Thursday, December 1, 2011

Adab: Kefadhalan Susu

Assalamualaikum,
Saudara, Islam menggalakkan umatnya minum susu, kerana susu itu adalah satu sumber makan dan minuman yg memanfaatkan manusia. Malah Islam menyuruh ibu menyusukan anaknya yg baru lahir sampai sempurna umur 2 tahun, barulah disuruh cerai susu.
Diriwayatkan hadith dari ibni Syihab hadith dari Ubaidillah ibni Abdillah b 'Utbah hadith dari ibni Abbas berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Man at'amahullahu to'aman fal-yaqukul: 'Allahumma barik lana fihi warzukna khairan minhu' (Yg bermaksud: Ya Allah (a.w) semoga Engkau memberkati (atau mendatang barokah) untukku dari makanan ini, dan semoga Engkau memberi kpdku makanan yg lebih baik dari ini (yg aku makan).); wa-man saqahullahu labanan fal-yaqul 'Allahumma barik lana fihi wa-zidna minhu' (Yg bermaksud: Ya Allah (a.w) semoga Engkau memberkati (atau mendatangkan keberkatan kpdku) pada minuman ini, dan semoga Engkau menambah kpdku dari susu ini). Maka sesungguhnya (sambung ibnu Abbas) tidak mengetahui aku apa-apa yg mencukupi dari makanan dan minuman kecuali susu.' [Hadith ibnu Majah, Kitab Makanan]
Saudara, dalam hadith ini kita diberitahu supaya mensyukuri makanan dan minuman yg kita makan dan minum dan berdoa agar Allah (a.w) mengurniakan kpd kita keberkatan serta menambah makan lain yg lebih baik dan menambah minuman yg lebih baik. Apabila minum susu kita disuruh supaya berdoa kerana susu itu adalah makanan yg mencukupi sebagai makanan dan minuman sekali. ibnu Abbas dalam hadith tersebut memberitahu bahawa susu itu adalah makanan yg mencukupi, tiada makanan/minuman selainnya yg dapat mengenyangkan seseorang itu kecualilah susu.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment