Sunday, January 1, 2012

Solat Cara Rasulallah (s.a.w) (Samb.)

Assalamualaikum,
dalam beberapa post yg lalu kita telah teliti bagaimana bersolat cara Rasulallah (s.a.w) bersolat. Hakikat ini penting difahami kerana solat atau apa jua amalan dan ibadah yg berlainan dari bentuk-bentuk amalan dan ibadah serta berlainan pula cara dan kaedah mengamal dan mengibadahkannya adalah batal dan batil, tidak diterima Allah (a.w). Begitulah juga solat. Solat yg berlainan dari cara solat Rasulallah (s.a.w) tidak diterima Allah (a.w).
Saudara, kita juga telah lihat beberapa perkara - rukun qalbi, ruikun fe'li dan rukuan qauli dalam solat. Kita mulakan dgn berdiri mengadap qiblat, mengangkat kedua tangan dgn jari-jari terbuka, tegak ke atas dan menyebut Takbir (Allahu Akbar), membaca Takbiratu Ikhram setelah meletakkan kedua tangan kita di atas bahagian pusat di bawah bahagian dada, tangan kanan memgang tangan kiri di pergelangan tangan, kemudian membaca Doa Iftitah (yg pendekpun sah), kemudian membaca al-Fatiha dgn memulakan dgn membaca 'Basmalah' tanpa dikuatkan atau dijaharkan suara, kemudian membaca al-Fatihah dgn menguatkan suara (jika solat-solat malam), kemudian menganaminkan al-Fatihah, kemudian di baca satu surah. Setakat itulah kita telah teliti dalam beberapa post yg lalu.
Saudara, selepas selesai membaca surah, kita teruskan solat kita dgn Ruku, kemudian Iktidal, kemudin turun untuk Sujud, kemudian duduk di antara dua Sujud, kemudian Sujud semula, kemudian kita bangun. Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah memberi kita tahu kalimah-kalimah yg dibacanya ketika Ruku, Iktidal, Sujud, Duduk di antara Dua Sujud, Sujud kedua, kemudian bangkit semula berdiri untuk rakaat kedua (atau rakaat setrusnya). Kita akan teliti cara dan kaedah Ruku dan sbagainya, kalimah-kalimah Tasbihnya. Insya Allah, saudara akan dapati begitu banyaknya perbezaan Rukun Qauli dan Ruykun Fe'li solat apabila kita bandingkan dgn apa yg dibuat oleh Rasulallah (s.a.w). Jelaslah, solat kita tidak sah dan tidak diterima Allah (a.w) kerana Rukun Qalbi, Rukun Fe'li dan Rukun Qaulinya berlainan drp apa yg dilakukan oleh Rasulallah (s.a.w). Rugilah kita kerana kita solat tanpa landasan ilmu yg haq!
Saudara, sebelum kita teruskan melihat kesmua ini elok kita teliti sepotong hadith yg penting menjadi peringatan kita dalam perkara solat itu, iaitu utamanya kalimah al-fatiha tersebut dalam solat.

Allah (a.w) Balas Bacaan al-Fatihah?
Selain itu, diturunkan di bawah ini sepotong hadith yang panjang menyebut tentang Rasulallah (s.a.w) tidak membaca ‘Basmalah’ ketika memulakan bacaan al-Fatihah dalam solatnya. Yang lebih penting dan utama untuk perhatian kita sebagai mesej khusus dalam hadith ini adalah apabila Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa al-Fatihah itu amat penting di baca di dalam solat kerana Allah (a.w) menjawab permintaan kita melalui kalimah-kalimah al-Fatihah tersebut. Ini disebut dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada al-’Ala bin Abdul Rahman sesungguhnya mendengar Aba Saib (r.a), bekas hamba Hisham bin Zohrah (r.a), berkata: ‘Aku mendengar Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w), sabdanya: ‘Barangsiapa bersolat tidak dia membaca dalam solatnya dengan Ummul Quran (yakni, al-Fatihah), maka solatnya kurang, solatnya kurang, solatnya kurang [yakni, diulangi Rasulallah (s.a.w) kalimah tersebut tiga kali], tidak sempurna (maksudnya, solat tersebut tak sah).’ Maka berkata aku (yakni, al’Ala (r.a)) kepada Abu Hurairah (r.a): ‘Sesungguhnya aku kadang-kadang ada aku dibelakang imam bersolat.’ Maka ditarik lenganku oleh Abu Hurairah (kata al’Ala) dan berkata dia (Abu Hurairah): ‘Bacalah dengannya (yakni, al-Fatihah) wahai orang Farsi pada dirimu (yakni, perlahan sendirian tanpa didengar oleh orang lain). ‘Sesungguhnya (kata Abu Hurairah (r.a) lagi) aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Telah berfirman Allah (a.w): ‘Membahagi Aku (Allah) [al-Fatihah dalam] solat itu satu bahagian untukKu dan satu bahagian lagi untuk hambaKu apa-apa hambaKu minta (aku kabulkan)’. ‘[Bersabda Rasulallah (s.a.w) lagi] ‘Bacalah oleh kamu. Apabila dibaca oleh seseorang (hamba Allah (a.w)) Alhamdu-lillahi-rabbil-‘alamiin’ [Maksud: Segala puji-pujian bagi Allah (a.w) Tuhan seluruh ‘alam], berfirman Allah (a.w) ‘Hamidani 'abdi' (Yg bermaksud: Memuji hambaKu padaKu); apabila hambaNya baca  ‘Ar-Rahmanir-Rahim’ [Maksud: Tuhan yang maha pengasih lagi penyayang] berfirman Allah (a.w) ‘Athna 'alaiya 'abdi' (Yg bermaksud: Mengagungkan hambaKu aka Aku’); apabila dibaca hambanya ‘Maliki yaumid-din' (Yg bermaksud: Raja pada hari agama (yakni, kebangkitan)), maka berfirman Allah (a.w) menjawab: 'Majjadani 'abdi' (Yg bermaksud: Mengagungkan hambaKu akan Aku). Dan ketika membaca ayat: Iiya kana’-budu waiya kanas-taa’in’ [Maksud: Kepada Engkau (Allah) aku menyembah dan kepada Engkau (Allah) aku meminta pertolongan], berfirman Allah (a.w) ‘Fahazihil ayatu baini wa-baina 'abdi, wa-li'abdi ma sa-ala' (Yg bermaksud: Maka ini ayat-ayat antaraKu dgn hambaKu), yaqulu 'abdi: 'Ikhdinas-syiratal-mustakiim @ syiratal-lazina an’amta ‘alaihim ngairil magh-dhubi ‘alaihim walad dhollin’ [Maksud: Tunjukkanlah kepadaku jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang Engkau (Allah) kurniakan ni’matMu ke atas mereka, bukanlah (jalan-jalan) orang-orang yang Engkau (Allah) murkai akan mereka (seperti kaum Yahudi) dan (bukan) orang-orang yang sesat (seperti kaum Nesrani)’; maka demikian kalimah bagi hambaKu dan bagi hambaKu, Aku (Allah) perkenankan) apa-apa yang dimintanya.’ [Hadith sahih an-Nasa’i]
Kita tahu bahawa al-Fatihah itu mengandungi enam ayat. Di dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa Allah (a.w) membalas bacaan kita bagi tiga ayat yg pertama. Kemudian, pada tiga ayat selanjutnya merupakan permintaan kita kpd Allah (a.w), maka Allah (a.w) berjanji memberikan apa yg kita pohionkan dalam tiga ayat tersebut. Ada beberapa beberapa perkara penting, yg wajib kita perhatikan dalam hadith ini, iaitu: 
Pertama hadith itu menyebut bahawa jika menjadi makmumpun hendaklah kita baca al-Fatihah itu tetapi jangan kuat, memadailah dapat didengar oleh telinga kita sendiri (bukan didengar oleh orang lain atau jemaah bersebelahan kita!); kedua, Allah (a.w) menjawab kepada setiap ayat al-Fatihah yang dibaca oleh hambanya dalam solat mereka; dan ketiga, Allah (a.w) memberikan segala permintaan hamba-hambanya bagi ayat-ayat ketiga terakhir yang merupakan permintaan hambaNya kepadaNya. Oleh kerana Allah (a.w) memberi perhatian kepada bacaan al-Fatihah dalam solat itu, maka ramai ulama menyarankan supaya al-Fatihah itu dibaca dengan tertib dan tidak tergesa-gesa dengan tajwid yang betul dan sebagainya. Malah lebih utama kalimah-kalimah al-Fatihan itu dibaca ayat demi ayat tanpa menyambungnya, kerana setiap ayat diikuti oleh firman Allah (a.w) memjawab bacaan kita.
[Nota; Di dalam hadith ini, kaum Yahudi itu dimurkai oleh Allah (a.w) kerana mereka membunuh beberapa nabi yang diutus Allah (a.w) menyampaikan syariat agama Allah (a.w) zaman-zaman rasul dan nabi mereka. Kaum Nesrani Allah (a.w) putuskan ‘sesat’ kerana mereka mengatakan bahawa Tuhan itu mempunyai anak dan menyebutkan wujud konsep ‘trinity of god – Mary, the Holy Gost (Spirit) and Jesus’.]
Saudara, kalau kita tiada ilmu as-Sunnah sudah pastilah kita tidak tahu betapa utamanya al-Fatihah dalam solat, dan betapa Allah (a.w) membalas bacaan kita, dan kemudiannya Allah (a.w) memberikan apa-apa yg kita pohonkan bagi diri kita pada tiga ayat terakhir al-Fatihah.
Saudara, mudah-mudahan, setelah kita tau, maka eloklah kita perbetulkan bacaan al-Fatihah, bacalah ayat-ayatnya satu demi satu dgn tartil serta baik dan tidak tergesa-gesa. Setelah selesai membaca al-Fatihah kita sebutlah 'Amin'. 

Tamin Selepas al-Fatihah (Wajib) 
Selepas membaca al-Fatihah hendaklah membaca ‘Tamin’ yakni kalimah ‘Amin’ (maksud kalimah: ‘semoga Allah (a.w) memberi berkat’).  Membaca ‘Tamim’ atau ‘Amin’ ini semua orang tahu. Tapi, yang menjadi silapnya tajwidnya: hendaklah ‘Aa’ itu dua harkat saja, manakala ‘min’ itu adalah 5 atau 6 harkat kerana dia berupa hukum mad arid lisukun dalam tajwid. Sering kita dengar menjadi amalan orang Melayu membaca ‘Aa’ itu 5 hingga 6 harkat sama dengan ‘min’ pula. 
Diriwayatkan hadith daripada Wail bin Hujar (r.a) katanya: ‘Telah aku dengar akan Nabi (s.a.w) telah membaca ia akan 'ghairil makdhubi ‘alaihim walad-dhollin.' di dalam solat berjemaah dan aku saorang daripada makmumnya. Kemudian daripada sudah habis Fatihahnya itu iapun mengucap ‘Amin’ maka dikatanya ‘Amin’.’  [Tambah Wail lagi]Bahawa Rasulallah (s.a.w) menguatkan ucapan ‘Amin’ itu akan suaranya supaya didengar oleh makmumnya kerana manakala makmum mendengar ‘Amin’ imam itu, maka makmumpun turut ikut belaka menyebut ‘Amin’.’ [Hadith Hassan at-Termidzi]
Berbuat demikian dapatlah fadilat pahala mengucap ‘Amin’ itu kepada sekian makmum. Mengikut sepotong hadith lain, disebutkan fadilat atau ganjaran pahala menyebut ‘Amin’ itu, iaitu: 
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) hadith daripada Rasulllah (s.a.w) sabdanya: ‘Apabila Imam menyebut ‘Amin’ kemudian daripada (selesai membaca) al-Fatihahnya, maka hendaklah mengucap sekelian kamu (makmum) ‘Amin’ itu. (Sabda Nabi (s.a.w)):Barangsiapa muafakat mengucap aminnya (yakni serentak) dan para malaikat yang menyahut ‘Amin’ itu serentak pula, maka diampunkan Allah (a.w) baginya akan dosanya yang terdahulu.’ [Hadith Sahih at-Termidzi dan an-Nasa’i] 
Selepas itu kita bacalah satu surah al-Quran. Satu surah perlu bagi rakaat pertama dan kedua. Sekiranya menjadi imam maka hendaklah imam meringankan bacaannya (yakni, membaca surah-surah yang pendek) supaya tidak menyusahkan makmum dibelakangnya. Terdapat hadith menyatakan bahawa seorang sahabat ditegur Rasulallah (s.a.w) kerana membaca surah-surah yang panjang sehingga seorang makmum mengadu kepada Rasulallah (s.a.w) dan Rasulallah (s.a.w) menegur sahabat tersebut. Apabila bersolat berjemaah, tidak diketahui bahawa mungkin makmum mempunyai hajat-hajat yang tertentu dan mendesak, maka perlu dia bersurai awal untuk menunaikan hajatnya. Maka dengan itulah, digesa imam memendekkan bacaan surah dalam solatnya supaya tidak menyulitkan para makmum. 
[Nota: Sebaliknya pula, apabila seseorang itu bersolat bersendirian, terutama solat sunat, kita digalakkan (yakni, afdhal) membaca surah-surah yang panjang. Setelah membaca surah, maka kita Ruku’ dengan mengangkat kedua-dua tangan sampai ke paras telinga ataupun ke paras bahu dengan menyebut Takbir (Allahu Akbar).  Selepas itu kita Sujud dan seterusnya.]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment