Assalamualaikum,
Saudara, kita telah lihat bagaimana Rasulallah (s.a.w) mengerjakan Sujud dan rukun fe'li (pergerakan, cara dan kaedah Sujud) dalam post yg lalu. Kita juga mendapat tahu bahawa jika kita hafal banyak doa-doa yg baik-baik, kita oleh baca ketika Sujud selepas membaca tasbihnya kerana di saat Sujud itulah kita paling hampir kpd Allah (a.w), maka Allah (a.w) mendengar permintaan kita dalam doa kita. [Nota: Ini tidak bererti bahawa Allah (a.w) itu jauh dari kita pada waktu-waktu lain! Maksudnya, hamba itu lebih menghmapirkan dirinya kpd Allah (a.w) ketika dia sedang Sujud.]
Saudara, dalam post ini kita lihat pula nas dan dalil al-Hadith mengenai bacaan atau rukun qauli ketika Rukuk dan Sujuyd. Ini penting kita fahami bahawa hari ini ramai umat Islam membaca tasbih Ruku dan Sujudnya berlainan dari apa yg disuruh Rasulallah (s.a.w). Maksudnya, kita menambah kpd apa yg ditetapkan oleh Rasulallah (s.a.w). Maka kerana itu terbatal segala solat kita. Wal iya zubillah.
Tasbih Semasa Rukuk dan Sujud (Wajib)
Di dalam bahagian ini kita teliti sebagai ilmu tambahan apakah selain bacaan biasa semasa Rukuk dan Sujud yang kita baca itu adakah bacaan-bacaan lain pula? Apabila kita semak ilmu al-Hadith, maka kita akan temui bahawa Rasulallah (s.a.w) ada membaca doa tambahan selain Tasbih Rukuk atau Sujud semasa beliau Rukuk dan Sujud.
Kita tuliskan beberapa hadith di dalam Sahih Muslim doa-doa tersebut. Bagi kita yang ingin mengamalkannya, bolehlah mengamalkannya, untuk mendapat pahala tambahan kerana mencontohi perlakuan Rasulallah (s.a.w):
Kita tuliskan beberapa hadith di dalam Sahih Muslim doa-doa tersebut. Bagi kita yang ingin mengamalkannya, bolehlah mengamalkannya, untuk mendapat pahala tambahan kerana mencontohi perlakuan Rasulallah (s.a.w):
Diriwayatkan hadith daripada Abi Said al-Khudri (r.a) berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) ketika mengangkat kepalanya dari Rukuk membaca dia 'Samiallahu liman hamidah. Allahumma rabbana lakal hamdu milus-samawati wa-milul ardi wa-milu masyi’ta min syainin ba’du. Ahlitha-thanai wal-majdi ahaqqu, ma qalal abdu wa-kulna laka ‘abdun. Allahumma la mani’a lima ‘ataita, wa-la mu’tiu lima mana’ta wa-la yanfa’uzal-jaddi minka jaddu.' [Maksud: Allah (a.w) mendengar sesiapa yang memujiNya. Wahai Tuhan kami! Untukmu segala puji, puji-pujian yang memenuhi langit dan memenuhi bumi, dan kemudian memenuhi segala sesuatu sesudahya. Tuhan yang berhak disanjung dan diagungkan. Itulah apa-apa kata-kata hamba dan adapun aku pada Engkau adalah hamba. Wahai Tuhan kami! Tidak ada yang boleh menghalang pemberianMu dan tidak ada pula yang memberikan yang Engkau halangi, dan tidak kekayaan itu memberi manfaat (yakni, menolong) yang empunyanya kecuali daripada Engkau memberi pertolongan.’ [Hadith Muslim]
Semasa Sujud pula, Rasulallah (s.a.w) ada pula membaca doa khusus. Ini adalah kerana mengikut sepotong hadith yang kita sudahpun rujuk di atas bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda bahawa semasa Sujudlah kita sebagai hamba Allah (a.w) paling dekat dengan Allah (a.w). Oleh yang demikian, dianjurkan berdoa kerana Rasulallah (s.a.w) menyuruh memperbanyakkan doa semasa Sujud:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) ada berkata (yakni, berdoa) di dalam Sujudnya 'Allahum maghfirli zanbi kullahu dikkahu wajillahu wa-auwalahu wa-akhirahu wa-‘ala niatahu wa-sirrahu.' [Maksud: Wahai Tuhan kami! Ampunilah dosa-dosaku kesemuanya, yang kecil, dan yang besar, yang mula-mula, dan yang terakhir, dan yang nyata dan yang tidak nyata (yakni, jelas).’ [Hadith Muslim]
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) memperbanyakkan berkata (yakni, berdoa) di dalam Rukuknya dan Sujudnya 'Subhanaka Allahumma rabbana wabihamdika, Allahum maghfirli) [Maksud: Maha suci Engkau wahai Tuhan kami! Dengan memujiMu ampuni dosa-dosa kami] [Hadith Muslim]
Di dalam hadith di bawah ini disebutkan sepotong hadith yang memberikan kita nas dan dalil mengenai suatu perkara lain selain membaca doa semasa Sujud: iaitu, sentuhan isteri terhadap suaminya yang sedang solat, walaupun tidak berlapik, tidak membatalkan wudu dan solat suami:
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Maka kehilangan aku akan Rasulallah (s.a.w) pada suatu malam dari tempat tidurku, maka aku raba-raba beliau, tersentuh tanganku dengan kedua telapak kakinya yang ditegakkannya, ketika dia Sujud (solat) di masjid, sedang membaca 'Allahumma a’uzubika biridaka min sahatika wa-bimu’afatikamin ‘uqubatika, wa-a’uzubika minka la uhsi thana an ‘alaika anta kama athnaita ‘ala nafsika.' [Maksud: Wahai Tuhan kami! Aku berlindung dengan keredaanMu daripada kemurkaanMu dan daripada seksaanMu dengan keampunanMu dari kelalaianku (menunaikan kewajipanku) terhadap Engkau, dan aku berlindung dengan Engkau daripada memuji Engkau yang tidak berkuasa aku menunaikan kepujian atas Engkau sebagaimana apa-apa yang Engkau memuji diri Engkau sendiri.’ [Hadith Muslim]
Dalam hadith di atas kita mendapat tahu bahawa Rasulallah (s.a.w) membaca sepotong doa, selain Tasbih Sujud (Subhana rabbial a’la), semasa beliau Sujud. Selain itu, hadith tersebut juga memberitahu kepada kita satu ketentuan atau ketetapan as-Sunnah, yang juga memberi dalil hadith bahawa sentuhan kulit antara lelaki dan wanita tidak membatalkan Wudu’, kerana isteri Rasulallah (s.a.w), mengikut hadith ini, menyentuh kaki/tumit Rasulallah (s.a.w) ketika beliau bersolat atau sedang solat.. Di dalam hadith di atas, semasa Aisyah (r.ah) meraba-raba mencari Nabi (s.a.w) beliau memegang kaki Rasulallah (s.a.w) yang ketika itu sedang Sujud. Rasulallah (s.a.w) meneruskan solatnya tanpa berwudu’ semula. Ketetapan as-sunnah ini tidak diterima oleh kebanyakan umat Islam di Malaysia, yang menyatakan, atas pandangan para ulama’, bahawa sentuhan kulit antara suami dan isteri membatalkan wudu’. Jelaslah, kita melakukan suatu kesalahan syariat yang serius apabila kita tidak mahu menerima as-Sunnah dan menerima pandangan manusia lain dalam urusan atau perkara syariat Islam.
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) adapun berkata (yakni, berdoa) di dalam Rukuk dan Sujudnya 'Subbuhun quddusun rabbul malaikati war-ruh.' [Maksud: Maha suci Engkau (daripada segala kekurangan dan dipersekutukan), (maha suci Engkau) daripada segala sesuatu yang tidak layak bagiMu, Tuhan segala malaikat, (terutama) ar-Ruh (iaitu, Jibril (a.s))][Hadith Muslim]
Hadith di atas memberikan kita satu lagi versi doa yang dibaca oleh Rasulallah (s.a.w) semasa Rukuk dan Sujud sebagai tambahan kepada Tasbih khusus untuk Rukuk dan Sujud. Untuk mendapat pahala tambahan dalam solat bolehlah kita amalkan.
[Nota: Di dalam Blog ini kita telahpun temui beberapa hadith mengani perkara-perkara yang membatalkan wudu’. Di dalam sepotong hadith disebutkan bahawa sentohan isteri terhadap suaminya tidak membatalkan wudu’, termasuk seorang suami yang mencium isterinya tidak membatalkan wudu’nya. Di dalam fahaman pengikut mazhab as-Shafie, sentuhan sedemikian membatalkan wudu’ Mengikut ketetapan as-Sunnah perbuatan sedemikian tidak membatalkan wudu’. Malah tidak ada hadith yang menyebutkan bahawa sentuhan isteri/suami akan suami/isteri membatalkan wudu’. Tidak ada nas mengatakan batal. Hadith ini juga menyebutkan bahawa sentuhan isteri anggota suaminya tanpa sebarang pelapik tidak membatalkan wudu’. Ketetapan ini dipertikaikan oleh banyak ulama’ di Malaysia ini, apabila bercakap tentang perkara-perakara yang membatalkan wudu’. Di dalam al-Quran disebutkan beberapa perkara yang membatalkan wudu’, antaranya kaliman ‘lamastumun nisa-a’ (maksud: menyentuh perempuan). Kalimah ini adalah membawa maksud yang khusus mengikut para ulama’ mufassirian (ulama’ tafsir), iaitu ‘menyetubuhi isteri atau persetubuhan’, maka ia membatalkan wudu’, bukanlah kalimah tersebut bermaksud ‘sentuhan kulit’ seperti yang disilaptafsirkan oleh sesetengah para ulama’ sekarang. Sentuhan kulit lelaki dan perempuan sememangnya haram. Maka dengan itu sentuhan sedemikian membatalkan wudu’, tetapi sentuhan antara isteri dan suami tidak membatalkan wudu’. Rujuk Ayat 6, Surah al-Maidah dan Ayat 43, Surah an-Nisa’. Ketetapan mengenai wuud' dan anggota wudu' disebutkan dalam dua ayat al-Quran ini. Penjelasn mengenainya disebutkan dalam sabda-sabda Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Ingatkan Ayat 7, Surah al-Haysr - apa-apa yg disuruh Rasulallah (s.a.w) kita terima, yg ditegahnya kita jauhi atau tinggalkan.]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment