Thursday, December 29, 2011

Solat Cara Rasulallah (s.a.w) (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun lihat permulaan solat cara Rasulallah (s.a.w) dalam beberapa post yg lalu. Rasulallah (s.a.w) berdiri solat kemudian beliau membaca Takbir (= kalimah 'Allahu Akbar'), iaitu Takbiratul Ikhram, kemudian membaca Doa Iftitah. Kita telahpun tahu Doa Iftitah yg terpendek, memadai dibaca yg pendek itu, walaupun ada Doa-doa Iftitah yg lebih panjang. Namun sah solat kalaupun membaca yg pendedk ('Allahu akbaru kabirau-wal-hamdulillahi kathirau-wa subhanallahi bukaratau wa-asila' itu). Kita juga mendapat tahu bahawa kelaziman kita di Malaysia membaca Doa Iftitah sekarang ini adalah Doa Iftitah yg dibaca Rasulallah (s.a.w) ketika bersolat sunat. Kita tidak diajarkan Doa Iftitah yg khusus untuk solat fardu. Kita juga tahu bahawa ketika Takbiratul Ikhram itu bagaimana mengangkat kedua tangan kita dan had angkatan kedua tangan. Kita juga tahu bagaimana meletakkan kedua-dua tangan kita ketika berdiri semasa membaca Doa Iftitah itu. Kemudian sebelum membaca al-Fatihah (Ummul Kitab), Rasulallah (s.a.w) tidakpun mendahului bacaan al-Fatiahnya dgn membaca kalimah 'Basmalah' dgn meguatkan suara, memadai membacanya sekadar boleh didengar oleh diri kita sendiri. Hanya bacaan al-Fatihah dikuatkan atau dikeraskan suara (secara jahar). Rasulallah (s.a.w) tidak membaca 'Basmalah' dgn menguatkan suara, sebagaimana kelaziman kita diajarkan berbuat sedemikian semenjak kecil lagi. Begitu juga, selepas selesai membaca al-Fatihah, Rasulallah (s.a.w) membaca satu surah al-Quran. Itupun tanpa menguatkan bacaan 'Basmalah', hanya menguatkan bacaan surah. Kita juga tahu bahawa ketika membaca al-Fatihah, dan surah, beliau tidak menguatkan bacaan 'Basmalah', dan beliau memulakan dgn membaca 'Alhamdulillahi rabbil 'alamin ...'
Saudara, selepas selesai membaca surah kitapun Rukuk, Iktidal dan seterusnya.

Membaca Basmalah, al-Fatihah & Surah
Kita lihat selanjutnya perlakuan Rasulallah (s.a.w) tersebut
Semua kita yang solat tahu, kerana diajarkan semenjak kecil lagi bahawa di dalam solat-solat fardu, kita membaca satu surah selepas al-Fatihah pada rakaat pertama dan kedua, dan kita membaca hanya al-Fatihah sahaja pada rakaat ketiga dan ke-empat, bagi solat yang melebihi dua rakaat. Di bawah ini kita teliti nas dan dalilnya mengapa kita berbuat sedemikian:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Qatadah (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) bersolat bersama-sama kami, maka membaca dia di dalam solat Zohor dan 'Asar pada rakaat kedua yang mula dengan al-Fatihah dan dua surah pada kedua-dua solat tersebut; dan kadang-kadang beliau menguatkan bacaan; dan adapun lama rakaat yang pertama dari solat Zohor dan lebih panjang dari rakaat kedua, dan demikian (jugalah) pada solat Subuh.’ [Hadith Muslim] 
Hadith di atas menjelaskan kita baca satu surah selepas al-Fatihah pada rakaat pertama dan kedua. Manakala hadith kedua pula memberitahu kita bahawa pada rakaat ketiga dan ke-empat hanya dibaca al-Fatihah sahaja. Jangan lupa bahawa setiap rakaat perlu dibaca al-Fatihah. Solat yg tidak dibacakan al-Fatihah setiap rakaatnya, tak sah solat tersebut.
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Abi Qatadah (r.a), katanya hadith daripada bapanya, bahawasanya Nabi (s.a.w) ada membaca di dalam dua rakaat yang awal dari solat Zohor dan Asar dengan al-Fatihah, dan dua surah pada kedua-dua solat tersebut; dan membaca di dalam dua rakaat yang kemudiannya (akhirnya) dengan al-Fatihah sahaja.’ [Hadith Muslim] 
Kebanyakan kita mengerjakan solat tanpa terlebih dahulu menyemak asas ilmu dan sandaran syariatnya. Oleh itu kita tidak diberitahu mengapa semasa bersolat kita hanya baca surah pada rakaat pertama dan kedua dan tidak pula rakaat-rakaat ketiga atau keempat? Melalui hadith di atas itu jelaslah kepada kita sandaran nas dan dalilnya mengikut as-Sunnah.
Saudara, melalui hadith di atas itu kita tahu bahawa pertama, dalam solat yg tiga rakaat (Solat Maghrib) atau empat rakaat (Zohor, 'Asar dan Isyak) kita tidak membaca surah pada rakaat ketiga dan keempat selepas membaca al-Fatihah. Kedua, kita juga diberitahu lamanya antara dua rakaat yg pertama dgn dua rakaat selepasnya. Lama berdiri pada dua rakaat pertama adalah kira-kira dua kali lamanya berdiri pada dua rakaat kemudiannya.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment