Assalamualaikum,
Saudara kita hampir selesai melihat rukun qalbi, rukun fe'li dan rukun qauli dalam solat sebagaimana yg diperbuat oleh Rasulallah (s.a.w). Bagi saudara yg peka serta lebih teliti dalam pemerhatian akan dapati begitu banyaknya perbezaan dalam cara dan kaedah kita lakukan dgn apa yg dilakukan oleh Rasulallah (s.a.w). Justeru itu, tanpa kita sedari kesemua solat kita tak sah dan tak diterima Allah (a.w). namun, alhamdulillah, kita telah ketemui ilmu menegnai semua itu. Mudah-mudahan seolat kita yg akhir-akhir ini akan diterima Allah (a.w). Amin.
Saudara, kali ini kita lihat selanjutnya bacaan atasbih ketika Sujud, Duduk di antara dua Sujud dan Ketika Duduk Tahiyat Awal dan Akhir, insya Allah.
Duduk Di antara Dua Sujud dan Tasbihnya (Wajib)
Di dalam bahagian ini kita teliti beberapa isu yang tidak kurang pentingnya dalam solat berpandukan ketetapan as-Sunnah. Perkara-perkara yang utama adalah isu: § Tama’ninah (berapa lama?);
§ Kaedah duduk semasa duduk di antara dua Sujud (yakni, bagaimana cara duduk Rasulallah (s.a.w)); dan
§ Tasbih semasa duduk di antara dua Sujud (yakni, apakah kalimah yang dibaca oleh Rasulallah (s.a.w)?).
Kita sering diperingatkan oleh para ulama’ bahawa pada setiap rukun fe’li (perlakuan atau perbuatan) dalam solat itu, perlu ada tamaninah, yakni berhenti sebentar atau seketika, sebelum meneruskan rukun yang lain.
Berhubung perkara tama’ninah semasa Rukuk, Sujud dan duduk antara dua sujud itu, berapa lamakah perlu mengikut as-Sunnah? Berpandukan sepotong hadith berikut, kata al-Barra’ sama sahaja masanya untuk Rukuk, Sujud dan duduk di antara dua Sujud itu:
Diriwayatkan hadith daripada al-Bara’ bin ‘Azib (r.a.), Nabi (s.a.w) berbuat seperti katanya: ‘Adalah solat Rasul (s.a.w) itu apabila Rukuk dia, dan apabila mengangkat kepalanya daripada Rukuk, yakni Iktidal dia, dan apabila Sujud dia, dan apabila mengangkat akan kepalanya daripada Sujud, yakni duduk di antara dua Sujud dia, maka empat perkara itu hampir bersamaan panjang masa perhentian kesemuanya.’ {Hadith sahih at-Termidzi]
Jika kita teliti perlakuan orang Islam semasa melakukan duduk di antara dua Sujud, kita pasti dapat lihat kepelbagaian perbuatan, cara dan kaedah. Bagaimanakah perlakuan Rasulallah (s.a.w) selaras dengan suruhan beliau: ‘Sollu kama ra-aitumuni’ [Hadith Bukhari, rujuk Bab 6] itu? Hadith menyebutkan supaya duduk diantara dua Sujud itu duduk ‘iftirasy’, yakni bahagian kiri ponggong diletakkan di atas tumit kaki kiri yang dilipatkan, manakala bahagian kanan ponggong tidak diletakkan di atas tumit kaki kanan, tetapi diletakkan di atas tikar atau sejadah, dengan kaki kanan ditegakkan di atas jari-jari kaki kanan. Semasa Tahiyat Awal juga kaedah duduk yang diamalkan semasa duduk di antara dua Sujud itu.
Apakah bacaan Tasbihnya semasa duduk di antara dua Sujud itu? Mengikut as-Sunnah, Nabi (s.a.w) semasa duduk dintara dua Sujud itu, membaca salah satu daripada Tasbih berikut: iaitu, satu cara membaca ‘Rabbi’-firli’ (dua kali)[Hadith Riwayat Khuzaifah, Sunan Ibnu Majah]’. Inilah sebutan yang paling rengkas. Ada juga Tasbih yang lebih panjang pula. Namun begitu, dari segi pahala tidaklah banyak bezanya.
Diriwayatkan hadith daripada Khuzaifah (r.a) berkata: ‘Bahawasanya datang kepada Nabi (s.a.w) (seorang lelaki dari Habsyi) maka berdiri di sebelah Nabi (s.a.w) (bersolat). Maka berkata dia 'Allahu akbaru zulmalakuuti waljabaruuti walkibiriyai wal’azamati.' kemudian membaca surah Baqarah, kemudia rukuk dia, maka adapun rukuknya kira-kira sama masa dia berdiri, maka membaca dia dalam rukuknya 'subhanarabbial a’zimi, subhana-rabbial a’zimi), dan membaca dia ketika mengangkat kepalanya 'lirabbial hamdu, lirabbial hamdu.', adapun dia membaca (ketika duduk) antara dua sujudnya 'rabbighfirli, rabighfirli'. [Hadith sahih an-Nasa’i]
Hadith ini menjelaskan satu cara bacaan yang lain semasa Rukuk, Sujud dan duduk di antara dua sujud itu yang diamalkan oleh seorang. Dia bersolat di sebelah Rasulallah (s.a.w). Kalimah-kalimah yang dibacanya tidak pula ditegor oleh Rasulallah (s.a.w). Jelaslah, kalimah-kalimah tersebut boleh juga diamalkan.
Dan, cara kedua, membaca 'Rabbigh-firli, warhamni, wajburni, warzukni, warfa’ni.'[Riwayat Kamil Abi ‘Ala , Sunan Ibnu Majah].
Justeru itu ada dua pilihan bacaan duduk antara dua sujud itu seperti yang dibuat oleh Rasulallah (s.a.w). Tidak ada lain-lain kaedah bacaan.
Diriwayatkan hadith daripada Khuzaifah (r.a) berkata: ‘Sesungguhnya aku datang kepada Nabi (s.a.w) untuk bersolat, maka berdiri aku disisi Nabi (s.a.w)(bersolat bersamanya), maka membaca Nabi (s.a.w) 'Allahu Akbar zulmalakuti wal jabaruti wal kibriai wal ’azamati.' (yakni, sebagai Takbiratul Ikhram) kemudian diapun (teruskan solatnya) membaca Surah al-Baqarah… kemudian dia Rukuk maka adapun Rukuknya itu kira-kira (sama masanya) dari berdirinya (yakni, berdiri sebelum turun untuk Sujud), maka membaca dia pada Rukuknya 'Subhana rabbial a’zimi' dan membaca dia ketika mengangkat kepalanya (selepas Rukuk semasa bangun dari Rukuknya) 'Larabbial hamdu lirabbial hamdu', dan adapun membaca dia di dalam Sujudnya 'Subhana rabbial ‘ala, subhana rabbial ‘ala' dan adapun bacaannya antara dua Sujud adalah 'Rabbighfirli, rabbighfirli'. [Hadith sahih an-Nasa’i]
Hadith ini memberi panduan kepada kita bahawa Rasulallah (s.a.w) kalimah-kalimah yang dibaca Rasulallah (s.a.w) pada ketika-ketika tertentu semasa bersolat, mengikut riwayat Khuzaifah:
§ Semasa Takbiratul Ikhram, bacaannya;
§ Semasa Rukuk, tasbihnya;
§ Tasbih ketika bagun daripada Rukuk;
§ Tasbih semasa duduk di antara dua Sujud; dan
§ Tasbih semasa Sujud.
Jika kita teliti tasbih-tasbih tersebut berlainan daripada tasbih-tasbih yang kita telah pelajari mengikut hadith-hadith yang kita telahpun teliti. Tetapi, hadith Khuzaifah (r.a) adalah sahih dan Khuzaifah adalah seorang ulama’ terkenal di kalangan sahabat Nabi (s.a.w) semasa hidupnya. Oleh itu tidak dapat diragukan riwayatnya. Tasbih-tasbih tersebut juga boleh dipakai.
Apa yang jelas adalah di Malaysia ini kita menambah kepada Tasbih Sujud sebagaimana Tasbih Rukuk dengan kalimah ‘wa-bihamdihi’, yakni ‘Subhana rabbial a’zim wa-bihamdihi’ (Rukuk) dan ‘Subhana rabbial a’la wa-bihamdihi’ semasa Sujud. Kalimah ‘wa-bihamdihi’ itu tidak terdapat dalam mana-mana hadith yang menyebutkan Rasulallah (s.a.w) membacanya. Justeru itu, jika tiada diriawayatkan di dalam mana-mana hadith Rasulallah (s.a.w) membuatnya, sudah pasti itu adalah tambahan yang dianjurkan oleh para ulama’.
Jika kita teliti Ilmu al-Hadith, kita akan temui kalimah ‘wa-bihamdihi’ itu sebagai salah satu daripada beberapa zikir yang disuruh Rasulallah (s.a.w) kita jadikan amalan harian. Tetapi, kalimah itu adalah untuk zikir dan tidak disuruh Rasulallah (s.a.w) baca dalam solat. Justeru itu, walaupun kalimah-kalaimah tambahan sedemikian baik, dalam memuji Allah (a.w), kalimah tersebut tidak disuruh amalkan dalam solat, maka membuatnya melanggar ketetapan Rasulallah (s.a.w) mengenai solat.
Bukanlah sesuatu yang wajar bagi kita membuat penambahan kepada sesuatu yang disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w), mengikut cita rasa kita, tetapi kita umat Islam di suruh ‘sami’na wa-ata’na’ [yakni: Kami dengar, dan kami akur (atau patuh), nasihat Allah (a.w) dalam al-Quran]. Kalimah sedemikian adalah suatu pembaharuan atau penambahan kepada kalimah Tasbih yang disyariatkan oleh Rasulallah (s.a.w) kepada umat Islam melalui as-sunnah. Jika begitu, menambah kepada rukun qauli (kata-kata atau ucapan atau sebutan atau bacaan yang tidak dibuat oleh Rasulallah (s.a.w). Itulah adalah satu contoh amalan ‘pembaharuan dalam urusan uagama’ atau bid’ah’. Seperti dihuraikan isu dan implikasi pembaharuan ini, di dalam Blog ini, meneruskan beramal dengannya membatalkan solat kita!
[Nota: Apabila kita meneliti definisi al-Hadith kita diberitahu hadith adalah ucapan dan perbuatan atau perlakuan Rasulallah (s.a.w) dan percakapan dan perbuatan para sahabat yang didengar oleh Rasulallah (s.a.w) tidak ditegurnya. Dalam kes sedemikian, Rasulallah (s.a.w) mengiyakan perbuatan sahabat beliau. Maka kesemua ini menjadi khazanah as-Sunnah dalam syariat Islam. Ulama’ Malaysia berpendapat bahawa berpandukan hadith-hadith dhaif kalimah ini ada disebutkan. dibaca oleh Rasulallah (s.a.w). Oleh kerana terdapat lebih banyak hadith-hadith sahih, terurama daripada Kuttubul Sittah, maka lebih afdhal dipakai ketetapan yang sahih.]
Jazakallahu khairah
bacaan ketika sujud dan rukuk adakah sunnah atau wajib? bagaimana jika tiada bacaan dibuat untuk kedua2 keadaan tersebut.
ReplyDeleteRukun Qauli adakah dinyatakan oleh Al-Quran dan Hadis sahih? Adakah dinyata dengan jelas bahawa solat itu batal jika dibaca secara Qabli?