Thursday, December 22, 2011

Solat Cara Rasulallah (s.a.w) (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara, mulai post ini kita teli secara terperinci 'Bagaimana bersolat Cara Rasulallah (s.a.w)' dgn berpandukan hadith mengenai rukun qalbi, rukun qauli dan rukun fe'linya, insya Allah.
Solat mengikuti as-Sunnah atau cara Rasulallah (s.a.w) itu mudah. Bermula dgn ketetapan Rasulallah (s.a.w) ketika nak bersolat berdirilah dan sebutlah atau bacalah Takbir (i.e. Takbiratul Ikhram) : 'Wa-iza qumta ilas-solata, fakabbir'. Itu saja. Tak ada baca 'Usolli ...' dan sebagainya. Malah membaca Usolli ... itu membatalkan solat dan menjadikan kita pengikut ahli bid'ah dan terkeluar kita dari Islam tanpa kita sedari. Walaupun nampak baik membaca kalimah tersebut, namun kerana tiada dalam syariat solat maka adalah dihukumi sebagai bid'ah (= pencemaran) kpd syariat Islam.
Memulakan Solat: Doa (Sunat) 
Apabila hendak memulakan solat, Rasulallah (s.a.w) sering berdoa dahulu ketika dia berdiri di tempat solatnya. Justeru itu, mengikuti sunah, maka eloklah kita berdoa atau membaca doa semasa berdiri, sebelum memulakan solat dengan membaca Takbiratul Ikhram (yakni, Allahu Akbar ).
Antara beberapa hadith yang menyebutkan beberapa doa amalan Rasulallah (s.a.w) sebelum memulakan solat itu, ialah: 
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Sesungguhnya Nabi (s.a.w) adapun ketika hendak memulakan solatnya membaca dia 'Subhanakal-lahumma wabihamdika, tabarakas-muka, wata’ala jadduka, wala ilahu ngairuk(-a)' [Yg bermaksud: Setinggi pujian atas Engkau, ya Allah ya Tuhan kami, dan kami bersyukur kepadaMu, maha berkat namaMu, dan maha luhur kekuasaanMu, dan tiada tuhan selain Engkau][Hadith sahih Ibnu Majah] 
Atau, membaca doa pendek berikut. Membaca doa-doa ini tidaklah wajib, tetapi kalau dibuat dapatlah kita pahala sunnah.
Diriwayatkan hadith daripada Jubairi bin Mut’im (r.a), hadith daripada bapanya berkata: ‘Aku melihat Rasulallah (s.a.w) ketika masuk dalam (yakni, hendak) solat berkata: ‘Allahu akbaru kabira (3x), Alhamdu-lillahi kathira (3x), subha-nallahi bukratau wa asila (3x). Allah-humma inni a’uzubika minasy-syaitanir rajim, min hamzihi wanafhihi wanafsihi) [Yg bermaksud kalimah:  Ya Allah ya Tuhan kami! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari syaitan yang direjam, dari keinginan nafsuku dan keinginan diriku][Hadith Ibn Majah] 
Atau, setelah berdiri menghadap Qiblat, berdoa: 'Allahum-maghfirli, warhamni.' [Yg bermaksud: Ya Allah ya Tuhanku ampunilah dosaku dan Engkau (Allah) rahmatilah aku’ [Hadith Ibnu Majah]. 
Demikianlah tiga cabutan doa pendek yang dibaca Rasulallah (s.a.w) ketika berdiri hendak bersolat, iaitu sebelum memulakan solat dengan melafazkan ‘Takbiratul Ikhram’, yakni 'Allahu Akbar'. 
[Nota: Apabila membaca Takbiratul ikhram (rukun qauli) itu hendaklah beserta dengan mengangkat kedua-dua tangan kita dengan terbuka, lurus jari-jari tangan (rukun fe’li) diangkat sehingga paras bahu ATAU paras cuping telinga. Itulah dua kaedah mengangkat kedua tangan ketika membaca Allahu Akbar'. Perbuatan sedemikian itu dilakukan setiap kali hendak Rukuk, setiap kali bangun dari Rukuk, dan ketika bangun berdiri untuk rakaat ke-3 selepas Tahiyat Awal. Maksudnya, kalau diangkat kedua tangan ampai ke paras bahu hendaklah konsisten sampai ke paras bahu; kalau diangkat ke paras cuping telinga, buat semua sampai had tersebut, jangan campur adukkan.]


Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment