Saturday, January 28, 2012

Dunia dan Neraka

Assalamualaikum,
Saudara, kali ini kita lihat sepotong hadith yg pendek tetapi menjelaskan kpd kita bahawa Allah (a.w) wujudkan pelbagai cubaan (atau fitnah) hidup kpd manusia dalam menguji sejauh mana dan sedalam mana ketaqwaan dan keimanan umat Islam. Al-Quran tu adalah panduan bagi umat manusia - yg kafir dan yg Islam. Lebih banyak disebutkan dalam al-Quran panduan untuk membolehkan manusia itu Islam serta berjaya dunia dan akhiratnya.
Kita lihat hadith berikut:

Dunia itu penjara orang Mukmin 
Menceritakan hadith oleh Abdul Aziz b Muhammad hadith dari ‘Alak ibni Abdil Rahman hadith dari bapanya hadith dari Abi Hurairah berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ad-dunya sijnul mukmini wa-jannatul-kafiri.’ (Yg bermaksud: Dunia ini adalah penjaran bagi orang iman dan syurga bagi orang kafir.) [Hadith at-Termidzi] 
[Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa dunia itu adalah penjara kpd orang iman, kerana, sebagaimana seorang banduan dalam penjara itu, dia tidak bebas buat sehendak hatinya - pergerakannya dan perlakukannya sentiasa diawasi dan tingkah laku serta percakapannya juga tidak bebasa. Sebaliknya, orang kafir itu kerana dia mungkar tidak mahu terima Islam, maka dia bebas buat apa saja – baik maupun buruk. kalau baikpun tak ada gunanya dan kalau burukpun tak jadi apa-apa, kerana orang kafir atau orang yg tidak Islam itu pasti masuk neraka, tak kira apa yg dilakukannya di dunia. Sebaliknya, di akhirat kelak, orang iman itu mendapat syurga, bebas buat apa saja, malah mendapat pelbagai kenikmatan yg tidak pernah terfikir, tidak pernah dilihat dan terbayang sekarang ini. Nikmat di akhirat itu tak sampai ke pengetahuan manusia. Dalam sepotong hadith disebutkan bahawa ketika Allah (a.w) ciptakan syurga, Allah (a.w) tunujukkan kpd para malaikat dan bertanya kpd mereka apa pendapat mereka. Malaikat mengatakan bahawa sesiap yg dapat atau diberiksempatan melihat syurga dan apa-apa yg terdapat di dalamnya, pasti semua ingin memasukinya. Apabila ditunjukkan oleh Allah (a.w) neraka, malaikat yg disuruh melihatnya, berkata kpd Allah (a.w) abhawa sesiapa yg diberi kesempatan melihatnya dan melihat isinya, maka berkata mereka bahawa sesiapa yg melihatnya pasti tidak ingin memasukinya. Kemudian diceritakan setelah diperhiasai Allah (a.w) di persekitaran syurga dan persekitaran neraka – di luarnya, maka sekali lagi disuruh Allah (a.w) melihatkedua-duanya. Maka berkata malaikat, setelah melihat perhiasan di sekeliling syurga itu, bahawa tak ramai orang yg akan dapat memasukinya. Kerana, segala yg dihiasi di sekeliling syurga itu menyusah dan menyulitkan dan tidak sekalipun menyeronokkan. Manusia disuruh taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w), kerajakan solat – yg faru dan yg sunat – bangun malam untuk berqiamul lail, berpuasa – wajib dan sunat, naik haji dalam kesesakan jutaan manusia berkumpul dalam masa yg singkat, bersedekah, mengeluarkan zakat, menginfaq harta, berbuat baik sesama manusia, menghiasi diri dgn adab yg mulia dan sebagainya. Manakala melihat perhiasan di persekitaran atau luar neraka itu, malaikat berkata pasti ramai manusia yg masuk ke dalam neraka itu. Apakah perhiasan do persekitaran syurga itu? Iaitu segala ketetapan Allah (a.w) yg sangat tidak disukai oleh manusia, yg rumit dikerjakan dan tidak menyeronokan sedikitpun kpd manusia – segala suruhan yg wajib dan sunat dan segala larangan dan tegahan dan sebagainya yg memberatkan manusia kerjakan atau patuhi. Manakala, perhiasa di sekeliling sneraka itu pula amat disukai manusia dan mudah dikerjakan atau diamalkan, iaitu segala sesuatu yg haram dan menyeronokkan tetapi ditegah atau dilarang oleh Allah (a.w) – hiburan malam dan siang, wanita-wanita yg mendedahkan aurat, pergaulan bebas, makanan dan minuman yg terlarang, perjudiandan segala sesuatu yg merangsang nafus, kemaksiatan dan sebagainya. Maka kerana itu kata malaikat, sudah pasti siapa saja yg melihat perhiasan Allah (a.w) disekeliling neraka itu akan menjerumuskan mereka ke dalam neraka itu.] 
Hari ini jelas apa yg diberitahu oleh Allah (a.w) itu. Keseronokan duniawi itu sudah canggih dan berbagai dan mudah diperolehi dan dikuasi oleh manusia, ada setiap masa, sangat menyeronokkan, mudah memuaskan keinginan nafsu. Keseronokkan dunia itu boleh didapati oleh yg miskin dan yg kaya, di mana-mana dan 1001 macam nikmat yg boleh memuaskan nafsu.
Saudara, kitalah yg wajar memilih. Apakah kita ingin 'dipenjarakan' di dunia atau dipenjarakan di akhirat. Atau, kita ingin bebas di dunia atau kita dibebaskan di akhirat. Tepok dada tanya selera kita. Kehidupan dunia itu dinilai dalam jangka waktu akhirat hanyalah tak sampai seminit kerana sehari di akhirat itu sama lamanya dgn 1,000 tahun kiraan tahun dunia.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment