Sunday, January 29, 2012

Peluang Keemasan yg Tidak Diendahkan Oleh Orang Iman

Assalamualaikum,
Saudara, sesungguhnya orang Islam yg beriman itu diberi pelbagai peluang oleh Allah (a.w) untuk berjaya di dunia dan di akhirat, kalaulan mereka membuka mata, telinga dan menumpukan sedikit perhatian kpd beberapa perkara yg disampaikan oleh Allah (a.w) - dalam al-Quran - dan yg disampaikan atau diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Tapi, malangnya hari ini, semakin ramai orang Islam yg nama mereka Islam tetapi dalam banyak segi dan dimensi, mereka tiada beza dgn orang yg tidak Islam. Sebenarnya, begitulah keadaan dunia yg hampir ke penghujungnya.
Saudara, sudah banyak tanda-tanda akhir zaman dipertunjukkan oleh Allah (a.w) dan kita telahpun diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w). Segala sesuatu tentang atau mengenai duniawi semakin canggih, semakin mudah, semakin merangsang nafsu dan keinginan manusia, dan semakin tak perlu berselindung pula melampiaskan nafsu - di kalangan orang Islam sendiri. Penguatkuasa Islam (spt MAIS,.JAIS dan JAKIM) kini lebih mengutamakan 'penguatkuasaan' pelangaggaran agama oleh umat Islam, Melayu. JAIS dan MAIS tak kisah apa yg berlaku kpd orang Islam selain orang Melayu. Mereka lebih suka mengintip dan menangkap, dan menghalang pengajaran agama oleh orang awam, kecuali dgn kebenaran mereka. Mereka sendiri tidak pula memberi tumpuan kpd pengajaran ilmu Islam yg haq iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Itulah salah satu tanda akhir zaman apabila kebatilan dianggap perlakuan yg haq!
Saudara, itu dari segi organisasi. Dari segi individu pula, kita akan dapati umat Islam - orang Melayu, rengkasnya - sudah tidak lagi mengutamakan Islam, mengutamakan ilmu yg haq (yakni, al-Quran dan as-Sunnah), sudah berleluasa pula mengamalkan banyak perkara yg bukan sahaja ditegah, malah dijadikan amalan yg sahih pula, walaupun jelas tidak dibenarkan oleh Islam melalui al-Quran dan as-Sunnah. Hari ini begitu ramai anak-anak yg enggan bebuat baik kpd dan terhadap kedua ibu bapa mereka. Anak-anak yg berada sanggup menggaji orang lain menjaga kedua ibu bapa mereka yg tua dan dhaif. Atau, membayar bayaran yg tinggi kpd pihak-pihak yg menguruskan perniagaan menjaga wargatua - Rumah-rumah Penjagaan Warga Tua. Malah ramai anak-anak yg Islam, yg kaya dan mewah, tak sanggup bela atau jaga kedua ibu bapa mereka, dgn menghantar mereka ke rumah orang tua kelolaan orang bukan Islam! Demikianlah lumrah dunia moden.
Saudara, sebagai seorang Islam ada banyak peluang kita menyediakan diri untuk kebahagian atau kesejahteraan akhirat. Antaranya tiga perkara yg disebutkan dalam hadith berikut: 

Orang yg Rugi/Melepaskan Peluang Paling Berharga
Saudara, seorang iman yg bijak itu akan sentiasalah mencari peluang mudah untuk berjaya di dunia dan di akhirat. Justeru itu, orang yg bijak itu tak melepaskan peluang berikut:
Diriwayatkan hadith dari abu Hurairah berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Raghima anfu rajulun zukirtu ‘indahu falam yusolli ‘alaiya wa-raghima anfu rajulun dakhala ‘alaihi ramadhanu thumman salakha qabla an yughfara lahu wa-raghima anfu rajulun adraka ‘indahu abawahul-kibara falam yudkhilhu jannata.’ (Yg bermaksud: (Hilang hidung, yakni) Kurus/rugi seorang lelaki yg (apabila) disebut nama aku (Nabi) di sisinya maka tidak mendoakan rahmat dia atasku, dan rugi/hilang hidung lelaki yg masuk atasnya bulan Ramadhan kemudian habis/berlalu Ramadhan sebelum bahawa diampuni baginya (dosa-dosanya) dan rugi/hilang hidung lelaki menjumpai di sisinya kedua orang tuanya maka tidak memasukkannya (oleh kedua orang tuanya, yakni ibu bapanya) akandia atau pada dia ke dalam syurga.) [Hadith at-Termidzi, Kitab Doa] 
[Nota: Ada tiga perkara yg disebutkan dalam hadith ini. Pertama, ketika nama Rasulallah (s.a.w) disebut – sama ada kalimah ‘Rasulallah ‘ atau ‘Nabi’ atau ‘Muhammad’, hendaklah kita sambut dgn ucapan ‘Sallahu-‘alaihi was-sallam’. Jika tidak kita mendapat kerugian yg besar kerana tidak menghormati Nabi (s.a.w). Malah kita tidak akur dgn perintah Allah (a.w) yg menyebutkan bahawa Allah (a.w) dan para malaikat berselawat atas Nabi (s.a.w), dan hendaklah kita yg Islam dan beriman berselawat atas beliau (Ayat 56, Surah al-Ahzab). Kedua, kita pasti rugi jika kita sempat hidup dalam bulan Ramadhan, setiap tahun, tidak berpuasa sebaik mungkin dgn penuh keimanan dan dalam berusaha mengharapkan pahala terbanyak, maka di akhir Ramadhan kita tidak dibebaskan dari neraka, kerana dihapuskan Allah (a.w) dosa-dosa kita yg lalu. Orang yg berpuasa dgn tanpa didasari oleh keimanan dan keinsafan yg tinggi, serta tidak berusaha mencari ganjaran pahala terbaik, malah kekal terjerumus dalam neraka, tidak mendapat syurga. Hanya orang yg berpuasa dgn sepenuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala terbaik. Hanya dgn keimanan yg kental dan harapan yg ikhlas untuk mendapat keridaan Allah (a.w) akan menjadikan kita berjaya. Ketiga, seorang anak, khususnya anak lelaki, yg kedua ibu bapanya masih hidup, tidak mendapat syurga kerana tidak berbuat baik dan menjaga kedua ibubapanya sebaik mungkin, ketika mereka masih hidup. Kerana keridaan Allah (a.w) terletak pada keridaan kedua ibu bapa. Jika murka keduanya, maka Allah (a.w) juga akan murka. Jika Allah (a.w) murka masakan kita mendapat syurga. Justeru itu, bagi kita yg masih ada kedua ibu bapa hendaklah melayani serta melakukan segala sesuatu yg supaya Allah (a.w) meridhai kita dan memasukkan kita ke dalam syurga. Mereka yg dilayan sedemikian itu akan merasa rida dan melimpahkan kasih saying mereka terhadap kita sebagai anak mereka. Justeru itu, kedua ibu bapa kita meridai kita dan kerana keridaan mereka itu, Allah (a.w) meridai kita. Itu adalah janji pasti Allah (a.w). Setiap anak itu wajib patuhi perintah kedua ibubapanya, kecuali perintah dan suruhan mereka itu berupa perintah maksiat atau perintah menentang ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w).] 
Saudara, hari ini ramai orang Melayu yg akui dirinya Islam dan beriman terlepas peluang setiap tahun, atau setiap bulan atau setiap minggu atau setiap hari. Semuanya kerana jahil dan kerana tidak yakin dgn keIslaman mereka sendiri. Siapa yg terlepas peluang? 
Iaitu, pertama, orang yg berhaqkmenjadi umat Muhammad (s.a.w) dan mendapat syafaatnya di akhirat kelak, dan dia disayangi pula oleh Allah (a.w), apabila dia melakukan suatu yg amat mudah. Apa dia? Sebut: 'Sallallahu alaihi wa-sallam' setiap kali mendengar nama atau ungkapan 'Rasulallah (s.a.w)' atau 'Nabi (s.a.w)' atau 'Muhammad (s.a.w)' disebut oleh siapa saja. Lebih baik sentiasalah berselawat atas Nabi (s.a.w), maka Allah (a.w) berselawat (yakni, mengucapkan selamat sejahtera kpd kita) 10 kali. [Nota: Ketika manusia berhimpun di padang makhsyar kelak, setelah seruling sangkala kedua ditiupkan, manusia akan bangkit dari kubur mereka, pergi berhimpun di padang mahsyar, perhimpuan  agung terbesar manusia, umat Muhammad (s.a.w) akan diberi peluang minum air sungai atau telaga al-Kauthar yg danugerahkan oleh Allah (a.w) kpd Rasulallah (s.a.w). Sesiapa yg minum airnya, takkan haus selama-lamanya sepanjang perhimpunan agung selama 50,000 tahun itu (sehari di akhirat itu bersamaan dgn 1,000 tahun kiraan tahun dunia). Orang yg tidak menyebut kalimah 'Sallallahu alaihi wa-sallam' dan orang yg enggan berselawat atas Nabi/Rasulallah (s.a.w) tidak dikira 'umat Muhammad', maka tak layak dapat syafaat dan tak layak minum air al-Kauthar. Fikirkanlah!] Kedua, orang Melayu/Islam yg berkesempatan dalam hidupnya menemui bulan Ramadhan untuk mengerjakan ibadah puasa wajib tersebut sebaik mungkin - ketika berpuasa, ketika siang ataupun malam, dan mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah sunat pula dalam bulan Ramadhan - dia bebas dari neraka di akhir Ramadhan! Alangklah beruntungnya orang sedemikian. Ketiga, seorang anak - terutama anak lelaki - yg ketika hidupnya masih mempunyai kedua ibu bapanya - yakni, kedua ibu bapanya masih hidup - tidak dapat keridhaan kedua ibu bapanya, maka dgn itu tidak dapat kedua ibu bapanya melepaskan dia sebagai anak dari belenggu neraka dan mendapat syurga di akhirat kelak. Itulah anak yg rugi yg ketika kedua ibu bapanya masih hidup tidak menjaga sebaik mungkin kedua ibubapanya dan kerana itu kedua ibu bapanya tidak dapat menghantarkan ke syurga di akhirat kelak. Di dalam al-Quran, Allah (a.w) firmankan menyuruh orang Islam yg beriman itu 'berbuat baik' terhadap dan kpd kedua ibubapanya, hormat, merendahkan suara, dan sentiasa tunduk memberi kasihsayang dan membantu mereka.
Saudara, janganlah lepaskan peluang. Ingatlah Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa Allah (a.w) ridha terhadap seseorang Islam yg beriman itu jika kedua ibu bapanta ridha terhadapnya. Tanpa keridhaan kedua-duanya, walaupun dia calun syurga, tidak akan mendapat keridhaan Allah (a.w), dan pasti tak dapat syurga ...

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment