Assalamualaikum,
Saudara, kita telah lihat beberapa hadith tentang pre-requisite untuk memulakan wudu; kita. Persediaan ini penting untuk mempastikan wudu' kita itu sah dan sempurna. Dalam post ini kita lihat seterusnya proses berwudu' itu.
Niat Sebelum Berwudu’ dan Lafaz Wudu’ (Wajib)
Setelah membasuh dan membersihkan kedua-dua tangan, bolehlah memasukkan tangan dalam bekas mengandungi air untuk berwudu’ itu, yakni, memulakan berwudu’. Kita mulakan berwudu’, yakni sebelum membasuh muka, dengan memasang niat dan kemudian membaca ‘Bismillah'. Di sini kita dapati wujud berbezaan yang ketara di antara perlakuan Rasulallah (s.a.w) dengan apa yang diajarkan kepada kita oleh para ilmuan Islam atau ulama’.
Mengikut kelaziman, kita diberitahu untuk memasang niat dan seterusnya melafazkan atau menzahirkan niat dengan sebutan. Sememangnya sesuatu amalan itu perlu dimulai dengan ‘niat’. Tetapi niat itu adalah di dalam hati. Ia merupakan lintasan atau kata-kata hati kita untuk berbuat sesuatu, dalam kes ini untuk berwudu’. Niat tidak dilafazkan atau disebutkan. Rasulallah (s.a.w) tidak melafazkan atau menzahirkan niatnya ketika hendak berwudu’. Setelah berniat barulah kita masukkan kedua-dua tangan ke dalam bekas air wudu’, dan dan memulakan wudu’ dengan membasuh muka kita. Sebelum membasuh muka kita kita baca kalimah 'Bismillah' bukan ‘Basmalah’.
Diriwayatkan hadith daripada Omar bin Khattab (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya apa-apa amalan itu dimulakan dengan ‘niat’, dan sesungguhnya apa-apa yang dikerjakan oleh seseorang itu barang yang diniatkannya…’ [Hadith Bukhari, Muslim dan an-Nasa’i, dll]
Semua amalan dimulakan dengan ‘niat’ termasuklah hendak berwudu’. Niat itu tidak memerlukan lafaz. Memadailah diingatkan dalam hati (yakni, ‘niat’ itu gerak hati). Jika kita sebutkan atau ucapkan atau lafazkan niat bagaimana? Bolehkah? Di sini kita harus berhati-hati membuat sesuatu amalan dalam Islam yang berlainan daripada apa yang dibuat atau diamalkan oleh Rasulallah (s.a.w). Kerana akibatnya amat besar terhadap keimanan kita. Sebelum kita bincangkan perkara ini selanjutnya, wajib kita kembali kepada perintah Allah (a.w): Apa-apa yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kamu ambil (yakni, praktik dan amalkan), dan apa-apa yang ditegah atau dilarangnya hendaklah kamu jauhkan (Ayat 7, Surah al-Haysr). Jika Rasulallah (s.a.w) amalkan bererti disuruh umat Islam kerjakan. Jika tidak diamalkan atau dibuat oleh Rasulallah (s.a.w) bererti beliau menegah membuatnya.
Dalam konteks ini, menzahirkan ‘niat’ atau mengucapkan atau melafazkan ‘niat’ tidak dibuat oleh Rasulallah (s.a.w). Jika kita buat kita membuat sesuatu yang tidak disuruh olehnya dan tidak pula dibuatnya! Akibatnya? Kita akan teliti ketetapan syariat Islam mengenai perlakuan atau amalan yang berlainan dari ketetapan as-Sunnah dalam. Rengkasnya, ketetapan as-Sunnah itu menyebut bahawa membuat sesuatu yang berlainan daripada yang sudah ditetapkan di larang di dalam Islam. Menyebut/Melafaz 'Bismillah'(Wajib)
Semasa berwudu’ tidak disyariatkan, seperti kita maklum di atas, supaya melafazkan ‘niat’ atau menazahirkan ‘niat’ atau membaca sebarang kata-kata atau kalimah. Tidak juga disebut supaya kita bersyahadah (yakni, membaca dua kalimah syahadah atau berselawat)! Tetapi, yang disebutkan atau yang diamalkan atau yang diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w), yakni mengikut as-sunnah, memulakan wudu’ dengan menyebut nama Allah (a.w), yakni melafazkan 'Bismillah' (bukan ‘Basmalah’). Setelah selesai beruwudu’ kita disuruh membaca ‘doa’. Ini dijelaskan di dalam hadith berikut bilamana Rasulallah (s.a.w) menyuruh para sahabat memulakan wudu’ dengan menyebut ‘Bismillah’:
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Mencari-cari segolongan para sahabat Nabi (s.a.w) akan air untuk berwudu’, maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Adakah beserta salah seorang daripada kamu air?’ (Setelah dibawakan air) Maka diletakkannya (yakni, dimasukkannya) tangan ke dalam air (yang diberikan kepadanya), dan bersabda dia: ‘Wudu’lah dengan (membaca) 'Bismillah'.’ Maka dilihat (oleh para sahabat) air keluar dari celah-celah jari tangannya sehingga berwudu’ di sisinya (yakni, dengan air tersebut) sampai kepada (sahabat) yang terakhir. Maka berkata Thabit (r.a): ‘Berkata aku kepada manusia (yakni, jemaah sahabat yang ada ketika itu): ‘Berapa orangkah kamu lihat (berwudu’)?’ Berkata sahabat: ‘Kira-kira tujuh puluh (70) orang.’ [Hadith sahih an-Nasa’i].
Hadith di atas menjelaskan bahawa wajib membaca ‘Bismillah’ sebelum berwudu’. Hadith tersebut juga memberitahu kita satu daripada mukjizat Rasulallah (s.a.w) yang jarang-jarang kita diberitahu oleh para ulama’. Begitu juga peristiwa yang sama disebutkan dalam hadith berikut mengikut seorang perawi yang lain.
Diriwayatkan hadith daripada Thabit (r.a) dan Qatadah (r.a) hadith daripada Anas (r.a) berkata: ‘Mencari kami sebahagian daripada para sahabat Nabi (s.a.w) air wudu’, maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Adakah beserta seseorang kamu air?’ (Setelah ditemui air dan dibubuh di dalam satu bekas). Maka meletakkan (yakni, mencelupkan tangannya di dalam (bekas) air, kemudian mengangkat kedua-dua tangannya) sambil bersabda: ‘Berwudu’lah dengan (menyebut) kalimah ‘Bismillah’; maka melihat (kami) air keluar daripada celah-celah antara jari-jarinya (yakni, jari Rasulallah (s.a.w)) sehingga berwudu’ daripada sisinya mereka.’ Berkata Thabit (r.a): ‘Berkata aku kepada Anas (r.a): ‘Berapa orang melihat engkau mereka?’ Berkata Anas (r.a): ‘Kira-kira dari tujuh puluh (70) orang (yang berwudu’).’ [Hadith an-Nasa’i].
Hadith ini menjelaskan pada suatu ketika Rasulallah (s.a.w) bermusafir, dia meminta air untuk berwudu’ kerana hanya terdapat sedikit sahaja air, walhal ramai para sahabat perlu berwudu’. Setelah membasuh tangannya, mencelup dia akan tangannya ke dalam bekas air kemudian diangkatnya ke atas, maka keluarlah (yakni, mengalirlah atau mencurahlah) air dari antara jari-jarinya (seumpama turun air hujan) dan disuruhnya para sahabat mengambil wudu’ pada air yang turun itu dengan memulakan wudu’ dengan menyebut 'Bismillah'. Berbalik kepada perkara ini, yang penting dijadikan panduan dan diamalkan adalah memulakan wudu’ dengan ‘niat’ dalam hati, dan melafazkan kalimah 'Bismillah' sahaja. Rasulallah (s.a.w) menyuruh para sahabat memulakan wudu’ dengan membaca 'Bismillah'. Hadith di atas itu menjelaskan bahawa hendaklah memulakan wudu’ dengan menyebut 'Bismillah' terlebih dahulu. Yang penting adalah perintah Rasulallah (s.a.w) memulakan wudu’ dengan menyebut kalimah 'Bismillah' itu.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Said al-Khudri (r.a) berkata: ‘Sesungguhnya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Tidak ada wudu’ (yakni, tidak sah wudu’) bagi orang yang yang tidak menyebut 'Bismillah' atas wudu’nya.’ [Hadith Ibnu Majah].
Hadith di atas memperkuatkan lagi dalil hadith tentang perintah dan suruhan Rasulallah (s.a.w) tentang dua rukun wudu’, iaitu ‘niat’ dan melafazkan 'ismillah' selepas berniat dan sebelum membasuh muka. Wudu’ tidak sah, yakni tidak diterima jika tidak berniat dan menyebut 'Bismillah'. Ketetapan ini amat penting. Malangnya, ramai umat Islam tidak diajar dengan tertib dan sempurna kaedah atau cara atau perintah proses berwudu’ itu. Yang lebih diutamakan oleh para ulama’ kita adalah melafazkan atau menzahirkan ‘niat’ dengan kalimah-kalimah. Tidak pula disuruh menyebut kalimah ‘Bismillah’ itu. Umat Islam diajarkan oleh para ilmuan ugama Islam untuk membuat sesuatu yang lain, yang tidak pula menjadi sebahagian daripada ketetapan atau peraturan berwudu’ mengikut as-Sunnah. Justeru itu, bagi mereka yang tidak membaca 'Bismillah' ketika berwudu’ sia-sialah solat mereka selama ini! Kerana apabila wudu’ kita tidak sah, maka solat kita tidak sah. Apabila tidak sah samalah seperti tidak mengerjakan solat! Rugilah beribadat sekian lama.
Diriwayatkan hadith daripada Rabakh bin Abdul Rahman bin Abi Sufyan (r.a), sesungguhnya dia mendengar dari neneknya, anak perempuan kepada Said bin Zaid (r.a), menceritakan bahawasanya dia mendengar bapanya Said bin Zaid (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak ada solat (yakni, tidak sah solat) bagi orang yang tidak berwudu’ atasnya. Dan tidak ada wudu’ (yakni, tidak sah wudu’) bagi orang yang tidak menyebut 'Bismillah' atas wudu’nya (yakni, semasa berwudu’).’ [Hadith Ibnu Majah]
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak ada solat (yakni, tidak sah solat) bagi orang yang tidak ada wudu’ baginya. Dan tidak ada wudu’ bagi orang yang tidak menyebut 'Bismillah' atas wudu’nya (yakni, semasa memulakan wudu’).’ [Hadith Ibnu Majah].
Diriwayatkan hadith daripada Abdil Muhaimin bin ‘Abas bin Sahlin bin Said as-Sa’idi (r.a), hadith daripada bapanya, hadith daripada datuknya, hadith daripada Nabi (s.a.w) yang bersabda: ‘Tidak ada solat (yakni, tidak sah solat) bagi orang yang yang tidak ada wudu’ baginya. Dan tidak ada wudu’ bagi orang yang tidak menyebut 'Bismillah' atas wudu’nya. Dan tidak ada solat bagi orang yang yang tidak berselawat atas Nabi (s.a.w). Dan tidak ada solat bagi orang yang tidak sukakan orang tempatan (di mana dia bertempat atau bermestautin).’ [Hadith Ibnu Majah].
Ketetapan as-Sunnah yang sama disebutkan dalam hadith di atas. Perhatikan pula bahawa di akhir hadith tersebut disebutkan satu prinsip yang kita tidak diajarkan oleh para ulama. Apa dia? Jika kita bermestautin di suatu qariah atau jemaah umat Islam, kita dilarang membenci orang-orang tempatan tersebut. Jika kita tidak sukakan jemaah dalam qariah tersebut, solat kita juga tidak diterima. Demikianlah pentingnya ukhuah atau persudaraan dalam Islam.
Diriwayatkan hadith daripada Ya’qub bin Salamah hadith daripada bapanya hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘La solata liman la wudu’a lahu, wala wudu’a liman lam yazkurismallahi ‘alahi.' [Yg bermaksud: Tidak ada solat bagi barangsiapa yang tiada wudu’ baginya, dan tidak ada wudu’ bagi barangsiapa yang tidak menyebut (kalimah) (Bismillah) atas wudu’nya.][Hadith Abu Daud & juga at-Termidzi dan ibnu Majah dari isnad Said bin Zaid].
Di dalam perkara ini diperjelaskan lagi bahawa wudu’ itu sah bagi orang yang berjubub setelah dia mandi junub. Mandi junub itu hendaklah dimulakan dengan mengambil wudu’ sebelum mandi. Jika wudu’ kita tidak sah, maka mandi kita juga tidak sah. dan, apabila tidak sah wudu’ kita maka tidak sahlah pula solat kita. Dan, jika belum mandi junub kerana tiada air, maka sah solat dengan bertayamum. Ini ketetapan Allah (a.w) sebagai kemudahan kepada hambaNya seperti yang kita telah tahu awal Blog ini.
Demikianlah tujuh (7) potongan hadith pilihan yang terdapat dalam Sunan an-Nasa’i, Sunan Ibnu Majah dan Sunan Abu Daud, yang menyebutkan bahawa tidak sah wudu’ jika tidak dibaca (Bismillah) apabila memulakan wudu’ kita. Tidak ada hadith menyebut tentang lain-lain kalimah. Apakah akibat kita menggunakan cara dan akedah serta kalimah-kalimah lain? Membuat sesuatu berlainan daripada as-Sunnah mungkin sekali tergolong dalam perbuatan mengamalkan sesuatu ‘pembaharuan dalam urusan atau perkara ugama’, yakni ‘bid’ah’. Mengamalkan sesuatu yang bersifat ‘bid’ah’ membatalkan amalan tersebut.
[Nota-1: Kalimah ‘Bismillah’ adalah menyebut ‘Bismillah’. ‘Basmalah’ adalah menyebut kalimah ‘Bismillahir rahmanir-rahim’. Yang perlu ketika memulakan wudu’ hendaklah menyebut kalimah ‘Bismillah’ sahaja. Nota-2: Tidak ada dalam mana-mana hadith menyatakan bahawa perlu kita melafazkan ‘niat’, iaitu menyebut ‘Nawaitu wudui …’ atau ‘Nawaitu raf’al hadasil-asyghari …’ dan sebagainya. Jika disemak dalam semua kitab-kitab hadith yang besar atau mana-mana hadith sahih tidak disebut bahawa Rasulallah (s.a.w) atau khalifah yang empat membaca atau melafazkan ‘niat’. Menzahirkan ‘niat’ adalah ketentuan baru yang disuruh oleh para ulama’. Nota-3: Dalam ibadah ‘niat’ yang wajib dilafazkan atau dizahirkan dengan kata-kata, hanyalah niat untuk mengerjakan haji dan umrah metika memakai ikhram. Nota-4: Hadith ini menunjukkan satu daripada mu’jizat yang dikurniakan Allah (a.w) kepada Rasulallah (s.a.w), dengan air yang sedikit boleh menjadi banyak dan mencukupi bagi 70 orang sahabat berwudu’ dengannya.Ada banyak lagi mu’jizat yang dikurniakan Allah (a.w) kepadanya, seperti gandum tidak cukup untuk dimasak oleh Aisyah (r.ah) apabila ramai tetamu dijemput Rasulallah (s.a.w) makan di rumahnya.Dan setelah dimasak dapat menjamu ramai para sahabat. Suatu ketika pula seorang sahabat mempelawa Rasulallah (s.a.w) makan di rumahnya selepas solat. Dia menjemput Rasulallah (s.a.w) seorang sahaja kerana makanan yang ada cukup untuk keluarganya dan seorang yang lain. Tetapi, Rasulallah (s.a.w) pula mengajak beberapa orang sahabat yang lain bersama-sama beliau. Walaupun tuan rumah khuatir makanan tidak cukup tetapi, dengan izin Allah (a.w), kesemua boleh menikmati juadah yang sedikit dan masih berbaki pula, walaupun mengikut jangkaan sahabat yang menjemput makan tersebut tidak cukup. Begitu jugalah, gandum di rumah Aisyah (r.ah) yang tidak pernah habis suatu ketika walaupun sudah dimasak banyak kali. Maka apabila Aisyah (r.ah) hairan, beliau melihat ke dalam bekas gandum, didapatinya tinggal sedikit, maka selepas dimasak habislah gandum. Beliau kemudian menyesal melihat kerana mengikut pandangannya jikalah beliau tidak melihat ke dalam bekas gandum, mungkin akan berterusan tidak habis. Begitulah antara mukjizat Rasulallah (s.a.w).]
[Nota-1: Kalimah ‘Bismillah’ adalah menyebut ‘Bismillah’. ‘Basmalah’ adalah menyebut kalimah ‘Bismillahir rahmanir-rahim’. Yang perlu ketika memulakan wudu’ hendaklah menyebut kalimah ‘Bismillah’ sahaja. Nota-2: Tidak ada dalam mana-mana hadith menyatakan bahawa perlu kita melafazkan ‘niat’, iaitu menyebut ‘Nawaitu wudui …’ atau ‘Nawaitu raf’al hadasil-asyghari …’ dan sebagainya. Jika disemak dalam semua kitab-kitab hadith yang besar atau mana-mana hadith sahih tidak disebut bahawa Rasulallah (s.a.w) atau khalifah yang empat membaca atau melafazkan ‘niat’. Menzahirkan ‘niat’ adalah ketentuan baru yang disuruh oleh para ulama’. Nota-3: Dalam ibadah ‘niat’ yang wajib dilafazkan atau dizahirkan dengan kata-kata, hanyalah niat untuk mengerjakan haji dan umrah metika memakai ikhram. Nota-4: Hadith ini menunjukkan satu daripada mu’jizat yang dikurniakan Allah (a.w) kepada Rasulallah (s.a.w), dengan air yang sedikit boleh menjadi banyak dan mencukupi bagi 70 orang sahabat berwudu’ dengannya.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment