Saturday, January 21, 2012

Ayat Qursi - Tafsiran

Assalamualaikum,
Saudara, kali ini kita lihat tajuk di atas yg merupakan sinopsis mengenai sifat Allah (a.w) untuk membolehkan kita benar-benar yakin dan faham erti keimanan dan ketakwaan.

Ayat Qursi 
Firman Allah (a.w): ‘Allahu la-ilaha illa hu ... wa-hual ‘aliyul azim.’ (Yg bermaksud: Allah itu (adalah Allah, Tuhan) tiada tuhan yg berhak disembah kecuali Dia (Allah); zat yg maha hidup dan zat yg maha berdiri (yakni, berkuasa atas segala sesuatu, tidak bergantung kpd orang lain), tiadalah mengambil Dia akan mengantuk dan tidak pula tidur; bagiNya (yakni, berkuasa) apa-apa yg ada di beberapa (tujuh lapisan) langit, dan apa-apa yg berada di dalam (tujuh) lapis bumi; ‘Siapakah orang yg boleh menolong (atau memberi pertolongan) di sisiNya kecuali dgn izinNya’; mengetahui Dia apa-apa di antara depan mereka (yg telah dikerjakan atau diamalkan, atau yg telahpun berlaku di dunia) dan (mengetahui) apa-apa di belakang mereka (yakni, apa yg akan dikerjakan atau dilakukan atau yg akan berlaku di akhirat); dan tidak meliputi (yakni, menguasai) dgn sesuatupun dari ilmuNya kecuali dgn apa-apa  yg dikehendakiNya; dan menguatkan (yakni, memenuhi kursiNya pada beberapa (yakni, tujuh lapis) langit dan (tujuh lapisan) bumi; dan tidak memberatkan atasNya menjaga kedua-duanya (i.e. langit dan bumi); dan Dia (Allah) zat yg maha luhur dan maha agung.). [Ayat 255, Surah al-Baqarah] 
[Nota: Ayat ini sering dibaca oleh para ulama’ yg dinamakan ‘Ayat Kursi’. Ia adalah synopsis tentang sifat Allah (a.w) dan kekuasaanNya. Ada beberapa perkara disebutkan dalam ayat ini; iaitu: pertama, tiada tuhan atau tuhan yg berhak atau dibolehkan disembah kecuali Allah (a.w), Dialah sahaja tuhan, yg esa. Manusia yg menyenmbah selain Allah (a.w) sebagai tuhan adalah batil dan melanggar ketetapan ini. Kedua, Allah (a.w) itu zat yg hidup dan Dia berkuasa secara mutlak terhadap apa jua di antara langit dan bumi dan segala isinya, dan Dia berdiri tegak tanpa bantuan sesiapapun dan tidak memerlukan siapapun. Ketiga, Allah (a.w) itu tidak seperti manusia menfgantuk dan tidur. Allah (a.w) tidak mengantuk dan tidak pula tidur, sentiasa berjaga. Keempat, Allah (a.w) itu memiliki segala sesuatu yg ada di langit dan di bumi dan segala sesuatu yg wujud di antara langit dan bumi. Kelima, tiada siapapun yg boleh menolong atau memberi pertolongan (syafaat), kalau disiksanya atau mendapat mudarat, kecuali Allah (a.w) izinkan. Keenam, Allah (a.w) mengetahui apa yg telah berlaku dan apa yg akan berlaku. Dia yg tahu segala sesuatu yg telahpun berlaku di dunia (yakni, apa-apa yg dikerjakan oleh segala makhluk) dari awalnya dan apa yg akan berlaku di akhirat (yakni, apakah akan terjadi setelah mati segala makhluk dan kejadian dan di akhirat kelak). Ketujuh, ilmu Allah (a.w) itu meliputi segala sesuatu mengikut apa saja yg dikehendakiNya. Kedelapan, kursi Allah (a.w) itu amat besar memenuhi segala langit dan bumi sebagai perbandingan. Dalam hadith Ibnu Jarir diceritakan oleh Rasulallah (s.a.w) betapa besarnya ‘kursi’ (atau tempat bersemayam) Allah (a.w) itu. Kursi tempat duduk (yakni, bersemayam) Allah (a.w) dijelaskan bahawa 7 lapis langit dan bumi itu dianggap tujuh kepingan wang logam yg diletakkan di atas perisai, maka perisai itu adalah kursiNya dan 7 logam itu adalah langit dan bumi diletakkan atas kursi itu. Di atas kursi itu terdapat Arasy (seumpama pelamin) Allah (a.w) itu lebih besar lagi, kerana dunia ini diibaratkan seperti sebuah permata halus diletakkan di atas bumi – bumi itu Arasy Allah (a.w) dan bumi itu adalah permata kecil. Disebutkan pula dalam al-Quran bahawa Arasy Allah (a.w) itu berada di atas air. Ianya dipikul oleh 8 orang malaikat. Besarnya setiap seorang malaikat itu diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa ketika memikul Arasy Allah (a.w) itu berdiri dia di atas air yg dalamnya sejauh 500 tahun perjalanan, tapi air lautan tersebut hanya mencecah kedua buku lali mereka (i.e. malaikat itu) sahaja. malaikat yg 8 itu bentuk kepalanya bertanduk. Dijelaskan dalam hadith bahawa setiap lapisan langit itu untuk sampai ke lapisan yg di atas adalah seumpama berjalan selama 500 tahun. Justeru itu, jarak langit pertama, yakni langit dunia, ke bumi adalah perjalanan selama 500 tahun perjalanan. Justeru itu, manusia tak mungkin sampai mencecah langit pertama (atau langit duniapun). Tak sempat sampai dah mati, kerana umur manusia (zaman akhir ini) tiada seorangpun melampaui 150 tahun! Demikianlah hebatnya Allah (a.w) itu. Kesembilan, ayat tersebut memberitahu bahawa walaupun begitu besarnya langit dan bumi dan kursi serta Arasy Allah (a.w), tidak sulit bagi Allah (a.w) menjaganya. Jelaslah, firman Allah (a.w), di akhir ayat itu bahawa Dia (Allah) maha luhur dan maha agung. Maka manusia yg tidak mahu menyembahNya dan tidak mahu ikuti perintahNya memangnya sengaja menempah siksa dan kemudaratan di akhirat kelak.]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment