Assalamualaikum,
Saudara, ini post ketiga dalam siri tajuk ini. Sebenarnya, lama dulu kita telahpun postkan panduan solat mengikut cara Rasulallah (s.a.w). Namun, dalam Islam itu sesuatu ilmu dan pengajaran itu wajib dilangi sebagaimana peringatan itu wajib diingati sebagai panduan harian agar kita yg Islam dan beriman tidak terlupa. Di dalam al-Quran, Allah (a.w) sering peringatkan kita segala sesuatu, spt supaya jangan kita jadi orang yg sombong (= diberitahu sesuatu yg haq, menolaknya atau menidakkannya atau mencari alasan untuk 'membenarkan' diri atau pendapat kita dgn hujjah yg batil) atau jangan jadi orang yg jahil (= buat segala sesuatu mengenai amalan dan ibadah atas dasar ikut-ikutan tanpa sandaran ilmu). [Nota: Ilmu yg haq sebagai sandaran dalam Islam adalah al-Quran dan as-Sunnah.] Di dalam Islam sesuatu yg haq itu adalah datangnya dari Allah (a.w) dan RasulNya. Dalam Islam sesuatu yg batil itu adalah sesuatu ketetapan yg tiada sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah. Inilah panduan agama. Dunia? Manusia itu bebas melakukan segala sesuatu mengenai dunianya selagi tidak bertentangan dgn ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah). Justeru itu, kalau anuti agama selain Islam, maka tidak diterima Allah (a.w), kerana menentang Allah (a.w). Maka akibatnya mati disiksa dlm kubur dan setelah kiamat dunia, masuk neraka kekal di dalamnya. Tiada peluang masuk syurga.
Kalau anuti agama Islam, tak ikuti ketetapan Islam sebagaimana yg ditetapkan segala sesuatu di dalam al-Quran dan diperjelaskan pula dalam as-Sunnah, maka Islamnya tidak diakui oleh Allah (a.w), tidak diterima dan tidak sah, maka mati disiksa alam kubur, bila kiamat dunia, pasti masuk neraka untuk dibersihkan dulu, kemudian setelah bersih dari dosa, kalau ada dalam hati sanubari orang yg Islam itu keyakinan tentang apa yg disyahadahkan olehnya - ada Allah (a.w), itu sahaja tuhan yg layak disembah yg esa, dan Rasulallah (s.a.w) itu pesuruhnya. Itu saja yg membezakan orang yg tak Islam dgn orang yg Islam tetapi tak amallan atau akur dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Tak ikuti perintah dan ketetapan Rasulallah (s.a.w), maka segala amalan dan ibadahnya batil. Kerjakan amalan dan ibadah - semuanya - tapi batil dan batal, tidak diterima Allah (a.w). Maka dikira tidakpun mengerjakan amalan dan ibadah -solatke, puasake, hajike, infaqke dan zakatke - farduke atau sunatke - semuanya tak diterima dan batil. Maka dalam Kitab Catatan Amalan kosong semata-mata - yg ada hanya dosa, jika dilakukan, tetap tercatit. Maka dalam 'mizan' = timbangan dosa memberati pahala, kerana segala amalan dan ibadah batil, tak dapat pahala, tetapi kerana itu juga dikira tidak kerjakan, maka pasti dapat dosa, selain dosa-dosa yg dilakukan, maka mati disiksa dalam kubur dan kiamat masuk neraka dulu. Orang sedemikian inilah yg disebutkan penghuni syurga terakhir, maksudnya orang yg terakhir masuk syurga, kerana berada dalam neraka untuk dibersihkan dulu, baru diberi peluang masuk syurga. Oleh itu, ingatlah mengikuti as-Sunnah atau mengikuti contoh Rasulallah (s.a.w) dalam semua bentuk amalan dan ibadah itu, termasuk solat, adalah wajib dan tidak boleh tidak utama didahulukan - Ayat 7, Surah al-Haysr - antara lainnya nas dan dalil mengenai kewajipan ikuti as-Sunnah.
Saudara, kita sambung semula kuliyah kita tentang solat. Kali ini kita teliti pula mengapa kita wajib ikuti as-Sunnah dalam semua perkara agama, terutama solat.
Kenapa Solat cara Rasulallah?
Kita semua tahu bahawa agama Islam dan syariatnya dibawakan kepada kita oleh Nabi Muhammad (s.a.w), Utusan Allah (a.w). Selain menerima ilmu melalui wahyu, Rasulallah (s.a.w) diajarkan oleh malaikat Jibrail (a.s), tentang praktikal sesuatu amalan dan ibadah yang memerlukan amalan dan ibadah itu ditunjukkan atau didemokan. Antara ibadah yang perlu ditunjukkan bagaimana mengerjakannya adalah ibadah solat supaya Rasulallah (s.a.w) faham bagaimana dan supaya beliau pula boleh mengajar dan membimbing umat Islam tentang kaedah dan cara bersolat yang menetapi ketetapan dan kehendak Allah (a.w). Maka dengan itu, Allah (a.w) memberitahu kita yang Islam bahawa Rasulallah (s.a.w) itu adalah ‘uswatun hasanah’, yakni contoh orang Islam, iman dan taqwa serta segala sifat-sifat mulia yang wajib dicontohi sekuat mampu kita. Inilah firman Allah (a.w) berikut.
Firman Allah (a.w): 'Laqad kana lakum fi rasulillahi uswatun hasanatul-liman kana yarjullah wal-yaumal akhiri wa-zakarallaha kathira.' [Yg bermaksud: Sesungguhnya adalah bagi kamu sekelian pada Rasulallah (s.a.w) itu contoh terbaik bagi barangsiapa yang mengharapkan ganjaran (pahala) dan balasan hari akhirat dan sentiasalah dia mengingati Allah (a.w) banyak-banyak] [Ayat 21, Surah al-Ahzab]
Jika seseorang itu benar-benar Islam dan mengakui Rasulallah (s.a.w) itu adalah contoh terbaik dijadikan model ikutan, maka dalam perkara amalan dan ibadah, terutama solat, orang Islam akan sentiasalah mempastikan bahawa dia bersolat menepati cara dan kaedah yang dicontohi oleh Rasulallah (s.a.w)! Malangnya, hari ini majoriti umat Islam bersolat, tetapi mereka bersolat dalam kejahilan kerana tidak mempelajari as-Sunnah (contoh perlakuan Rasulallah (s.a.w) dalam solat) atau mereka sengaja tidak endahkan as-Sunnah dan mengikuti ketetapan orang lain. Yang lebih batilnya adalah mereka melakukan banyak perkara yang sama sekali bertentangan dengan atau berlainan atau berbeza dari ketetapan Rasulallah (s.a.w), terutama dalam perkara solat.
Rasulallah (s.a.w) memperingatkan kita bahawa jika umat Islam itu berpegang kepada atau berpandukan dua sumber ilmu dan panduan hidup orang iman, iaitu al-Quran dan as-Sunnah, Rasulallah (s.a.w) menjamin mereka tidak sekali-kali akan sesat dan mereka dijamin berjaya mendapatkan ‘siratul mustaqim’ (i.e. jalan lurus ke syurga) atau, dengan lain perkataan, mendapat kerahmatan Allah (a.w), dan dengan itu pasti mendapat syurga. Inilah jaminan Rasulallah (s.a.w) berikut:
Sabda Nabi (s.a.w): 'Taraktu fikum amraini ma in tamasaktum bihima lan tadillu, kitaballahi wasunnati nabiyi) [Yg bermaksud: Aku tinggalkan kepada kamu sekelian dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duanya, tidak akan sesat kamu selama-lamanya (dalam mencari dan mendapat serta mengikuti siratul mustaqim, yakni mendapatkan syurga) (iaitu): Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan sunnah nabiNya (yakni, sunnah Rasulallah (s.a.w))[Hadith sahih at-Termidzi, Ahmad ibnu Hanbal, Ibni al-Asim, al-Hakim, at-Tobrani, ad-Dalamii dan al-Thahawi].
Maka dengan itu jugalah Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita orang iman bahawa di akhir zaman kelak, yakni ketika Rasulallah (s.a.w) sudah tiada (i.e. wafat), umat Islam ramai, tapi hanyalah seumpama buih-buih di permukaan air lautan apakala dilanda angin dan ombak akan luput. Banyak tapi tidak bermakna sedikitpun. Buih itu akan hilang kemudian diganti pula dengan buih yang lain, umat Islam begitu rapuh. Di dalam sabda yang lain pula, umat Islam selepas kewafatan beliau akan berpecah menjadi 73 golongan atau mazhab, 72 golongan tidak berjaya mendapat syurga dan masuk ke dalam neraka, walaupun Islam, dan hanya satu golongan sahaja yang berjaya mendapat syurga. Golongan yang mendapat syurga itu adalah mereka yang menepati dua criteria; iaitu: pertama, mereka berpegang kepada dan berpandu kepada as-Sunnah, iaitu sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin (i.e. sunnah Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali b Abi Thalib, radiallahu ‘anhum)(= [Hadith] 'ma ana 'alahi wa-ashabi' = apa yg aku (Nabi) pegang dan sahabatku (yg empat) pegang) , dan kedua, mereka itu anuti Islam secara berjema’ah (Ayat 103, Surah ali-Imran dan hadith).
Hari ini, boleh dikira berapa ramaikah orang Islam yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Kita dapati golongan majoriti umat Islam jahil tentang as-Sunnah. Maka, manakah mungkin mereka boleh mengikuti as-Sunnah. Majoriti umat Islam juga anuti Islam tanpa secara berjema’ah, manakan mungkin mereka tergolong dalam golongan yang satu yang berjaya mendapat syurga! Kita boleh faham jika majoriti orang Islam yang tidak berilmu itu jahil tentang as-Sunnah. Tapi, yg anihnya, bagaimanakah kalau orang agama sendiri yang jahil tentang as-Sunnah? Tidak ada usaha dari pihak-pihak yang bertanggung jawab menguruskan dan menasihatkan umat Islam tentang Islam, mereka sendiri jahil pula tentang as-Sunnah dan tidak mengajarkan as-Sunnah kepada masyarakat Islam.
[Nota: Pesanan dalam hadith ini disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam khutbah terakhir beliau ketika mengerjakan haji wada’ tahun 9 Hijrah. Di dalam al-Quran disebutkan ‘kitab’ dan ‘hikmah’: Surah-surah al-Baqarah (ayat-ayat 129, 151 & 231), ali-Imran (ayat 164), an-Nisa’ (ayat 113), ad-Dhuhan (Ayat 34) dan aj-Jumu’at (Ayat 2). Mengikut Imam as-Shafie perkataan ‘hikmah’ mengikut persetujuan para ulama yang faqih tentang Ilmu al-Quran bermaksud Sunnah Rasulallah (s.a.w) atau as-Sunnah.]
Mudah-mudahan saudara faham mesej dalam post ini. Di dalam Islam segala sesuatu hendaklah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, selainnya adalah persangkaan manusia, maka pasti batil dan tidak benar. Justeru itu, segala amalan dan ibadah - bentuknya, cara dan kaedah beramal dan beribadah - hendaklah menepati apa yg dilakukan oleh Rasulallah (s.a.w), jika tidak batal dan batil. Inilah kelemahan manusia dan orang Islam.
Janganlah perdagangkan akhirat dalam kejahilan kita.
Janganlah perdagangkan akhirat dalam kejahilan kita.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment