Friday, January 6, 2012

Solat Cara Rasulallah (s.a.w) (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, alhamdulillah, kita sudah selesai meneliti tajuk besar 'Solat ikut cara Rasulallah (s.a.w)' = 'Sollu ra-aitumuni usolli' = 'bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku (Nabi) bersolat'. Itulah panduan hakiki Islam. Dah selesai memberi 'Salam' ke kiri dgn menyebut 'Assalamualaikum wa-rahmatullah', sambil menoleh ke kanan, dan sekali lagi menyebutnya sambil menoleh ke kiri pula. Pastikan orang di belakang kita boleh melihat pipi kita ketika menoleh atau berpaling ke kanan dan ke kiri itu. Kemudian apa yg harus kita buat? Takkanlah kita akui diri kita Islam, beriman dgn hari akhirat (spt padang mahsyar, hisaban, diputuskan dapat syurga atau neraka), kita terus bangkit? Takkan kita tak mahu berdoa? Kerana orang yg tidak mahu berdoa itu dimurkai Allah (a.w) - Ayat 60, Surah al-Ghafir.
Saudara, kita lihat perlakuan selepas selesai solat. Yg pertama dilakukan oleh Rasulallah (s.a.w), selepas selesai solat, adalah beliu berpaling menghadapi makmum. Kemudian beliau membaca beberapa kalimah, termasuk beristighfar, kemudian berzikir, dan akhirnya berdoa. Makmum juga membaca beberapa kalimah, termasuk beristighfar, kemudian berzikir dan akhirnya berdoa - secara bersendirian tanpa berjema'ah, yakni buat segala-gala itu sendiri sendiri.
Kelakuan Selepas Salam (Sunat)
Selepas memberi ‘Salam’, solat kita selesai seperti disebutkan pada hadith di awal post: iaitu permulaan solat (tahrimnya) Takbiratul Ikhram dan penamat solat (tahlilnya) adalah ‘Salam’. Ada tiga amalan selepas selesai solat: iaitu, berwirid, berzikir dan berdoa.
Di dalam Blog ini, kita diberitahu bahawa ‘Doa’ itu adalah suatu ibadah dan ‘Doa’ itu otak kepada amalan umat Islam. Semua perlakuan ibadat disudahi atau didahului dengan ‘Doa’. Amalan berdoa itu amat disukai Allah (a.w) dilakukan oleh hamba-hambaNya. Maka dengan itulah Allah (a.w) berfirman:
Firman Allah (a.w): 'Wa-qala rabbukum ud-‘unii astajib lakum...' [Maksud: Dan berfirman Tuhan kamu: ‘Berdoalah kepadaKu akan Aku (Allah (a.w)) makbulkan doa kamu.’ [Ayat 60, Surah al-Ghafir]
Dalam sambungan ayat tersebut, Allah (a.w) mencela bahawa barangsiapa yang tidak mahu berdoa kepadaNya adalah bersifat sombong, maka layak mereka dicampakkan ke dalam neraka. Jelaslah, doa itu suatu ibadat sunat yang hampir-hampir wajib kepada umat Islam yang taatkan Tuhan mereka. Rasulallah (s.a.w), melalui sepotong hadith, menyatakan bahawa tiada suatu amalan yang lebih mulia pada Allah (a.w) selain doa.
Apakah cara atau kaedah serta bentuk-bentuk perlakuan selepas menyudahkan solat? Mengikut firman Allah (a.w) adalah ‘berdoa’. Dan, mengikut beberapa hadith juga ‘berdoa’ dan berwirid. Bagi kita yang solat berjemaah, kita faham kelakuan imam dan kelakuan makmum. Seperkara yang sering kita lihat dan perhatikan adalah: 
§  Jika bersolat berjemaah, Imam membaca pelbagai wirid dengan suara lantang serta berlagu serta diikuti oleh makmum; dan
§  Jika bersolat bersendirian, melakukan berbagai-bagai perkara tetapi lebih rengkas wiridnya.
Amalan sedemikian itu tiada sandaran nas dan dalil al-Quran mahupun as-Sunnah. Apakah cara atau kaedah serta bentuk-bentuk perlakuan selepas solat yang terdapat dalam ketetapan as-Sunnah?

(a) Imam Mengadap Makmum
Daripada hadith pendek berikut (dan hadith-hadith lain menyentuk tentang perlakuan Imam) jelas bahawa pada zaman Rasulallah (s.a.w), selepas selesai solat Rasulallah (s.a.w)(yakni, Imam) berpaling untuk menghadapi jemaah secara berdepan. Kemudian dia berwirid bersendirian tanpa kedengaran oleh makmum. Selepas habis wiridnya beliau akan mengangkat kedua tangannya untuk berdoa kepada Allah (a.w) apa-apa yang dikehendakinya. Makmum juga berwirid, tetapi secara bersendirian, dan kemudian berdoapun bersendirian. Jelaslah ada perbezaan yang ketara dalam amalan selepas tamat solat di antara umat Islam Malaysia dengan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah.
Diriwayatkan hadith daripada Samurah bin Jundab (r.a) berkata: ‘Apabila Rasulallah (s.a.w) selesai solat, beliau (duduk berpaling) menghadapi kami (yakni, para jemaah).’ [Hadith Bukhari]
Tidak terdapat catitan di dalam mana-mana kitab-kitab hadith bahawa imam berwirid dan berzikir dengan diikuti oleh makmum. Begitu jugalah berdoa selepas wirid dan zikir tersebut secara berjemaah atau beramai-ramai. Imam dan makmum membaca doa masing-masing tanpa mengeraskan atau menzahirkan permintaannya kepada Allah (a.w) dalam doa mereka tanpa meninggikan suara mereka.  Adab berdoa di dalam Islam dihuraikan dalam post-post yg lalu. Antara adab tersebut adalah berdoa dengan suara yang rendah, lembut seolah-olah meminta-minta dan mengharap. Doa dengan suara yang lembut dan merendahkan diri itu 70 kali ganda lebih afdhal daripada meninggikan suara (hadith).

(b) Membaca ‘Istighfar’ Selepas ‘Salam’
Kaedah berdoa yg disebutkan ini adalah kerana permintaan manusia terhadap kurniaan Tuhan mereka adalah berbagai-bagai dan tidak sama. Tambahan pula di masjid, ada orang atau jemaah lain yang baru sampai ke masjid untuk solat. Maka dengan itu jika kita yang sudah selesai solat membaca dengan kuat pula akan mengganggu jemaah yang baru sampai untuk bersolat atau sedang bersolat. Maka dengan itulah, syariat menyuruh bewirid dan berzikir dengan perlahan, masing-masing, serta berdoa dengan perlahan masing-masing. Di dalam sepotong hadith disebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) melarang berzikir dengan suara kuat kerana Allah (a.w) itu bukanlah zat yg pekak atau tuli, dan Dia (Allah) sangat hampir dengan hamba-hambanya.

(c) Lain-lain ucapan Selepas ‘Salam’
Hadith ini menceritakan Waradin, penulis kepada Mughirah bin Syu’bah, bahawa Muawiyah (r.a), masa itu adalah khalifah jemaah Islam selepas kewafatan Ali (r.a), menulis surat kepada Mughirah bertanyakan perkara doa atau zikir yang dibaca oleh Rasulallah (s.a.w) selepas selesainya solat beliau. Maka dijawab oleh Mughirah surat tersebut dengan memberitahu Muawiyah bahawa ada Rasulallah (s.a.w) membaca doa seperti di dalam hadith di bawah:
Diriwayatkan hadith daripada Sufian berkata: ‘Aku mendengar hadith daripada ‘Abdah bin Abi Lubabah yang mendengarnya dari Abdul Malik bin ‘Aban, berkata keduanya bahawa mereka  mendengar dari Waradin, penulis al-Mughirah bin Syu’bah, berkata: ‘Mengutus surat Muawiyah (r.a) kepada Mughirah bin Syu’bah: ‘Khabarkanlah kepadaku dengan sesuatu yang mendengar akan kamu dari Rasulallah (s.a.w) (yakni, dalam urusan doa selepas memberi ‘salam’).’ Maka berkata (Mughirah): ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) (berkata): ‘Ketika selesai solat, berkatalah (yakni, bacalah atau sebutlah): ‘Lailaha illallahu wahdahu la syarika lahu lahu mulku wa-lahul hamdu, wa-hua ‘ala kulli syai-in qadirun. Allahumma la mani’a lima a’taita wala mu’tiya lima man’ta wala yanfa’u zal-jaddi minkal jadda.' [Maksud:  Tiada Tuhan kecuali Allah (a.w) yang Esa baginya tidak yang sama denganNya bagiNya kerajaan dan bagiNya setinggi pujian, dan Dia atas setiap sesuatu Maha Berkuasa. Ya Allah (a.w) ya Tuhanku! Tiada siapa boleh menghalang apa-apa yang Engkau kurniakan padaku, dan tidak tidak memperolehi aku akan sesuatu jika Engkau halangi atasku, dan tidak mendatangkan manfaat jika tidak membenarkan dari ngkau kebenaran mengenainya.][Hadith an-Nasa’i]
Demikianlah satu lagi versi doa yang dibacakan oleh Rasulallah (s.a.w) ketika selesai beliau bersolat, yakni selepas memberi ‘Salam’. Hakikatnya doa tersebut memuji kekuasaan Allah (a.w) bahawa tiada kuasa yang boleh menahan sesuatu kurnia Allah (a.w) kepada seseorang jika dikurniakannya, dan tidak akan terjadi sesuatu kurniaan pihak lain jika Allah (a.w) tidak izinkan. Semuanya adalah di tangan Allah (a.w). Tiada siapa yang lebih berkuasa dalam segala sesuatu.

(d) Membaca ‘Tasbih’ Selepas ‘Salam’
Di dalam hadith berikut,ibnu Omar (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) menasihatkan dia dan para sahabat bahawa ada dua perbuatan yang ringan dari segi lisan atau sebutan tetapi banyak atau berat dari segi timbangan pahalanya. Digesa supaya diamalkan oleh para sahabat setiap kali selepas bersolat and ketika hendak tidur.
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Omar (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Dua perkara tidak sukar dihitung akandia oleh seorang lelaki Muslim kecuali masuk syurga dan kedua-duanya mudah dari mengamal akandia sedikit (kalimahnya).’ Berkata ibnu Omar: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Bersolat lima waktu (solat fardu) dan bertasbih (yakni, membaca ‘Subhanallah’) salah seorang kamu dalam akhir tiap-tiap solat sepuluh (10) kali dan membaca ‘alhamdulillah’ sepuluh (10) kali dan membaca ‘takbir’ sepuluh (10) kali, maka demikian itu seratus lima puluh (150) dalam lisan (sebutan) dan seribu lima ratus (1,500) di dalam timbangan (pahala), dan (kata ibnu Omar) aku melihat Rasulallah (s.a.w) menghitung akan bacaannya dengan kedua (jari-jari) tangannya, (menyambung Rasulallah (s.a.w) akan sabdanya) ‘Dan, ketika berada salah seorang kamu atas tempat tidur kamu atau tempat berbaring, (bacalah) ‘Tasbih’ tigapuluh tiga (33) kali, dan ‘Alhamdulillah’ tiga puluh tiga (33) kali, dan ‘Takbir’ tiga puluh empat (34) kali; demikian itu seratus (100) kali atas lisan (sebutan) dan seribu (1,000) dalam timbangan.’ Berkata (ibnu Omar): ‘Berkata Rasulallah (s.a.w): ‘Maka jika kamu amalkan dalam tiap-tiap siang dan malam (kamu melakukan) 2,500 (dua ribu lima ratus) keslahan (dosa).’ Maka dikatakan: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w), bagaimana tidak menghitungnya?’ Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya syaitan itu datang kepada salah seorang kamu dan dia di dalam solatnya yakni, semasa bersolat), maka berkata (syaitan): ‘Ingatlah, ingatlah’ begini begini, dan datang di sisimu pada tempat tidur dan menidurkan (kamu) (yakni, melelanakan kamu sehingga sukar hendak berzikir atau membacanya).’ [Hadith an-Nasai’]
Hadith tersebut menyebutkan bahawa jika diamalkan setiap kali bersolat fardu lima waktu sehari semalam, dapat sejumlah 30x5 = 150 kali sehari sebutan tetapi mendapat timbangan pahala 150x10 = 1,500 kiraan pahala. Apabila diamalkan ketika hendak tidur pula disebut sejumlah 33+33+34 = 100 kali dalam sebutan and dari segi timbangan pahala 100x10 = 1,000. Maka jumlah timbangan adalah 1,500 + 1,000 = 2,500, maka langsailah dosa bagi sehari tersebut [Nota: Setiap kita melakukan paling minima 2,500 jenis dosa sehari semalam]. Apabila bersolat, syaitan mempengaruhi manusia yang sedang bersolat itu ingat akan banyak perkara dunia yang sering meghilangkan khusyuk mereka ketika bersolat. Dan, ketika malam pula syaitan melenakan manusia sehingga sukar hendak bangun malam berqiamul-lail. Selain itu, hadith tersebut menyebutkan bahawa ketika berwirid atau berzikir itu Rasulallah (s.a.w) menghitung bilangan kalimah wirid dan zikirnya dgn jari-jari kanannya. Jari-jari kita akan menyaksikan di hadapan Allah (a.w) kelak di akhirat. Tidak ada amalan mengira kalimah wirid dan zikir dgn menggunakan 'buah tasbih'. [Nota: Buah tasbih adalah budaya agama selain Islam. Islam mengutamakan anggota badan dalam segala sesuatu tanpa beralatkan selainnya]
Di dalam hadith berikut pula Rasulallah (s.a.w) mengajarkan kepada orang yang fakir atau miskin atau orang biasa yang tidak kaya. Mereka merasa hampa tidak dapat membuat amalan sebagaimana orang yang kaya beramal. Kalau yang miskin bersolat, yang kayapun bersolat. Kalau puasa pula yang kaya, yang miskinpun berpuasa. Tidak ada kelebihan, malah sering ditinggalkan yang miskin dari yang kaya kerana kekayaan mereka membolehkan mereka  bersedekah dan menginfaqkan hartanya, maka mendapat pahala yang banyak berbanding yang miskin.
Diriwayatkan hadith daripada Ikrimah and Mujahid dari ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Datang seorang fakir kepada Rasulallah (s.a.w), maka berkata dia kepada Rasulallah (s.a.w): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Sesungguhnya orang yang kaya bersolat mereka sebagaimana kami bersolat, and berpuasa mereka sebagaimana kami berpuasa, dan bagi mereka harta kekayaan bersedekah and menginfaq mereka.’ Maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Ketika bersolat kamu, maka katalah (bacalah): ’Subhanallah’ tiga puluh tiga (33) kali, ‘alhamdulillah’ tiga puluh tiga kali (33), and ‘Allahu akbar’ tiga puluh tiga (33) kali, and ‘lailaha illallah’ sepuluh (10) kali. Maka sesungguhnya kamu dapat menemui mereka (yakni, menyamai pahala) dengan demikian barangsiapa yang mendahului kamu Yakni, orang yg mendapat kelebihan pahala), dan mendahului barangsiapa sesudah kamu (yakni, melebihi pahala orang yg membacanya kurang dari apa yg dibacanya).’ [Hadith an-Nasa’i]
Hadith tersebut menyebutkan nasihat Rasulallah (s.a.w) bagaimana seseornag yang miskin itu boleh menandingi mereka yang kaya dengan berzikir seperti yang disebutkan dalam hadith itu. Di dalam hadith berikut pula Rasulallah (s.a.w) nasihatkan kita membaca kalimah-kalimah yang disebutkan itu 100 kali.
Diriwayatkan hadith daripada abi Zubir dari abi ‘Alqamah dari Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa membaca ‘Subhanallah’ di akhir solat Subuh 100 kali ‘tasbih’ dan (membaca) diwaktu petang 100 tahlil (yakni, 'lailaha illallah', diampunkan (oleh Allah (a.w)) baginya dosa-dosanya walaupun dosa-dosanya itu sebanyak seumpama buih lautan.’ [Hadith an-Nasa’i]
Apakah manfaatnya? Disebutkan di dalam hadith tersebut bahawa mereka mendapat ganjaran pahala and keampunan dari dosa-dosa mereka.
Sesungguhnya hari ini kita ketemui begitu banyak amalan yang diamalkan oleh umat Islam, termasuk orang Melayu sendiri dalam berbagai bentuk, termasuklah bacaan dalam sesuatu ibadah khusus, termasuklah doa. Pelbagai rasional diberikan oleh mereka yang menganjurkan atau yang mengajarkan kita akan amalan tersebut. Banyak amalan sedemikian tidakpun di amalkan atau disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) kita amalkan. Pada masa yang sama begitu banyak pula amalan yang diamalkan oleh Rasulallah (s.a.w) dan disuruh kita amalkan, kita abaikan pula. Seolah-olah amalan Rasulallah (s.a.w) dan suruhannya itu rendah nilainya berbanding dgn ajaran manusia lain. Ini sangat menakjubkan kerana Allah (a.w) memberitahu kita bahawa ‘ikuti suruhan Rasulallah (s.a.w)’ atau ‘hentikan sesuatu yang ditegah Rasulallah (s.a.w)’ - Ayat 7, Surah al-Haysr. Juga, Rasulallah (s.a.w) adalah contoh atau model individu Islam yang terbaik. Masakan model yang terbaik itu tidak baik, dan kita pula ikuti model atau contoh lain?

(e) Doa Sesudah Wirid dan Zikir
Pada lazimnya apabila seseorang itu selesai solat, yakni memberi ‘Salam’, maka kita berzikir dan selesai berzikir itu kita membaca doa pula. Di dalam hadith berikut diceritakan salah satu kaedah sunnah, iaitu para sahabat membuat sesuatu amalan, dalam kes ini ‘doa’, dan didengar oleh Rasulallah (s.a.w) maka tidak dilarangnya, malah diberikan olehnya pujian, maka perkara atau amalan tersebut termasuk dalam as-Sunnah.
Meriwayatkan hadith oleh Husain bahawa mengajarkan kepadanya ibnu Buraidah (r.a) yang berkata: ‘Menceritakan hadith kepadaku oleh Hanzalah bin Ali bahawasanya Mahjan bin Adra’ memberitahunya suatu hadith bahawasanya Rasulallah (s.a.w) masuk mesjid ketika itu seorang lelaki sungguh sudah selesai solatnya, maka membaca (lelaki itu satu doa): ‘Allahumma inni as-aluka ya Allah (a.w) bi-annakal wahidul ahadus-somad-ullazi lam yalid walam yulad walam yakun lahu kufuan ahadun, an tagfirali zunubi innaka antal ghafurur-rahimu.' [Maksud doa: Ya Allah (a.w) ya Tuhanku! Aku memohon Ya Allah (a.w) dengan bahawasanya Engkau yang Satu dan Esa lagi bijaksana, tidak beranak dan diperanakkan; bahawasanya Engkau ampunilah dosaku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang’, maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sungguh-sungguh telah diampun akandia.’ (diucapkan oleh Rasulallah (s.a.w)) tiga kali.) [Hadith an-Nasa’i] 
Dalam hadith di atas itu, Rasulallah (s.a.w) mendengar ‘doa’ seseorang para sahabat, dan beliau mengulas bahawa doanya telah diberkati Allah (a.w) dan telah diterima Allah (a.w) permintaannya.  Justeru itu, kalimah-kalimah ‘doa’ atau wirid yang disebutkan oleh sahabat tersebut boleh kita amalkan kerana telah mendapat ‘endorsement’ Rasulallah (s.a.w).
Di dalam hadith berikut pula diceritakan satu permintaan Abu Bakar as-Siddiq (r.a), khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin yang pertama, agar Rasulallah (s.a.w) mengajarjannya satu ‘doa’. Maka diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) satu doa yang boleh diamalkannya selepas solat.
Diriwayatkan Abi Habri daripada Abdullah bin Omar (r.a) hadith daripada Abu Bakar as-Siddiq (r.a) bahawasanya berkata kepada Rasulallah (s.a.w): ‘Ajarkanlah aku dengan suatu doa apabila berdoa aku dengannya di dalam solatku.’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Engkau katalah (bacalah): 'Allahumma inni zolamtu nafsi zulman kathiran wala yaghfiruz-zunubi illa anta, faghfirli maghfiratan min ‘indika war-hamni innaka antal ghafurur rahimu.' [Maksud doa: Ya Allah (a.w) ya Tuhanku! Sesungguhnya aku menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak, dan tidak (siapa dapat) mengampuni dosaku kecuali Engkau (Allah), maka ampunilah aku dengan pengampunan dari sisi Engkau (Allah) dan kasihanilah aku, sesungguhnya Engkau (Allah) zat yg maha Pengampun and maha Menyayangi.] [Hadith an-Nasa’i]
Doa di atas itu adalah doa memohon ikhsan dan kerahmatan Allah (a.w) untuk mengampuni dosa-dosa kita.  Abu Bakar (r.a) adalah salah seorang dariada 10 sahabat Rasulallah (s.a.w) yang mendapat syurga tanpa dihisab. Itulah mertabat sahabat zaman tersebut. Kalau itulah satu daripada begitu banyak ‘doa’ yang disuruhnya Abu Bakar (r.a) amalkan, pastilah dia doa yang terbaik. Kerana Abu Bakar (r.a) adalah orang yang pertama, selain Khadijah Khualid (r.a), isteri Nabi (s.a.w), wanita pertama, yang menerima Islam tanpa soal apabila diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) tentang Islam.
Saudara, alhamdulillah, demikianlah paling kurang apa yg wajar kita lakukan selepas setiap solat - yg fardu mahupun yg sunat. Jangan sekali-kali kita lupa berdoa, kalau kesuntukan masapun, kerana Allah (a.w) bencikan hambaNya yg tidak mahu atau tidak suka berdoa. Malah lagi banyak dan kerap seseorang yg iman itu berdoa memhon segala sesatu dari Allah (a.w) lebih disukaiNya.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment