Tuesday, January 3, 2012

Solat Cara Rasulallah (s.a.w) (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, insya Allah kita telahpun lihat perlakuan Rasulallah (s.a.w) dalam perkara rukun qauli dan rukun fe'li ketika Rukuk dan Sujud dan Duduk antara Dua Sujud dalam post sebelum ini. Kita hampir selesai meneliti apa yg dimaksudkkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam sabda beliau 'Sollu kama ra-aitumuni usolli' itu. Kerana perintah beliau itu wajib kita fahami supaya solat kita sah dan diterima Allah (a.w). Kita teruskan melihat rukun fe'li (perlaukan dan pergerakan) dan rukun qauli (bacaan) ketika duduk Tahiyat dalam solat. 

Tahiyat Awal dan Akhir (Wajib)
Kita membaca Tahiyat Awal selepas selesai dua rakaat solat, dan Tahiyat Akhir selepas rakaat kedua (solat Subuh) dan pada rakaat ketiga (solat Maghrib) dan pada rakaat keempat (solat Zohor, ‘Asar dan Isya’) dan rakaat akhir solat-solat sunat, kecuali solat Jenazah. Mengikut as-Sunnah, tiada Tahiayat Awal bagi solat-solat sunnah, hanyalah Tahiayat Akhir sahaja.
Di dalam perkara solat sunat Blog ini kita diberitahu bahawa solat-solat sunat malam itu adalah dua-dua rakaat satu ‘salam’ kecuali solat-solat khusus spt Solat Tasbih dibuat 4 rakaat, kemudian ditutup dengan ‘salam’.
Ada pelbagai kelainan dalam mengerjakan solat, setiap satu kategori itu, tidak sama cara dan kaedah mengerjakannya, mengikut syariat Islam. Contoh:
§  Apabila mengerjakan solat fardu malam hari, yakni Maghrib, Isya’ dan Subuh, kita dikehendaki membaca al-Fatihah dan surah dengan menguatkan bacaan, pada rakaat pertama dan kedua. Tetapi, solat fardu siang hari, yakni Zohor dan ‘Asar, tidak dibaca kuat surah-surahnya;
§  Solat fardu Jum’at dikerjakan pada waktu Zohor dan solat ini menggantikan solat Zohor, diiringi dengan khutbah sebelum solat, di masjid (zaman Rasulallah (s.a.w) masjid itu di atas tanah lapang yang ditandakan dengan pancang);
§  Solat Aidil Fitri dan Aidil Adha adalah solat sunat yang diberatkan, disolatkan di atas tanah lapang, dan diiringi dengan khutbah selepas solat, dan solat ini mempunyai tujuh Takbir pada rakaat pertama dan lima Takbir pada rakaat kedua;
§  Solat jenazah adalah solat sunat tanpa rakaat (yakni, satu sahaja) tetapi mempunyai empat Takbir kemudian disusuli dengan salam;
§  Solat sunat Istinsiqa’ (solat minta hujan) dibuat di atas padang atau tanah lapang dan berdoa dengan mengangkat kedua-dua tangan tinggi di atas bahagian kepala;
§  Solat (sunnat) Tasbih itu khusus empat rakaat satu salam dibaca Tasbih khas (‘subhanallah, wal hamdulillah, wa lailahaillah, wallahu akbar’) pada tiap-tiap pergerakan (rukun fe’linya); dan 
§  Solat (Sunat) Hifzi adalah empat rakaat dibaca pada malam Jum’at dan ditetapkan surah-surah yang perlu dibaca pada tiap-tiap rakaatnya.
Jelaslah, tidak semua perlakuan solat itu sama. Wujud perbezaan yang ketara mengikut sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulalalh (s.a.w). Dengan itulah beliau berpesan: Sollu kama ra-aitumuni usalli [Hadith Bukhari].
Apabila kita teliti perlaku semasa duduk Tahiyat, akan kita dapati begitu banyak pula kelainan dari segi perlakuan (rukun fe’li). Semasa pada rakaat kedua hendaklah duduk ‘iftirasy’ (iaitu meletakkan ponggong sebelah kiri di atas tumit kaki kiri, yang dilipat tapak kaki sebelah atas manakala hujung jari-jari kaki kanan ditegakkan sebelah kanan ponggong. Rasulallah (s.a.w) melarang duduk cara lain semasa Tahiyat Awal itu. Pada Tahiyat Akhir pula cara duduknya kaki kiri dilipatkan supaya tapak kaki keluar ke kanan dari bawah peha kanan, sementara ponggong sebelah kiri terletak di bumi (yakni, tikar solat) dan tumit kaki kanan ditegakkan di atas hujung jari-jari kaki.
Nas dan dalil perlakuan Tahiyat berpandukan as-Sunnah itu dijelaskan di dalam sepotong hadith yang panjang seperti berikut:
Diriwayatkan hadith daripada seorang daripada para tabi’in yang dipercayai riwayatnya namanya Abbas bin Sail al Sai’di katanya: ‘Telah berkumpul Abu Hamid (Abdul Rahman bin Said bin Munzar), Abu Said (Malik bin Rabi’at), Sahil bin Saad dan Muhammad bin Musalmat, di dalam mereka itu bermuzakarah mereka (yakni mengingatkan masa mereka bersama Nabi (s.a.w) solat berjemaah) sebagaimana kata Abbas: ‘Maka mengingat-ingatkan mereka itu akan solat Rasulallah (s.a.w), [yakni masing-masing berkata solatnya begini-begini dan kata seorang demikian pula menyungguhkan atau menambah tahkiknya].  Maka didalam hal demikian berkatalah Abu Hamid Abdul Rahman bin Saad bin Munzar as-Saadi as-Syaari (r.a): ‘Aku lebih ingat daripada kamu sekelian dengan solat Rasulallah (s.a.w).’ [Mengikut tambahan pada riwayat Abu Daud (r.a) katanya: ‘Kata mereka itu kerana apa kamu lebih ingat daripada kami? Maka demi Allah (a.w)! Tiada ada engkau lebih daripada kami mengikutinya, dan tiada pula engkau lebih dahulu daripada kami menjadi sahabatnya dan bertambah bagi tahari pula.’ ‘Kata seorang dari mereka: ‘Dari mana kamu lebih ingat daripada kami?’ Jawabnya (Abu Hamid): ‘Aku perhatikan sungguh-sungguh akan solat Nabi (s.a.w) itu hingga aku hafaz akan dia.’Kata Abu Hamid: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) telah aku lihat duduknya, yakni duduk bagi tahiyat maka menghampar dia (yakni melipat dia) akan kakinya yang kiri, dan memperhadap ia dengan hadapan kaki kanannya (yakni belakang kakinya) dihalakannya ke qiblat dengan didirikannya, dan ia meletakkan duduknya atas lipat kaki kiri, dan meletak ia akan tapak tangan kirinya atas lutut kirinya, dan menghantar ia akan tangannya yang kanan itu atas lututnya yang kanan dengan menggenggamkan segala jarinya yang kanan melainkan jari telunjuk’, [sebagaimana kata Abu Hamid], dan mengisyarat ia dengan jarinya, yakni dengan telunjuknya.’ [Hadith Hassan lagi sahih, at-Termidzi] 
Kita telah temui sepotong hadith bagaimana Rasulallah (s.a.w) duduk pada Tahiyat dan menggerakkan jari telunjuknya. Kita teliti selanjutnya di bawah ini.
[Nota: Jika kita belajar ilmu al-Hadith daripada guru bermusnad, kita akan diberitahu dua hadith yang menyebut bahawa ada dua cara membuat ‘isyarat’ (yakni digerak-grakkan): satu cara atas ke bawah dari mula hingga tamat Tahiyat, atau satu cara lagi melurukan jari telunjuk tetapi tidaklah lurus betul tetapi bengkon sedikit, dari mula sampai berakhirat Tahiyat tersebut.Insya Allah kita teliti cara menggerak-gerakkan jari telunjuk ke atas kebawah itu yg dilabel oleh ulama' Islam arus perdana sebagai amalan ajaran Wahhabi! Mereka sebenranya jahil dalam ilmu as-Sunnah. Cara tersebut adalah juga satu variasi yg diamalkan oleh Rasulallah (s.a.w). maka cara itu adalah sebahagian drp as-Sunnah atau sunnah Rasulallah (s.a.w)!] 

Jazakallahu khairah

2 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Adakah cara duduk untuk tahiyat awal dan akhir mengikut cara Rasulullah itu suatu perkara wajib atau sunat?
    Bagaimana kalau tidak mampu hendak melakukannya, adakah akan mengurangkan pahala solat/ sehingga membatalkan solat?

    ReplyDelete
  2. trimakasih gan sudah berbagi ilmu semoga bermanfaat sekali salam sukses,,

    ReplyDelete