Friday, December 16, 2011

Solat Cara Rasulallah (s.a.w) (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara, kita teruskan penelitian kita tentang tajuk diatas itu, dgn melihat tajuk berikut, iaitu 'Panduan Umum Tentang Solat'.
Panduan Umum Tentang Solat 
Sesiapa yang faqih tentang ilmu mengenai Islam – Ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah – mereka akan menemui ketetapan dalam hadith berikut: 
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sollu kama ra-aitumuni usalli...’ [Maksud: Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku (Nabi (s.a.w) bersolat ...] [Hadith Bukhari] 
[NotaHadith sepenuhnya adalah berikut: Diriwayatkan hadith daripada Abi Qilabah (r.a) bahawa Malik menceritakan kepada kami, katanya: ‘Kami datang kepada Nabi (s.a.w) sedangkan kami pemuda-pemuda yang hampir sebaya. Kami tinggal bersama beliau selama dua puluh malam. Rasulallah (s.a.w) sangat halus perasaannya. Sebab itu, setelah beliau mendengar bahawa kami ingin bertemu dengan keluarga kami, beliau menanyakan kepada kami tentang keluarga yang kam tinggalkan. Lalu kami ceritakan kepada beliau. Nabi bersabda:’ Kembalilah kepada keluarga kamu dan tinggallah berama mereka. Ajarkanlah dan suruhlah mereka.’ Disebutkan oleh beliau beberapa hal. Ada yang aku ingat dan ada yang tidak. Diantara sabda beliau ‘Sollu kama ra aitumui usalli’. Apabila tiba waktu solat hendaklah azan salah seorang diantara kamu, dan yang paling tua dikalangan kamu menjadi imam.’ [Hadith Bukhari] 
Hadith ini menyebutkan bahawa hendaklah kita bersolat mengikuti cara dan kaedah Rasulallah (s.a.w) bersolat. Itu perintah wajib. Kita tidak boleh bersolat mengikut cara atau kaedah selain yang ditunjukkan oleh Rasulallah (a.w). Solat dan lain-lain ibadah sama ada yang wajib mahupun yang sunat yg tidak menepati cara dan kaedah yang diperbuat oleh Rasulallah (s.a.w) tidak sah dan tidak diterima Allah (a.w). Kerana, Allah (a.w) yang membuat peraturan, Rasulallah (s.a.w) yang menyampaikan kepada manusia dan manusia itu wajib ikuti spesifikasi tersebut. Manusia tiada haq mereka atau mengubah sesuatu yang telahpun ditetapkan oleh Allah (a.w) dan disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w).
[Nota: Di dalam hadith di atas itu, ketetapan yg fundamental bagi umat Islam adalah: belajar bagaimana Rasulallah (s.a.w) bersolat, kemudian buatlah menepati apa yg dibuatnya. Justeru itu, kita hanya tahu bentuk-bentuk solat, kaedah dan cara bersolat Rasulallah (s.a.w) kalau kita mengaji as-Sunnah. Hadith itu juga menyebut bahawa sebelum dirikan solat hendaklah diazankan dahulu, yakni diqamatkan. Maka dgn itu kalau kita bersolat sendirian kerana tak dapat bersolat berjema'ah, maka qamatlah dahulu barulah bersolat. Dan, solat fardu itu wajib dijema'ahkan, maka dgn itu prinsip pertama dalam pembentukan solat secara berjema'ah adalah yg paling tua menjadi imam apakala kesemua yg nak solat itu sama taraf ilmunya tentang solat.]
Sehubungan itu dalam perkara solat, kita diwajibkan bersolat mengikut cara dan kaedah Rasulallah (s.a.w) bersolat. Demikianlah ibadah dan amalan yang lain. Setiap perintah Rasulallah (s.a.w) itu adalah perintah yang diwajibkan kita yang Islam akur dan taati. Ada banyak ketetapan al-Quran yang menyuruh kita akur dan taati perintah dan suruhan Rasulallah (s.a.w). Antaranya, firman-firman Allah (a.w) berikut: 
Firman Allah (a.w): 'Ya aiyuhallazi na amanu ati’ullaha wa-ati’urrasula.'[Yg bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatkanlah Allah (a.w) (yakni, ikuti panduan al-Quran) dan taatkanlah Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikutilah panduan as-Sunnah).]’ [Ayat 59, Surah an-Nisa’] 
Allah (a.w) perintahkan orang-orang yang beriman itu hendaklah mereka mentaati Rasulallah (s.a.w) disamping mentaati Allah (a.w). Jika kita tidak akur dengan perintah ‘Sollu kama ra-aitumuni usalli’ itu, maka kita ingkarkan ketetapan Allah (a.w) dalam Ayat 59, Surah an-Nisa’ tersebut.  Kita diberitahu dalam firman Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa’, jika kita taati perintah Rasulallah (s.a.w) kita mendapat syurga, dan sebaliknya, jika kita ingkarkan perintah Rasulallah (s.a.w) mengikut firman Allah (a.w) pada Ayat 14, Surah an-Nisa’, kita disiksa dalam neraka. 
Kita diperingatkan pula oleh Allah (a.w) dalam firmanNya pada Ayat 80, Surah an-Nisa’ bahawa mentaati Rasulallah (s.a.w) bererti kita mentaati Allah (a.w). Sebaliknya, counterfactualnya, jika kita ingkari perintah Rasulallah (s.a.w) maka kita mengingkari perintah Allah (a.w). 
Allah (a.w) berfirman: 'Mai uti’ir rasula faqad ata’allaha...' [Yg bermaksud: Barangsiapa taatkan Rasulallah (s.a.w) sungguh-sungguh mereka telah mentaati Allah (a.w) …’ [Ayat 80, Surah an-Nisa’] 
Allah (a.w) memberitahu kita hambaNya bahawa sesiapa yang mentaati Rasulallah (s.a.w) maka dia sudah pasti mentaati Allah (a.w). Maksudnya, mentaati Rasulallah (s.a.w) sama dengan mentaati Allah (a.w). Kerana Rasulallah (s.a.w) menyampaikan perintah Allah (a.w) kepada kita, manusia. Allah (a.w) menyampaikan perintahNya kepada manusia melalui UtusanNya, Rasulallah (s.a.w). Rasulallah (s.a.w) pula menerima perintah Allah (a.w) melalui wahyu atau melalui perantaraan malaikat Jibrail (a.s). 
Sehubungan itu, dalam konteks solat, Rasulallah (s.a.w) tidak tahu bagaimana praktikalnya solat kecuali setelah ditunjukkan atau diajarkan dan didemokan oleh malaikat Jibrail (a.s) sendiri. Maka dengan itulah ilmu mengenai sesuatu itu amat penting. Tanpa ilmu tidak mungkin kita tahu bagaimana mengerjakan sesuatu amalan dan ibadah. Sehubungan itulah Allah (a.w) memerintahkan umat Islam supaya ambil segala sesuatu yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) sebagai panduan dalam mengabdikan diri kepada Allah (a.w). Inilah ketetapan Allah (a.w) tentang as-Sunnah. As-Sunnah itu mengandungi panduan praktikal segala sesuatu mengenai ibadah dan amalan, atau penjelasan kepada ketetapan Allah (a.w) tentang segala sesuatu. 
Firman Allah (a.w): 'Wama atakumur rasulu fakhuzuhu wama nahakum ‘anhu fantahu.' [Yg bermaksud:  ‘Apa-apa yang dibawakan oleh Rasul itu (yakni, al-Quran dan as-Sunnah) hendaklah kamu ambil (yakni, diamal dan diibadatkan) dan apa-apa yang ditegah oleh Rasulallah (s.a.w) (mengikut as-Sunnah) hendaklah kamu jauhi atau tinggalkan.’[Ayat 7, Surah al-Haysr] 
Firman Allah (a.w) di atas itu adalah mewajibkan kita ikuti as-Sunnah. As-Sunnah adalah perlakuan atau percakapan atau perbuatan Rasulallah (s.a.w) tentang segala sesuatu mengenai Islam dan syariatnya, termasuklah mengenai syariat solat. Kita wajib ambil dan laksanakan segala sesuatu yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) kepada kita, dan kita diwajibkan pula meninggalkan segala sesuatau yang dilarang atau ditegah oleh Rasulallah (s.a.w). Yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) itu adalah dua, iaitu al-Quran dan as-Sunnah (i.e. penjelasan tentang ketetapan Allah (a.w)). 
Firman Allah (a.w): ‘Qul in kuntum tuhibbunallaha fat-tabi’uni, yuhbibkumullaha ya yaghfirlakum zunubakum …' [Yg bermaksud: Katakan olehmu (wahai Muhammad (s.a.w) (kepada manusia)! Jika ada kamu kasihkan Allah (a.w), maka ikutilah aku (Rasulallah (s.a.w)), maka Allah (a.w) akan mengampuni dosa-dosa kamu …) [Ayat 31, Surah ali-Imran]. 
Dalam firman Allah (a.w) di atas, Allah (a.w) perintahkan supaya Rasulallah (s.a.w) memberitahu manusia bahawa sesiapa yang cintakan Allah (a.w), maka hendaklah dia ikuti Rasulallah (s.a.w) dalam segala sesuatu. Di dalam hadith disebutkan pula bahawa sesiapa yang mencitai Allah (a.w), maka Allah (a.w) mencintainya. Malah sesiapa yang mencintaai Rasulallah (s.a.w) maka Rasulallah (s.a.w) mencintainya. Sesiapa yang dicintai oleh Allah (a.w) atau dicintai oleh Rasulallah (s.a.w) pastilah dia mendapat kerahmatan Allah (a.w). Sesiapa yang mendapat kerahmatan Allah (a.w) pastilah dia mendapat syurga dan selamat dari neraka di akhirat kelak! 
Mencintai Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) bererti dia ikuti perintah dan suruhan dan tinggalkan tegahan dan larangan. Orang-orang yang berjaya berbuat sedemikian adalah orang yang dicintai oleh Allah (a.w) dan RasulaNya. dan, orang sedemikianlah yang berjaya mendapat syurga sebagaimana yang disebutkan dalam firman Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa’
Firman Allah (a.w): 'Wa mai uti’illaha wa rasulahu yudkhilhu jannatain.' [Yg bermaksud: Dan barangsiapa taatkan Allah (a.w) dan RasulNya dimasukkan ke dalam syurga mengalir di bawahnya beberapa sungai kekal (mereka tinggal) di dalamnya, dan demikian itu kejayaan yang besar (yakni, kejayaan besar adalah mendapat syurga]’[Ayat 13, Surah an-Nisa’] 
Dalam firman Allah (a.w) pada Ayat 13 di atas, dan counterfactualnya pada Ayat 14, Surah an-Nisa’ itu, jelas. Jika dikuti as-Sunnah sudah pasti mendapat syurga dan jika dibelakangkan as-Sunnah sudah pasti terjerumus ke dalam neraka! Hari ini, oleh kerana kejahilan majoriti umat Islam atau kerana terikut-ikut dengan kebijaksanaan para ulama’ dan ilmuwan Islam dengan kepetahannya mereka berhujjah, majoriti umat Islam ketepikan as-Sunnah atau gantikan ketetapan as-Sunnah dengan ketetapan mazhab (i.e. manusia). Jelaslah mereka menyimpang dari ketetapan Allah (a.w). Jelaslah mereka ingkari ketetapan as-Sunnah. 
[Nota: Mengikut al-Quran, di dalam syurga itu terdapat empat jenis sungai, iaitu sungai madu, sungai susu, sungai air tawar dan sungai arak - Ayat 15, Surah Muhammad.]

Jazakallahu khairah.



1 comment:

  1. Askm. ASAS SOLAT

    Allah telah perentahkan solat ke atas setiap orang yg beriman. Nabi SAW telah diajar olih Jibrail a.s cara2 solat dari sudut praktiknya dan Nabi SAW memberitahu umatNya, "solat sebagai aku solat".

    Selain dari apa yg sdr terangkan dan apa yg ditulis dlm rencana di Sinar Harian, saya dlm perbincangan yg sama dgn seorang sahabat lama, juga sedang menunggu dari dia yg ingin memberitahu saya tentang solat yg betul iaitu "CARA SOLAT MENGIKUT AL-QURAN". Wallahu'alam, nampaknya dia kurang terima sunnah. nabi/hadith.

    ReplyDelete