Assalamualaikum,
saudara, mulai post ini kita teliti pula beberapa hadith yg menceritakan perihal sakit mati seta bagaimana hendakl emnguruskan jenazah. Kemudian, kita akan teliti pula hadith-hatih yg menceritakan tentang syurga neraka, sebagai menamabh kpd penelitian kita tentang dunia dan akhirat.
Pahala Menjengok Orang Sakit
Selain mendapat pahala sunnah kerana menziarahi orang yang sakit itu, di dalam hadith berikut Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu keafdhalan melawat atau menziarahi orang sakit, iaitu: kita didoakan kesejahteraan oleh para malaikat, pagi atau petang. Oleh kerana malaikat itu orang yang terhampir pada Allah (a.w) dan mereka makhluk yang tidak melakukan dosa dan sentiasa taatkan Allah (a.w) sudah pastilah doa malaikat itu mustajab:
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman bin Abi Laila, hadith daripada Ali (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa datang pada saudaranya yang Muslim menjengoknya (ketika sakit, seumpama) berjalan di dalam kebun syurga sehingga duduk dia. Maka ketika duduk dia dituliskan kasih sayang (Rahmat) Allah (a.w) terhadapnya. Maka jika ada paginya (melawat pesakit) mendoakan 70,000 malaikat sampai petang. Dan jika ada pada petangnya (melawat pesakit) mendoakan atasnya 70,000 malaikat sehingga waktu subuh.’ [Hadith ibnu Majah]
Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa jika kita melawat si sakit waktu pagi (atau petang), maka seramai 70,000 malaikat rahmat mendokan kebaikan dan kesejahteraan kepada kita. Mereka sentiasa mendoakan kita sampai petang (atau waktu Subuh) jika kita menziarahi si sakit waktu pagi (atau waktu petang). Ketahuilah bahawa siapakah yang mendoakan kebaikan bagi kita dalam hidup kita? Tidak ramai di kalangan keluarga dan rakan taulan.
Diriwayatkan hadith daripada Othman bin Abi Saudah, hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa menjengok (menziarahi) orang sakit memanggil orang-orang yang memanggil (yakni, para malaikat) di langit’ (dan berkata para malaikat mendoakan:) ‘Banyak-banyaklah berjalan engkau, dan bertempat dari syurga tempat tinggal engkau.’ [Hadith ibnu Majah]
Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa doa yang disebutkan oleh para malaikat, seperti di dalam hadith di atas itu, adalah agar Allah (a.w) berikan kepada kita ganjaran mendapat syurga. Apakah perkara-perkara yang perlu kita lakukan ketika mengunjungi saudara Islam yang akan mati?
Apabila kita menziarahi orang sakit apa nak buat? Ini dipandu oleh Rasulallah (s.a.w), seperti berikut:
(a) Mengajar orang Akan Mati Kalimah ‘Talqin’
Apabila menyebut ‘talqin’ masyarakat Melayu biasanya beranggapan bhawa ‘talqin’ adalah upacara yang sering dbuat ole masyarakat Melayu setelah mengkebumikan jenazah di tanah perkuburan. Di situ kelak, imam qariah akan membacakan kata-kata nasihat kepada ‘roh’ si mati tentang beberapa perkara, termasuklah mengajarkan roh si mati jawapan-jawapan kepada malaikat mungkar nangkir’ soalan-soalan yang diajukan oleh mereka. Itulah amalan tradisi masyarakat Melayu turun temurun, yang kekal sekarang.
Menceritakan hadith oleh Yahya bin ‘Umarah berkata: ‘Aku mendengar Aba Said al-Khudri (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Laqqinu mautakum qaula ‘lailaha ilallah’ [Maksud: Nescaya mengajarkanlah oleh kamu sekelian orang-orang yang akan mati (yakni, ketika naza’) di kalangan kamu sekelian kalimah atau perkataan ‘lailaha illallah’.’] [Hadith Bukhari] Hadith yang sama juga diriawayatkan di dalam Sunan Abu Daud, menyebutkan Abi Said al-Khudri (r.a) juga (yakni, hadith yang sama):
Menceritakan hadith daripada Yahya bin Umarah berkata: ‘Aku mendengar Aba Said al-Khudri (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w):Luqqinu mautakum qaula ‘lailaha ilallahi’ [Maksud: Nescaya mengajarkanlah oleh kamu sekelian orang-orang yang akan mati (yakni, sedang naza’) dari kalangan kamu sekelian kalimah (atau kalimah ‘talqin’ iaitu) ‘Lailaha ilallah’] [Hadith Abu Daud]
Suruhan Rasulallah (s.a.w) yang sama terapat dalam Sunan ibnu Majah, iaitu hadith daripada Abu Hurairah (r.a) menyebutkan kalimah yang sama, iaitu: Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Luqqinu mautakum: ‘lailaha illallah’ [Maksud: Mengajarkanlah oleh kamu orang yang akan mati (yakni, naza’) di kalangan kamu (kalimah talqin) ‘lailaha illallah’][Hadith ibnu Majah]
Mengikut hadith-hadith di atas Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita yang berada di sisi orang yang akan mati, yakni sakit tenat atau dalam keadaan akan mati atau sedang naza’, mengajarkannya supaya menyebut kalimah ‘talqin’, iaitu ‘lailaha illallah’ itu. Sebahagian besar para ulama’ menterjemahkan kalimah ‘mautakum’ itu sebagai ‘jenazah’ atau ‘mayat’. Maka dengan itulah kita amalkan membaca Surah Yaasin dan lain-lain surah al-Quran sebelah si mati. Inilah hujjah kenapa kita disuruh bacakan Surah Yaasinatas mayat atau jenazah.
(b) Mendokan Kesejahteraan Akhirat baginya
Disebutkan bahawa doa yang dipinta bagi pihak sisakit itu mustajab. Dan, doa sedemikian adalah memberi manfaat kepada si sakit:
Diriwayatkan hadith daripada Musa bin Muhammad bin Ibrahim Taimiyi, hadith daripada bapanya, hadith daripada Abi Said al-Khudri (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ketika masuk kepada orang yang sakit, maka melonggarkanlah padanya (yakni, janganlah kedekut berdoa baginya) di dalam mendoakan pada waktu (menjengoknya). Maka sesungguhnya demikian (i.e. mendoakan sesuatu kepada si sakit) tidak menolak sedikitpun sesuatu. Dan dia (i.e. doa itu) baik dengan diri orang yang sakit.’ [Hadith ibnu Majah]
(c) Jangan Merungsingkan Hatinya
Di dalam hadith berikut, Rasulallah (s.a.w) memberi panduan kepada kita peradaban semasa mengunjungi pesakit, terutama pesakit dalam keadaan tenat. Hendaklah kita tidak menyusahkan pula hati dan fikirannya kerana di saat-saat yang genting itu eloklah kita bercakap-cakap perkara-perkara yang baik, yang boleh menenangkan fikiran dan hatinya. Sebaik-baiknya didoakan baginya kesejahteraan semasa didalam kubur sementara menunggu qiamat dan akhirat, dan kita diberitahu apabila kita doakan sedemikian, malaikat yang hadhir mengaminkan doa kita:
Diriwayatkan hadith daripada Syaqiq, hadith daripada Ummu Salamah (r.ah) berkata: ‘Telah bersadba Rasulallah (s.a.w): ‘Ketika datang kamu kepada orang sakit atau orang yang hampir mati maka berkata-katalah perkara yang baik-baik. Maka sesungguhnya para malaikat mengaminkan atas apa-apa yang diucapkan.’ ‘Maka apabila mati Abu Salamah, datang aku kepada Nabi (s.a.w), maka berkata aku: Wahai Rasulallah (s.a.w)! Sesungguhnya Aba Salamah sungguh-sungguh sudah mati.’ Maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Berkatalah kamu‘Allah-hummaghfirli walahu, wa’aqibni minhu u’ba hasanah’ [Maksud doa: Ya Allah, Engkau ampunkanlah aku dan (dan ampunilah) baginya. Semoga menggantikan bagiku darinya pengganti yang baik’]. Berkata aku (kata Ummu Salamah (r.ah)): ‘Maka mengerjakanlah aku (seperti yang diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w) itu). Maka mengganti Allah (a.w) orang yang dia lebih baik daripadanya, Muhammad Rasulallah (s.a.w).’ [Hadith ibnu Majah]
Insya Allah kita akan teliti beberap lagi perkara yg patut kita buat dalam post yg akan datang.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment