Assalamualaikum,
saudara, sebelum kita teruskan penelitian kita secara terperinci cara dan kaedah bersolat mengikut cara Rasulallah (s.a.w), eloklah kita perhatikan betapa utama dan pentingnya solat itu kpd setiap orang yg Islam dan beriman. Supaya dgn peringatan itu tidaklah kita tergolong dari kalangan orang yg akui dirinya Islam dan beriman tetapi tidak pula mengerjakan solatnya atau mengambil ringan solatnya atau sama sekali meremehkan solatnya.
Saudara, dalam blog ini kita telahpun teliti bahawa perintah pertama kpd seseorang yg Islam itu setelah dia mengakui dalam syahadahnya tiada tuhan yg berhak disembah kecuali Allah (a.w) dan Nabi Muhammad (s.a.w) itu adalah Hamba Allah (a.w) dan Pesuruh Allah (a.w), adalah mengerjakan solat lima waktu sehari semalam. Ibadah solat adalah amalan yg pertama disemak di akhirat kelak dan ditanyakan oleh Allah (a.w) kpd mereka yg akui dirinya Islam. [Nota: Manusia yg tidak bersyahdah adalah manusia yg tidak akui Allah (a.w) itu tuhan mereka dan Rasulallah (s.a.w) adalah Pesuruh Allah (a.w), maka ketika kiamat dunia mereka tidak perlu berkumpul di padang makhsyar untuk dihisab atau ditimbang dosa dan pahala, tetapi terus dihalau oleh malaikat ke neraka tanpa dihisab. Jelasnya ada dua ategori manusia yg tidak dihisab di akhirat kelak, iaitu orang yg tidak Islam tidak dihisab tetapi terus dicampakkan ke dalam neraka, dan orang Islam yg bersih dari dosa, maka tidak juga dihisab dan terus dimasukkan ke dalam syurga.]
Diriwayatkan hadith dari Muaz b Jabal memberitahu bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Pangkal (atu tunjang) kpd semua perkara dalam Islam dan tiang kpd agama Islam adalah solat dan kemuncak kpd Islam itu adalah berjihad fi sabilillah.' [Hadith Riwayat Imam Ahmad]
Jelasnya, apapun perkara pahala dan dosa serta sah atau tidaknya segala amalan dan perbuatan dalam Islam adalah solat,. Tanpa solat segala amalan yg lainnya tidak ada gunanya, tidak ada pahala baginya atau tak dapat sebarang pahala dalam mengerjakannya, walaupun itu merupakan suatu kebaikan kpd siapapun. Maka dgn itu jika kta kafir, maka sebanyak mana sekalipun kebaikan yg kita lakukan semasa hidup kita, tidak ada pengiktirafan dari Allah (a.w). Maka nilainya zero semata-mata pada Allah (a.w). Nilai sesuatu kebaikan itu hanya wujud apabila seseorang itu Islam.
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Amr b Ash berkata pada suatu hari Nabi (s.a.w) menyebutkan tentang solaty, maka Nabi (s.a.w) bersabda kpdnya:'Barangsiapa yg menjaga solatnya maka solatnya itu menjadi cahaya dan bukti serta keselamatan pada hari kiamat bagi dirinya; dan barangsiapa yg tidak menjaga solatnya maka tiada cahaya baginya, tidak ada bukti dan tidak ada keselamatan baginya dan pada hari kiamat dia akan bersama-sama dgn Qarun, Fir'aun, Haman, dan Ubai b Khalaf.' [Hadith Imam Ahmad]
Saudara, hadith ini jelas memperingatkan kita bahawa sesiapa yg secara istiqamah menjaga solat fardunya yg lima, maka apabila kiamat dunia dia mendapat cahaya, dia mendapat bukti yang dia adalah sebenarnya Islam dan beriman, dan solatnya itu menyelamatkannya di hari perhimpunan tersebut. Jika dia akui dirinya Islam tetapi tidak bersolat atau bersolat sambil lewa atau meremehkan solatnya, maka dia tergolong dari kalangan orang-orang ternama zaman Musa (a.s) spt Qarun (saudara Nabi Musa (a.s) yg begitu kaya lebih kaya dari manusia terkaya di dunia zaman ini, yg tidak mahu mengeluarkan zakat), Fir'aun (raja Mesir zaman Musa (a.s) yg akui diinya tuhan yg ditenggelamkan di Laut Merah), Haman dan Ubai (munafiq zaman Rasulallah (s.a.w)]. Mereka adalah penghuni neraka. Jelaslah tidak menjaga solat kita tergolong orang kenamaan dalam neraka kelak! Wal iya zubillah.
Diriwayatkan hadith dari Jabir berkata: 'Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Sesungguhnya antara seorang dan antara syirik dan kekufuran adalah meninggalkan solat.' [Hadith Muslim]
Jelasnya dalam hadith di atas yg membezakan orang yg Islam dgn orang yg syirik (i.e. menduakan Allah (a.w) dan orang yg kafir (yakni, tidak Islam) adalah meninggalkan solat. Maka dalam hadith berikut dijelaskan bahawa orang yg meninggalkan solat - walaupun satu waktu - sengan disengajakannya jatuh kafir.
Diriwayatkan hadith dari Abi Buraidah hadith dari bapanya berkata telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Janji yg ada diantara kami orang iman dan antara mereka (orang yg kafir, munafiq) adalah solat. Barangsiapa meninggalkan solatnya, maka sungguh-sungguh dia telah kafir.' [Hadith at-Termidzi]
Saudara, demikianlah beberapa peringatan kpd kita mengenai solat fardu itu. Oleh itu janganl;ah kita ringankan dan remehkan dan janganlah kita tinggalkan. Sesungguhnya tiada gunanya kita hidup di dunia - walau semewah manapun, walau setinggi manapun nikmat dunia yg kita terima dan walau sesenang manapun kita, kita hidup tak lebih dari 100 tahun, kemudian ketika mati kita kita disiksa dalam kubur selama yg berlipat ganda umur kita, dan kemudian di akhirat pula kita kekal dalam neraka selama mana pula gandaan umur kita. Sehari di akhirat itu bersamaan dgn 1,000 tahun kiraan tahun dunia kita. Takda untungnya. Walhal, mereka yg berjaya mendapat syurga, walaupun yg termiskin di kalangan ahli syurga itu memiliki kekayaan 10 kali dunia dan memiliki isteri 'hurul-a'in' pula - sebanyak 72 orang! Tak ada nilainya dunia kalau kita benar-benar faham Islam dan yakin dgn hari akhirat.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment