Thursday, January 5, 2012

Menarik hari ini: Fahaman Pluralisme Agama...

Assalamualaikum,
Saudara, kalau saudara buka akhbar Utusan Malaysia hari ini (5 Januari 2012), ada tajuk menarik di mukadepannya: 'Kenapa saya tinggalkan Anwar', kata Ismail Mina Ahmad, AJK Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), sebuah NGO (?), bercakap tentang Anwar Ibrahim, sahabat seperjuangan lama beliau ketika dalam Yayasan Anda dan ABIM dulu, katanya.
Menarik, kerana personaliti itu dikatakan rakan seperjuangan Anwar zaman muda mereka. Anwar terkenal semasa masih mahasiswa di UM lewat 1960han sering berdemo dgn pengikut dan peminatnya dlm pelbagai perkara termasuklah memperjuangkan Islam, melalui PMIUM. Ismail kata dia tak kawan lagi dgn Anwar kerana katanya Anwar sudah berubah, menyakini hakikat 'Pluralisme Agama' (= semua agama betul dan mengajar kpd kebaikan sebagaimana Islam). Apakah itu konsep atau hakikat yg dikatakan 'Pluralisme Agama"? Sedikit masa dulu kawan kita Dr Hassan Mohd Ali, Ex-Co Selangor, yg pernah menjawat jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor, di ganyang oleh orang PAS kerana kononnya tak bersetuju dgn matlamat perjuangan PAS akhir-akhir ini, yakni tidak lagi bertujuan untuk memertabatkan Islam dan hukum Islam kalau PAS menerajui kerajaan Malaysia - di Federal dan negeri. Kononnya PAS sendiri sudah terima 'pluralisme agama' ini.
Saudara, dalam akhbar Utusan Malaysia (UM) juga dimuatkan wawancara khas UM dgn Ismail, yg dalam gambarnya nampak macam orang alim atau orang agama - pakai ketayap putih dan janggut panjang pula - macam orang tabliq. Mungkin kini dia orang tabliq, wallahu 'alam. Di muka tengah (mukasurat 10) akhbar tersebut dimuatkan wawancara tersebut atas tajuk: 'Bahaya Fahaman Liberalisme-Pluralisme'. UM membesar-besarkan lagi temubual mereka dgn Ismail, kerana di mukasurat 4 dipaparkannya tajuk: 'Pendedahan sahabat dan pengasas bersama ABIM: Anwar pendukung pluralisme?'.
Meluas liputan UM, kerana UM memangnya lidah UMNO dan kerajaan. Hebat pendedahan yg dibuat oleh Ismail. Masa nilah nak dapat publisiti. Beliau nampak hebat seolah-olah seorang yg begitu faham tentang Islam, maka dia boleh bezakan Islam yg haq atau tulin dgn Islam yg pseudo atau tipuan....
Saudara, umat Islam hari ini majoriti belum faham Islam. Malah umat Islam akhir zaman semakin tidak faham Islam. Maka tidak hairanlah selepas wafatnya Rasulallah (s.a.w) lebih 1400 tahun yg lampau, berkecamuk Islam dan umatnya dan begitu juga kefahaman umat Islam sendiri terhadap agamanya. Mengapa tidak? Dalam blog ini kita telah sebutkan bahawa 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu adalah golongan Islam yg benar jika mereka menepati dua pra-syarat Islam iaitu: pertama, ikuti dan berpandukan as-Sunnah; dan, kedua, mereka berjema'ah secara formal. Kalau tidak memenuhi dua criteria itu, mereka tidak layak dikategorikan atau digolongkan 'ahlus sunnah wal-jama'ah'. Ini adalah berpandukan ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran, termasuk Ayat 13, Surah an-Nisa', Ayat 80, Surah an-Nisa', Ayat 103, Surah ali-Imran dan banyak lagi serta berdasarkan as-Sunnah. Malangnya, ramai ilmuwan Islam yg bergelar 'Dr', yg ada Ph D dalam 'Pengajian Islam', tak faham atau senagaja tak mahu afham ... 
Tidak hairan kalau Rasulallah (s.a.w) beritahu sesiapa yg tidak berpandukan kpd al-Quran dan as-Sunnah sebagai orang Islam dalam hidupnya, pastilah mereka itu sesat dan tidak akan dapat syurga. Malah Rasulallah (s.a.w) sudahpun beri kita tahu bahawa di akhir zaman kelak - sekarang sudahpun bermula - umat Islam akan berpecah menjadi 73 golongan atau kategori atau ikutan agama Islam atau fahaman agama, semuanya mengakui mereka ikuti al-Quran dan as-Sunnah, tapi 72 golongan sedemikian gagal dapat syurga, dan hanya satu golongan saja yg dapat syurga, iaitu golongan tersebut menepati dua ciri atau pra-syarat tersebut, iaitu mereka berpandukan as-Sunnah (maksudnya, ikut al-Quran dan as-Sunnah) dan mereka berjema'ah atau berada dalam jema'ah umat Islam (bukan berjema'ah dalam solat saja). Begitu ramainya - majoriti - umat Islam yg gagal akhirat mereka. Dalam, hadith lain disebutkan bahawa di akhirat kelak, daripada 1,000 orang yg dikatakan Islam, seramai 999 orang gagal dapat syurga, sebaliknya masuk neraka! Hanya seorang sahaja yg berjaya. Tak hairanlah. Kalau begitu ramai orang Islam yg menonjolkan diri mereka sebagi cerdek dan pandai dalam Islam, tetapi hakikatnya dada mereka kosong sahaja tentang kefahaman Islam yg haq itu.
Saudara, kalau dalam memahami Islampun begitu ramai umat Islam yg keliru, masakan pula faham orang yg jahil ilmu tentang Islam vis-a-vis agama lain. Maka dgn itu ramai pula orang Islam, termasuk pemimpin umat Islam, pemimpin politik dan para ulama' yg sanggup menyamakan taraf Islam dgn agama lain. Maka timbullah apa yg dikatakan 'fahaman pluralisme dalam agama', kerana para ulama' dan pemimpin umat Islam hari ini, termasuk di Malaysia, berkecamuk fahaman mereka tentang Islam. Dalam akhbar ditonjolkan, contohnya, Najib dan Muhyiddin, bertemu dgn pemimpin-pemimpin besar Kristian dan berjanji membantu mereka. Dalam kontroversi tindakan 'memurtadkan' orang Islam contohnya, pemimpin umat Islam di Malaysia berdiam diri, kerana politik dan kerana dunia. Besar dosanya pada mereka itu kalau mereka bertindak kerana dunia dan mengketepikan tuntutan agama.
Saudara, apakah ketetapan Islam? Umat Islam hari ini majoriti berpandangan bahawa ada dichotomy antara dunia dan akhirat, seolah-olah terpisah. Atau, ada fahaman bahawa perkara keduniaan dan perkara keagamaan itu adalah berasingan, tidak ada kait mengait satu sama lain. Maka dgn itu, umat Islam hari ini buat segala macam kerana dunianya dan buat juga segala macam untuk akhiratnya. Walhal, dunia itu adalah persediaan untuk akhirat. Kita lihat beberapa ketetapan Islam berikut:.

Islam Mengatasi Segala Agama
Saudara, dalam perkara agama, khususnya dalam perkara melibatkan layanan atau keutamaan terhadap agama dalam sekian banyaknya agama, kita diperingatkan oleh Allah (a.w) dalam ayat berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Hual-lazi arsala rasulahu bil-huda wa-dinil haqqi li-yutahhiraru ‘alad-dini kullihi..’ (Yg bermaksud: Dialah (Allah) yg mengutus RasulNya dgn membawa petunjuk dan agama yg haq agar memenangkan (i.e. mengatasi) terhadap agama kesemuanya (i.e. semua agama)) [Ayat 28, Surah al-Fath]
Rasulallah (s.a.w) itu diutus untuk membawa agama Islam - agama yg diiktiraf atau diakui atau diridai oleh Allah (a.w) bagi manusia - maka mereka yg mengikuti ajaran Rasulallah (s.a.w), i.e. memandu kehidupan dunianya berdasarkan as-Sunnah - benar agamanya, yakni aqidahnya dan sah amalan dan ibadahnya, dan diterima Allah (a.w). Jika tidak ditolak. Dan, agama Islam itu wajib diberi tempat nombor satu oleh orang Islam - oleh pemimpin Islam dan ulama' dalam Islam. Jelaslah, tidak boleh disamatarafkan Islam dgn agama lain, terutama agama Yahudi dan Nesrani yg terang-terang dilaknat Allah (a.w)! Malah semua agama. Al-Quran menetapkan sedemikian.
Dan, dalam ayat berikut pula ketetapan yg sama disebutkan  - malah ayat atau mesej yg hampir-hampir identical dgn ayat di atas itu.
Firman Allah (a.w): ‘Hual-lazi arsala rasulahu bil-huda wa-dinil haqqi li-yutahhiraru ‘alad-dini kullihi, wa-lau karihal musyrikuna’ (Yg bermaksud:  Dialah (Allah) yg mengutus RasulNya dgn membawa petunjuk dan agama yg haq agar memenangkan (i.e. mengatasi) terhadap agama kesemuanya (i.e. semua agama), walaupun dibenci oleh orang musyrik) [Ayat 9, Surah as-Soff]
[Nota: Allah (a.w) menetapkan bahawa Islam tidak sama dgn agama-agama lain, maka Islam sebagai agama dan panduan hidup tidak boleh disama-tarafkan dgn lain-lain agama. Malah Islam sewajibnya mengalahkan lain-lain agama, kerana Islam adalah agama ciptaan Allah (a.w) untuk manusia].
Saudara, jelaslah sesiapa yg mengatakan semua agama itu benar adalah melakukan dosa yg amat besar. Malah, dihukumi oleh Allah (a.w) sebagaimana hadith berikut. Kalau Allah (a.w) tetapkan bahawa Islam itu wajib dinomborsatukan dan agama lain wajib diketepikan, maka mengiktiraf semua agama itu sama - kerana muslihat atau tujuan apapun - adalah menolak atau membantah perintah Allah (a.w):
Firman Allah (a.w): ‘Wa-ma kana li-mukminin wa-la mukminatin iza qadallahu wa-rasulahu amran an yakuna lahumulkhiayaratu min amrihim; wa-man ya’sillahawa-rasulahu faqad dalla dalalan mubina.’ (Yg bermaksud: Dan tidaklah ada (i.e. patut atau wajar) bagi orang iman lelaki dan orang iman perempuan ketika menetapkan Allah (a.w) dan RasulNya sesuatu perkara (i.e. ketetapan) bawasanya ada bagi mereka pilihan yg lain dari perkara mereka (bukan perkara Allah dan RasulNya); dan barangsiapa menentang (atau menolak ketetapan) Allah (a.w) dan (ketetapan) RasulNya, maka sungguh-sungguh sesat mereka suatu kesesatan yg nyata.) [Ayat 36, Surah al-Ahzab]
Saudara, bagaimana mungkin dapat dan boleh serta wajar disamakan agama Islam dgn agama selainnya? Kerana akhirnya tak sama. Hanya Islam dapat syurga. Kalau tak Islam pasti dapat neraka. Manakan mungkin dapat disamakan!
Firman Allah (a.w): ‘Masalullazina kafaru bi-rabbihim, ‘amaluhum karamadis-staddat bihir-rihu fi yaumin ‘asifin, la yaqdiruna mimma kasabu ‘ala syai-in; zalika huad-dalalul ba’ida.’ (Yg bermaksud: Mithalan orang-orang yg kufur kpd Tuhan mereka (yakni, tidak terima Islam), setiap amalan mereka seumpama debu (di atas batu) pada hari angin kencang bertiup; tidak meninggalkan sebarang bekas pada apa-apa yg ditinggalkan sedikitpun, demikianlah orang-orang yg sesat dgn kesesatan yg jauh) [Ayat 18, Surah Ibrahim]
Apakah ada orang Islam yg berhujjah bahawa ketetapan al-Quran dan ketetapan as-Sunnah itu hanya diyakini atau dipercayai oleh orang yg akui diri mereka Islam saja? Orang yg tidak Islam yakini bahawa kalau mereka buat baik dalam hidupnya, mereka juga dapat syurga! Orang Islam yg berperasaan atau berpandangan atau berpendirian sedemikian itu jelaslah menidakkan ketetapan Allah (a.w). Sama dgn menolak al-Quran.
Orang yg berpendirian sedemikian itu sama tarafnya - malah lebih hina mertabatnya - mengikut firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Inna syarrad-dawabbi ‘indallahis-summul bukmullazina la ya’qiluna.’ (Yg bermaksud: Sesungguhnya binatang melata yg amat buruk (di sisi Allah) (adalah orang) yg pekak, bisu dan (akan tetapi) tidak berakal (i.e. tidak memahami).’[Ayat 22, Surah al-Anfal].
Orang yg akui dirinya Islam, kemudian dalam perkara agama ini mereka berpendirian sedemikian dianggap orang yg pekak (i.e. diberi pengetahuan tentang Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, tapi ada telinga tak mampu dengari kata-kata yg benar), bisu (i.e. tahu mereka batilnya sesuatu itu, tetapi tak dapat bercakap atau memberitahu atau berhujjah kebatilan tersebut), tidak berakal (i.e. diberi Allah (a.w) otak tetapi tidak meikirkan ketetapan Allah (a.w) dan tidak memahami ajaran RasulNya).
Malah orang-orang yg sedeikian itu disediakan Allah (a.w) balasan spt disebutkan dalam ayat berikut:
Firman Allah (a.w): ‘... mereka yg dustakan (i.e. tak mau terima) ayat-ayat Allah (a.w) dan takbur (i.e. sombong) dia terhadap keterangan Allah (a.w) (yakni, menolak al-Quran) dan RasulNya (yakni, menolak as-Sunnah) tidak akan masuk syurga kecuali boleh masuk unta dalam lubang jarum) [Ayat 40, Surah al-Araf]
[Nota: Dusta bermaksud meyakini segala sesuatu yg tiada dalam ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dalam perkara agama atau menolak sesuatu yg terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah.]
Maka dgn itulah kita diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) seperti dalam hadith-hadith berikut, supaya kita sentiasa berwaspada, dan jangan kita membinasakan diri kita kerana aqidah yg silap serta kefahaman yg batil:
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Keutamaan kalam Allah (a.w) (i.e. al-Quran) (itu) mengalahkan semua kalam (i.e. kitab-kitab) sebagaimana keutamaan Allah (a.w) mengalahkan makhluknya.’ [Hadith at-Termidzi, 
[Nota: Hadith ini menghukumkan bahawa sesiapa yg mengutamakan selain al-Quran dalam perkara agama, telah menyalahi ketetapan ini. Maka dgn itulah sebagai seorang Islam wajib atasnya menyemak ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dahulu sebelum melihat ketetapan manusia mengenai sesuatu. Malah dalam perkara Islam dan syariatnya, umat Islam itu diwajibkan kembali kpd ketetapan al-Quran dan as-Sunnah sebelum melakukan sesuatu.]
Adalah suatu dosa yg besar menyamakan al-Quran dan as-Sunnah dgn kitab Injil, sebagai contoh. Adalah menjadi dosa besar menyamakan kitab-kitab agama lain dgn al-Quran dan as-Sunnah. 
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa membaca al-Quran (i.e. tahu isinya mengenai sesuatu) lalu dia menganggap bahawa ada seseorang yg telah diberikan sesuatu yg lebih utama daripadanya (i.e. lebih utama dari al-Quran dan as-Sunnah) yg telah diberikan kepadanya, maka sungguh-sungguh dia telah mengagungkan sesuatu yg diremehkan (atau, diperkecilkan atau dihina) oleh Allah (a.w) dan dia telah meremehkan (atau merendahkan) sesuatu yg telah diagungkan (atau ditinggikan) oleh Allah (a.w) (yakni, al-Quran dan as-Sunnah).’ [Hadith at-Tobrani]
[Kerana: al-Quran itu adalah kalam Allah (a.w) dan adalah kitab panduan yg terbaik dan sebaik-baik panduan dan petunjuk (i.e. hidayah) itu wajib bagi manusia Islam itu berpandukan hanya al-Quran dan as-Sunnah dalam perkara agama dan cara serta kaedah mengamalnya dan juga bentuk-bentuk amalan yg ditetapkan oleh Islam. Sebaik-baik petunjuk (atau hidayah) itu adalah hidayah Rasulallah (s.a.w) (yakni, sunnah Rasulallah (s.a.w)). Justru itu adalah hidayah atau petunjuk yg terbaik bagi manusia untuk mencari jalan lurus ke syurga selamat dari neraka).]
Saudara, oleh itu semua orang yg bercakap tentang Islam, jangan cakap sebarangan dalam kejahilan. Tanpa ilmu, kita boleh tersasul dan terpesong, maka berat padahnya...
Ingatlah, Allah (a.w) murkakan orang-orang yg dikategorikan termasuk dalam golongan yg disebutkan dalam dua hadith berikut:

(a) Yg jahil ilmu akhirat.
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya Allah (a.w), Zat yg Maha Luhur murka pada setiap orang (Islam yg beriman) yg pandai (i.e. bijak dan pintar) dalam ilmu dunianya (tetapi) yg bodoh (i.e. jahil) dalam ilmu akhiratnya.’ [Hadith a-Hakim dan Hadith ad-Dalimi]

(b) Yg keras hatinya 
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya Allah (a.w) murka pada tiap-tiap orang yg keras hatinya (i.e. tidak mahu mendengar nasihat dan tunjuk-ajar tentang agama) lagi sombong (i.e. berbangga dengan dirinya, darjatnya, kedudukannya dan segala sesuatu yg dia merasa yg dia lebih baik dari orang lain dan menolak kebenaran), (iaitu) orang yg senang di kalangan orang ramai dan suka bertengkar di pasar, (mereka ini) seperti bangkai di malam hari (kerana tak bangun solat malam) dan seperti kaldai ketika siang hari (kerana hanya memikirkan nak makan). Pandai (i.e. bijak) dalam ilmu dunia, namun bodoh (i.e. jahil) dalam ilmu akhirat.’ [Hadith ibnu Hibban]
[Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa Allah (a.w) terhadap beberapa golongan manusia yg akui dirinya Islam dan beriman: pertama, orang yg hatinya keras iaitu orang yg apabila diberitahu perkara yg hak dalam Islam – mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah – dia enggan terima atau tak mahu dengar dan akur. Golongan ini ramai. Tak kurang dikalangan mereka orang yg merasa dirinya alim dan beilmu. Tambahan pula dia digelar ‘ulama’. Disanjung dan dihormati masyarakat. Disegani ‘ilmunya’. Di undang untuk membaca doa atau mengepalakan majlis bacaan Yaasin atau Tahlilan. Tetapi, apakala diberitahu ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dia berhujjah mempersoalkan dan memberi pandangan secara batil semata-mata kerana menidakkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah jika bersalahan atau brlainan dari amalan dan pendapatnya atau pendapat golongan yg menjadi ikutannya. Kedua, orang yg sombong kerana sesuatu kelebihan yg dia terasa ada padanya atau kelebihan yg dianugerahkan oleh masyarakat kpdnya kerana sesuatu, kerana keturunannya, kedudukannya, jawatannya, kekayaannya, hartanya, namanya atau gelarannya. Maka dia inginkan dihormati oleh orang lain, diketengahkan dan dibesarkan dalam sesuatu majlis masyarakat, diberi tempat dan keutamaan, tetapi apabila diberitahu perkara yg hak mengenai agamanya berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, dia enggan terima dan berdalih menolaknya. 
Saudara, mudah-mudahan kita tidak terlibat dalam perdebatan dalam kejahilan, insya Allah. Semoga Allah (a.w) selamatkan aqidah kita. Amin

Jazakallahu khairah








No comments:

Post a Comment