Assalamualaikum,
Saudara, dalam perkara 'Solat mengikut cara Rasulallah (s.a.w)' , kita telahpun teliti cara bverwudu'. Rasulallah (s.a.w) demokan bagaimana berwudu'. Selain kepala, yg disapu keseluruhan bahagian kepala sekali, lain-lain anggota wudu' dibasuh sekali atau dua kali atau tiga kali. Rasulallah (s.a.w), dalam sepotong hadith memberitahu, para nabi dan rasul yg berwudu', mereka membasuh anggota wudu' itu tiga kali (kecuali kepala). Jelaslah bahawa kaedah berwudu' itu ditetapkan oleh Allah (a.w) semenjak manusia diperintahkan mengerjakan solat. Solat sebelum Rasulallah (s.a.w) diangkat menjadi Rasul adalah dua kali sehari, iaitu Solat Subuh dan Solat 'Asar. Hanya solat yg kita amalkan sekarang ini ditetapkan oleh Allah (a.w) dalam peristiwa Isra' dan Mikraj Rasulallah (s.a.w).
Saudara, sebelum kita teliti hadith mengenai setiap perlakuan wudu' itu secara terperinci - walaupun sudah kita perincikan melalui sepotong hadith riwayat Imam an-Nasa'i dalam post yg lalu itu, elok kita peringatkan diri kita bahawa solat fardu itu amat utama bagi kita yg akui diri kita Islam dan beriman dan mengharapkan di akhirat kelak mendapat syurga dan dapat bertemu dgn Allah (a.w), nikmat terbaik dalam syurga. Hadith ini wajib dijadikan panduan hidup sepanjang hayat kita, insya Allah.
Janji Allah (a.w) Kepada HambaNya
Oleh kerana pentingnya ibadat solat itu, di dalam sebuah hadith qudsi disebutkan bahawa Allah (a.w) berjanji sesiapa yang mengerjakan solat fardunya tetap pada waktunya, maka dimasukkan dia ke dalam syurga. Ingatlah firman Allah (a.w) di dalam al-Quran, Allah (a.w) memberi pengakuan bahawa segala janjiNya itu pasti ditunaikan:
Diriwayatkan hadith daripada Ibni Syihab al-Zuhri (r.a) berkata bahawa telah berkata Said bin Musaiyab (r.a): ‘Sesungguhnya Aba Qatadah bin Rab’ii (r.a) memberitahunya dengan berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w), dengan sabdanya (menyampaikan firman Allah (a.w)): ‘Telah berfirman Allah (a.w): ‘Bahawasanya Aku (Allah (a.w)) mewajibkan atas umat engkau (Muhammad (s.a.w)) lima solat (fardu) dan menjanji Aku (Allah (a.w)) di sisiKu ‘Bahawasanya barangsiapa menjaga dia atas solat (yang lima itu) pada waktunya, Aku (Allah (a.w)) masukkan dia ke dalam syurga, dan barangsiapa tidak menjaga (lima solat itu) maka tidak ada janji Aku (Allah (a.w)) bagi mereka di sisiKu.’ [Hadith Ibnu Majah][Hadith Qudsi]. Hadith yang sama perawinya sama juga diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunannya. Kita turunkan berikut sekadar untuk rujukan tambahan:
Diriwayatkan hadith oleh ibnu Syihab az-Zuhri (r.a) berkata: Berkata Sa’id bin Musayab (r.a) bahawa sesungguhnya aba Qatadah bin Rabi’i (r.a) menxeritakan kepadakdengan katanya: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Berfirman Allah (a.w): ‘Sesungguhnya Aku (Allah (a.w)) mewajibkan atas umat engkau (Muhammad (s.a.w)) lima solat dan menjanjikan Aku di sisiKu suatu janji bahawasanya barangsiapa datang (kepadaKu) menjaga atasnya (solat yang lima itu) pada waktunya, Aku masukkan mereka ke dalam syurgaKu, dan barangsiapa tidak menjaga solatnya pada waktunya maka tiadalah janjiKu baginya di sisiKu.’ [Hadith qudsi, Riwayat Abu Daud].
Di dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) menyampaikan firman Allah (a.w) (Hadith Qudsi) bahawa ada perjanjian Allah (a.w) dengan manusia yang Islam dan beriman. Apakah janji Allah (a.w) itu? Jika mereka bersolat lima solat fardu dalam waktunya, maka mereka dimasukkan oleh Allah (a.w) ke dalam syurga, dan jika mereka tidak bersolat dalam waktunya, maka tiada janji tersebut. Pendeknya, sesiapa yang mengerjakan solat lima waktu dalam waktu-waktu yang ditetapkan, maka Allah (a.w) berikan ganjaran syurga, dan jika sebaliknya, masuk neraka. Satu perjanjian yang mudah bagi manusia.
Oleh yang demikian solat fardu itu amat penting. Dan, solat sunat itu juga penting jika cacat ibadah solat fardu kita. Maka dengan itulah diibaratkan oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa jika ugama Islam itu adalah rumah keimanan umat Islam, maka solat fardu itu tiang tengahnya. Jika tidak dibuat, maka runtuhlah ugamanya – tidak berugamalah dia!
Diriwayatkan hadith daripada ‘Ubadah ibnu Samit (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Lima solat yang mewajibkan Allah (a.w) atas hamba-hambaNya. Maka barangsiapa datang (kepada Allah (a.w) di akhirat kelak) dengannya tidak kurang daripadanya sesuatu, tidak meremehkannya (yakni, meringankannya atau menganggap enteng akan solat-solat itu), maka sesungguhnya Allah (a.w) mendatangkan baginya di hari qiamat nanti janji Allah (a.w) bahawa dimasukkanNya ke dalam syurga. Dan barangsiapa datang dengannya sungguh-sungguh kurang daripadanya sesuatu, meremehkannya dengan haqnya, tidak ada baginya di sisi Allah (a.w) janji. Jika dikehendaki Allah (a.w) diazabnya (maka diazabnya), dan jika berkehendakkan Allah (a.w) mengampunkannya, (maka diampunkannya dosa-dosanya kerana meninggalkannya)’ [Hadith Ibnu Majah, Kitab Solat].
Daripada hadith di atas jelas pada kita ketetapan Allah (a.w). Malangnya, kita seringkali meringankannya. Apabila masuk waktunya kita tunggu, perlambatkan atau kita leka. Jika tidak dalam kesebokan urusan harian, terutama di kalangan mereka yang terlalu sebok dengan urusan kerajaan, urusan bisnes dan lain-lain, demi keduniaan mereka, terkadang terlupa solat atau terlepas waktu dan tidak disolatkan. Contoh: Seringkali, mereka bermesyuarat sampai luput waktu solat ‘Asar dan Maghrib. Atau, mereka dalam tekanan semasa perundingan dengan orang bukan Islam, meneruskan perundingan walaupun sudah hamper luputwatu solat. Atau, mereka terlalu asyik melayan tetamu sehingga luput waktu Maghrib. Insiden-insiden sedemikian ini sering kita lalui dan temui. Manusia itu lebih mengutamakan hal dunianya demi kesenangan untuknya atau demi kedudukannya, maka dia meremehkan ibadat dan tanggung jawabnya kepada Penciptanya, Allah (a.w).
Janji Rasulallah (s.a.w) Kepada Umatnya
Rasulallah (s.a.w) juga berjanji dengan umatnya bahawa syafa’atnya di akhirat kelak akan diberikan kepada mereka yang kekal mengerjakan solat lima waktu sehari semalam itu tanpa meringankannya. Ramai orang bersolat tetapi meringankannya, seperti membuatnya secara tergesa-gesa dan cepat tanpa berhari-hati. Kerana mengejar masa, Surah al-Fatihah dibaca secara bersambung di dalam solat, walhal solat itu adalah ibadat yang paling utama yang wajar dijaga dari segi pelaksanaan rukun-rukun qalbi (iktikad, keluhuran hati dan khusyuk), rukun fe’li (perlakuan dan perbuatan dalam solat, iaitu gerakan) dan rukun qaulinya (bacaan dan lafaz serta sebutan), dengan betul mengikut letentuan atau ketetapan as-Sunnah. Orang-orang yang sedemikian sebenarnya meremehkan solatnya. Ramai juga yang bersolat tanpa tertinggal tetapi seumpama ayam mematuk padi atau makanan di tanah, begitu cepat dan pantas. Orang tersebut meremehkan ibadat solatnya. Begitu jugalah orang-orang yang mengerjakan solatnya tanpa ilmu dan berpandukan beberapa prinsip secara ikut-ikutan dan kata-kata manusia dalam melaksanakan rukun fe’li, qalbi dan qaulinya. Maka itupun meremehkannya. Apatah lagi mereka yang meninggalkan solat. Sesiapa meninggalkan solatnya, mengikut hadith, walaupun satu waktu, jatuh kafir dia atau jatuh syirik dia dan janji Allah (a.w) dan janji Rasulallah (s.a.w) tersebut terbatal secara otomatis:
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Buraidah (r.a), katanya hadith daripada bapanya yang berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesunguhnya janji yang (telah dimeterikan) antara aku dan antara mereka (yakni, umatku atau umat Islam) adalah solat, maka barangsiapa meninggalkan solatnya maka sungguh-sungguh dia kafir.’ [Hadith sahih an-Nasa’i].
Di dalam hadith di atas itu jelas ketetapan Rasulallah (s.a.w) bahawa janji beliau dengan umatnya, yakni beliau adalah imam umat Islam, hanya wujud selagi mereka tidak meninggalkan solatnya. Sesiapa yang meninggalkan solatnya akan terbatallah janji beliau (termasuk mendapat syafaat atau pertolongan di padang makhsyar), malah Rasulallah (s.a.w) menjatuhkan hukuman ‘kafir’ kepada umatnya yang meninggalkan solat fardunya. Begitu penting ibadah solat itu. Malangnya, bukan sahaja ramai orang Islam meremehkan ibadat solatnya, malah ramai pula mengakui dirinya Islam dan beriman tetapi tidak mengerjakan solat. Paling ramai umat Islam bersolat dengan cara dan kaedah yang sama sekali berlainan daripada cara dan kaedah Rasulallah (s.a.w) bersolat. Mereka ini juga mengabai dan meremehkan solat mereka. Jika berlainan, maka perlakuan tersebut tergolong dalam ‘bida’ah’, kerana melakukan sesuatu yang tidak dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w). [Nota: Rujuk hadith beliau: ‘Sollu kama ra-aitumini usalli’ (Maksud: solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat.’ [Hadith yang diriwayatkan oleh Abi Qilabah (r.a) dalam Sahih Bukhari]. Mengikut beberapa hadith, Rasulallah (s.a.w) bersabda bahawa seseorang yang meninggalkan satu waktu solat fardu sama ada jatuh kafir atau berlaku syirik! Begitu besar dosanya di dalam Islam. Kafir dijamin neraka. Begitu jugalah syirik. Tetapi, mungkin kerana mengucap syahadah akhirnya dapat masuk syurga juga, wallahu ‘alam. Ada ulama’ berpendapat bukan ‘kafir’ tetapi ‘kufur’, yakni engkarkan perintah Allah (a.w). Sebenarnya sesiapa yang engkar perintah Allah (a.w) adalah fasiq, ‘kufur’ hampir menjadi ‘kafir’ atau jatuh pada hakikatnya ‘kafir’. Ketetapan Rasulallah (s.a.w) itu jelas, mengapakan ada ulama’ yang meringankan takrifnya?] Semoga saudara faham betapa utamanya solat fardu itu. Maka janganlah diringankan. Jika tak solat samalah kita seumpama orang kafir yg anuti agama selain Islam. Maka sama-samalah kelak kita berada dalam neraka. hanya, ada kemungkinan akhrnya kerana yakinkan wujudnya Allah (a,.w) yg esa, maka kiita mungkin diberi peluang sebagai penghuni syurga juga akhirnya.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment