Wednesday, January 11, 2012

Kaum Nabi Lut (a.s) di Malaysia - Seksualiti Merdeka

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini terbaca satu laporan dalam the Sun di mukasurat 4 terbitan hari ini 11 Jan. 2012, bertajuk 'Seksualiti Merdeka' files bid for (Judicial) review'.
Disebutkan 5 ahli J/K telah memfailkanrayuan ke mahkamah untuk dapatkan judicial review mengenai larangan pihak polis terhadap keinginan mereka untuk mengadakan rapat raksaksa atas alasan kebebasan manusia (human rights) bulan lepas. Selepas Anwar Ibrahim dibebaskan tuduhan liwat di mahkamah tinggi, teringin pula 'Seksualiti Merdeka' agar mahkamah mengeluarkan perintah yg tidak menyebalhi kerajaan (i.e. Polis) bahawa rakyat Malaysia berbilang kaum berhak bebas melakukan sesuatu tanpa mengancam kstabilan sosial di Malaysia. 
Bercakap fasal dokongan 'Seksualiti Merdeka', kita teringat kpd apa yg terjadi kpd manusia zaman Nabi Lut (a.s) dulu - Masyarakat Sodom & Gomorah (mengikut Injil), yg sukakan perbuatan di luar tabi'i, yakni yg ditetapkan oleh Allah (a.w). Apa dia? Allah (a.w) jadikan manusia (dan jin) berpasangan - ada lelaki dan ada perempuan, supaya lelaki/perempuan sukakan perempuan/lelaki, bukan sebaliknya. Malangnya, manusia ketika nafsunya mengawal diri dan otaknya, menjadi lebih haiwan dari haiwan. Kenapa? Tidak ada haiwan yg dijadikan Allah (a.w) berkeadaan betina sukakan betina dan jantan sukakan jantan. Tapi, ada dikalangan manusia. Tak hairanlah Allah (a.w) gamkan manusia sedemikian itu lebih hina dari binantang, kerana manusia berakal fikiran, walhal haiwan tiada akal dan tidak boleh berfikir!
Hubungan jenis diluar tabi'i - spt gay/homo dan lesbian/homo - adalah dilarang keras oleh Allah (a.w) manusia lalukan. Mereka yg melakukan sedemikian itu zaman Nabi Lut (a.s) dihapuskan Allah (a.w) dari muka bumi ini. Namun hari ini, mereka dibebaskan dari hukuman yg immediate, kerana itu janji Allah (a.w) kpd Rasulallah (s.a.w), supaya siksaan ditunda ke akhirat. Maka umat Muhammad (s.a.w) - semua bangsa mendapat manfaat dari moratoriyum tersebut.
Saudara, tak hairan zaman ini manusia dipengaruhi oleh syaitan yg menyebabkan mereka ingin bebas lakukan apa saja mengikut naluri kehendak hati mereka dan tidak mahu mana-m,ana pihak termasuk polis atau kerajaan sekalipun melarang meeeka. Mereka inginkan supaya kalau mereka nak kahwin sejenis - lelaki sama lelaki atau perempuan sama perempuan, biarkan. Kalau mereka ingin lakukan seksualiti antara perempuan dgn perempuan lesbianisma atau hubungan seksual antara lelaki dgn lelaki homoskesualisma atau kahwin sejenis, biarkan. Malah pasti mungkin suatu masa nanti manusia akan melakukan persetubuhan di khalayak ramai. Masa itu tak payah tengok blue movie atau laman web lucah, kita boleh tengok bukan sahaja lelaki perempuan bersetubuh (atau berzina) di tepi-tepi jalan, tak perlu ke hutan atau ke dalam semak lagi, kalau nak puaskan nafsu. Akan ada betina India dan jantan Melayu bersetubuh/berzina atau sebaliknya, di tepi shopping complex pula. Atau, ada pertandingan jaguh seksualiti pula anjuran badan spt 'Seksualiti Merdeka' ini! Kalaulah diberi laluan kpd kebebasan yg extreme - sampai kemuncaknya ...
Saudara, itu tak hairan kerana Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa antara tanda-tanda hampirnya kiamat adalah terdapat seorang lelaki yg terpaksa memuaskan nafsu shahawat 50 orang perempuan, kerana bilangan lelaki yg berkurangan. Hari ini, katanya, dah sampai nisbah seorang lelaki bagi setiap 15 perempuan. Walaupun hari ini ramai wanita yg lebih berjaya dari lelaki dalam kerjaya, akan timbul kelak lelaki dicari oleh 50 wanita minta disetubuhi oleh mereka (lelaki)! Akan banyak perzinaan antara orang Islam di merata cerok rantau, tanpa bersembunyai atau disembunyikan. Memang ramai muda mudi berzina hari ini dalam bilik hotel atau ditepi sungai atau dalam semak dan di tepi pantai, kemudian mereka ambil video gelagat mereka dan dipamirkan dalam internet atau laman web adult. Mereka lakukan kerana sukakan adegan mereka sendiri dituntun oleh rakan taulan, menunjukkan kejantanan mereka. Dan, mereka pula dibayar wang yg tidak sedikit sekali dimuatnaik (upload) dalam laman tersebut. Banyaknya anak-anak haram dilahirkan dikalangan orang akui diri mereka Islam. Hari ini dilapurkan dimana-mana kes buang anak - dalam jamban, dalam bakul sampah, dalam sungai, dalam parit dsbnya menunjukkan perzinaan sudah berleluasa. Orang muda atau generasi muda tidak lagi hormat orang tua, termasuk kedua ibu bapa mereka sendiri. Ibubapa yg sakit diabaikan oleh anak. Anak merogol emak. Anak membunuh bapa atau ibunya.
saudara, demikianlah begitu banyaknya tanda-tanda kiamat itu sudah hampir. Gelagat muda-mudi ini digalakkan pula oleh para artis - pelakun dan penyanyi - yg mendemokan gelagat manusia moden yg bebas, berpoya-poya, berkhalwat, bercium di khalyak ramai, atau pakai bikini di kolam renang eksklusif, bergaul bebas dan macam-macam lagi. Dalam post yg lalu kita telah diberitahu bahawa para pelakun dan penyanyi adalah saudara syaitan, dan mereka bersekongkol dgn syaitan, untuk menjerumuskan manusia Islam bersama-sama mereka ke neraka.
Saudara, dalam laporan akhbar itu yg anih, drp 5 orang AJK yg disebutkan itu terdiri dari seorang China, dua orang India dan dua orang Melayu - seorang Melayu lelaki (Md Nor Ismat Selamat - kata theSun) dan seorang Melayu perempuan (Siti Zabedah Kasim, lapur the Sun). Apakah yg Melayu itu Islam? Pasti! Di Malaysia semua orang Melayu wajib Islam. Tapi, apakah mereka beriman? Belum pasti. Ramai orang Melayu Islam, tapi mereka tak solat, tak puasa, ada duit pak bayar zakat, tak naik haji, tak buat umrah. Malah, mereka itu berfoya-foya - main betina, berzina di sana sisi, minum arak, berjudi, maka yg haram dan sebagainya. Adakah mereka beriman? Ini tanda tanya. Kerana, kalau orang Islam itu beriman dia takkan buat sesuatu yg ditegah dan dia tinggalkan apa-apa yg disuruh. Sebaliknya, mereka kerjakan yg ditegah atau tak buat yg disuruh. Mereka 'fasiq' (= orang yg tahu larangan dan tegahan tai kekal lakukan) atau 'orang yg menzalimi diri sendiri' (= tahu buat dapat dosa, tapi buat juga, kerana iman yg nipis atau tak yakinkan akhirat (hari balasan) atau remehkan ketetapan Islam) atau 'kafir' (= orang Melayu yg akui dirinya Islam tapi sudah jadi kafir tanpa disedari mereka! Orang Islam yg lakukan sesuatu yg bertentangan dgn aqidah atau sengaja meninggalkan yg diwajibkan adalah kafir, tanpa disedari atau mungkin disedari, tapi tak ambil kisah! Contoh: Orang Islam yg yg meninggalkan satu waktu solat fardu jatuh kafir secara sertamerta, maka melayakkan dia disiksa dalam neraka di akhirat kelak!
Jadi dua orang Melayu yg terlibat dgn pergerakan 'Seksualiti Merdeka' ini, bagaimana? Mereka Islam, mereka beriman (agaknya), mereka membantah tindakan yg sejajar dgn tegahan dan larangan Allah (a.w), jadi mereka menyokong perbuatan menegakkan kebatilan atau kedurjanaan atau kekufuran yg amat serius, iaitu homoseks - amalan masyarakat zaman Nabi Lut (a.s), amalan yg sangat-sangat dimurkai Allah (a.w). Adakah mereka diperalatkan oleh golongan bukan Islam? Atau, mereka diupah oleh golongan bukan Islam, dalam kejahilan, tindakan yg menentang Allah (a.w)?
Apakah perjuangan 'Seksualiti Merdeka'? Mungkin mereka kata perjuangan kebebasan hak asasi manusia atau human rights, yakni manusia itu bebas buat dan lakukan apa saja tanpa dibendung. Tapi, bukan mengutamakan hak asasi manusia atau human rights tapi memperjuangkan seksualiti bebas - boleh atau bebas lakukan kahwin sejenis (= sama sex marriages), boleh buat homoseks - hubungan jenis antara lelaki dgn lelaki, boleh buat lesbianisma - hubungan sejenis antara perempuan dgn perempuan, boleh bercumbu-cumbu atau mengadakan hubungan jenis di mana-mana tanpa dibelenggu dan macam-macam lagi ... pendeknya memperjuangkan amalan kaum Nabi Lut (a.s) di Malaysia!
Saudara, umat Nabi Lut (a.s) dikambus oleh tiga orang malikat ditempat kediaman mereka yg sekarang terkenal dgn Dead Sea kerana homoseks = gay dan lesbianisma, perbuatan atau amalan yg dikutuk Allah (a.w). Mereka itu semuanya dimusnahkan ketika di dunia, dan di dalam kuburnya disiksa sampai kiamat dunia, dan setelah kiamat, kesemuanya masuk neraka. Hari ini 'Seksualiti Merdeka' perjuangkan amalan kaum Nabi Lut (a.s). Jelaslah dua orang Melayu itu jelas, dgn menyokong pergerakan 'Seksualiti Merdeka' sebenarnya menolak perintah Allah (a.w), malah sengaja ingin berdepan dgn Allah (a.w), bukan dgn Polis atau kerajaan. Pemimpin negara dan negeri yg laung-laungkan bahawa Malaysia adalah negara Islam wajib berwaspada kerana pergerakan 'Seksualiti Merdeka' itu adalah pergerakaan yg dilarang kuat oleh Islam dari segi tujuan, kontents dan pengisian perjuangannya. Jangan di akhirat kelak, mereka ditanya dan kemudian dilemparkan ke neraka, kerana menentang syariat agama Allah (a.w).

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment