana. 
Daripada empat hadith di atas itu jelas bahawa ada dua cara mengangkat tangan itu, yakni, ke paras mana perlu diangkat tangan kita; iaitu: sama ada tangan diangkat dengan jari terbuka dengan ibu jari tangan diangkat sampai ke paras atau bersetentangan dengan kedua telinga; atau sama ada tangan diangkat dengan jari-jari terbuka dengan ibu jari tangan diangkat sehingga bersetentangan dengan paras bahu; dan kesemua jari hendaklah tegak dan lurus ke atas. 
Hadith yang lain daripada Abi Zubeir (r.a) menyebutkan perlakuan yang sama juga. Terdapat sepotong hadith lain menyatakan bahawa ada kalanya Rasulallah (s.a.w) mengangkat kedua tangannya dengan jarinya terbuka sedikit (yakni, tidak rapat) ke paras bahunya. 
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) membaca takbir (yakni, Allahu Akbar) ketika memulakan solat, ketika hendak ruku’, ketika bangkit dari ruku’ membaca samiullahu liman hamidah’ dan membaca rabbana walakal hamdu’ setelah berdiri betul. Kemudian dibacanya takbir pula apabila hendak sujud, ketika bangun dari sujud, ketika sujud yang kedua kali, ketika bangun dari sujud yang kedua dan ketika bangun dari Tahiyat Awal, demikianlah seterusnya bagi taiptiap rakaat.’ [Hadith Muslim]
Mengikut hadith-hadith tersebut di atas itu, adalah penting tidak boleh tidak mengangkat kedua-dua tangan dengan jari-jari lurus rapat atau jari-jari direnggangkan sedikit. Yang penting kedua-dua tangan diangkat semasa menyebut Takbiratul ikhran (yakni, menyebut ‘Allahu Akbar’, ketika hendak Ruku’ dan ketika bangun dari Ruku’, dan ketika hendak bangun untuk rakaat ketiga). Kelima-lima hadith yang kita rujuk diatas menyebutkan bahawa mengangkat kedua-dua tangan sambil menyebut Takbir (iaitu, Allahu Akbar) itu, pada empat tempat: 
·         Semasa ‘Takbiratul Ikhram’; 
·         Ketika hendak Ruku’; 
·         Waktu bangkit dari Ruku’; dan 
·         Tatkala bangkit dari Tahiyat Awal untuk rakaat ketiga. 
Jika kita perhatikan ramai umat Islam yang mengangkat kedua-dua tangan mereka sama ada sambil lewa atau keterlaluan. 
Ada yang setakat mengangkat tidak ke paras cuping telinga ataupu ke paras bahu. Ada yang terlebih sehingga di atas kepala pula.  Kesemua perlakuan yang sedemikian adalah tidak mengikuti contoh atau perbuatan Rasulallah (s.a.w). Maka dengan itu mereka telah bersolat tidak mengikuti as-Sunnah seperti yang ditetapkan oleh Rasulallah ‘sollu kama ra-aitumuni usalliitu. 
Justeru itu pada permulaan solat beberapa perlakuan (rukun fe’li), penghayatan niat dan gerakhati (rukun qalbi) dan ucapan atau sebutan (rukun qauli) yang jauh berbeza daripada syariat mengikut as-Sunnah, pada ketika-ketika berikut: 
·         Melafazkan niat dengan menyebut ‘usalli …’; 
·         Mengangkat kedua tangan apabila membaca Takbiratul ikhram
·         Apabila hendak Ruku’ dan kalimah Tasbihnya; 
·         Apabila bangkit daripada Ruku’ sebelum Sujud dan kalimah Tasbihnya;
·         Apabila Sujud dan Tasbihnya; dan
·         Apabila bangun dari Sujud kedua untuk rakaat ketiga. 
[Nota: Apabila kita teliti hadith-hadith yang menyebut tentang 'pembaharuan dalam perkara agama' atau 'bid'ah', kita teliti kembali perlakuan, ucapan dan lain-lainnya, jelaslah wujud perlakuan (rukun fe’li) dan bacaan atau ucapan (rukun qauli) yang tidak diamalkan oleh Rasulallah (s.a.w). Maka besar kemungkinan perlakuan dan sebutan atau ucapan sedemikian tergolong dalam ‘pembaharuan dalam urusan atau perkara ugama’ atau ‘bid’ah’. Kesemua amalan yg dicemari dgn bid'ah tidak diterima Allah (a.w), malah membahayakan aqidah kita, kerana melakukannya tiga perkara terjadi: pertama, solat kita dan segala amalan kita ditolak; kedua, kita terkeluar dari Islam tanpa kita sedari; dan ketiga, kita dimenjadi syirik, kerana Allah (a.w) tetapkan peraturan, kita pakai pertauran orang lain, wal iya zubillah. Jike begitu, rugilah kita selama ini solat tapi seumpama tak solat, Islam tapi sebenarnya dah kafir, dan mengharapkan syurga, dapat neraka! Oleh itu berwaspadalah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment